*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Kadang-kadang di celah-celah ratusan email berjela-jela di medan diskusi hizbinet ini, 
kita akan temui persoalan yang worth to think about, yang wajar diberi perhatian 
berbanding dengan sesetengah persoalan lain yang kadang2 nyata sangat keremeh 
temehannya.

Antara persoalan yang menarik perhatian saya ialah soalan dari sdra/i Daiman Toliban 
di bawah bertanyakan mengenai apa istimewanya Islam berbanding dengan agama lain.

Saya bukanlah pakar dalam bab-bab sebegini; kerana itu setelah hampir seminggu soalan 
ini muncul, saya masih menanti pakar-pakar dalam hizbinet ini untuk 
memperbincangkannya; malangnya pakar-pakar yang saya selalu harapkan untuk 
mengemudikan persoalan yg serius sebegini, masa mereka lebih banyak dibazirkan untuk 
memperdebatkan isu Sufi/Tarikat vs ASWJ/Wahabi dsg itu yang entah bila akan selesai.

Untuk itu, izinkan saya yang masih di maqam orang AWAM berbanding dgn sahabat2 yg 
tersebut itu, untuk memberi sedikit pandangan mengenai perkara ini.

Saya masih ingat ketika saya di Perancis suatu ketika dulu, dihantar oleh company ke 
sana atau urusan bisness; pada malamnya; kami keluar meraikan customer di sebuah 
restoran di luar kota Paris. Selesai makan, kami berbual ringan; secara kebetulan dlm 
ramai2 itu, hanya saya seorang sahaja yg muslim; customer kami ada 5 orang, campur 
kami lebih kurang 10 orang.

Salah satu soalan yg diajukan oleh customer kami itu ialah mengenai Islam....bukannya 
mengenai product barangan syarikat. Ditanya beliau kpd saya di hadapan customers dan 
juga partner saya dari Perancis dan German itu:

'Kenapa kamu tak minum wain (kat Paris, minum wain macam minum air biasa), kenapa kamu 
tak makan babi (masa dinner itu daging2 babi bersepah atas meja) dan lain-lain lagi'

Saya tergamam seketika, sebab saya memang tak expect customer saya itu akan tanyakan 
soalan yg sebegitu. Macam mana nak jawab?

Entah macam mana, sapa entah yang bagi ilham; dengan penuh confiden saya kata:

'Saya memilih agama Islam sebagai agama saya, sebagai cara hidup saya. Apabila saya 
sudah membuat keputusan dlm diri saya untuk memilih Islam sebagai agama saya, maka 
saya kenalah ikut semua ajaran, suruhan dan larangan agama yang saya pilih itu. Kalau 
Islam kata tak boleh, maka saya tak boleh buat. Kalau tidak, saya hanya 
mempermain-mainkan Islam yang saya pilih itu.  Sebab itu kalau islam kata jangan minum 
arak, saya tak minum, Islam kata jangan makan babi, saya tak boleh makan.

Samalah juga macam seorang askar; kalau dia dah pilih nak masuk askar, dia kenalah 
patuh dengan undang2 askar seperti berambut pendek, kasut berkilat dan sebagainya. 
Kalaulah dia nak berambut panjang, baik jangan masuk askar sebab dlm askar memang 
beliau tak boleh berbuat demikian"

Beliau hanya mengangguk tanda bersetuju; saya cuma menunggu soalan berikutnya yang 
saya agak beliau akan bertanya 'kenapa kamu pilih Islam, tidak agama lain?':

Saya memang mengagak soalan itu bakal muncul, tapi kerana tiba-tiba ada isu lain 
berkaitan kerja muncul, maka perbincangan ringkas mengenai Islam itu mati di situ 
sahaaj.

Apa yang akan saya jawab jika beliau bertanyakan soalan tersebut:

Kenapa kamu pilih Islam? apa istimewanya Islam?

Jika ditanyakan soalan itu, saya akan jawab:

Saya pilih Islam kerana berbanding dengan agama lain, Islam itu bersifat sempurna dan 
menyeluruh; dalam erti kata Islam itu bukan setakat agama ibdat sahaja seperti agama 
lain, tapi Islam juga melibatkan persoalan kehidupan seharian.

Secara mendalam; dalam Islam kita ada Hablumminallah (hubungan dengan Tuhan) dan 
Hablumminannas (hubungan dengan manusia lain dan makhluk seluruhnya), sedangkan dalam 
agama lain mereka hanya ada 'hubungan dengan Tuhan' sahaja.

Contohnya; agama Hindu/Buddha/Kristian hubungan dengan Tuhan mereka boleh dilihat 
dalam upacara2 agama mereka di kuil/Tokong/Gereja dan sebagainya. Apabila keluar dari 
rumah ibadat mereka; kalau ditanya soal pemerintahan, sistem perundangan, jenayah, 
soal jual beli, sistem pendidikan dan sebagainya; itu terpulanglah kepada masyarakat 
untuk menentukannya. 
Agama bagi mereka cuma melibatkan hubungan mereka dengan Tuhan, sedangkan hubungan 
antara manusia dan manusia/makkluk lain, itu terpulanglah kepada budi bicara masing2.

Banding pula dengan agama Islam; kita bukan setakat ada hubungan antara manusia dengan 
Tuhan (Hablumminallah) seperti soal sembahyang, puasa, haji dan sebagainya tapi dalam 
masa yang sama Islam juga ada Hablumminannas iaitu soal macam mana nak berhubungan 
dengan manusia dan makhluk lain; sebab itu dalam Islam kita ada apa yg dinamakan 
sebagai sistem perundangan Islam, sistem jenayah Islam, sistem jual beli cara Islam,  
Perbankan Islam, pajak gadai Islam, Tadika Islam, Sekolah Islam, Universiti Islam, 
Mahkamah Islamnya, Bursa Saham Islam dan berbagai bidang lain lagi yang tidak ada 
disebut dalam ajaran agama lain. 

Sebagai contohnya; dalam Islam kalau seseorang itu mencuri, dlm al-quran sudah ada 
hukumnya, kalau berzina sudah ada hukumnya, kalau membunuh sudah ada hukumnya; tapi 
dlm agama lain, semua ini tidak ada, terpulang kpd sesiapa yg berkuasa untuk 
menentukannya. Ini cuma sebagai contoh; banyak lagi yg lain kalau nak dituliskan.

Ringkasnya; itulah keistimewaan Islam sebagai addin; Islam sebagai satu sistem hidup; 
baik dalam soal cara-cara menyembah Tuhan mahu pun dalam cara-cara berhubung dengan 
manusia dan mentadbir negara. Dan, inilah juga sebenarnya yang membezakan ideologi 
antara mereka yang mahu menegakkan islam sebagai addin wal daulah (islam sebagai cara 
hidup dan sistem pemerintahan) dengan mereka yang cuma melihat Islam dari sudut solat, 
puasa, zakat dan haji semata-mata.

Moga penerangan ringkas daripada orang awam seperti saya ini mampu menjawab persoalan 
yang ditumbulkan itu.

Moga ada manafaatnya.

Imam_B 

==================

Daiman Toliban wrote:

A'kum semua,
 
Saya telah lama berfikir. Apakah kelebihan kita  orang  Islam yang boleh ditonjolkan 
kepada orang kafir untuk menarik mereka ke ugama yang paling baik ini?.
 
Ada tak sapa-sapa pernah senaraikan? kalau sesiapa ada, sila berikan hujjahnya sekali. 



Who needs Cupid?  Matchmaker.com is the place to meet somebody.
FREE Two-week Trial Membership at http://www.matchmaker.com/home?rs=200015

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke