> Dalam usaha kerajaan Trg menyelesaikan masalah rakyat. Mehnah dan
> tribulasi adalah perkara biasa. Apa yg saya nak sebut di sini utk minta
> pandangan dan pendapat saudara/ri pembaca. Antara ratusan masalah yg kena
> selesaikan:
> 
> Sikap sebahagian rakyat yg menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat.
> 
> Setelah PAS memerintah Negeri Terengganu. Bantuan kepada Rakyat Miskin
> dinaikkan. Dahulunya RM60 sebulan sekarang RM100. Memang kalau nak kira
> cukup tu, tidaklah. Namun masalahnya sebahagian drpd mereka ini Tidak mahu
> berubah dan mengubah diri.  Kalau dulunya 3 thn lepas sekarang macam tu
> lah jugak. kalau dulu 16 000 org sekarng tdk berkurang bertambah ada.
> Bebanan kpd kjaan. Masalahnya ada yg ibu atau ayah kpd anak yg 'berada' yg
> dipotong bantuan bulanan tersebut dalam proses pemutihan  protes bukan
> main lagi. Tak ada perasaan segan dan malu. Hidup mahukan subsidi kjaan.
> Apa pandangan anda utk ubah masalah ini????  Apa k'jaan Trg perlu buat...
> Ada cadangan yang diterima antara lain mereka ini tidak perlu diberi
> bantuan dalam bentuk wang ringgit tetapi bantuan tersebut perlu dalam
> bentuk keperluan harian. Beras, gula dll
> 
> Sikap sebahagian pegawai-pegawai kerajaan
> 
> BN yang memerintah Negeri Trg puluhan tahun dahulu menyusun gerakan mrk,
> antaranya pegawai-pegawai kerajaan yang mungkin agak taasub kpd BN, tetapi
> dah menjadi tabiat mrk ini pandai bermuka-muka melihat siapa bos mrk.
> Masalahnya Jawatan mrk yang agak tinggi dalam hearaki Kerajaan hari ini
> seperti, pegawai daerah, Penghulu Mukim, ketua Jabatan dan pegawai dalam
> bermacam jabatan. Mereka adalah pelaksana kpd dasar Kerajaan. Malang mrk
> ini ada yang telah berkarat biru. Maka timbullah masalah dengan rakyat.
> Aduan-aduan rakyat dibakul sampahkan. Bukan rakyat biasa tetapi Ketua JSR
> pun dilayan begitu. Permohonan mrk ini dilambat-lambatkan. ADUN di kawasan
> masing-masing dibelakangkan kalau berkaitan dengan aktiviti
> kemasyarakatan.  Contoh 1:  Penyampaian elaun tambahan imam dan bilal
> baru-baru ini, disampaikan oleh DO ditanya ADUN kawasan terbabit "Tak
> tahu".  Contoh 2: Kuliah Maghrib sepatutnya disampaikan oleh seorang exco,
> tetapi terus dipintas oleh seorang Kadhi.
> Di manakah kesilapannya????  Apa tindakan yg boleh di buat kpd mrk ini.
> Adakah pertukaran yang dibuat K'jaan Negeri dah masuk kali ke 4
> menyelesaikan masalah???

winmail.dat

Kirim email ke