*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum .

Kepada Dzun Nun , pertamanya saya sekadar memberi pandangan sahaja , pasal 
bayaran setakat ni Tuhan merezkikan melalui makan gaji ... segala pujian 
bagiNYA. Pasal umor tu dah tua benor nak pencen dah ... pasal perangai tu 
mungkin masih budak-budak selagi dok layan ke hangpa semua. Hang ni nama 
hebat semoga di masa depan menjadi sehebat nama itu... saya do'akan.

Kepada S.Abd.Jamil , saya mintak maaf pertamanya kerana menulis ni (dah 
janji tak nak tegur beliau).

1. Guru , saudara tak pernah mintak saya kemukakan nama guru saya ! 
sebenarnya nama sebenar guru saya , saya tak tahu jugak , lemah saya . i. 
Tok Seligi - guru pondok seligi , saya belajar kitab Faridah dengan nya 
perihal akidah. ii. Pok Su Mat Cerang Hangus -guru tajwid (saya belajar 
Hafas saja dengannya , waras, napi' dll pun dia boleh) .     iii. Pok Su 
Hamid (Imam Muda Gunung)- belajar kitab Muniatul Musalli dan Hikam dan   iv. 
Sheykh Dollah buloh Gading TRG. - guru pimpinan saya. Saya rasa yang keempat 
ni yang saudara elok pergi ziarah. saya ni maklumlah budak nakal je.

2. Tak tahu habuk pun , memang saya akui yang saya adalah sejahil-jahil 
manusia , tu yang saya bimbang mana satu racun mana satu madu .... dan saya 
rasa ramai dikalangan netters ni pun 2x5 saya saja. Yang tak syok nya kaum 
sufi internet ni tak boleh ditegur .... cuit sikit , tegur pun bukan kepada 
perkara yang pokok .... tegur pun lebih kepada meningkatkan kecermatan dalam 
mengutarakan satu-satu perkara. Entahlah , saya ngaku kalah .... hangpa 
buatlah apa yang anda suka!!.

3. Nafsu , saya tahu yang Ahli Sufi tahu musuh mereka ...., saya yang 
sekadar peminat ni tak perlu jawab , nanti yang tak berkenan ke sufi 
melenting lagilah kuat. Saya ni barangkali dok tangga ammarah lagi ... 
mudahan -mudahan selepas ini Tuhan akan mengampuni dosa kita semua dan 
meningkat prestasi kita. Tu.... tak tanya lagi syirik yang terbesar seperti 
yang diisyaratkan dalam kitab Hikam Ibn Ata'illah !!!.

AKHIR KATA SAYA MOHON MAAF BANYAK-BANYAK DARI KHUSUSNYA S.ABD.JAMIL DAN 
SEMUA NETTERS YANG MANA KATA-KATA SAYA (TULISAN SAYA) MUNGKIN TIDAK BENAR 
ATAU KASAR ATAU APA-APALAH...YANG MELUKAI HATI RAKAN SEMUA, SAYA RASA DAH 
SAMPAI MASANYA SAYA UNDUR DIRI DARI HIZBI INI , SEMOGA HIZBI AKAN LEBIH 
CERIA SELEPAS INI .... KEPADA YANG BARU BANGUN DARI TIDUR TU BELAJAR LAH 
UGAMA KITA SEBELUM KE KUBOR (DENGAN BERGURU -JANGAN MELALUI INTERNET SAJA 
-NANTI PENING!).... SAYA NAK KEMBALI KE KUBOR SAYA (BUKAN MATI NI)- MINTAK 
PANJANG UMOR .. BANYAK BENDE TAK SELESAI LAGI NI.

WALLAHUA'LAM.

yang jahil
Tua dah nak Mati.




>From: Dzun Nun <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Abdul Jamil Lam <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Selayang Pandang
>Date: Wed, 7 Jun 2000 16:09:31 -0700 (PDT)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>...agak selama ni budak2 nakal macam tuwedah dll puak
>wehebi..menulis di bayar...
>
>berapa riyal King Saud upah korang ah?
>
>
>
>--- Abdul Jamil Lam <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> >
> >
> >
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> > http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
> >       }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> > [EMAIL PROTECTED]     }
> >
> >
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >
> >
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > ASSALAMUALAIKUM yang dikasihi…….
> >
> >
> > Perbezaan pendapat dan ideologi adalah sesuatu yang
> > tidak dapat dielakkan
> > pada makhluk manusia. Allah memberi kepada mereka
> > keupayaan akal yang
> > berbeza, kemampuan ilmu dan rezeki yang berbeza,
> > sudah tentu pendapatnya
> > juga berbeza. Hasrat melihat manusia bersatu pada
> > semua perkara adalah
> > mustahil, segala usaha kerahannya juga sia-sia
> > sahaja. Jika antara suami
> > isteri, ibu bapa dengan anak-anaknya boleh berbeza
> > pendapat, adakalanya
> > bermusuh hingga tiada penghujungnya, bahkan Nabi
> > juga pernah berbeza
> > pendapat dengan isteri kesayangannya Aisyah, maka
> > apakah persamaan pendapat
> > boleh diharapkan daripada manusia yang tidak diikat
> > dengan sebarang ikatan,
> > apalagi antara manusia yang tiada hubungan darah.
> >
> > Apa yang kita harapkan daripada masyarakat Islam,
> > terutamanya yang berilmu,
> > ialah menjadikan institusi pengajian ilmu sebagai
> > contoh terbaik bagi
> > menampilkan wajah masyarakat Islam yang berilmu dan
> > bermaklumat
> > (information). Mereka harus menerima kenyataan
> > bahawa berbeza pendapat
> > adalah sesuatu yang positif, jika tidak membawa
> > hingga berpecah belah.
> > Institusi pengajian (tarbiyyah) ilmu hendaklah
> > sanggup bekerjasama pada
> > titik-titik persamaan yang ada, kemudian membiarkan
> > masing-masing membawa
> > haluannya sendiri pada titik-titik yang berbeza,
> > tanpa memburuk-burukkan
> > antara satu sama lain.
> >
> > Ingatlah firman Allah yang membawa maksud :
> >
> > "Jika menghendaki, nescaya dijadikannya kamu satu
> > umat sahaja (maka kamu
> > tidak berpecah-belah)."
> >
> > [Al-Ma'idah : 48]
> >
> >
> > Berkecualilah dalam isu-isu yang tidak memberi
> > faedah, namun jika ada yang
> > mengajak kita kepada amalan kebajikan, berilah
> > kerjasama sepenuhnya, kerana
> > Allah Ta'ala berfirman, bermaksud :
> >
> > "Tolong-menolonglah kamu di atas amal kebajikan dan
> > taqwa dan jangan kamu
> > bertolong-menolong di atas dosa dan permusuhan."
> >
> > [Al-Ma'idah : 2]
> >
> >
> > Kewajipan kita selain itu ialah mendamaikan antara
> > dua golongan yang
> > bertelagah, carilah jalan yang boleh membantu ke
> > arah itu. Allah
> > mengingatkan kita menerusi firman-Nya yang bermaksud
> > :
> >
> > "Sesungguhnya orang mukmin bersaudara, maka
> > damaikanlah di antara
> > saudara-saudara kamu."
> >
> > [Al-Hujurat : 10]
> >
> > Jangan sekali-kali melibatkan diri dalam apa jua
> > kegiatan yang membantu ke
> > arah pemusuhan sesama Islam, amalan yang sangat
> > disukai syaitan itu
> > disifatkan dalam sebuah Hadis sebagai tindakan
> > mencukur, bukan mencukur
> > rambut, tetapi mencukur agama.
> >
> > Dalam sebuah Hadis baginda bersabda yang bermaksud :
> >
> > "Sukakah kamu aku berikan suatu nasihat yang lebih
> > tinggi darjatnya daripada
> > sembahyang, puasa dan sedekah." Jawab sahabat : "Ya,
> > kami sukakan amalan
> > itu." Sabdanya : "Damaikan dua golongan yang
> > bermusuh, kerana musnah
> > hubungan antara manusia boleh mencukur, bukan
> > mencukur rambut tetapi
> > mencukur agama."
> >
> > [Tirmidhi, bilangan 2037]
> >
> >
> > Hendaklah kita lengkapkan diri dengan ilmu
> > pengetahuan, banyakkan bacaan dan
> > kajian (berguru), dampingi kitab suci Al-Qur'an dan
> > Hadis sebagai jalan
> > terbaik memahami dan dan menyelesaikan
> > masalah-masalah masyarakat dan
> > negara. Usaha-usaha mendapatkan kedamaian perlu juga
> > kepada kewarasan
> > berfikir (rasional), pembacaan yang luas mungkin
> > belum menjamin pencapaian
> > matlamat.
> >
> > Ada orang mengatakan saya mencari populariti dan
> > kehebatan! Anda silap! Saya
> > tidak memerlukan itu semua, ini bukan budaya hidup
> > dan prinsip perjuangan
> > saya. Sudah saya perjelaskan berkali-kali, saya
> > TIDAK DIBAYAR untuk menulis
> > sebegini. Saya menulis bila ada kesempatan masa dan
> > ruang.
> >
> > Selagi denyut nadi kita bergerak, jangan mimpi dan
> > taksub yang kita ini
> > HEBAT! Pemberian itu semua hanyalah sebagai pinjaman
> > dari-Nya sebagai
> > peringatan. Tetapi kita sebagai manusia, tidak mahu
> > berfikir dan tidak mahu
> > bersyukur dengan apa yang ada. Kesempatan yang ada
> > di depan mata tidak
> > pernah mahu digunakan, sebaliknya menafikannya pula
> > hak-hak orang lain.
> >
> > Saya ini ibarat radio atau tv yang memancarkan
> > gelombang (frequency)
> > siarannya ke serata kawasan bandar dan luar bandar
> > (pendalaman). Supaya
> > semua orang mendapat maklumat terkini. Mungkin
> > disebabkan "ferquency" saya
> > yang berbeza, maklumat yang diterima disalah
> > tafsirkan, dilencong
> > terjemahannya dan dieksploitasikan maksudnya (which
> > means double standard).
> > Itu yang berlaku!
> >
> > Tetapi saya tiada mempunyai kuasa untuk menghalang
> > daripada saudara/I
> > daripada membuat spekulasi. Anda bebas berbuat
> > demikian…. Itu hak
> > masing-masing untuk bebas menyuarakan pandangan!
> >
> > Cuma sedikit yang mendukacitakan, apabila
> > bermuzakarah tuan-tuan mengaitkan
> > fahaman tok-tok guru, ustaz-ustaz dan sebagainya
> > yang menjadi "guru" (sumber
> > rujukan) tuan-tuan belajar. Tetapi bila saya minta
> > disebutkan nama
> > orang-orang tersebut untuk tujuan saya mengenali
> > mereka…tuan-tuan "membisu".
> > Jadi, tidak adillah kalau begini! Mengaitkan "guru"
> > tuan-tuan dengan fahaman
> > yang saya bawa. Sedangkan saya tidak tahu silibus
> > apa yang "guru" tuan-tuan
> > ajarkan! Tuan-tuan lebih gemar mengaitkan nama-nama
> > orang-orang yang tiada
> > kena mengena di dalam muzakarah kita, ini akan
> > membuka pekung tuan-tuan
> > juga.
> >
> > Saya cukup faham dengan kerenah "anak murid" yang
> > nakal, gurunya tidak ada
> > apa-apa tetapi dia yang lebih-lebih. Ini sudah jelas
> > berlaku kini. Tuan-tuan
> > menjual nama guru, ustaz dan sebagainya, bagi
> > "membuktikan" hujjah tuan-tuan
> > benar.
> >
> > Tuan-tuan DUPLICATE hujjah-hujjah, sedangkan diri
> > tuan-tuan tidak tahu satu
> > habuk pun!
> >
> > Ini tidak betul! Ini samalah juga dengan membaling
> > batu sembunyi
> > tangan….tuan-tuan tidak gentlemen dan tidak
> > professional sebagai manusia
> > yang berilmu.
> >
> > Saya tertarik dengan pertanyaan seorang netters
> > berkenaan siapa dia sebenar
> >
>=== message truncated ===
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Photos -- now, 100 FREE prints!
>http://photos.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Dzun Nun <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "tua dah kubur" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to