*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi…….


Perbezaan pendapat dan ideologi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan 
pada makhluk manusia. Allah memberi kepada mereka keupayaan akal yang 
berbeza, kemampuan ilmu dan rezeki yang berbeza, sudah tentu pendapatnya 
juga berbeza. Hasrat melihat manusia bersatu pada semua perkara adalah 
mustahil, segala usaha kerahannya juga sia-sia sahaja. Jika antara suami 
isteri, ibu bapa dengan anak-anaknya boleh berbeza pendapat, adakalanya 
bermusuh hingga tiada penghujungnya, bahkan Nabi juga pernah berbeza 
pendapat dengan isteri kesayangannya Aisyah, maka apakah persamaan pendapat 
boleh diharapkan daripada manusia yang tidak diikat dengan sebarang ikatan, 
apalagi antara manusia yang tiada hubungan darah.

Apa yang kita harapkan daripada masyarakat Islam, terutamanya yang berilmu, 
ialah menjadikan institusi pengajian ilmu sebagai contoh terbaik bagi 
menampilkan wajah masyarakat Islam yang berilmu dan bermaklumat 
(information). Mereka harus menerima kenyataan bahawa berbeza pendapat 
adalah sesuatu yang positif, jika tidak membawa hingga berpecah belah. 
Institusi pengajian (tarbiyyah) ilmu hendaklah sanggup bekerjasama pada 
titik-titik persamaan yang ada, kemudian membiarkan masing-masing membawa 
haluannya sendiri pada titik-titik yang berbeza, tanpa memburuk-burukkan 
antara satu sama lain.

Ingatlah firman Allah yang membawa maksud :

"Jika menghendaki, nescaya dijadikannya kamu satu umat sahaja (maka kamu 
tidak berpecah-belah)."

[Al-Ma'idah : 48]


Berkecualilah dalam isu-isu yang tidak memberi faedah, namun jika ada yang 
mengajak kita kepada amalan kebajikan, berilah kerjasama sepenuhnya, kerana 
Allah Ta'ala berfirman, bermaksud :

"Tolong-menolonglah kamu di atas amal kebajikan dan taqwa dan jangan kamu 
bertolong-menolong di atas dosa dan permusuhan."

[Al-Ma'idah : 2]


Kewajipan kita selain itu ialah mendamaikan antara dua golongan yang 
bertelagah, carilah jalan yang boleh membantu ke arah itu. Allah 
mengingatkan kita menerusi firman-Nya yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang mukmin bersaudara, maka damaikanlah di antara 
saudara-saudara kamu."

[Al-Hujurat : 10]

Jangan sekali-kali melibatkan diri dalam apa jua kegiatan yang membantu ke 
arah pemusuhan sesama Islam, amalan yang sangat disukai syaitan itu 
disifatkan dalam sebuah Hadis sebagai tindakan mencukur, bukan mencukur 
rambut, tetapi mencukur agama.

Dalam sebuah Hadis baginda bersabda yang bermaksud :

"Sukakah kamu aku berikan suatu nasihat yang lebih tinggi darjatnya daripada 
sembahyang, puasa dan sedekah." Jawab sahabat : "Ya, kami sukakan amalan 
itu." Sabdanya : "Damaikan dua golongan yang bermusuh, kerana musnah 
hubungan antara manusia boleh mencukur, bukan mencukur rambut tetapi 
mencukur agama."

[Tirmidhi, bilangan 2037]


Hendaklah kita lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, banyakkan bacaan dan 
kajian (berguru), dampingi kitab suci Al-Qur'an dan Hadis sebagai jalan 
terbaik memahami dan dan menyelesaikan masalah-masalah masyarakat dan 
negara. Usaha-usaha mendapatkan kedamaian perlu juga kepada kewarasan 
berfikir (rasional), pembacaan yang luas mungkin belum menjamin pencapaian 
matlamat.

Ada orang mengatakan saya mencari populariti dan kehebatan! Anda silap! Saya 
tidak memerlukan itu semua, ini bukan budaya hidup dan prinsip perjuangan 
saya. Sudah saya perjelaskan berkali-kali, saya TIDAK DIBAYAR untuk menulis 
sebegini. Saya menulis bila ada kesempatan masa dan ruang.

Selagi denyut nadi kita bergerak, jangan mimpi dan taksub yang kita ini 
HEBAT! Pemberian itu semua hanyalah sebagai pinjaman dari-Nya sebagai 
peringatan. Tetapi kita sebagai manusia, tidak mahu berfikir dan tidak mahu 
bersyukur dengan apa yang ada. Kesempatan yang ada di depan mata tidak 
pernah mahu digunakan, sebaliknya menafikannya pula hak-hak orang lain.

Saya ini ibarat radio atau tv yang memancarkan gelombang (frequency) 
siarannya ke serata kawasan bandar dan luar bandar (pendalaman). Supaya 
semua orang mendapat maklumat terkini. Mungkin disebabkan "ferquency" saya 
yang berbeza, maklumat yang diterima disalah tafsirkan, dilencong 
terjemahannya dan dieksploitasikan maksudnya (which means double standard). 
Itu yang berlaku!

Tetapi saya tiada mempunyai kuasa untuk menghalang daripada saudara/I 
daripada membuat spekulasi. Anda bebas berbuat demikian…. Itu hak 
masing-masing untuk bebas menyuarakan pandangan!

Cuma sedikit yang mendukacitakan, apabila bermuzakarah tuan-tuan mengaitkan 
fahaman tok-tok guru, ustaz-ustaz dan sebagainya yang menjadi "guru" (sumber 
rujukan) tuan-tuan belajar. Tetapi bila saya minta disebutkan nama 
orang-orang tersebut untuk tujuan saya mengenali mereka…tuan-tuan "membisu". 
Jadi, tidak adillah kalau begini! Mengaitkan "guru" tuan-tuan dengan fahaman 
yang saya bawa. Sedangkan saya tidak tahu silibus apa yang "guru" tuan-tuan 
ajarkan! Tuan-tuan lebih gemar mengaitkan nama-nama orang-orang yang tiada 
kena mengena di dalam muzakarah kita, ini akan membuka pekung tuan-tuan 
juga.

Saya cukup faham dengan kerenah "anak murid" yang nakal, gurunya tidak ada 
apa-apa tetapi dia yang lebih-lebih. Ini sudah jelas berlaku kini. Tuan-tuan 
menjual nama guru, ustaz dan sebagainya, bagi "membuktikan" hujjah tuan-tuan 
benar.

Tuan-tuan DUPLICATE hujjah-hujjah, sedangkan diri tuan-tuan tidak tahu satu 
habuk pun!

Ini tidak betul! Ini samalah juga dengan membaling batu sembunyi 
tangan….tuan-tuan tidak gentlemen dan tidak professional sebagai manusia 
yang berilmu.

Saya tertarik dengan pertanyaan seorang netters berkenaan siapa dia sebenar 
musuh kita???

Mengapa tidak dijelaskan sahaja siapa musuh kita ke public, supaya semua 
orang tahu!

Ingin saya memberi jawapannya, musuh kita yang sebenar ialah NAFSU! Inilah 
dia musuh yang paling utama untuk kita pinggirkan jauh-jauh.

Ingin saya berikan satu kiasan (ibarat) :

Kalau manusia itu dapat menguasai NAFSU yang membelenggu (hijab) hati, 
martabat manusia tersebut adalah sama tarafnya dengan Malaikat.

TETAPI…. Jikalau NAFSU yang menguasai (membelenggu) hati manusia tersebut, 
maka martabatnya adalah lebih hina dari BINATANG (anjing, babi etc. what 
ever)!

Diharap kiasan saya ini tidak dieksploitasi dan menjadi kontroversi pula! 
Hanya bagi mereka yang mahu berfikir sahaja yang dapat membuat pertimbagan 
yang matang dan waras!

Wallahu ta'ala a'lam…….

Wassalamu…….

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to