*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebenarnya saya tidak gemar mengikuti program Forum Perdana
dalam TV. Banyak tajuk-tajuk yang berkisar atas hal kemasyarakatan.
Apa yang saya tak suka ialah ahli-ahli panel bercakap ugama,
tetapi seolah-olah mereka bercakap adalah mengikut garis
panduan, tidak boleh bersifat menghasut. Pernah ada seorang
ustaz berkata: "orang Islam yang tulin tidak boleh melaknat
orang Islam yang lain". Kata-katanya benar. Tetapi bagi pihak
yang melakukan kezaliman, inilah kata-kata yang mereka ingin
menjadikan alat untuk menutup perbuatan zalim mereka. Lihatlah
sendiri ulama melarang orang Islam melaknat orang Islam lain.
Jadi, kalau Mahathir mennganiaya Anwar, kita tidak boleh
melaknat perbuatan terkutuk itu kerana ulama sendiri kata
orang Islam tidak boleh melaknak sesama Islam.

Inilah helah UMNO menganjurkan banyak Forum Perdana. Mereka
mahu memperalatkan ulama untuk mengehantam PAS. Perkara melaknat
memang perkara tidak baik. Akan tetapi jika ulama melihat
kemungkaran dan kezaliman yang berlaku, mereka buat tidak tahu. 
Mereka bercakap kerana dibayar untuk bercakap. Al-Qur'an sendiri 
ada menyebut soal melaknat:

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat 
melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam, yang 
demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
Mereka sentiasa TIDAK BERLARANGAN sesama sendiri dari perbuatan
mungkar. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka
telah lakukan. (Surah Al-Ma'idah 5:78-79)

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke