*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Sudah beberapa kali saya terbaca berkenaan gerakan kaum kuffar yang mana salah
satu modus operandi mereka untuk menyesatkan umat dan keturunan Islam ialah
dengan menggunakan atau mengenakan sihir.

Sebagai umat Islam, sudah jelas bagi kita bahawa sihir adalah ilmu yang
berhubung kait dan rapat dengan jin (syaitan). Dan sudah dijelaskan kepada kita
melalui Firman dan Hadis bahawa golongan jin dan syaitan ini tidak akan dapat
mengganggu , merosak dan mendekati golongan manusia berIman yang mendapat
perlindungan daripada Allah SWT.

Golongan yang dimaksudkan ini adalah mereka yang mantap iktiqad, akidah dan
istiqamah ibadahnya. Iaitu mereka yang sentiasa menjalinkan perhubungan dengan
Rabbnya sepanjang masa dan dalam semua keadaan. Sesuai dengan perintah ibadah
(perhubungan antara hamba dan Rabbnya) itu sendiri wajib dilaksanakan berterusan
tanpa henti 24 jam sehari semalam atau 1440 minit sehari semalaman.

Allah SWT sendiri memerintahkah kepada orang-orang berIman dengan Firmannya
bermakna

"Wahai orang-orang berIman ingatlah Allah dengan ingatan yang
sebanyak-banyaknya".
(al Ahzab : 41)

Perhubungan dengan Allah ialah dengan hati itu sentiasa mengingati dengan penuh
ketekunan dan ketundukan serta mengEsakannya.

Hati yang sedemikian sahaja yang mendapat jaminan perlindungan dan keselamtan
daripada Allah.

"Sesungguhnya pada diri Rasul Allah itu merupakan contoh teladan yang amat baik
kepada kamu (iaitu) orang-orang yang mengharapkan bertemu dengan Allah dan
keselamatan di Hari Akhirat dan mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya". Al
Ahzab : 21.

Nabi Muhammad SAW sendiri menganjurkan mengingati Allah ini kepada umatNya
dengan

1.  mengamalkan 'Aku berlindung daripada Allah daripada syaitan yang direjam".
2. mengamalkan 'Dengan Nama Allah, Ar Rahman dan Ar Rahim'

Tetapi kebanyakan kita hanya menyebutkan dilidah sahaja tanpa menghayati di
dalam hati maksud dan mauduk kalimat tersebut. Manusia yang mendapat
perlindungan daripada Allah ialah mereka yang ada iktiqad, akidah dan ibadah
tanpa henti.

Hati yang lalai :

1. kecelakaan yang amat besarlah bagi mereka yang mengeraskan hatinya daripada
mengingati Allah ; mereka itulah yang berada dalam kesesatan yang amat nyata. Az
Zumar : 22

2. barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Ar Rahman maka Kami adakan
baginya syaitan ; lalu syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu
menyertainya. Az Zukaf : 36.

3. (berkenaan dengan golongan munafik), syaitan telah menguasai mereka lalu
menjadikan mereka lupa daripada mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan
(hizbi syaitan), ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan inilah yang
merupakan golongan yang sangat rugi.  Al Mujadilah : 19.

Orang-orang Islam yang berilmu dan berIman wajib mengamalkan dan menghayati
perintah-perintah Allah yang amat jelas dalam al Quran. Allah SWT tidak akan
berkompromi dengan mereka yang lalai daripada mengingatinya (tidak menjalinkan
perhubungan antara hamba-Rabb).

1. Oleh itu ingatlah kamu kepada Ku nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah
kamu kepada Ku dan janganlah kamu ingkari nikmat Ku. Al Baqarah : 152.

2. Belumkah lagi sampai waktunya bagi orang-orang berIman itu menjadi tunduk
HATI mereka dengan penuh ketekunan mengingati Allah. AL Hadid : 16.


Jika sesaorang berIman itu ada masalah, kesusahan dan dugaan maka Allah itulah
yang menjadi tempat mengadu dan melepaskan segala permasalahan. Kerana Dialah
sahaja yang mengenakan masalah dan dugaan tersebut dan Dialah juga yang amat
berkuasa melepaskannya.

"Barangsiapa berTakwa kepada Allah nescaya Allah akan melepaskan segala
permasalahannya, kesusahannya dan kesempitannya..."

TETAPI jika kita jarang-jarang mengingati Allah, sampaikan kepada mendirikan
solat pun tidak dapat mengingati Allah, jadi bagaimanakah jaminan pertolongan,
perlindungan dan keselamatan Allah di dunia dan di akhirat akan menjadi
kenyataan.

Nabi Muhammad SAW tinggalkan kepada umat Islam Quran dan Hadis untuk difahami,
diikuti dan dihayati agar kita tidak sesat, rugi, ingkar, zalim, nifak,
syirik... tetapi perkara yang terang-terang yang diperintahkan Allah, untuk
meneguhkan perhubungan, iktiqad, akidah dan ibadah, kita tidak akuri dan tunduk
kepadaNya. Maka terimalah padah yang menimpa di kalangan ramai umat Islam hari
ini....

Sihir dan segala tipu daya orang-orang kafir sama ada Yahudi dan Nasara dan
sekalian manusia (sebenar-benar manusia yang kafir itu hanya Allah sahaja yang
mengetahuinya) akan menjadi cair , lemah dan gagal. Kerana segala sihir dan tipu
daya mereka merupakan perancangan mereka yang serba lemah dan kekurangan,
sementara yang daripada Allah adalah merupakan perancangan Allah, yang pasti
mengalahkan dan mengatasi sekalian makhlukNya.

"Perteguhkanlah olehmu perhubungan dengan Allah (hablillah) dengan
seteguh-teguhnya, usahlah kamu longgarkan, renggangkan, leraikan, putuskan dan
pisahkan".

Fikirkanlah bersama wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sempurna.
Daripada Allah jua dipohonkan petunjuk dan keampunan.
Wassalamualaikum wbt.

nurnajiha abd kadir wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> a.kum, netters semua. saya setuju dgn imam b. dlm hizbinet ni saya tak
> banyak membalas tapi sekadar byk membaca. saya byk mengkaji ttg tiga agama


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke