*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LANJUTAN PENULISAN HC (TAMAN MELEWAR DICABUL: PAS RILEKS LAGI)
>
>
> Assalamualaikum,
>
> Saya rasa terpanggil untuk turut memberikan pandangan saya dalam isu yang
> tersebut di atas seperti yang disiarkan disini pada 15 Ogos 2000  yang
> bertajuk Taman Melewar Di Cabul : PAS Rileks Lagi tulisan Sdr. HC
>
>
>        PAS adalah merupakan sebuah parti atau jemaah yang menjadikan Islam
> sebagai
> dasar perjuangan. Setiap langkah dalam perjuangannya adalah untuk
> menjadikan
> Islam sebagai satu cara hidup dalam matlamat memperlihatkan bahawa Islam
> satu agama yang syumul melengkapi semua bidang samada politik, ekonomi
> mahupun sosial. PAS dalam meniti perjuangan Islam, sentiasa diuji oleh
> semua
> pihak yang membenci Islam sebagai satu tatacara yang terbaik dalam
> menyelesaikan semua masalah. Kalau kita tinjau sedikit sejarah perjuangan
> PAS, kita dapat lihat bahawa PASlah yang menyatupadukan ummah. Tahun 1974,
> selepas peristiwa 13 Mei, PAS telah diajak untuk bergabung dengan UMNo
> dengan alasan bangsa Melayu perlu bersatu selepas peristiwa ketegangan
> kaum
> itu. Akhirnya apabila bangsa Melayu telah `bersatu', natijahnya PAS telah
> diterajang keluar dari Barisan Nasional. Bukan sedikit kesan daripada
> keputusan untuk bergabung itu, PAS telah kehilangan segelintir ahlinya
> yang
> tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan PAS ketika itu yang
> dipimpin
> oleh Dato' Asri.
>
>       Akibat ledakan zaman kebangkitan Islam yang berpunca dari kemenangan
> Ayatollah Khomenei di Iran pada tahun 1979, Malaysia juga tidak
> ketinggalan
> dengan ramai para graduan universiti yang ada kefahaman Islam. Orang-orang
> muda kebanyakkannya memilih ABIM sebagai platform memperjuangkan Islam
> yang
> dipimpin oleh sdr Anuar Ibrahim.Untuk makluman semua ABIM ketika itu
> adalah
> merupakan sayap pemuda PAS. Bagi mengatasi masalah ramai pemuda yang
> menyertai ABIM maka Dr Mahathir dalam usaha untuk membendung pengaruh
> Islam
> telah memperlawa sdr Anuar Ibrahim menyertai UMNo dengan alasan untuk
> menerapkan nilai-nilai Islam dalam kerajaan (walaupun Islam bukan satu
> benda
> yang boleh diterap (tampalan kepada benda yang lain) kerana Islam
> mempunyai
> asasnya yang tersendiri).Sdr Anuar Ibrahim ( DSAI)telah menerima ajakan
> itu
> dengan tujuan untuk mengislamkan UMNo dan matlamat akhirnya untuk
> (tentulah)menjadi PM (ketua UMNo)-kerana dengan menjadi PM barulah
> matlamat
> Islamnya itu tercapai (kalau sekadar orang bawahan - idea Islamnya tidak
> dapat dipraktikkan dengan lebih luas). Ketika itu, PAS sering
> mempersoalkan
> hujah DSAI, kerana sejarah perjuangan Rasullullah tidak memperlihatkan
> kearah seperti itu, dengan kata lain yang dituturkan oleh orang kampung
> (yang kurang manis), mencuci tong najis dari dalam tong itu
> sendiri,akhirnya
> hanya akan mengotorkan diri sendiri - lebih baik cuci tong najis dari
> luar,
> tong najis jadi bersih dan diri sendiri tidak terpalit najis...Akhirnya
> hari
> ini, itulah yang berlaku kepada DSAI kerana orang yang membenci Islam
> pasti
> akan menghalang kebangkitan Islam dengan apa cara sekalipun.Seperti yang
> dikatakan oleh seorang Ustaz, maksud sebuah ayat Qur'an: mereka merancang,
> Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah jua yang lebih
> baik.Peristiwa
> DSAI ini adalah merupakan salah salah satu daripada perancangan Allah
> untuk
> membuka hijab-hijab yang menghalang orang ramai dari menilai antara yang
> hak
> dan batil. Akhirnya apabila semua hijab telah terbuka tak payah
> pilihanraya
> pun, Mader dan puak-puaknya akan kalah...
>
>       Berbalik soal perjuangan Islam,setelah DSAI masuk UMNo, maka
> ramailah para
> pengikutnya (tak kasar kalau saya katakan - membuta tuli) yang mengikut
> masuk UMNo termasuklah ahli-ahli ABIM dan satu jemaah yang lebih junior -
> JIM yang turut sama membelasah PAS, dengan kata lain PAS berhadapan dengan
> 3-1
> (Umno bapaknya dibantu oleh ABIM & JIM). Disini ingin saya tegaskan kalau
> saudara-saudari nak memperjuangkan Islam kenapa nak tentang Parti Islam -
> sungguh tak logik, tapi itulah yang berlaku kepada PAS, yang ditentang
> oleh
> jemaah-jemaah yang dikatakan jemaah Islam...PAS tetap dengan dasar
> perjuangan yang sama bahkan memantapkan lagi susunan organisasi parti
> dengan
> mengangkat ulama' sebagai pimpinan. Saya masih ingat lagi kata-kata DSAI
> kepada PAS semasa beliau menjadi pimimpin kerajaan yang mengecam PAS
> sebagai
> sebuah pembangkang yang hanya menggunakan Islam sebagai topeng untuk
> tujuan
> politik. Apabila S46 ditubuhkan akibat persengketaan UMNo, PAS jugakah
> tempat untuk
> Kuli mengadu nasib yang akhirnya berkawan dalam p/raya umum.PAS tetap
> mengambil keputusan untuk berkawan dengan bekas-bekas ahli UMNO seperti
> Rais
> Yatim , Ibrahim Ali dll semata-mata untuk melihat Islam disebarluaskan
> yang
> turut menyaksikan segelintir ahli PAS yang tak setuju keluar parti.
> Sekarang
> apabila kes DSAI, PAS sekali lagi menjadi platform kepada orang Melayu
> khususnya untuk berlawan dengan UMNo, dimana menyaksikan penubuhan parti
> Keadilan. Saya amat terkejut (walaupun dah agak), bila Parti Keadilan
> ditubuhkan, maka orang-orang ABIM & JIM yang dulunya menentang PAS kini
> bergabung dalam Keadilan dan berkawan pula dengan PAS. Apa ni? adakah
> perjuangan Islam saudara-saudari adalah kerana DSAI? bila DSAI masuk
> UMNo,ikut masuk UMNo, bila DSAI ditendang UMNo, turut lawan UMNo..cubalah
> ada prinsip sikit, perjuangan Islam ini bukan kerana perjuangan individu,
> tapi jemaah. Saya masih ingat lagi semasa dikampus, seorang muslimat JIM
> (akibat ingin menarik adik-adik terutama dari Kelantan)mengakui bahawa
> usrah
> JIM nya itu adalah usrah PAS. Adik itu pun ikutlah usrah sehinggalah
> sampai
> ketahun dua dan bila nak masuk calon p/raya kampus, dia jadi tak faham
> bila
> orang tuduh dia lawan puak Islam kerana setahu dia, dialah puak Islam,
> bila
> kami terangkan barulah dia faham yang dia telah tertipu dengan politik JIM
>  yang herannya JIM suka betul tarik anak-anak ahli PAS terutama anak-anak
> pimpinan PAS)
>
>       Sekarang ni dah mula nak kutuk PAS, mengatakan PAS tak tolong
> Keadilan lah,
> PAS tak turun padang lah, PAS hanya menangguk di air keruh lah, PAS tidak
> ikhlas lah, PAS berjuang hanya dalam p/raya lah dan macam-macam lagi (ini
> merujuk kepada perkara di atas bilamana Keadilan ingin mengadakan ceramah
> umum dalam Markas PAS di Tmn Melewar dan polis telah menyekat ceramah itu,
> maka orang Keadilan menyatakan PAS tak ada ambil apa-apa tindakan untuk
> menolong...)Ini apa cerita ni? takkan kerana baru sekali dah disekat polis
> dah merajuk lantas menuduh PAS tak tolong saudara sendiri. Saudara-saudari
> tahu tak, bahawa PAS telah berzaman ditekan dengan lebih dahsyat. Semalam
> saya pergi ceramah Tuan Guru Nik Abd Aziz di Tg Karang, Selangor, saya
> sampai agak awal dan sempat sampai ditapak ceramah, malangnya polis telah
> mengarahkan ceramah dibatalkan dan terus membuat roadblock menghalang
> orang
> ramai menghampiri tapak ceramah walaupun Tn Guru Nik Abd Aziz dah ada
> disitu, kes ni kami tak kecoh pun walaupun pimpinan utama kami sebagai
> Menteri Besar dihalang untuk berceramah.Kesimpulannya disini, janganlah
> kerana polis menghalang ceramah Keadilan dan PAS tak ada buat demonstrasi
> membantah tindakan polis lalu Keadilan mengatakan PAS tak beri kerjasama.
> Sedarlah sikit, siapa yang menumpang siapa?, kalau dah tau nak menumpang
> rumah orang buatlah cara menumpang janganlah kerana pihak ketiga buat
> kacau
> kita menyalahkan tuan rumah yang nak kita tumpang, amatlah tak logik dan
> memalukan...takkanlah setiap program Keadilan , Mahfuz Omar (ketua Pemuda
> PAS)kena hadir, kalau tak hadir dicop sebagai tak tolong kawan atau tak
> ikhlas dalam pergabungan...Kami tak bising pun kalau sdr Ezam tak hadir
> setiap
> program PAS dengan mengatakan Keadilan tak support PAS, sebab kami tahu
> antara
> aktiviti parti dengan aktiviti pergabungan parti (untuk tujuan politik).
> Ini kerana PAS
> tetap teguh kerana pengisian rohaninya iaitu sistem tarbiyahnya yang
> unggul melalui
> usrah, tamrin ataupun rehlah. Kami tak heran andainya pimpinan kami masuk
> UMNo
> kerana kami faham perjuangan Islam bukan atas dasar individu tetapi
> semata-mata
> kerana Islam itu sendiri seperti yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad
> SAW....
>
> Sekian, terimakasih,


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "zuridah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke