*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Ini sepatutnya dijadikan pengajaran oleh UMNO supaya mereka lebih ikhlas 
dalam mencari punca masalah mereka. Bukannya sebagaimana biasa mencari 
'kambing hitam' untuk mnyedapkan hati sahaja. Punca kelemahannya apa? Maka 
seharusnya diselesaikan punca masalah itu. Baharulah masalah UMNO boleh 
diselesaikan .

Ini tidak. Contoh terbaik ialah UMNO berkata kononnya punca Melayu tidak 
meyokong mereka pada P/raya 1999 ialah KERANA fitnah PAS (lebih 70% Melayu 
tak sokong UMNO). Maka dengan berangan-angan kononnya itulah punca, walaupun 
punca sebenarnya lain, mereka menghentam balik PAS dengan menuduh PAS 
membuat fitnah. Sedangkan apa yang orang Melayu nampak lain. Mungkin punca 
sebenar ialah kerana UMNO terlalu banyak masalah dalaman seperti politik 
wang, perebutan kuasa, rasuah di kalangan pemimpin mereka, rendah akhlak di 
kalangan pemimpin mereka, komen2 keterlaluan yang menghina Islam (spt 'Nabi 
tak cukur janggut kerana tiada Gilete' dan yang terbaru 'Kita tak akan buat 
hukum bunuh ke atas orang murtad sebab dikhuatiri ianya tidak 
betul'-sedangkan ada Hadis Nabi sebagai nas!!), dan lain-lain punca. Apa 
puncanya? Tugas UMNOlah mencari punca sebenar dan menyelesaikan masalah 
mereka. Kami rakyat sudah muak mendengar UMNO menjadikan PAS sebagai kambing 
hitam masalah mereka. Sudah meluat.

Jangan sentiasa menjadikan PAS sebagai kambing hitam. Rakyat sudah sedar.

Wassalam.


>From: Memorandum <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Terengganu tidak akan jatuh kepada PAS - Dr Mahathir 1982
>Date: Thu, 2 Nov 2000 23:07:44 -0800 (PST)
>
>
>Date: Fri, 3 Nov 2000 14:23:00 +0800
>
>www.harakahdaily.com
>Terengganu tidak akan jatuh kepada PAS - Dr Mahathir 1982
>
>KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh) - Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Haji
>Fadzil Mohd Noor mendedahkan di Parlimen baru-baru ini bagaimana sikap
>angkuh Dr. Mahathir Muhamad dengan memberitahu Dewan Rakyat pada 17 
>Disember
>1982 bahawa pembangkang (PAS) tidak mungkin dapat menawan Negeri 
>Terengganu.
>
>
>Berucap di Perbahasan Belanjawan 2000 di Dewan Rakyat, Dato' Haji Fadzil
>membacakan kembali Hansard (laporan Parlimen) pada tahun tersebut yang
>menyebut seorang wakil Umno/BN dari Pasir Putih menyoal Perdana Menteri:
>"Tuan Yang Dipertua, saya ingin bertanya sekali lagi YAB Perdana Menteri
>bahawa daripada jawapan Perdana Menteri bahawa dalam masa tiga tahun negeri
>Terengganu telah mendapat RM300 juta.Ini merupakan minat parti pembangkang
>untuk merampas negeri Terengganu.
>
>"Jadi apakah pihak Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa yang lebih untuk
>menentukan, menambah atau mengurangkan royalti pada masa akan datang. Dia
>juga sebut perkataan royalti," kata Dato' Fadzil.
>
>Menurutnya, Perdana Menteri menjawab: "Tuan Yang Dipertua, kemungkinan ini
>(Terengganu jatuh ketangan pembangkang) tidak akan wujud sama sekali, tidak
>mungkin parti pembangkang menang di Terengganu."
>
>Kata Dato' Haji Fadzil, ini suatu sikap lupa daratan, angkuh yang 
>menganggap
>seolah-olah dia yang berkuasa.
>
>Menurutnya, Perdana Menteri lupa kepada kuasa Allah kerana Dialah yang
>berhak memberikan kepada siapa yang Dia kehendaki dan emencabut kuasa itu
>kepada siapa yang Dia kehendaki.
>(Ucapan penuh Dato' Haji Fadzil di Keluaran Khas Harakah kali ini).
>
>Comments ? E-mail Us
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke