*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Berkenaan dengan tajuk diatas, saya ada satu persoalan.."Adakah saya dikira berdosa
sekiranya melawan cakap ibu saya demi tunang tersayang"
Saya meninggalkan rumah ketika berusia 16 tahun untuk belajar disekolah asrama,
kemudian ke IPTA dan seterusnya tinggal menyewa dengan kawan2 apabila bekerja.
Sepanjang itu bermacam2 halangan yang saya tempuhi, termasuk ditipu malah dikebas
ribuan ringgit oleh jantan2 yang mengambil kesempatan.
Setahun nan lalu saya berkenalan dengan seorang lelaki yang 4 tahun lebih muda dari
saya. Bermula dengan perasaan simpati terhadap nasib saya, dia berazam supaya saya
tidak lagi dipermainkan oleh jantan2, so dia ingin menjaga saya sepanjang hidup saya.
Niatnya iklas untuk menolong saya, lalu 4 bulan lepas dia menghantar rombongan
'meminta' saya secara sah dari ibu saya. Alangkah terperanjatnya dia, dia terpaksa
menyediakan 5K untuk hantaran dan mas kawin, satu nilai yang menurutnya agak
keterlaluan jika dikira dengan usia dan rupa paras saya serta keadaaan dia, anak
lelaki sulung yang terpaksa menyara ibu dan 3 orang adik yang masih belajar selepas
kematian ayahnya. Niatnya nak menolong orang sebaliknya dia pula yang disusahkan,
semata2 untuk memuaskan niat mak saya agar harga diri dan majlis perkahwianan saya
nanti sama seperti sepupu2 saya yang lain sebab sayalah satu2nya anak mak.
Dulu, waktu saya sakit, dia yang bawa saya keklinik dan menghantar makanan tengahari
sebab tahu housemate saya kerja. Bila yang menganggur sebab diberhentikan kerja dia
sering bawa saya makan malam atau jalan2 ke taman2 tasik atau taman KLCC hujung minggu
bersama2 anak buah dia supaya saya tidak boring. Layanan dan perhatian yang diberikan
menyebabkan saya terasa bagaikan seorang permaisuri.
Sekarang saya tinggal dengan mak dirumah sewa yang baru sebab mak selalu sakit. Mak
mula menggongkong saya, tidak boleh keluar malam atau hujung minggu. Pernah sekali
kami makan malam, pukul 9 mak dah call h/set dia minta saya balik segera. Hujung
minggu lepas saya keluar juga jumpa dia, bila balik, mak saya mogok, tak masak dan
makan langsung hari tuh. Pernah 3 kali dia makan malam dirumah saya, tapi mak saya
semacam berkata " Jangan jumpa anak saya selalu, kalau nak jumpa juga, nikah dulu"
Sekarang tunang saya benar2 bingung dengan masalah kerja dan kewangan. Disaat2 ini dia
perlukan seseorang untuk mendengar dan memahami masalahnya, tapi dia dilarang berjumpa
dengan tunangnya. Dah beberapa kali dia katakan kepada saya "Saya dah tak boleh jumpa,
jaga dan bagi makan orang yang saya sayang dulu, sebab penjagannya yang berhak telah
menjaganya semula, Kalau penjaganya benar2 nak menjaganya, saya akan pulangkan dia
semula"
Saya sayangkan kedua2nya tak mahu kehilangan salah satu. Saya tahu syurga terletak
dibawah tapak kaki ibu, tapi kalau ibu saya dah pergi, akan adakah orang yang ikhlas
untuk menjaga dan menyangangi saya sepertinya.
Berdosakah saya jika tidak mendengar kata2 ibu saya..lebih2 lagi ibu begitu mendesak
agak kami segera bernikah. Suruh nikah cepat, duit hantaran minta banyak, saya nak
tolong pun tak terdaya..
wassalam
------------------------------------------------------------
Get your FREE email box at http://mail.net.my or http://malaysiadirectory.com
************************************************************************
You're just seconds away from playing the web's FREE Million Dollar slot
machine. Win MILLIONS in prizes INSTANTLY! Click Here Now!
http://adserv.internetfuel.com/cgi-bin/newredirect.cgi?AD=EMAIL-jackpot
************************************************************************
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mawar Desa Terpinggir" <[EMAIL PROTECTED]>