*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum Cik Mawar

Ada dua perkara utama yang Cik adik kemukakan.  Satu, wang hantaran yang 
tinggi yang mungkin menyulitkan tunang.  Dalam proses untuk berkahwin 
biasanya langkahnya panjang.  Bermula dengan merisik (tak termasuklah 
bercinta-sayang) barulah meminang.  Meminang ini biasanya untuk mematerikan 
sahaja segala rundingan yang dibuat semasa merisik.  Ketika merisik inilah 
perbincangan yang teliti dilakukan.  Kalau nak bargain pun tawarlah.  
Andainya tiada persepakatan dicapai, proses pertunangan tidak berlangsung.  
Supaya tidak terkejut dengan hantaran mahal, atau lebih aib kalau tunangan 
ditolak.  Jadi bila dah setuju 5K, carilah 5K kecuali emak cik adik berubah 
fikiran.  Saya syorkan cik adik berilah subsidi kepadanya.  Ini untuk 
kebaikan bersama. Ini lebih baik dari duit cik digelapkan oleh 'jantan' lain 
sebelum ini.  Kedua berdating selalu.  Ini WAJIB jangan diamalkan.  Banyak 
buruk dari baik.  Bila berdua adalah mahluk ketiga menjadi penghubungnya.  
Kalau dah rindu sangat berhubunglah melalui internet kalau tidakpun telefon.

Sekian, semuga segera bernikah.


----Original Message Follows----
From: "Mawar Desa Terpinggir" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* suami lebih muda dari isteri..
Date: Sun, 11 Jun 2000 18:42:43 -0700


  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

Berkenaan dengan tajuk diatas, saya ada satu persoalan.."Adakah saya dikira 
berdosa sekiranya melawan cakap ibu saya demi tunang tersayang"

Saya meninggalkan rumah ketika berusia 16 tahun untuk belajar disekolah 
asrama, kemudian ke IPTA dan seterusnya tinggal menyewa dengan kawan2 
apabila bekerja. Sepanjang itu bermacam2 halangan yang saya tempuhi, 
termasuk ditipu malah dikebas ribuan ringgit oleh jantan2 yang mengambil 
kesempatan.

Setahun nan lalu saya berkenalan dengan seorang lelaki yang 4 tahun lebih 
muda dari saya. Bermula dengan perasaan simpati terhadap nasib saya, dia 
berazam supaya saya tidak lagi dipermainkan oleh jantan2, so dia ingin 
menjaga saya sepanjang hidup saya. Niatnya iklas untuk menolong saya, lalu 4 
bulan lepas dia menghantar rombongan 'meminta' saya secara sah dari ibu 
saya. Alangkah terperanjatnya dia, dia terpaksa menyediakan 5K untuk 
hantaran dan mas kawin, satu nilai yang menurutnya agak keterlaluan jika 
dikira dengan usia dan rupa paras saya serta keadaaan dia, anak lelaki 
sulung yang terpaksa menyara ibu dan 3 orang adik yang masih belajar selepas 
kematian ayahnya. Niatnya nak menolong orang sebaliknya dia pula yang 
disusahkan, semata2 untuk memuaskan niat mak saya agar harga diri dan majlis 
perkahwianan saya nanti sama seperti sepupu2 saya yang lain sebab sayalah 
satu2nya anak mak.


Dulu, waktu saya sakit, dia yang bawa saya keklinik dan menghantar makanan 
tengahari sebab tahu housemate saya kerja. Bila yang menganggur sebab 
diberhentikan kerja dia sering bawa saya makan malam atau jalan2 ke taman2 
tasik atau taman KLCC hujung minggu bersama2 anak buah dia supaya saya tidak 
boring. Layanan dan perhatian yang diberikan menyebabkan saya terasa 
bagaikan seorang permaisuri.

Sekarang saya tinggal dengan mak dirumah sewa yang baru sebab mak selalu 
sakit. Mak mula menggongkong saya, tidak boleh keluar malam atau hujung 
minggu. Pernah sekali kami makan malam, pukul 9 mak dah call h/set dia minta 
saya balik segera. Hujung minggu lepas saya keluar juga jumpa dia, bila 
balik, mak saya mogok, tak masak dan makan langsung hari tuh. Pernah 3 kali 
dia makan malam dirumah saya, tapi mak saya semacam berkata " Jangan jumpa 
anak saya selalu, kalau nak jumpa juga, nikah dulu"

Sekarang tunang saya benar2 bingung dengan masalah kerja dan kewangan. 
Disaat2 ini dia perlukan seseorang untuk mendengar dan memahami masalahnya, 
tapi dia dilarang berjumpa dengan tunangnya. Dah beberapa kali dia katakan 
kepada saya "Saya dah tak boleh jumpa, jaga dan bagi makan orang yang saya 
sayang dulu, sebab penjagannya yang berhak telah menjaganya semula, Kalau 
penjaganya benar2 nak menjaganya, saya akan pulangkan dia semula"

Saya sayangkan kedua2nya tak mahu kehilangan salah satu. Saya tahu syurga 
terletak dibawah tapak kaki ibu, tapi kalau ibu saya dah pergi, akan adakah 
orang yang ikhlas untuk menjaga dan menyangangi saya sepertinya.

Berdosakah saya jika tidak mendengar kata2 ibu saya..lebih2 lagi ibu begitu 
mendesak agak kami segera bernikah. Suruh nikah cepat, duit hantaran minta 
banyak, saya nak tolong pun tak terdaya..

wassalam



------------------------------------------------------------
Get your FREE email box at http://mail.net.my or 
http://malaysiadirectory.com


************************************************************************
You're just seconds away from playing the web's FREE Million Dollar slot
machine.  Win MILLIONS in prizes INSTANTLY! Click Here Now!
http://adserv.internetfuel.com/cgi-bin/newredirect.cgi?AD=EMAIL-jackpot
************************************************************************

  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mawar Desa Terpinggir" <[EMAIL PROTECTED]>

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke