*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
The question you posed "Bolehkah berpolitik dalam masjid?" is very general, and the 
answer to it could be YES or NO. It depends on how you interpret "berpolitik". To 
Opposition politicians, "berpolitik" means a struggle for justice and `perjuangan' for 
the rakyat. Jadi, hukumnya bukan setakat boleh, tetapi sunat(or `harus') untuk 
berpolitik di dalam masjid.

On the other hand, "berpolitik" to Mahathir and his cronies means a conspiracy or a 
plot to topple political opponents. It's centred around `siapa dapat projek' and `anak 
siapa dapat saham?" things. This kind of politics is forbidden in a mosque.

Benda macam ni commonsensical laa...no need to `import' a fatwa by Yusof Qardawi or 
anyone else from the Middle East. Sikit-sikit nak apply fatwa...kalau fatwa tu 
specific, alright la...ni general sangat.
Fatwa nowadays is no more than just an opinion, the only difference is that it comes 
from a religious scholar. Di zaman rakyat yang berpendidikan and have  easy access to 
information seperti hari ni, a fatwa doesn't have much influence. As a Muslim, 
however, I believe we must not show disdain for the ulamaks even if we don't agree 
with their fatwas.

One example, there was a fatwa by the Grand Mufti of Mecca that says an Islamic 
country can have a diplomatic and trade relation with Israel. The same mufti also 
issued another fatwa that it's okay for the US to station tens of thousands of its 
troops on the Saudi soil. Would you `pakai' this fatwa?

In conclusion, kita ni jangan dogmatic sangat in our belief. Don't take a fatwa too 
seriously!

:-))


--- "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>
> wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu'alaikum,
>
>Saya tak pasti jika sebelum ini sudah ada topik ni dibincangkan. Saya 
>catatkan fatwa Yusof Qardawi dari buku "Fatwa Masa Kini" muka surat 335-343. 
>Ianya agak panjang- harap sabar sikit. Banyak nas2 yang Qardawi bentangkan:
>
>
>Masjid Dan Politik
>
>Soalan:
>Kami berselisih pendapat dalam satu persoalan penting. Ada yang bersetuju 
>dan ada yang membangkang. Masing-masing tidak dapat menerima pendapat orang 
>lain.
>
>Kami bersetuju untuk merujuk kepada pihak tuan (yakni Yusof Qardawi), kerana 
>persoalan ini penting, terutamanya pada masa kini.
>
>Persoalannya ialah: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik? 
>Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus? Atau dalil pengharamannya, 
>jika ia ditegah?
>
>Semoga Allah Taala memnberi taufik dan manafaat ilmu tuan kepada umat Islam.
>
>Jawapan Yusof Qardawi:
>Masjid: Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.)
>
>Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah 
>Muslimin. Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai 
>tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, 
>tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang dating dari seluruh pelusuk 
>Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan 
>mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk 
>ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn 
>dan pentadbiran.
>
>Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan 
>agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai 
>satu tempat yang lain bagi politik dan  permasalahannya selain daripada 
>masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan 
>politik.
>
>Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran.
>Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid 
>dijadikan sebagai tempat  pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan 
>sebagainya.
>
>Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. 
>Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. 
>Beliau berkata: “Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah 
>orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di 
>atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah 
>aku.”
>
>Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau 
>berkata: “Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan 
>aku!” Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu 
>menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!” Umar 
>menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan 
>rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata 
>pedangnya.”
>
>Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman 
>kegemilangannya. Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam 
>menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah. 
>Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang 
>diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi 
>membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, 
>mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat.
>
>Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, 
>kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat 
>Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman 
>pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan. Oleh itu kita dapati, 
>setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…!
>
>Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.
>
>Saya tidak faham, kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia 
>merupakan satu kehinaan atau jenayah?! Sedangkan ilmu politik adalah satu 
>cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang 
>politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia.
>
>Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang 
>bertanya:”Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik?” Sedangkan 
>mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki.
>
>Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut 
>garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada 
>di dalam lengkaran hukum dan nilai-nilainya.
>
>Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat 
>menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan 
>dan mengenepikan halal dan haram.
>
>Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan 
>menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan 
>keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia 
>adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, 
>ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap.
>
>Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak 
>dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan 
>pengertiannya yang di atas.
>
>Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap 
>yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah 
>manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh 
>kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi 
>dan politik.
>
>Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang 
>diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama 
>sebagaiaman di dalam sabdanya yang bermaksud; “Ad-Deen itu adalah nasihat…” 
>Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Sabdanya: “Bagi Allah, 
>Rasul, Kitab dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”
>
>Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan 
>dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat 
>keselamatan daripada kerugian di dunia  dan akhirat.
>
>Firman Allah bermaksud *( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu 
>dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan 
>mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan 
>sabar.”
>
>Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh 
>Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah 
>(s.w.t.):
>
>Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang 
>dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala 
>perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk 
>dan keji).” (Ali-Imran: 110).
>
>Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan 
>mukminat.
>
>Firman Allah (s.w.t.):
>Maksudnya: “ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, 
>sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh 
>berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka 
>mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan 
>Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”
>
>Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf 
>dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya 
>merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf 
>nahi mungkar.
>
>Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang 
>meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya:
>
>Maksudnya: “Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di 
>dalam kitab-kitan Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin 
>Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. 
>Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan 
>mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah 
>buruknya apa yang mereka lakukan.”
>
>Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, 
>masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran 
>umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka 
>dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh.
>
>Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi 
>sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh.
>
>Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiyak ‘Palestin’ 
>bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan. Pada 
>permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangnkitan masjid.
>
>Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai 
>peranannya yang tidak dapat dinafikan.
>
>Saya masih ingat pada tahun 1956 sewaktu permusuhan tiga serangkai ke atas 
>Mesir, saya dijemput oleh Kementerian Wakaf yang menjadi menterinya pada 
>masa itu ialah Syeikh Ahmad al-Baaquri untuk menyampaikan khutbah Jumaat di 
>salah sebuah masjid terbesar di Bandar kaherah untuk menguatkan semangat 
>orang ramai. Walaupiun ketika itu saya tidak dibenarkan berkhutbah, mengajar 
>dan setiap aktiviti yang memberi pengaruh kepada umum., tetapi keadaan 
>darurat ketika itu memaksa mereka meminta pertolongan saya.
>
>Kementerian wakaf dan ha ehwal masjid menyeru para khatibnya dari masa ke 
>semasa supaya menyentuh dalam khutbah mereka tajuk-tajuk yang boleh menolong 
>negara mencapai matlamatnya dan melaksanakan polisinya. Seperti bersederhana 
>dalam melakukan penggunaan, menentang keganasan, memerangi pelampau, seruan 
>ke arah kesatuan bangsa, kempen membasmi dadah…semuanya itu adalah dari 
>lubuk politik.
>
>Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ‘tujuan-tujuan politik’ sebagaimana yang 
>terdapat di dalam pertanyaan di atas?
>
>Difahami daripada soalan seumpama ini ialah politik pembangkang yang 
>menentang kerajaan.
>Pada pendapat saya, politik yang berbentuk begini tidaklah ditegah secara 
>mutlak dan tidak juga diharuskan secara mutlak.
>
>Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara 
>terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara 
>seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga 
>mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan 
>fanatik kepartian.
>
>Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar 
>syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan. Masjid didirikan untuk 
>meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan.
>
>Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di 
>saf syariat, bukan di saf kerajaan.
>
>Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik 
>dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat 
>daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan 
>meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang 
>sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dxengan kekuatan Allah 
>(s.w.t..)
>
>Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum 
>kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit 
>menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain 
>dikuasai oleh kerejaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang 
>berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di 
>Somalia.
>
>Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan 
>polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka 
>mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah 
>(s.w.t):
>
>Maksudnya: “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka 
>nengkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada 
>Allah.” (Al-Anfaal: 61)
>
>Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan 
>bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang 
>beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat.
>
>Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar 
>bagi risalah Islam, bahkjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan. 
>Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam 
>masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan 
>pendakwah kepada jalan Allah.
>
>Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama 
>dan dunia kita.
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>Share information about yourself, create your own public profile at 
>http://profiles.msn.com.
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

_____________________________________________________________
Get free email for your site ---> http://mail.freeanwar.com
Please visit http://www.freeanwar.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Maximus <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to