*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[EMAIL PROTECTED] tanya:
<cut>
EXtra Question for u guys out there -
WHY DO YOU HATE MAHATHIR ?
<cut>
[EMAIL PROTECTED] jawab:
salam~
Saya tak reti nak tulis macam mana nak habag supaya orang paham bahawa
kebencian yg meluap-luap terhadap Mahathir adalah salah satu punca utama
kenapa ramai ahli-ahli UMNO dan orang2 atas pagar berduyun-duyun berhijrah ke
kem pembangkang.
Di sini, saya cuba nukilkan buat sdra azrin kenapa saya memilih untuk keluar
dari UMNO semenjak UMNO berada di bawah Dinasti Mahathir ini. Kerana apa yg
saya tulis ini adalah lahir ikhlas dari hati, maka saya berharap sdra Azrin
dapat membaca dan menghayatinya secara ikhlas juga....without prejudice.
Sebagai mukadimah; Saya adalah bekas ahli UMNO, yg kini telah memilih untuk
menyertai PAS sebagai jemaah pilihan saya.
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat dengan sdra kenapa saya keluar dari
UMNO yg merupakan parti mak ayah dan kaum kerabat kami TURUN TERMURUN.
Terlebih dahulu saya ingin membawa sdra menyelami Sejarah UMNO serta Asas dan
Tujuan Penubuhannya, dan sama ada perjuangan UMNO yang ada hari ini
benar-benar relevan dengan tujuan penubuhan asalnya.
UMNO dilahirkan dalam Istana Besar Johor Bahru tanggal 11 Mei 1946. Ianya
lahir hasil daripada Kongres Melayu Pertama yang berlansung di Kuala Lumpur
dari 1 hingga 4 March 1946. Kongress ini diwujudkan sebagai kemuncak kepada
perjuangan orang-orang Melayu menentang Malayan Union pada ketika itu. Antara
lain Malayan Union mengatakan bahawa kuasa orang Melayu selama ini yang
dipegang oleh Raja2 Melayu akan diambil alih oleh seorang Gabenor Kulit Putih
dan taraf kewarnegaraan akan diberikan kepada semua imigran2 yang dibawa
masuk ke Tanah Melayu menjadikan mereka dan penduduk asal bangsa Melayu
mempunyai taraf yg sama di sisi perlembagaan.
INILAH PERJUANGAN UMNO ASAL YANG SAYA KENALI, DAN KERANA ITULAH SAYA
MEMILIH UMNO SEBAGAI WADAH PERJUANGAN SAYA SUATU KETIKA DAHULU!
Sesungguhnya, sebagai anak Melayu, saya tidak pernah ada rasa benci kepada
perjuangan UMNO yang asal. Walaupun orang mungkin kata saya bersifat
assobiyah, tetapi dengan sedikit ilmu yang cetek ini, berani saya katakan
bahawa UMNO asal yang ditubuhkan pada bulan Mei 1946 itu adalah satu jemaah
Islam sama seperti mana JIM dan ABIM yang ada hari ini. Cumanya, hari ini
UMNO yang saya kenali itu sudah jauh terpesong dari matlamat perjuangan
asalnya; kerana itu saya tidak punya pilihan lain selain memufarakahkan diri
keluar dari kelompok yang sesat ini!
Lihatlah Perlembagaan atau ASAS dan TUJUAN penubuhan UMNO asal ini; begitu
ideal dan begitu mempersonakan sekali:
1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan
Negeri-Negeri dan Raja Berperlembagaan.
. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta
menghormati prinsip kebebasan beragama.
4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan
Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat
Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi
tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang
kuat dan bersatu berasaskan kepada Hak-hak Asasi Manusia dan Hak -Hak Istimewa
Orang Melayu.
TAK RASA NAK TERGELAK KA TENGOK UMNO DR MAHATHIR HARI INI KALAU NAK
BANDING DENGAN TUJUAN PENUBUHAN UMNO YANG ASAL!! .
Mai kita tengok betul ke tidaknya.
ASAS DAN TUJUAN UMNO.
1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
PENAT-PENAT DATUK BAHAMAN, TOK JANGGUT, MAT KILAU DAN TOK NENEK KITA
DULU2 BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN, HASILNYA SIAPA DAPAT?.....KEK EKONOMI
NEGARA TAK SAMPAI 30% KEPUNYAAN ORANG MELAYU ORANG ISLAM. SUDAH LA TU,
KALAU DI'ZOOM' LAGI, KEK YG 30% TU PULA MAJORITYNYA ADA DI TANGAN KAUM
KERABAT DAN HANDAI TAULAN DR MAHATHIR, DAIM RAFIDAH DAN YANG SEWAKTU
DENGANNYA; BUKANNYA MILIK SERATA UNTUK SEMUA ANAK MELAYU. NEGARA
BERDAULAT.....TAPI ANAK-ANAK PRIBUMI MASIH HIDUP MELARAT.....NAK MASUK
UNIVERSITY PUN SUDAH TAK LARAT SEBAB NAK KENA BAYAR LIMA ENAM RIBU UNTUK
HABUAN PUAK2 KORPORAT!!
2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan
Negeri-Negeri dan Raja Berperlembagaan.
DUKUNG KEPALA HOTAK DEPA!
ERLEMBAGAAN NEGARA SUDAH TIDAK DIDUKUNG LAGI TAPI SUDAH JADI MACAM DUGUNG,
DICAMPAK KE SANA KE SINI IKUT SEDAP HATI!
IKUT PERLEMBAGAAN NEGARA, HAKIM SEPATUTNYA BERFUNGSI SECARA INDEPENDENT
ATAU SECARA BERASINGAN, TAPI HARI INI HAKIM DAH JADI MACAM BERUK - MAHATHIR
KATA PANJAT, PANJAT....KALAU TAK PANJAT NANTI KENA JOLOK JUBUR MACAM
MUNAWAR, MACAM SUKMA, MACAM MALEK HUSSEIN DAN MUNGKIN MACAM
BEBERAPA ORANG LAGI YANG SEGAN NAK BAGITAU KAT KITA!!
(rujuk artikel2 lama di laman reformasi)
[Kerana itu saya tak hairan bila ada orang buat lawak kata Zahid Hamidi dah
jadi senyap sebab dia dah kena jentik teloq masa kena tahan ISA dulu!!]
3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta
menghormati prinsip kebebasan beragama.
KALAU NAK TEGAK ISLAM, PASAL APA PI TOLAK HUDUD?
KALAU NAK PERTAHAN ISLAM, PASAL APA PI TOLAK HUKUM MURTAD?
KALAU NAK KEMBANG ISLAM, PASAL APA PERKIM NAK DIBIARKAN MAMPUS??
Dulu masa dalam UMNO, saya cuma tahu pasal Hudud secara gitu-gitu saja. Bila
masuk PAS, baru saya tahu Hudud yang sebenarnya. Di sini saya perturunkan
contoh2 Hudud yang saya temui dalam Al-Quran, yang kat muka dalam tu ada tulis
'Sumbangan Ikhlas Datuk Dr Hamid Othman":
Al-Baqarah ayat 178: Wahai org yg beriman, diwajibkan ke atas kamu Qisas sebab
membunuh orang..
An-Nur ayat 2: Perempuan yang berzina dan laki2 yg berzina, hendaklah kamu
pukul kedua2nya 100 kali sebat.
Al-Maidah ayat 90: Hai org2 yg beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi,
berhala, mengundi nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, Maka
jauhilah perbuatan2 itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Hadith Muslim: Bahawasanya Rasullullah SAW telah menyebat org yg meminum arak
dgn 2 pelepah tamar sebanyak 40 kali. [Pihak berkuasa berhak menambah, contoh
: Umar sebat 80 kali].
Al-Maidah ayat 38: Laki2 yg mencuri dan perempuan yg mencuri, potonglah tangan
kedua2 sebagai pembalasan bagi apa yg mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari
Allah. Dan Allah Maha bijak lagi Maha Bijaksana.
HA, INI AL-QURAN YANG HAMID OTHMAN BAGI, BUKAN YANG PAS ATAU SIAPA-SIAPA YG
GATAL TANGAN PI TULIS.
KALAU BENAR TUJUAN UMNO IALAH NAK MENEGAKKAN ISLAM, YANG DR MAHATHIR
HANTAR SURAT KAT NIK AZIZ UGUT NAK AMBIL TINDAKAN KALAU KELANTAN LAKSANA
HUDUD TU, APA PASAL????
DAN KALAU BENAR UMNO BETUL-BETUL IKHLAS NAK MEMBANTU PERJUANGAN ISLAM,
PASAL APA PULAK PI TANGKAP TOK GURU PATTANI DAN PANGLIMA2 PERANGNYA,
LEPAS TU PI SERAH HIDUP2 KAT TENTERA SIAM? [rujuk Bangkokpost Jan 98]
KALAU UMNO BETUL2 BERSIMPATI DENGAN PERJUANGAN ISLAM, PASAL APA PULAK PI
TANGKAP PEJUANG2 ISLAM ACHEH, LEPAS TU YANG MANA MELAWAN, KENA 'SEMBELIH
HIDUP2' DI KEM TAHANAN SEMENYIH!!
[Ini boleh tanya Hassan Tito pemimpin pejuang Acheh yg dihantar pulang
bersama rakan2nya - .itu pun kalau dia masih hidup].
SO, MANA BUKTINYA UMNO HARI INI PERJUANGKAN ISLAM?
4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan
Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat
Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
YANG INI SAYA SETUJU.....SEBAB KAT KILANG2 YANG BERTERABUR DI SELURUH NEGARA
INI, KHUSUSNYA DI NEGERI PULAU PINANG , 90% TENAGA UTAMA DI KILANG2 INDUSTRI
ADALAH ANAK-ANAK BUMIPUTERA......GAJI MEREKA RM400 ~ RM500 SEBULAN,
SEDANGKAN YANG 10% LAGI ADALAH KUMPULAN PENGURUSAN BUKAN BUMIPUTERA
BERGAJI PALING KURANG RM5000 SEBULAN. ADA SEORANG TU, KELULUSAN TAK TARA
MANA, TAPI GAJI DIA RM12,000 SEBULAN!! (tertengok masa pergi file income tax
tak lama dulu).
5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi
tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
PIIRAH, ZAMAN TUN RAZAK DAN TUN HUSSEIN ONN DULU BOLEH LA UMNO CAKAP
MACAM TU, LA NI DAH TERBALIK KOK.
Salah satu sebab tercetusnya tragedi 13 Mei ialah kerana orang2 Melayu cukup
tak puas hati dengan kedudukan mereka khususnya dalam bidang ekonomi dan
pendidikan berbanding dengan bangsa yang lain khusunya orang2 Cina pada ketika
itu. Kerana itu, selepas tragedi berdarah 13 Mei, lahirlah REFORMASI dalam
Dasar Pendidikan Kebangsaan di bawah Menteri Pelajaran ketika itu,
iaitu Abd Rahman Yaakub.
REFORMASI dalam bidang pendidikan dengan niat untuk mendaulatkan bahasa Melayu
ini berjalan rancak semasa Tun Razak dan Tun Hussein Onn menjadi Perdana
Menteri. Lihatlah sejarah gemilang ini:
1970 sek aliran inggeris ditukar jadi aliran k'saan.
1970, darjah 1 sek rendah aliran Inggeris jadi darjah satu aliran Kebangsaan.
1971, darjah 2 jadi aliran kebangsaan
1972, darjah 3 jadi aliran kebangsaan
1973, darjah 4 jadi aliran kebangsaan
1974, darjah 5 jadi aliran kebangsaan
1975, darjah 6 jadi aliran kebangsaan
1976, Ting 1 jadi aliran kebangsaan
1977, Ting 2 jadi aliran kebangsaan
1978, Ting 3 jadi aliran kebangsaan
1979, Ting 4 jadi aliran kebangsaan
1980, Ting 5 jadi aliran kebangsaan
1981, Ting 6 jadi aliran kebangsaan
1982, Tingk 6 Atas jadi aliran kebangsaan
1983, Univerisiti gunakan bahasa Kebangsaaan sebagai bahasa pengantar.
1988, Selesai apabila Tahun Enam (akhir) Fakulti Perubatan guna BM sebagai
bahasa pengantar.
[*UKM sudah gunakan BM sebagai bahasa pengantar sejak tahun 1971 lagi]
TU DIA - LAPAN BELAS TAHUN LAMANYA!
SELAMA 18 TAHUN PARA CENDIAKIAWAN KITA BERTUNGKUS LUMUS DAN AKHIRNYA
BERJAYA MENDAULATKAN BAHASA MELAYU SEHINGGA KE PUSAT PENGAJIAN TINGGI;
TIBA-TIBA ENTAH APA BALANYA, PADA TAHUN 1993, DR MAHATHIR TANPA
MEMPERDULIKAN USAHA ORANG-ORANG TERDAHULU, TELAH MENGELUARKAN ARAHAN
SUPAYA BAHASA MELAYU DIGANTIKAN DENGAN BAHASA INGGERIS UNTUK KURSUS-KURSUS
TERTENTU DI UNIVERSITI2 TEMPATAN!!!
KEPALA %Y&$#@ PUNYA MAHATHIR!!!
Arahan Mahathir ini telah dilaksanakan secara rasmi oleh Anak Tun Razak pada
22 Jun 1995.
Perjuangan UMNO menegakkan ketuanan Bahasa Melayu ini kemudiannya terkubur
buat selama-lamanya dengan wujudnya Akta Pendidikan 1996 yang dibentangkan di
parlimen pada bulan Dis 1995.
AL-FATIHAH BUAT TUN RAZAK!
SO, SIAPA KATA UMNO HARI INI MEMPERJUANGKAN KETUANAN MELAYU???
6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang
kuat dan bersatu berasaskan kepada Hak-hak Asasi Manusia dan Hak -Hak stimewa
Orang Melayu.
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU?.....WUJUD LAGIKAH HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU INI??
Masa kecik-kecik dulu, cikgu sejarah saya pernah cerita; katanya masa nak
merdeka dulu, bertengkar sakan UMNO dan MCA sebab orang Melayu tak mau bagi
taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu sebagai salah satu syarat untuk
merdeka. Ya lah, sebab tanah Melayu ini bukan tok nenek depa yang punya.
Selepas tu, pi mai pi mai, akhirnya Orang2 Melayu pun bersetuju - bagi IC kat
orang2 Cina dan India dengan syarat orang Melayu dapat hak2 istimewa, islam
sebagai agama rasmi dan BM sebagai bahasa rasmi.
HAK-HAK ISTIMEWA ITULAH YANG MENYEBABKAN RIBUAN ANAK2 MELAYU MENJADI
OLONGAN PERTENGAHAN SEKARANG INI, HASIL DARIPADA DUIT BIASISWA YANG
DIGUNAKAN UNTUK MENANGUNG PEMBELAJARAN MEREKA. BAGI SAYA; DUIT BIASISWA INI
BUKANLAH DUIT KERAJAAN, TAPI SEBENARNYA ADALAH DUIT TOK NENEK KITA YANG
TERPAKSA MEM'SEDEKAH'KAN IC BIRU KAT ORANG2 BUKAN MELAYU DALAM KEADAAN
IZIN DALAM PAKSA!!
HA, HARI INI MANA DUIT-DUIT TOK NENEK KAMI TU?
MANA HAK-HAK KEISTIMEWAAN KAMI?
MANA???????????????
Penutup:
Itulah sebenarnya suara hati saya yang selama ini begitu membara dan mendidih
dengan kerenah pemimpin-pemimpin negara di zaman Dinasti Mahathir ini yg pada
pandangan saya, seorang rakyat marhain, saya melihat mereka2 ini yg diketuai
oleh Dr Mahathir adalah sebagai satu golongan pemimpin bangsa kita yg sudah
lalai dan lupa dengan amanah yang diberikan kepada mereka oleh anak-anak
bangsa; kerana itulah saya membuat keputusan nekad untuk keluar UMNO beberapa
tahun yang lalu.
Dahulunya, saya juga agak terpengaruh apabila orang berkata:
"Kita boleh ubah UMNO dari dalam"
Tapi, apabila melihat DSAI yang begitu hebat pun boleh kecundang, walau pun
siap dengan kumpulan2 sokongan seperti ABIM, JIM, UIA dan sebagainya; lantas
saya terfikir, siapalah kita yang cuma seorang rakyat biasa, yang kadang kala
bila ditahan polis tepi jalan pun, sudah naik kecut semacam...
Menutup bicara, UMNO hari ini sebenarnya sudah tidak ada tempat lagi untuk
orang2 yang ingin ikhlas berjuang seperti di zaman Datuk Nenek kita dahulu;
tapi sebaliknya UMNO yang ada hari ini sudah dikuasai oleh puak-puak korporat
sekular yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kedudukan; malah
mereka sanggup mengepung masjid jika terpaksa.
TAK PERCAYA, SILA TANYA WANITA UMNO PULAU PINANG YANG SANGGUP MENGEPUNG
MASJID KETIKA SEORANG USTAZ SEDANG MENGAJAR KITAB!!
-Wassalamu-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>