*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

BerSabda Nabi Muhammad SAW

"Akan datang satu masa ke atas manusia yang bersolat, pada hal yang sebenarnya mereka 
tidak bersolat".

Firman Allah Taala

"Kecelakaan yang amat besar ke atas mereka yang solat, sedangkan mereka lalai dalam 
solatnya" Al Ma'un : 4 dan 5


Ada beberapa punca yang menyebabkan solat sesaorang itu celaka, tidak bernilai, sesia 
dan rugi, antaranya :

1. Tidak mematuhi sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.

"Dirikanlah solat itu semata-mata hanya untuk mengingati Daku (Allah Taala) " . Toha : 
14

"Mengingati Allah itulah yang paling utama, penting dan besar". Al AnKabut : 45

"(Dirikanlah solat) dengan penuh ketundukan hati dan ketekunan". Al Baqarah : 137

"Diwajibkan solat, menunaikan Haji dan tawaf, berkorban, serta diperintahkan supaya 
mensiarkannya semata-mata untuk MENGINGATI ALLAH. Apabila yang disebut di atas tidak 
ada
lagi di dalam HATIMU sebagai matlamat yang dituju dan dicari, lalu kenapakah begitu 
MAHAL harga zikr mu itu?  (Hadis Abu Daud dan Tarmizi).



2. Tidak memahami apa yang diucapkan di dalam solat.

"Janganlah kamu hampiri solat, sedangkan kamu dalam keadaan mabuk (nyanyuk dan tidak 
siuman), sehinggalah kamu mengerti dan memahami apa yang kamu ucapkan (dalam solat)." 
An
Nisa : 43.

Bahasa Quran dan Bahasa Hadis adalah dalam bahasa Arab. Golongan bangsa yang pertama 
menganut Islam juga ialah bangsa yang berbahasa Arab. Bacaan yang diucapkan dalam solat
semuanya adalah dalam bahasa Arab.

Ayat di atas telah dikupas dengan panjang lebar oleh Imam Abdul Wahab As Sya'arani dan 
Al Ghazali berhujah bahawa :

Ramai manusia yang solat tetapi hati mereka :

i.  Banyak angan-angan tentang dunia.
ii. Perasan cemas untuk meninggalkan dunia
iii. Tertipu dengan keindahan dan kelazatan dunia
iv. Mabuk dunia
v.  Tertutup mata hatinya tentang Alam Akhirat/Alam Ghaib

3. Mendirikan tidak menepati sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasul Allah dan para 
Sahabat beliau.

Telah berkata Imam Ahmad bin Hanbal (164 - 241 Hijriah).

"Aku merasa khuatir berkenaan dengan Hadis yang ditujukan oleh Nabi SAW (lihat 
perenggan pertama di atas) ialah zaman kita sekarang (rujuk tempuh hayat Imam Ahmad 
Hanbal).
Sekiranya engkau melakukan solat di dalam 100 masjid, nescaya engkau akan melihat 
bahawa tidak satu masjid pun di mana manusia bersolat dengan betul menuruti 
sebagaimana yang
dicontohkan oleh Rasul Allah SAW dan para Sahabat beliau".

Perhatikan :

Ucapan Imam Ahmad bin Hanbal telah berlalu kira-kira 1200 tahun Hijriah. Di zaman 
beliau, beliau sendiri telah menyaksikan dengan mata kepala beliau keadaan dan 
prestasi solat
umat Islam yang sezaman dengannya. Sebagai seorang Imam yang bertanggungjawab beliau 
telah mengupas berkenaan dengan solat dan menyampaikan kepada orang-orang yang bersolat
bersama-sama dengan beliau dalam buku/kitab "Betulkan solat anda".

Berkenaan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh sdr. hadi ma :

1. Persoalan pertama telah saya jawab di atas.

2. Berkenaan dengan persoalan kedua.

Dalam pengajian dan pendidikan agama (din), perkara yang penting dan asas adalah 
iktiqad yang benar, akidah yang tepat dan ibadah yang istiqamah. Kemudian insya Allah 
disusuli
dengan amal yang soleh.

Dengan lain perkataan, amal soleh hanya akan terbit dan terhasil dengan ketiga-tiga 
perkara asas di atas iaitu iktiqad, akidah dan ibadah.

Jika sesaorang itu dapat mencapai iktiqad yang benar, nescaya berhasillah akidahnya. 
Sementara ibadah adalah merupakan pekerjaan hati untuk mengekal, meneguh dan 
memantapkan
akidah agar ia berterusan.

Ibadah adalah :

"...Dan janganlah kamu syirik kepada Rabb kamu iaitu dengan beribadah mengESAKANNYA". 
Al Kahfi : 111

Sebenar-benar ibadah adalah setelah sesaorang itu beroleh kemenangan berjaya 
membebaskan diri daripada syirik.
Ibadah yang bebas daripada syirik itu mafhumnya adalah ibadah yang berasaskan kepada 
iktiqad yang benar dan akidah yang tepat. Oleh kerana ibadah itu DIWAJIBKAN 24 jam 
sehari
semalaman tanpa henti (berterusan) ke atas golongan jin dan manusia maka wajiblah 
iktiqad dan akidah itu mendahului dan menyertai  ibadah. Tidak boleh bercerai atau
menceraikan antara iktiqad, akidah dan ibadah (bebas daripada syirik dan sentiasa 
mengESAKANNYA").

Ibadah yang sedemikianlah juga merupakan mafhum daripada Firman Allah Taala (maknanya) 
:

"Dan beribadahlah engkau kepada Ku dan itulah satu-satunya Jalan Yang Lurus". Yaa Sin 
: 61.

Jalan Yang Lurus adalah mengekalkan hati itu sentiasa terjalin perhubungan dengan 
Rabbnya (hubungan antara hamba dengan Tuhannya).

"Oleh itu ingatlah kepada Ku nescaya Daku ingat kepada mu..." Al Baqarah ; 152

Ingat dengan penuh ketundukan dan ketekunan sepenuh hati (kyusuk) dan bebas daripada 
syirik.

Orang yang sudah ada ibadah ( iktiqad dan akidah ini) apabila mahu mendirikan solat 
maka pada diri orang ini sesuailah dinamakan ibadah solat. Kerana telah mendahului ia 
akan
solat itu dengan ibadah yang tidak putus.

Orang yang sedemikianlah yang hanya layak mengucapkan ucapan-ucapan dan bacaan dalam 
solat seperti :

1. Dalam Doa iftitah

"Maha Besar Allah" hatinya sudah sentiasa 24 jam tidak lalai mengingati dan 
mengutamakannya dan membesarkannya
"Segala Puji bagi Allah dengan sebanyak-banyaknya" hatinya tidak putus-putus memuji 
lantaran tidak lalai dan dilalaikan
"Maha Suci Allah Setiap pagi (sebelum Subuh telah bangkit mengingati Allah) dan Setiap 
petang (sebelum terbenam matahari telah bersedia mengingati Allah - bersih dan suci
hatinya daripada sekalian yang selain Allah).

Setelah hatinya suci bersih sesuai dengan Firman Allah (rujuk Al A'Ala : Ayat 14 dan 
15)

Naik pula ia ke makam Munajat

"Aku hadapkan diriku kepada wajahMu yang menjadikan sekalian Langit dan Bumi, tunduk 
berserah diri dan bukanlah aku daripada golongan yang mensyirikkanMu".

Dan Makam Tabdal

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya daripada keranaMu jua Ya ALlah 
yang mentadbir sekalian alam"

Seterusnya Makam Tawakal

Fatehah Allah SWT kurniakan kepada orang-orang yang mencapai makam Tawakal kepada 
Allah.

iaitu :

i. Orang yang sudah berlindung sepanjang masa kepada Allah (Allah Taala sahaja yang 
berdaya upaya)
ii. Orang yang sudah Allah menyertainya , Rabb yang bernama Ar Rahman dan Ar Rahim
iii. Orang yang tidak putus-putus hatinya sentiasa memuji dan mengutamakan Allah, Puji 
yang khusus kepada Rabbul alamin
iv. Iaitulah Rabb yang Bernama Ar Rahman dan Ar Rahim
v.  Penguasa yang memiliki Hari Qiamat
vi. Sesuai dan lancarlah hatinya mengucapkan "Dikau jua yang daku ibadahkan (24 jam 
tidak putus sehari semalaman) dan dikau jualah daku memohon pertolongan"
vii. Mohon tunjuki daku Jalan Yang Lurus (hampir dan telus)
DAN SETERUSNYA..

Menunjukkan ibadah solat itu adalah hanya sesuai dan layak didirikan bagi orang yang 
sudah teguh ibadahnya (bebas daripada syirik), istiqamah dan berterusan . Orang yang
berIman dan mengamalkan ilmunya sesuai dengan Quran dan Hadis. "Cakap serupa bikin". 
Tetapi sekiranya belum mantap iktiqadnya dan  tidak tahu hujung pangkal akidahnya, lalu
apakah yang mahu diibadahkan. Dibimbangi ia kelak akan termasuk ke dalam golongan 
orang yang diharamkan menghampiri solat (rujuk An Nisa : 43). Hampiri solat pun tidak 
boleh
betapa pula mendirikannya. (Bandingkan dengan Ayat "wala taqa rabuzzina..") Lantaran 
perkara-perkara berikut :

1. Berdusta (nifak) kepada Tuhan (lidah mengikrarkan hanya Tuhan yang diibadahkan 
tetapi sebenarnya yang selainNya)
2. Riak kepada Tuhan (menunjuk-nunjuk kepada Tuhan kononnya dia solat pada hal yang 
diingat dan dihadapnya adalah makhluk jua)

Malangnya ramai di kalangan kita, sampai ke peringkat Tuhan pun dia sanggup berdusta 
dan riak. Tidak cukup kepada manusia sahaja, malahan Tuhan dia sendiri pun dia mahu dan
gamak menipu dan riak.

Maka sesuailah Allah Taala berFirman sebagai jawapannya :

"Kecelakaan yang amat besar ke atas mereka yang solat sedangkan mereka lalai di dalam 
solatnya".
"iaitu termasuklah golongan yang riak"
Al Maun : 4 dan 5

Betapakah kita harus lalai dan riak sedangkan sudah terang Allah Taala menegaskan :

"Sesungguhnya Tuhan mu amat mengetahui apa jua yang tersembunyi (belum dizahirkan) di 
dalam hatimu".Al Mulk : 14

Bermohon kepada ALlah atas lempah rahmat dan keampunanNya untuk saya dan sdr. hadi ma 
serta sdra/ri.
Wassalamualaikum wbt.

hadi ma wrote:

> Assalamu alaikum all,
>
> Pernahkah anda dengar orang Islam bersembahyang tetapi
> tidak bersolat??. Dalam bahasa inggeris "uphold
> worship yet not pray". Awas..Anda mungkin telah
> bersembahyang tetapi anda mungkin tidak bersolat!!.
>
> Dalam bahasa inggeris solat disebut sebagai "pray"
> yang membawa erti "doa/berdoa". Doa pula membawa erti
> konotasi) meminta.
>
> Adakah anda telah "meminta-minta" didalam sembahyang
> anda??. Meminta disini bukan sererti "menyebut".
> Burung kakaktua juga menyebut tetapi adakah ia
> meminta??. Mungkin anda telah menyebut "ihdina
> ssiratol mustaqim"(tunjukkanlah kami jalan lurus)
> didalam sembahyang anda, tetapi adakah apa yang anda
> sebut itu adalah apa yang anda pinta??.
>
> Cabarlah minda anda. Biarkan otak kita berfikir kerana
> Allah mahukan kita berfikir. Perlindungan dari sihir
> yang di hajati mungkin terdapat didalam "doa/solat".
>
> Wassalam
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke