*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

----- Original Message -----
From: "MD NOR ABDULLAH" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Saturday, September 23, 2000 3:13 PM
Subject: Re: H-Net* Hakikat Nur Muhammad


> Assalamu`alaikum
>
> Mudah2han kebenaran jua bersama kita. Saya gagahkan juga kudrat yang ada
> untuk menulis, sekadar mencari ridha Allah.
>
> Di dalam kitab berzanji oleh Syed Jaafar al-Barzanji ( 1609-1766) dan
kitab
> Hakikat Nur Muhammad yang tersebar di Malaysia dan di Indonesia terdapat
> satu istilah atau konsep yang dikenali sebagai Nur Muhammad. Istilah ini
> mempunyai nama sinonim yang lain seperti roh nabi Muhammad atau hakikat
> Muhammad yang dianggap sebagai yang pertama dijadikan oleh Allah. Semua
> makhluk yang lain dilangit dan bumi dijadikan daripada Nur Muhammad
> tersebut.
>
> Sebenarnya konsep hakikat Muhammad tidak berasal daripada ajaran al-Qur`an
> dan al-Hadis yang sahih tetapi dalam kitab Berzanji pada ayat pertama
> penggal ketiga berbunyi ولما اراد الله تعالى ابراز حقيقته المحمدية
> bermaksud " Tatkala Allah hendak melahirkan ( ke alam nyata ) HakikatNya
> Muhammadiyyah- Lihat Kitab Berzanji Jabatan Agama Islam Selangor. Jabatan
> dakwah diterjemah oleh Amir HajiMarzuki , Hlm 7 - .
> Daripada ayat tersebut boleh difaham sendiri bahawa hakikat Muhammadiyyah
> itu ialah Allah sendiri. Nur Muhammad seolah-olah adalah penjelmaan Allah
> تجلي di alam nyata.
> Seorang tokoh sufi bernama Ibn Arabi berkata alam nyata adalah kumpulan
> sifat-sifat Allah al-Haq. Alam semester seluruhnya adalah berasal daripada
> Nur Muhammad. Satu Hadis palsu أول ما خلق الله نور نبيك يا جابر bermaksud
> Pertama yang Allah jadikan adalah Nur Nabimu, wahai Jabir. Ada hadis palsu
> lain yang manyatakan Allah mencipta Nur Muhammad daripada NurNya sebelum
> dijadikan makhluk-makhluk yang lain "  إن الله خلق روح النبي صلى الله علسه
> وسلم من ذاته وخلق العالم من نور محمد صلى الله عليه وسلم "
> Di dalam kenyataan tersebut terdapat konsep emanasi falsafah Yunani yang
> mana sebab utama melahirkan tabi`i , tidak ada Pencipta atau makhluk. Yang
> banar menurut Al-Qur`an ,manusia pertama dicipta adalah Adam. Firman Allah
"
> ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين " bermaksud Dan sesungguhnya Kami telah
> mencipta manusia daripada saripati dari tanah"( al-Mukminun 23:12 ). Allah
> Jalla Sa`nuhu menegaskan bahawa Nabi Muhammad adalah manusia biasa bukan
> penjelmaan Allah di alam nyata. Firman Allah bermaksud " Katakanlah aku
ini
> hanya seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku "( al-Kahfi,
> 18:110 ). Di kitab berzanji di penggal satu barisan 5 dan 6 dicatatkan " ,
> وأصلي وأسلم على نور الموصوف بالتقدم والأولية المتنقل في الغرر الكريمة
> والجباه " yang bermaksud Ku pohon semoga Allah mencucuri rahmat dan
selamat
> kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu , Nur yang berpindah-pindah
> daripada satu dahu ke dahi yang mulia ( iaitu moyang2 Nabi s.a.w yang
> mulia ). Kenyataan berzanji di penggal 1 dibarisan 5 dan 6 menentang
maksud
> al-Qur`an tersebut di atas, malah ia adalah satu pendustaan kepada Allah
> Jalla Sha`nuhu. Dalam berzanji jua ada konsep inkarnasi ruh yang
menyerupai
> kepercayaan syirik agama Hindu.Ini jelas bercanggah dengan Al-Qur`an dan
> al-Hadis. Firman Allah yang bermaksud " Dan di hadapan mereka terdapat
alam
> Barzakh iaitu dinding yang membatasi hingga hari mereka
> dibangkitkan".(al-Mukminun 23:100 ). Bacalah tafsiran-tafsiran alQur`an
dan
> hadis-hadis Sahih serta renungilah maksud2nya yang pasti tidak akan kering
> pengertian dan kemanisannya. Memahaminya dalam bahasanya yang Asal terlalu
> manis, tiada kata yang mampu menyatakannya.Belajar bahasanya amat utama.
> Mudah2han Allah kumpulkan kita di Mahsyar bersama hambaNya yang ke shurga,
> Amin. Allah Ta`ala A`lam. Wassalam
>
> ----- Original Message -----
> From: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Friday, September 22, 2000 5:06 AM
> Subject: Re: H-Net* Hakikat Nur Muhammad
>
>
> >
> > Waalaikumusalam !
> >
> > Email saya send kat bawah tu adalah hasil "research" kawan kita, guna
utk
> > kita berfikir. Benar kata saudara Islam itu mudah tapi jangan kita
> > mempermudahkan. Mungkin benar kata saudara mengkajinya bukan priority
saya
> > pun tidak mengkajinya sebab kurang ilmu dan tak mampu seperti juga
hakikat
> > ruh, setiap yg bernyawa mempunyai ruh dan kita tidak disuruh menkajinya
> > kerana ruh itu urusan Allah, cuma kita mengimaninya. Bukan secara
> semberono
> > menafikan, terdapat perbezaan yg besar di situ. Lagi satu saya tak
nampak
> > pulak yg dikata "berfalsafah begitu". Kat mananya?
> >
> >
> > >From: "MD NOR ABDULLAH" <[EMAIL PROTECTED]>
> > >To: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>
> > >Subject: Re: H-Net* Hakikat Nur Muhammad
> > >Date: Fri, 22 Sep 2000 14:51:03 +0800
> > >
> > >Assalamualikum
> > >
> > >Dari segi prioriti ilmu mengaji dan mengkaji hakikat Nur Muhammad
> merugikan
> > >dan menyusahkan.Islam jelas dan mudah, untuk apa kita berfalsafah
> sebegitu
> > >rupa. Mudah2han Allah temukan kita jalan kebenaranNya.
> > >----- Original Message -----
> > >From: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>
> > >To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
> > ><[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>
> > >Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
> > >Sent: Thursday, September 21, 2000 6:59 PM
> > >Subject: Re: H-Net* Hakikat Nur Muhammad
> > >
> > >
> > > >
> > > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > >
> > > > Hj Mohamad bin Jusoh wrote:
> > > >
> > > > >Assalamualaikum warah matullah hi wabarokaatuh.
> > > > >
> > > > >Nur Muhammad.
> > > > >Saya terlebih dahulu memohon ampun kehadrat Ilahi sekiranya
penulisan
> > > > >ini tiada berkebajikan serentak mengeruhkan lagi
> > > > >suasana perbincangan berkaitan tajuk di atas. Semua maklumat yang
> saya
> > > > >perolehi adalah dengan menceduk daripada
> > > > >penulisan mereka yang alim berkaitan Nur Muhammad, maka saya pohon
> > >restu
> > > > >daripada setiap pengarang dan dzimmah
> > > > >mereka yang mana bibit2 daripada usaha pengarangan mereka kedapatan
> di
> > > > >dalam tulisan ini.
> > > > >
> > > > >Tujuan saya menulis semata-mata mendapat keridhoan Ilahi disamping
> > > > >menjelaskan kepada sahabat netters yang semuanya
> > > > >mahu kembali kepada Allah dan Rasulullah dengan keadaan aman dan
> > >tenang.
> > > > >Bermakna sesuatu yang bukan dari sumber Al
> > > > >Quran dan Hadis, ijma' dan qias adalah tertolak.
> > > > >Mengikut faham saya ada sahabat netters menganggap membicarakan
> > > > >berkaitan Nur Muhammad tiada di dalam nas dan hadis.Malah mereka
yang
> > > > >membicarakannya seolah-olah dianggap semata-mata sia-sia.
> > > > >
> > > > >Sepatutnya kita menyalahkan diri sendiri dan bukannya menganggap
> remeh
> > > > >di atas  setiap perbicaraan yang kita tidak berselera dengannya.
> > > > >Sekali-sekala patut juga kita nikmati selera orang lain, semuanya
itu
> > > > >adalah menunjukkan Kebesaran Ilahi dan
> > > > >kesempurnaan tarbiah para Rasul terhadap ummah.
> > > > >
> > > > >Skop berbincangan saya adalah mengenai Nas, Hadis dan Ulama
Muktabar
> > > > >serta kitab-kitab yang mengakui kewujudan Nur
> > > > >Muhammad.
> > > > >
> > > > >Nas Al Qur'an
> > > > >
> > > > >Ayat 15 Surah Al Maidah.
> > > > >"Sesungguhnya telah datang kepada kamu, daripada Allah iaitu Nur
dan
> > > > >kitab yang terang (al Qur'an)".
> > > > >Diantara sekalian ulama mentafsirkan ayat ini yang mengertikan
"Nur"
> di
> > > > >sini ialah Nabi Muhammad S.A.W, tersebut di dalam
> > > > >tafsir at-thabari, demikian juga Tafsir Ibnul Jauzi, lihat jilid 2
> > > > >halaman 317. Ibnu Hatim, al-Qurtubi dan Qatadah semuanya
> > > > >mengatakan seperti demikian itu. Lihat Pembahasan Tuntas Perihal
> > > > >Khilafiah, H.M.H. Al-Hamid Al Husaini, cetakan pertama,
> > > > >Yayasan Al Hamidiy, Muharram1417H/Jun 1996, hlm. 86. Lihat Tafsir
> > > > >Jalalain, juzuk pertama halaman 97. Begitu juga dengan tafsir al
> > > > >Baidhawi baik yang berbahasa arab mahupun berbahasa Melayu yang di
> > > > >tulis" Sanya telah datang kepada kamu agama daripada Allah Taala,
> > >cahaya
> > > > >iaitu Nabi Shallalahu 'alaihi wa Sallam dan Quran yang amat nyata
> > > > >ditunjuki (oleh) Allah Taala kitab itu orang yang mengikut
> > >keridhoan-Nya
> > > > >kepada segala jalan yang selamat", Al-Baidhowi , jilid pertama,
> cetakan
> > > > >Rukhshah Nazhzrah al-Jalilah, Istanbul, Turki, 21 Jumadil Ula 1302
H,
> > > > >Hlm. 150.
> > > > >
> > > > >Pengertian hadis daripada ibnu Abbas R.A, Syeikh Nawawi al Bantani
> > > > >mentarjemahkan:
> > > > >
> > > > >"Tiadalah yang dimaksudkan dengan Nur di sini yang dapat menerima
> > > > >kegelapan, tetapi yang dimaksudkan dengannya (NUR) adalah yang
> sebenar
> > > > >Allah Taala yang   menjadikan Nur itu. Dan dinamakan dengan "Nur",
> > >tiada
> > > > >diketahui kejadiannya kecuali hanya Allah saja. Dan ada pendapat
> > > > >menyebut bahawa keadaan bentuknya atas rupa Nabi Muhammad s.a.w
yang
> di
> > > > >alam nyata (seperti rupanya sebagai manusia). Dan yang lebih
selamat
> > > > >berdiam diri dari memperkatakan yang demikian itu". Lihat Fath as
> > >Shamad
> > > > >al A'lim, Matba'ah Dar al Kutub al 'Arabiah al Kubra, Mesir, 1328
H,
> > >hlm
> > > > >10.
> > > > >
> > > > >Hadis dengan lafaz yang sama adalah diriwayatkan, dari Ali bin al
> > >Husein
> > > > >dari 'Ali bin Abi Thalib dari Nabi s.a.w dalam Al Anwar al
> Muhammadiyah
> > > > >karya Syeikh Yusof an Nabhani. Hadis ini tidak ditolak oleh Al
Hafiz
> > > > >Abul Hasan 'Ali bin
> > > > >Muhammad bin Qaththan di dalam Ahkam, yang mana beliau adalah
seorang
> > > > >tokoh ahli hadis yang sangat teliti.
> > > > >
> > > > >Lain-lain Hadis termaktub dalam Bahrul Lahut Karya Syeikh 'Abdullah
> > > > >'Arif yang semuanya kedapatan dalam Madarij as Shu'ud ila Iktisa'
al
> > > > >Burud karya Syeikh Nawawi Bantani dan Anwar al Muhammadiyah. Perawi
> > > > >hadis ini ialah Abdurrazaq bin Hammam bin Nafi' as Shan'ani seorang
> > > > >muhaddits berasal dari Yaman yang hidup antara tahun 126 H - 211 H.
> > >Imam
> > > > >Bukhari (194-256 H) sendiri pernah mengakui hadis-hadis yang
> > > > >diriwayatkan oleh Abdur Razzaq adalah terlebih shahih.
> > > > >Sebagai contoh Imam Bukhari menyebut "Haddatsana Ishaq bin Manshur,
> > > > >qala, Qala Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam...." Lihat
Shahih
> > > > >Bukhari, jilid 1, Matba'ah Al Amiriyah, Mesir, hlm 13. Beberapa
> > >maklumat
> > > > >mengenai 'Abdur Razzaq
> > > > >dapat disemak dalam Tahzibul Kamal Fi Asmair Rijal oleh al Hafiz
> > > > >Jamaluddin Abi al Hajjaj Yusuf tahqiq Basya 'Iwad Ma'ruf, jilid 18,
> > > > >cetakan pertama, Muassasah ar Risalah, Beirut, 1413H/1992M, hlm
> 52-56.
> > > > >Yang jelas ulama muktabar mengatakan bahawa hadis (tak dapat di
> copy -
> > > > >tiada scanner) adalah sahih tentang Nur Muhammad terlebih dahulu
> > > > >dijadikan daripada sekalian makhluk.
> > > > >
> > > > >Senarai Ulama' yang membicarakan tentang Nur Muhammad beserta
> karangan2
> > > > >mereka.
> > > > >
> > > > >1.Syeikh Mahyuddin Abdul Qadir Jilani (470 -561 H) - Sirrul Asrar
wa
> > > > >Mazharul Anwar.
> > > > >2.Al Imam Sayuthi (849-911 H) - Ad Durarul Hisan Fil Ba'tsi wa
> Na'imil
> > > > >Jinan.
> > > > >3. Syeikh Abdullah 'Arif - Bahr al Lahut.
> > > > >4.Al Imam al A'lamah asy-syeikh Ahmad Syihabuddin al Qasthalani -
Al
> > > > >Mawahibul Ladunniyah bil Minahil Muhammadiyah dan lebih daripada 20
> > > > >ulama' muktabar yang membicarakanya dan lebih daripada 20 negara
yang
> > > > >umat islam menadah dengan cara mengajar, belajar dan mendengar
serta
> > > > >beramal dengan kitab-kitab mereka yang telah sampai kepada darjah
> > >aulia.
> > > > >Mereka juga telah tercatit dalam sejarah sebagai aulia allah dan
> > > > >menyumbangkan seluruh diri dan harta benda terhadap Allah dan
> > > > >Rasulullah. Dan sekirannya dihimpun sekalian ulama yang ada pada
masa
> > > > >ini dan ulama yang menentang perbicaraan Nur Muhammad tidak
> seorangpun
> > > > >layak menjadi guru mereka.
> > > > >
> > > > >Bermakna Perkara berkaitan dengan Nur Muhammad bukan sahaja perlu
> kita
> > > > >ketahui malah perlu kita selami demi mendapat keridhoan Allah
didunia
> > > > >dan akhirat.
> > > > >Kepada mereka yang menganggap ia sesuatu yang remeh, eloklah
mengkaji
> > > > >balik agar tidak jahat adab/sangka dengan perkara yang benar di
> datangi
> > > > >oleh Allah dan Rasulnya. Apatah lagi kita banyak mengambil pedoman
> dan
> > > > >rujukan daripada kitab-kitab peninggalan ulama2 yang dimaksudkan
tadi
> > > > >
> > > > >Wallah Hu Ta'ala A'lam
> > > >
> > > > Pengirim: Hj Mohamad bin Jusoh <[EMAIL PROTECTED]>
> > > >
> >
>_________________________________________________________________________
> > > > Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at
> > >http://www.hotmail.com.
> > > >
> > > > Share information about yourself, create your own public profile at
> > > > http://profiles.msn.com.
> > > >
> > > >
> > > >
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE
HIZB)
> > > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE
HIZB)
> > > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
n             )
> > > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab
          )
> > > >  ( Bermasalah? Sila hubungi
t                    )
> > > >
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > >
> > > > Pengirim: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>
> > > >
> > >
> >
> >
_________________________________________________________________________
> > Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at
http://www.hotmail.com.
> >
> > Share information about yourself, create your own public profile at
> > http://profiles.msn.com.
> >
> >
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "MD NOR ABDULLAH" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke