Date: Fri, 3 Nov 2000 14:23:00 +0800

www.harakahdaily.com
Terengganu tidak akan jatuh kepada PAS - Dr Mahathir 1982

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh) - Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Haji
Fadzil Mohd Noor mendedahkan di Parlimen baru-baru ini bagaimana sikap
angkuh Dr. Mahathir Muhamad dengan memberitahu Dewan Rakyat pada 17 Disember
1982 bahawa pembangkang (PAS) tidak mungkin dapat menawan Negeri Terengganu.


Berucap di Perbahasan Belanjawan 2000 di Dewan Rakyat, Dato' Haji Fadzil
membacakan kembali Hansard (laporan Parlimen) pada tahun tersebut yang
menyebut seorang wakil Umno/BN dari Pasir Putih menyoal Perdana Menteri:
"Tuan Yang Dipertua, saya ingin bertanya sekali lagi YAB Perdana Menteri
bahawa daripada jawapan Perdana Menteri bahawa dalam masa tiga tahun negeri
Terengganu telah mendapat RM300 juta.Ini merupakan minat parti pembangkang
untuk merampas negeri Terengganu.

"Jadi apakah pihak Kerajaan Persekut! uan mempunyai kuasa yang lebih untuk
menentukan, menambah atau mengurangkan royalti pada masa akan datang. Dia
juga sebut perkataan royalti," kata Dato' Fadzil.

Menurutnya, Perdana Menteri menjawab: "Tuan Yang Dipertua, kemungkinan ini
(Terengganu jatuh ketangan pembangkang) tidak akan wujud sama sekali, tidak
mungkin parti pembangkang menang di Terengganu."

Kata Dato' Haji Fadzil, ini suatu sikap lupa daratan, angkuh yang menganggap
seolah-olah dia yang berkuasa.

Menurutnya, Perdana Menteri lupa kepada kuasa Allah kerana Dialah yang
berhak memberikan kepada siapa yang Dia kehendaki dan emencabut kuasa itu
kepada siapa yang Dia kehendaki.
(Ucapan penuh Dato' Haji Fadzil di Keluaran Khas Harakah kali ini).

Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

Kirim email ke