*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammu alaikum,

----- Original Message -----
From: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

> Sufi ini adalah PELARIAN dari negara2 Islam sewaktu
> zaman pemerintahan Khalifah. Mereka melarikan diri
> dari hukuman pemerintah ISlam disebabkan oleh fahaman
> SESAT yang mereka fahami.

Kalau kita cari sejarah seperti yang didakwa oleh sdra Abd Rahman ni dalam
buku-buku biasa mesti kita tak jumpa, jadi teringin juga nak tahu dari mana
sdra Abd Rahman belajar semua ni. Menurut apa yang diketahui umum, Islam
dibawa ke Tanah Melayu dan Nusantara oleh guru-guru dan pedagang-pedagang
Islam berbangsa Arab dan Turki, bukan oleh pelarian-pelarian. Kalau boleh,
sdra Rahman ceritakan sedikit khalifah yang mana satu menghalau ahli-ahli
sufi sampai mereka lari ke Tanah Melayu.

> Pelarian mereka telah membawa mereka ke negara2 Asia
> Tenggara.  Di sini mereka berjumpa dengan kaum melayu
> yang TERSANGAT TEBAL KEHINDUANNYA.  Tetapi, Sufi ini
> mendapat sambutan dari masyarakat tempatan kerana
> fahaman mereka yang mempunyai BANYA PERSAMAAN DENGAN
> HINDU.  Jadi, mereka lebih mudah diterima dan
> hasilnya ramai yang masuk ISlam melalui mereka.

Kalau benar kaum Melayu ni "sangat tebal kehinduannya" macam mana agaknya
mereka ni boleh berubah menjadi Muslim?

>
> Tetapi, setelah masa berlalu fahaman2 yang dianuti
> oleh Sufi ini sedikit demi sedikit dikikis dari
> kehfahaman masyarakat melayu.  Antara kawasan yang
> kuat mengikis fahaman ini adalah Kerajaan Islam Acheh
> di mana seorang mufti Acheh yang bernama Sheikh
> Nuruddin Ar Raniri pernah menghukum BUNUH kepada
> mereka2 yang menganuti fahaman WEHDATUL WUJUD.

Di Aceh hari ni masih ada beribu pesantren yang mengikuti tarikat dan
mengamalkan zikir, sambil menjadi pusat-pusat menentang tentera Indonesia
TNI. Jadi kalau betul pun ada seorang mufti yang seperti sdra Abd Rahman
katakan, nampaknya macam dia tu seorang saja. Kalau tidak mesti dah tak ada
lagi pesantren di Aceh.

>
...(dipotong)....  Mereka juga
> menyokong KAUM TUA yang jelas PRO SULTAN dan PRO
> INGGERIS.

Pro-Inggeris tu saya tak tahulah, tapi pro-Sultan tu memang benar. Mungkin
sdra Rahman ada terbaca beberapa posting saya yang mana saya anjurkan umat
Islam di Malaysia bersatu atas nama Sultan. Mustahil umat Islam boleh
bersatu teguh jika tidak ada Sultan yang kuat. Dan mustahil Sultan boleh
kuat jika rakyat tidak menyokongnya dengan padu.

Aceh tu pun dulunya bersultan sewaktu zaman menentang Belanda. Malangnya
sekarang zaman Indonesia dah tak ada. Tengok keadaan mereka sekarang.

> ...(dipotong)... Di Filipina, jelas kumpulan Islam adlaah dari aliran
> SALAFI pimpinan Ustaz Salamat hashim.

Maaf kerana nampaknya pengetahuan saya tak setaraf dengan sdra Abd Rahman.
Ini pertama kali saya dengar orang kata yang Hashim Selamat tu
Salafi/Wahabi. Setakat ni saya hanya sangka kumpulan Abu Sayaf penculik
pelawat tu saja yang Wahabi.

> ...(dipotong).... Di, MAlaysia, kumpulan Sufi sudah semakin
> TERPINGGIR sehinggakan untuk REKRUT ahli baru mereka
> terpaksa menyamar sebagai TUKANG UBAT dsbnya.

Menyamar sebagai tukang ubat? Betulke ni, Rahman?

> ...(cukuplah tu)...


Osman Mia
http://dimashq.hypermart.net/osman/




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Osman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke