*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hj Mohamad bin Jusoh wrote:

>Assalamualaikum warah matullah hi wabarokaatuh.
>
>Nur Muhammad.
>Saya terlebih dahulu memohon ampun kehadrat Ilahi sekiranya penulisan
>ini tiada berkebajikan serentak mengeruhkan lagi
>suasana perbincangan berkaitan tajuk di atas. Semua maklumat yang saya
>perolehi adalah dengan menceduk daripada
>penulisan mereka yang alim berkaitan Nur Muhammad, maka saya pohon restu
>daripada setiap pengarang dan dzimmah
>mereka yang mana bibit2 daripada usaha pengarangan mereka kedapatan di
>dalam tulisan ini.
>
>Tujuan saya menulis semata-mata mendapat keridhoan Ilahi disamping
>menjelaskan kepada sahabat netters yang semuanya
>mahu kembali kepada Allah dan Rasulullah dengan keadaan aman dan tenang.
>Bermakna sesuatu yang bukan dari sumber Al
>Quran dan Hadis, ijma' dan qias adalah tertolak.
>Mengikut faham saya ada sahabat netters menganggap membicarakan
>berkaitan Nur Muhammad tiada di dalam nas dan hadis.Malah mereka yang
>membicarakannya seolah-olah dianggap semata-mata sia-sia.
>
>Sepatutnya kita menyalahkan diri sendiri dan bukannya menganggap remeh
>di atas  setiap perbicaraan yang kita tidak berselera dengannya.
>Sekali-sekala patut juga kita nikmati selera orang lain, semuanya itu
>adalah menunjukkan Kebesaran Ilahi dan
>kesempurnaan tarbiah para Rasul terhadap ummah.
>
>Skop berbincangan saya adalah mengenai Nas, Hadis dan Ulama Muktabar
>serta kitab-kitab yang mengakui kewujudan Nur
>Muhammad.
>
>Nas Al Qur'an
>
>Ayat 15 Surah Al Maidah.
>"Sesungguhnya telah datang kepada kamu, daripada Allah iaitu Nur dan
>kitab yang terang (al Qur'an)".
>Diantara sekalian ulama mentafsirkan ayat ini yang mengertikan "Nur" di
>sini ialah Nabi Muhammad S.A.W, tersebut di dalam
>tafsir at-thabari, demikian juga Tafsir Ibnul Jauzi, lihat jilid 2
>halaman 317. Ibnu Hatim, al-Qurtubi dan Qatadah semuanya
>mengatakan seperti demikian itu. Lihat Pembahasan Tuntas Perihal
>Khilafiah, H.M.H. Al-Hamid Al Husaini, cetakan pertama,
>Yayasan Al Hamidiy, Muharram1417H/Jun 1996, hlm. 86. Lihat Tafsir
>Jalalain, juzuk pertama halaman 97. Begitu juga dengan tafsir al
>Baidhawi baik yang berbahasa arab mahupun berbahasa Melayu yang di
>tulis" Sanya telah datang kepada kamu agama daripada Allah Taala, cahaya
>iaitu Nabi Shallalahu 'alaihi wa Sallam dan Quran yang amat nyata
>ditunjuki (oleh) Allah Taala kitab itu orang yang mengikut keridhoan-Nya
>kepada segala jalan yang selamat", Al-Baidhowi , jilid pertama, cetakan
>Rukhshah Nazhzrah al-Jalilah, Istanbul, Turki, 21 Jumadil Ula 1302 H,
>Hlm. 150.
>
>Pengertian hadis daripada ibnu Abbas R.A, Syeikh Nawawi al Bantani
>mentarjemahkan:
>
>"Tiadalah yang dimaksudkan dengan Nur di sini yang dapat menerima
>kegelapan, tetapi yang dimaksudkan dengannya (NUR) adalah yang sebenar
>Allah Taala yang   menjadikan Nur itu. Dan dinamakan dengan "Nur", tiada
>diketahui kejadiannya kecuali hanya Allah saja. Dan ada pendapat
>menyebut bahawa keadaan bentuknya atas rupa Nabi Muhammad s.a.w yang di
>alam nyata (seperti rupanya sebagai manusia). Dan yang lebih selamat
>berdiam diri dari memperkatakan yang demikian itu". Lihat Fath as Shamad
>al A'lim, Matba'ah Dar al Kutub al 'Arabiah al Kubra, Mesir, 1328 H, hlm
>10.
>
>Hadis dengan lafaz yang sama adalah diriwayatkan, dari Ali bin al Husein
>dari 'Ali bin Abi Thalib dari Nabi s.a.w dalam Al Anwar al Muhammadiyah
>karya Syeikh Yusof an Nabhani. Hadis ini tidak ditolak oleh Al Hafiz
>Abul Hasan 'Ali bin
>Muhammad bin Qaththan di dalam Ahkam, yang mana beliau adalah seorang
>tokoh ahli hadis yang sangat teliti.
>
>Lain-lain Hadis termaktub dalam Bahrul Lahut Karya Syeikh 'Abdullah
>'Arif yang semuanya kedapatan dalam Madarij as Shu'ud ila Iktisa' al
>Burud karya Syeikh Nawawi Bantani dan Anwar al Muhammadiyah. Perawi
>hadis ini ialah Abdurrazaq bin Hammam bin Nafi' as Shan'ani seorang
>muhaddits berasal dari Yaman yang hidup antara tahun 126 H - 211 H. Imam
>Bukhari (194-256 H) sendiri pernah mengakui hadis-hadis yang
>diriwayatkan oleh Abdur Razzaq adalah terlebih shahih.
>Sebagai contoh Imam Bukhari menyebut "Haddatsana Ishaq bin Manshur,
>qala, Qala Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam...." Lihat Shahih
>Bukhari, jilid 1, Matba'ah Al Amiriyah, Mesir, hlm 13. Beberapa maklumat
>mengenai 'Abdur Razzaq
>dapat disemak dalam Tahzibul Kamal Fi Asmair Rijal oleh al Hafiz
>Jamaluddin Abi al Hajjaj Yusuf tahqiq Basya 'Iwad Ma'ruf, jilid 18,
>cetakan pertama, Muassasah ar Risalah, Beirut, 1413H/1992M, hlm 52-56.
>Yang jelas ulama muktabar mengatakan bahawa hadis (tak dapat di copy -
>tiada scanner) adalah sahih tentang Nur Muhammad terlebih dahulu
>dijadikan daripada sekalian makhluk.
>
>Senarai Ulama' yang membicarakan tentang Nur Muhammad beserta karangan2
>mereka.
>
>1.Syeikh Mahyuddin Abdul Qadir Jilani (470 -561 H) - Sirrul Asrar wa
>Mazharul Anwar.
>2.Al Imam Sayuthi (849-911 H) - Ad Durarul Hisan Fil Ba'tsi wa Na'imil
>Jinan.
>3. Syeikh Abdullah 'Arif - Bahr al Lahut.
>4.Al Imam al A'lamah asy-syeikh Ahmad Syihabuddin al Qasthalani - Al
>Mawahibul Ladunniyah bil Minahil Muhammadiyah dan lebih daripada 20
>ulama' muktabar yang membicarakanya dan lebih daripada 20 negara yang
>umat islam menadah dengan cara mengajar, belajar dan mendengar serta
>beramal dengan kitab-kitab mereka yang telah sampai kepada darjah aulia.
>Mereka juga telah tercatit dalam sejarah sebagai aulia allah dan
>menyumbangkan seluruh diri dan harta benda terhadap Allah dan
>Rasulullah. Dan sekirannya dihimpun sekalian ulama yang ada pada masa
>ini dan ulama yang menentang perbicaraan Nur Muhammad tidak seorangpun
>layak menjadi guru mereka.
>
>Bermakna Perkara berkaitan dengan Nur Muhammad bukan sahaja perlu kita
>ketahui malah perlu kita selami demi mendapat keridhoan Allah didunia
>dan akhirat.
>Kepada mereka yang menganggap ia sesuatu yang remeh, eloklah mengkaji
>balik agar tidak jahat adab/sangka dengan perkara yang benar di datangi
>oleh Allah dan Rasulnya. Apatah lagi kita banyak mengambil pedoman dan
>rujukan daripada kitab-kitab peninggalan ulama2 yang dimaksudkan tadi
>
>Wallah Hu Ta'ala A'lam

Pengirim: Hj Mohamad bin Jusoh <[EMAIL PROTECTED]>
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke