*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya rasa olahan campur di atas tak betul. Cuma nak ulas keputusan
mahkamah bahawa Anwar Ibrahim dihukum kerana tuduhan 
melakukan liwat. Oleh kerana ia adalah keputusan mahkamah,
maka ia tidak boleh dipertikaikan. Dengan itu juga adalah
menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak menolak keputusan itu.
Mungkin pihak polis akan menangkap sesiapa yang berkacap atau
memberi ceramah menentang keputusan mahkamah, dituduh sebagai 
penghasut dan mengganggu ketenteraman awam.

Baiklah. Semua pihak wajib menerima keputusan ini, termasuklah
isteri Anwar sendiri, Wan Azizah. Yang kita lihat, Wan
Azizah menolak keputusan itu. Dengan sendirinya dia adalah
seorang yang dikira tidak rasional menentang keputusan
mahkamah. Kita akan melihat, Wan Azizah akan digambarkan oleh
akhbar dan media massa UMNO sebagai isteri yang tidak waras.

Bagainama pula dengan pendirian pihak tokoh-tokoh ugama yang
pro-UMNO seperti ulama-ulama di Pusat Islam, Institut Kefahaman
Islam Malaysia, Yayasan Dakwah and Biro Dakwah UMNO, mereka
semua menerima sebulat suara bahawa Anwar bersalah kerana
melakukan liwat? Mereka ini mesti mendesak Wan Azizah supaya
mengakui saja bahawa suaminya Anwar telah melakukan perbuatan
jijik itu. Dengan itu, Wan Azizah patut minta cerai daripada
Anwar.

Yang kita lihat, Wan Azizah sebagai seorang isteri dan orang
yang paling dekat dengan Anwar TIDAK percaya bahawa suaminya
pernah melakukan perbuatan itu. Walaupun dia tahu suaminya
sedang dipenjara selama 15 tahun, sebagai wanita yang akan
menerima siksaan batin selama 15 tahun, tidak sanggup meminta
cerai daripada suaminya. Dengan kenyakinan bahawa suaminya
tidak bersalah maka beliau akan tabah menempuh hidup dengan
penuh ujian ini. Semoga di suatu hari kelak Allah akan
membuka jalan bagi dia membebaskan suaminya yang tercinta.

Saya menulis Email ini sebagai reaksi marah terhadap ulama-
ulama yang pro-UMNO. Mereka sama-sama zalim dengan pemimpin-
pemimpin UMNO. Mereka tak tahu perasaan belas-kesihan dan
simpati terhadap orang yang dianiaya. Sebab itulah ulama-
ulama itu tidak berkata apa-apa bila keputusan mahkamah dibuat.
Mereka tidak berfikir bahawa adalah tanggungjawab mereka
membela orang yang dizalimi dan dianiaya. Apa yang mereka
fikir ialah menjaga periuk nasi maing-masing. Termasuk dalam
ulama-ualama jahat itu ialah Hamid Osman, Zainal Abidin, Hayei 
Abdul Syukur, Mahmud Zuhdi, Nakhaei Hj Ahmad, Dasuki Ahmad, 
Prof Ismail Ibrahim dan setengah-setengah mufti-mufti.
Mereka menggelarkan diri mereka ulama, tetapi mereka itu
sebenarnya jahat lagi pengecut. Ilmu pada mereka itu tidak
berkat and makan-minum mereka tidak halal.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to