*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
jangan lah selalu sangat berjumpa, orang pun naik meluat - pasai belum nikah.
dah nikah..jadi bini..tak nak balik dua-dua pun tak apa..
ingat! syurga dibawah tapak kaki ibu..
jangan baru bertunang segala-galanya ana yang punya..
ada faham!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

-----Original Message-----
From: Mawar Desa Terpinggir [mailto:[EMAIL PROTECTED]]


Assalamualaikum,

Berkenaan dengan tajuk diatas, saya ada satu persoalan.."Adakah saya dikira
berdosa sekiranya melawan cakap ibu saya demi tunang tersayang"

Saya meninggalkan rumah ketika berusia 16 tahun untuk belajar disekolah asrama,
kemudian ke IPTA dan seterusnya tinggal menyewa dengan kawan2 apabila bekerja.
Sepanjang itu bermacam2 halangan yang saya tempuhi, termasuk ditipu malah
dikebas ribuan ringgit oleh jantan2 yang mengambil kesempatan.

Setahun nan lalu saya berkenalan dengan seorang lelaki yang 4 tahun lebih muda
dari saya. Bermula dengan perasaan simpati terhadap nasib saya, dia berazam
supaya saya tidak lagi dipermainkan oleh jantan2, so dia ingin menjaga saya
sepanjang hidup saya. Niatnya iklas untuk menolong saya, lalu 4 bulan lepas dia
menghantar rombongan 'meminta' saya secara sah dari ibu saya. Alangkah
terperanjatnya dia, dia terpaksa menyediakan 5K untuk hantaran dan mas kawin,
satu nilai yang menurutnya agak keterlaluan jika dikira dengan usia dan rupa
paras saya serta keadaaan dia, anak lelaki sulung yang terpaksa menyara ibu dan
3 orang adik yang masih belajar selepas kematian ayahnya. Niatnya nak menolong
orang sebaliknya dia pula yang disusahkan, semata2 untuk memuaskan niat mak saya
agar harga diri dan majlis perkahwianan saya nanti sama seperti sepupu2 saya
yang lain sebab sayalah satu2nya anak mak.


Dulu, waktu saya sakit, dia yang bawa saya keklinik dan menghantar makanan
tengahari sebab tahu housemate saya kerja. Bila yang menganggur sebab
diberhentikan kerja dia sering bawa saya makan malam atau jalan2 ke taman2 tasik
atau taman KLCC hujung minggu bersama2 anak buah dia supaya saya tidak boring.
Layanan dan perhatian yang diberikan menyebabkan saya terasa bagaikan seorang
permaisuri.

Sekarang saya tinggal dengan mak dirumah sewa yang baru sebab mak selalu sakit.
Mak mula menggongkong saya, tidak boleh keluar malam atau hujung minggu. Pernah
sekali kami makan malam, pukul 9 mak dah call h/set dia minta saya balik segera.
Hujung minggu lepas saya keluar juga jumpa dia, bila balik, mak saya mogok, tak
masak dan makan langsung hari tuh. Pernah 3 kali dia makan malam dirumah saya,
tapi mak saya semacam berkata " Jangan jumpa anak saya selalu, kalau nak jumpa
juga, nikah dulu"

Sekarang tunang saya benar2 bingung dengan masalah kerja dan kewangan. Disaat2
ini dia perlukan seseorang untuk mendengar dan memahami masalahnya, tapi dia
dilarang berjumpa dengan tunangnya. Dah beberapa kali dia katakan kepada saya
"Saya dah tak boleh jumpa, jaga dan bagi makan orang yang saya sayang dulu,
sebab penjagannya yang berhak telah menjaganya semula, Kalau penjaganya benar2
nak menjaganya, saya akan pulangkan dia semula"

Saya sayangkan kedua2nya tak mahu kehilangan salah satu. Saya tahu syurga
terletak dibawah tapak kaki ibu, tapi kalau ibu saya dah pergi, akan adakah
orang yang ikhlas untuk menjaga dan menyangangi saya sepertinya.

Berdosakah saya jika tidak mendengar kata2 ibu saya..lebih2 lagi ibu begitu
mendesak agak kami segera bernikah. Suruh nikah cepat, duit hantaran minta
banyak, saya nak tolong pun tak terdaya..

wassalam



------------------------------------------------------------
Get your FREE email box at http://mail.net.my or http://malaysiadirectory.com


************************************************************************
You're just seconds away from playing the web's FREE Million Dollar slot
machine.  Win MILLIONS in prizes INSTANTLY! Click Here Now!
http://adserv.internetfuel.com/cgi-bin/newredirect.cgi?AD=EMAIL-jackpot
************************************************************************

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mawar Desa Terpinggir" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Laila, Yaacub" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke