*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Nampaknya sesetengah pemimpin UMNO sudah berpijak di bumi nyata dalam 
menyelesaikan masalah mereka yang semakin tenat. Tidak lagi hanya 
menyalahkan PAS yang menyebabkan masalah mereka. Berikut berita dalam 
B/Minggu hari ini:
.........
Sikap penting diri punca kalah
K/Terengganu: Ahli UMNO di Terengganu digesa tidak terlalu mementingkan diri 
sehingga sanggup menghabiskan wang dan tenaga dalam mengejar kedudukan di 
peringkat cawangan, bahagian, dan nasional.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Idris Jusoh berkata, 
sikap berkenaan di antara punca UMNO kalah di negeri itu dalam pilihanraya 
umum lalu.

Katanya , untuk menawan semula Terengganu, sikap seperti itu perlu dielak, 
termasuk bertanding sesama sendiri atau untuk menaikkan kumpulan tertentu.

"Kekalahan UMNO dulu bukan kerana kekurangan wang atau kekurangan 
pembangunan, tetapi kerana tidak terlalu memberi tumpuan kepada lawan 
sebenar, sebaliknya lebih sibuk mengatur rancangan melemahkan saingan dalam 
parti, "Katanya di majlis konvensyen UMNO negeri di Dewan Al-Farabi Maktab 
Perguruan Batu Rakit Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohd Khalil Yaakob merasmikan konvensyen itu 
mewakili Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdulllah Ahmad Badawi.

Idris berkata, mereka yang layak tidak perlu bimbang atau bersusah 
menonjolkan diri dan mendakwa mereka layak.

"UMNO tidak akan menjadi kuat jika pemimpinnya hanya mementingkan diri 
sendiri, sebaliknya memberi peluang kepada seberapa ramai ahli yang 
berpotensi," katanya.

Idris berkata, UMNO banyak melaksanakan tuntutan Islam, termasuk 
memperkenalkan institusi perbankan tanpa riba dan ilmu syariah, berbanding 
PAS yang hanya melaungkan slogan Islam.

.........

Dua pengamatan saya:
1. Dari mulut pemimpin tertinggi UMNO kita sentiasa dapat tahu rahsia 
masalah dalaman parti UMNO yang semakin teruk dan parah. Habis itu, kepada 
yang selalu cakap UMNO dan PAS sama sahaja, dua parti umat Islam. Pilihlah 
yang mana berkenan. Jadi, kenapa pula kita masih nak sokong parti yang 
sedang berpenyakit kronik sebegitu? Kalau nak beli ayam, kita beli yang 
sihat bukan yang sakit. Takkan dalam hal parti nak pilih parti yang 
berpenyakit? Tak cerdiklah. Lainlahn kalau kita memang suka benda2 yang 
berpenyakit seperti ayam kena sampar, lembu yang ada sakit kuku dan mulut, 
sayur yang sudah rosak berlendir dan busuk dan lain-lain.
2. Idris Jusoh cakap senanglah. Saya boleh bayangkan dalam perhimpunan itu, 
masing2 angguk sahaja dengar nasihat Idris Jusoh supaya ahli-ahli tidak 
mementingkan diri sendiri. Lepas tu, minum2 kemudian balik ke cawangan dan 
bahagian masing2. Tak ada perubahan. 'Politicking' terus berlaku. 
InsyaAllah, tak boleh selesai masalah sebab kurang iltizam disebabkan 
kepentingan diri yang diutamakan. Perasaan tamak haloba dan dengki tak 
senang nak dihakis. Lebih2 lagi dengan adanya wang royalti yang dirompak. 
Maka akan berterusanlah politik penting-diri. Maklumlah, sesiapa yang jadi 
ketua bahagian, dia akan dapat projek kat mana2. Dengan adanya hasil 
rompakan royalti, praktis ini akan berterusan. Jadi, ada hikmah juga 
rompakan royalti ini. Supaya UMNO Terengganu terus parah dan tidak akan 
bangkit semula. Dah tahu gula yang merosakkan semut, kenapa gula masih 
dilonggokkan. Dah tahu UMNO kalah kerana 'internal politicking' yang 
berpunca dari perebutan kuasa, kenapa wang royalti dilonggokkan ke pihak 
UMNO juga? InsyaAllah, UMNO akan jatuh kerana masalah dalaman begini. Bukan 
hanya di T'ganu. Tetapi juga di Johor, Kedah, Perlis, Sabah, N9, Melaka, 
Selangor, WP dan lain2. Tiada siapa yang boleh menolong kerana ini kerja 
psikoliji- setiap orang yang tamak tidak akan mengurangkan ketamakan 
walaupun kepentingan puaknya terancam.

Wassalam.


>From: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Terengganu tidak akan jatuh kepada PAS - Dr Mahathir 
>1982
>Date: Sun, 05 Nov 2000 02:32:15 GMT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu'alaikum,
>
>Ini sepatutnya dijadikan pengajaran oleh UMNO supaya mereka lebih ikhlas
>dalam mencari punca masalah mereka. Bukannya sebagaimana biasa mencari
>'kambing hitam' untuk mnyedapkan hati sahaja. Punca kelemahannya apa? Maka
>seharusnya diselesaikan punca masalah itu. Baharulah masalah UMNO boleh
>diselesaikan .
>
>Ini tidak. Contoh terbaik ialah UMNO berkata kononnya punca Melayu tidak
>meyokong mereka pada P/raya 1999 ialah KERANA fitnah PAS (lebih 70% Melayu
>tak sokong UMNO). Maka dengan berangan-angan kononnya itulah punca, 
>walaupun
>punca sebenarnya lain, mereka menghentam balik PAS dengan menuduh PAS
>membuat fitnah. Sedangkan apa yang orang Melayu nampak lain. Mungkin punca
>sebenar ialah kerana UMNO terlalu banyak masalah dalaman seperti politik
>wang, perebutan kuasa, rasuah di kalangan pemimpin mereka, rendah akhlak di
>kalangan pemimpin mereka, komen2 keterlaluan yang menghina Islam (spt 'Nabi
>tak cukur janggut kerana tiada Gilete' dan yang terbaru 'Kita tak akan buat
>hukum bunuh ke atas orang murtad sebab dikhuatiri ianya tidak
>betul'-sedangkan ada Hadis Nabi sebagai nas!!), dan lain-lain punca. Apa
>puncanya? Tugas UMNOlah mencari punca sebenar dan menyelesaikan masalah
>mereka. Kami rakyat sudah muak mendengar UMNO menjadikan PAS sebagai 
>kambing
>hitam masalah mereka. Sudah meluat.
>
>Jangan sentiasa menjadikan PAS sebagai kambing hitam. Rakyat sudah sedar.
>
>Wassalam.
>
>
>>From: Memorandum <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* Terengganu tidak akan jatuh kepada PAS - Dr Mahathir 1982
>>Date: Thu, 2 Nov 2000 23:07:44 -0800 (PST)
>>
>>
>>Date: Fri, 3 Nov 2000 14:23:00 +0800
>>
>>www.harakahdaily.com
>>Terengganu tidak akan jatuh kepada PAS - Dr Mahathir 1982
>>
>>KUALA LUMPUR, 2 Nov (Hrkh) - Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Haji
>>Fadzil Mohd Noor mendedahkan di Parlimen baru-baru ini bagaimana sikap
>>angkuh Dr. Mahathir Muhamad dengan memberitahu Dewan Rakyat pada 17
>>Disember
>>1982 bahawa pembangkang (PAS) tidak mungkin dapat menawan Negeri
>>Terengganu.
>>
>>
>>Berucap di Perbahasan Belanjawan 2000 di Dewan Rakyat, Dato' Haji Fadzil
>>membacakan kembali Hansard (laporan Parlimen) pada tahun tersebut yang
>>menyebut seorang wakil Umno/BN dari Pasir Putih menyoal Perdana Menteri:
>>"Tuan Yang Dipertua, saya ingin bertanya sekali lagi YAB Perdana Menteri
>>bahawa daripada jawapan Perdana Menteri bahawa dalam masa tiga tahun 
>>negeri
>>Terengganu telah mendapat RM300 juta.Ini merupakan minat parti pembangkang
>>untuk merampas negeri Terengganu.
>>
>>"Jadi apakah pihak Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa yang lebih untuk
>>menentukan, menambah atau mengurangkan royalti pada masa akan datang. Dia
>>juga sebut perkataan royalti," kata Dato' Fadzil.
>>
>>Menurutnya, Perdana Menteri menjawab: "Tuan Yang Dipertua, kemungkinan ini
>>(Terengganu jatuh ketangan pembangkang) tidak akan wujud sama sekali, 
>>tidak
>>mungkin parti pembangkang menang di Terengganu."
>>
>>Kata Dato' Haji Fadzil, ini suatu sikap lupa daratan, angkuh yang
>>menganggap
>>seolah-olah dia yang berkuasa.
>>
>>Menurutnya, Perdana Menteri lupa kepada kuasa Allah kerana Dialah yang
>>berhak memberikan kepada siapa yang Dia kehendaki dan emencabut kuasa itu
>>kepada siapa yang Dia kehendaki.
>>(Ucapan penuh Dato' Haji Fadzil di Keluaran Khas Harakah kali ini).
>>
>>Comments ? E-mail Us
>>
>>
>>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>>
>>
>>---------------------------------
>>Do You Yahoo!?
>>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>Share information about yourself, create your own public profile at
>http://profiles.msn.com.
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke