*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada pendapat saya tidaklah elok sekiranya sahabat kita Maximus mengatakan
'fatwa pada masa sekarang lebih kepada pendapat dan jangan ambil serious 
sangat', kerana seseorang yang akan mengeluarkan fatwa perlu sampai ke 
taraf mujahid iaitu bukan sahaja menghafal serta memahami Al Quran dan 
Hadith malah perlu mahir dalam bahasa Arab dan sebagainya. Mengeluarkan 
fatwa sebenarnya terikat kepada kaedah-kaedah tertentu.

Bagi orang yang seperti ini sekiranya fatwa atau ijtihad mereka betul 
mereka mendapat dua pahala dan sekiranya mereka silap mereka akan 
mendapat satu pahala. Walaubagaimanapun kita harus akui ada juga 
Ulamak-ulamak yang tidak berani mengeluarkan fatwa kerana takut 
atau ingin mengampu pemerintah.

Dalam kes fatwa Dr. Yusoff Al Qardhawi pula, kita perlu faham fatwa ini 
dikeluarkan sebelum isu BA VS BN dan dikemukakan oleh saudara muslim kita 
di Timur Tengah sudah pastilah jawapannya tidak spesifik dengan situasi 
di sini.

Saya rasa jawapan Dr. Yusoff Al Qaradhawi itu jelas iaitu Masjid 
didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi 
mana-mana kerajaan dan ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, 
maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan. 

Untuk itu masjid tidak harus berada di saf-saf UMNO ke BN, ke PAS ke 
KEADILAN ka, ia harus berada di landasan syariat. Sekiranya parti-parti 
tersebut berada di landasan syariat insyaallah selamat. 
Masjid juga janganlah dijadikan pentas untuk mencerca-maki 
individu-individu tertentu, kalau dia zalim katakan zalim, kalau dia 
bolot khazanah negara katakan yang benar jangan di tambah pula dengan 
cercaan seperti firaun dan sebagainya. Tak sebut firaun pun  kita 
fahamlah orang tu zalim. (Sebagai selingan ...)

Oleh itu janganlah kita mengatakan mengikut fatwa itu bermakna kita ni 
dogmatic, dogmatic bermakna kita mengikut atau bertaklid secara 
membuta-tuli sesuatu pendapat, manakala Ulama yang terdahulu dan sekarang 
pun (termasuk Dr. Yusoff Al Qaradhawi) tidak menyuruh kita mengikut secara 
membuta-tuli fatwa mereka. Niat mereka murni lebih murni daripada hati kita.
Bukan sedikit sumbangan mereka kepada Islam, diceritakan Dr. Yusuf Al 
Qaradhawi juga pernah keluar masuk penjara.

Fatwa bermakna mengeluarkan hukum berdasarkan pemahaman daripada Al Quran 
dan Sunnah sekiranya sahabatku Maximus mengatakan 'now days a fatwa 
doesn't have much influence' bagaimana kita kita hendak memahami nas Al 
Quran dan Sunnah ?

Saya ambil contoh, di dalam Mazhab Syafie menyentuh perempuan yang bukam 
muhrim mebatalkan 
wudhu' di dalam mazhab Maliki iaitu guru Imam Syafie mengatakan tidak 
batal Wudhu' kerana menyentuh perempuan, tetapi sekiranya melakukan 
persetubuhan dengan isteri batal wudhu'.

Itu adalah fatwa, perselisihan pendapat itu kerana perbezaan mereka 
di dalam memahami satu ayat di dalam Al Quran (sorry tak ingat ayat yang 
mana). Kita semua beramal dengan fatwa tersebut kerana kita bermazhab Syafie.

Bagaimana pula dengan isu pendermaan organ, nak guna commonsense saja ?

In conclusion mengikut fatwa bukan bermakna kita dogmatic cuma ingin 
memastikan apa yang kita buat itu berlandaskan ajaran Islam. Ada fatwa 
yang lemah dalil dah hujahnya, ada fatwa yang salah tapi jangan mudah 
menghukum kalau tak pasti baik kita mendiamkan diri dan tanya orang yang 
lebih tahu.

Wallahuallam  ....

P.S. Maximus hang ni Gladiator ka ??? :)))

 On Sat, 9 Sep 2000, Maximus wrote:

> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> The question you posed "Bolehkah berpolitik dalam masjid?" is very general, and the 
>answer to it could be YES or NO. It depends on how you interpret "berpolitik". To 
>Opposition politicians, "berpolitik" means a struggle for justice and `perjuangan' 
>for the rakyat. Jadi, hukumnya bukan setakat boleh, tetapi sunat(or `harus') untuk 
>berpolitik di dalam masjid.
> 
> On the other hand, "berpolitik" to Mahathir and his cronies means a conspiracy or a 
>plot to topple political opponents. It's centred around `siapa dapat projek' and 
>`anak siapa dapat saham?" things. This kind of politics is forbidden in a mosque.
> 
> Benda macam ni commonsensical laa...no need to `import' a fatwa by Yusof Qardawi or 
>anyone else from the Middle East. Sikit-sikit nak apply fatwa...kalau fatwa tu 
>specific, alright la...ni general sangat.
> Fatwa nowadays is no more than just an opinion, the only difference is that it comes 
>from a religious scholar. Di zaman rakyat yang berpendidikan and have  easy access to 
>information seperti hari ni, a fatwa doesn't have much influence. As a Muslim, 
>however, I believe we must not show disdain for the ulamaks even if we don't agree 
>with their fatwas.
> 
> One example, there was a fatwa by the Grand Mufti of Mecca that says an Islamic 
>country can have a diplomatic and trade relation with Israel. The same mufti also 
>issued another fatwa that it's okay for the US to station tens of thousands of its 
>troops on the Saudi soil. Would you `pakai' this fatwa?
> 
> In conclusion, kita ni jangan dogmatic sangat in our belief. Don't take a fatwa too 
>seriously!
> 
> :-))
> 
> 
> --- "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>
> > wrote:
> >
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >Assalamu'alaikum,
> >
> >Saya tak pasti jika sebelum ini sudah ada topik ni dibincangkan. Saya 
> >catatkan fatwa Yusof Qardawi dari buku "Fatwa Masa Kini" muka surat 335-343. 
> >Ianya agak panjang- harap sabar sikit. Banyak nas2 yang Qardawi bentangkan:
> >
> >
> >Masjid Dan Politik
> >
> >Soalan:
> >Kami berselisih pendapat dalam satu persoalan penting. Ada yang bersetuju 
> >dan ada yang membangkang. Masing-masing tidak dapat menerima pendapat orang 
> >lain.
> >
> >Kami bersetuju untuk merujuk kepada pihak tuan (yakni Yusof Qardawi), kerana 
> >persoalan ini penting, terutamanya pada masa kini.
> >
> >Persoalannya ialah: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik? 
> >Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus? Atau dalil pengharamannya, 
> >jika ia ditegah?
> >
> >Semoga Allah Taala memnberi taufik dan manafaat ilmu tuan kepada umat Islam.
> >
> >Jawapan Yusof Qardawi:
> >Masjid: Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.)
> >
> >Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah 
> >Muslimin. Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai 
> >tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, 
> >tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang dating dari seluruh pelusuk 
> >Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan 
> >mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk 
> >ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn 
> >dan pentadbiran.
> >
> >Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan 
> >agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai 
> >satu tempat yang lain bagi politik dan  permasalahannya selain daripada 
> >masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan 
> >politik.
> >
> >Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran.
> >Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid 
> >dijadikan sebagai tempat  pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan 
> >sebagainya.
> >
> >Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. 
> >Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. 
> >Beliau berkata: “Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah 
> >orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di 
> >atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah 
> >aku.”
> >
> >Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau 
> >berkata: “Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan 
> >aku!” Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu 
> >menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!” Umar 
> >menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan 
> >rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata 
> >pedangnya.”
> >
> >Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman 
> >kegemilangannya. Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam 
> >menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah. 
> >Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang 
> >diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi 
> >membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, 
> >mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat.
> >
> >Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, 
> >kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat 
> >Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman 
> >pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan. Oleh itu kita dapati, 
> >setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…!
> >
> >Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.
> >
> >Saya tidak faham, kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia 
> >merupakan satu kehinaan atau jenayah?! Sedangkan ilmu politik adalah satu 
> >cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang 
> >politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia.
> >
> >Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang 
> >bertanya:”Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik?” Sedangkan 
> >mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki.
> >
> >Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut 
> >garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada 
> >di dalam lengkaran hukum dan nilai-nilainya.
> >
> >Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat 
> >menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan 
> >dan mengenepikan halal dan haram.
> >
> >Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan 
> >menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan 
> >keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia 
> >adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, 
> >ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap.
> >
> >Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak 
> >dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan 
> >pengertiannya yang di atas.
> >
> >Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap 
> >yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah 
> >manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh 
> >kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi 
> >dan politik.
> >
> >Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang 
> >diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama 
> >sebagaiaman di dalam sabdanya yang bermaksud; “Ad-Deen itu adalah nasihat…” 
> >Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Sabdanya: “Bagi Allah, 
> >Rasul, Kitab dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”
> >
> >Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan 
> >dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat 
> >keselamatan daripada kerugian di dunia  dan akhirat.
> >
> >Firman Allah bermaksud *( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu 
> >dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan 
> >mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan 
> >sabar.”
> >
> >Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh 
> >Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah 
> >(s.w.t.):
> >
> >Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang 
> >dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala 
> >perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk 
> >dan keji).” (Ali-Imran: 110).
> >
> >Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan 
> >mukminat.
> >
> >Firman Allah (s.w.t.):
> >Maksudnya: “ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, 
> >sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh 
> >berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka 
> >mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan 
> >Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”
> >
> >Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf 
> >dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya 
> >merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf 
> >nahi mungkar.
> >
> >Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang 
> >meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya:
> >
> >Maksudnya: “Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di 
> >dalam kitab-kitan Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin 
> >Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. 
> >Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan 
> >mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah 
> >buruknya apa yang mereka lakukan.”
> >
> >Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, 
> >masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran 
> >umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka 
> >dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh.
> >
> >Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi 
> >sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh.
> >
> >Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiyak ‘Palestin’ 
> >bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan. Pada 
> >permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangnkitan masjid.
> >
> >Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai 
> >peranannya yang tidak dapat dinafikan.
> >
> >Saya masih ingat pada tahun 1956 sewaktu permusuhan tiga serangkai ke atas 
> >Mesir, saya dijemput oleh Kementerian Wakaf yang menjadi menterinya pada 
> >masa itu ialah Syeikh Ahmad al-Baaquri untuk menyampaikan khutbah Jumaat di 
> >salah sebuah masjid terbesar di Bandar kaherah untuk menguatkan semangat 
> >orang ramai. Walaupiun ketika itu saya tidak dibenarkan berkhutbah, mengajar 
> >dan setiap aktiviti yang memberi pengaruh kepada umum., tetapi keadaan 
> >darurat ketika itu memaksa mereka meminta pertolongan saya.
> >
> >Kementerian wakaf dan ha ehwal masjid menyeru para khatibnya dari masa ke 
> >semasa supaya menyentuh dalam khutbah mereka tajuk-tajuk yang boleh menolong 
> >negara mencapai matlamatnya dan melaksanakan polisinya. Seperti bersederhana 
> >dalam melakukan penggunaan, menentang keganasan, memerangi pelampau, seruan 
> >ke arah kesatuan bangsa, kempen membasmi dadah…semuanya itu adalah dari 
> >lubuk politik.
> >
> >Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ‘tujuan-tujuan politik’ sebagaimana yang 
> >terdapat di dalam pertanyaan di atas?
> >
> >Difahami daripada soalan seumpama ini ialah politik pembangkang yang 
> >menentang kerajaan.
> >Pada pendapat saya, politik yang berbentuk begini tidaklah ditegah secara 
> >mutlak dan tidak juga diharuskan secara mutlak.
> >
> >Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara 
> >terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara 
> >seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga 
> >mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan 
> >fanatik kepartian.
> >
> >Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar 
> >syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan. Masjid didirikan untuk 
> >meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan.
> >
> >Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di 
> >saf syariat, bukan di saf kerajaan.
> >
> >Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik 
> >dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat 
> >daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan 
> >meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang 
> >sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dxengan kekuatan Allah 
> >(s.w.t..)
> >
> >Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum 
> >kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit 
> >menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain 
> >dikuasai oleh kerejaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang 
> >berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di 
> >Somalia.
> >
> >Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan 
> >polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka 
> >mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah 
> >(s.w.t):
> >
> >Maksudnya: “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka 
> >nengkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada 
> >Allah.” (Al-Anfaal: 61)
> >
> >Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan 
> >bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang 
> >beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat.
> >
> >Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar 
> >bagi risalah Islam, bahkjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan. 
> >Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam 
> >masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan 
> >pendakwah kepada jalan Allah.
> >
> >Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama 
> >dan dunia kita.
> >
> >_________________________________________________________________________
> >Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
> >
> >Share information about yourself, create your own public profile at 
> >http://profiles.msn.com.
> >
> >
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>
> 
> _____________________________________________________________
> Get free email for your site ---> http://mail.freeanwar.com
> Please visit http://www.freeanwar.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Maximus <[EMAIL PROTECTED]>
> 




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mohd Rizal <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke