*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
        Di sinie saya merasakan bersalin kat hospital swasta ke
kerajaan ke itu bergantung kepada individu masing2. Kalau banyak
duit pi swasta dan kalau kurang duit pi kerajaan. Bersalin mana2
pun sakit jugak dan kematian pun berlaku jugak kat swasta..
        Sebagai manusia pasti sedikit sebanyak berlaku kesilapan
baik jururawat kerajaan mahu pun swasta. Hnaya bilangan kes
jururawat swasta silap tidak sebanyak dibandingkan dengan
jururawat kerajaan.     Tetapi secara hisabnya sama aje sebab
katakan kesilapan 1% bagi swasta dan kerajaan tetapi swasta
bilang pesakit sedikit dan kerajaan bilang banyak so pasti
kesilapan jururawat kerajaan aje yg nampak.
        Pasai si suami tidak dibenarkan bersama isteri sewaktu
bersalin di hospital kerajaan adalah tidak benar sekali. Sekarang
suami dibenarkan masuk. Ini pengalaman saya 2 kali (21hb Oct
1998 & 6hb Jun 2000) bersama2 isteri saya dibilik bersalin di
hospital kerajaan di Batu Pahat, Johor.

On 4 Apr 2001, at 10:02, Hassan, Haslim wrote:

>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Seperkara lagi, bersalin di hospital swasta, si suami dibenarkan bersama
> ketika bersalin secara normal. Di hospital kerajaan, mintak maaf je lah...
>
> Saya rasa amat penting bagi si suami berada disisi isteri ketika saat
> bersalin.
> Saat genting antara hidup dan mati, juga ketika sang anak pertama kali
> menjenguk dunia...
> Dapat membantu memberi sokongan moral kepada si isteri. Boleh juga tolong
> bacakan doa dan ayat yang sepatutnya...
> Lagi pun takkan ketika seronok sahaja nak bersama isteri.
>
> Walaubagaimanapun ada pernah terjadi pada seorang kenalan saya yang cuba
> bersama isteri ketika isteri beliau nak bersalin anak pertama. Dalam wad
> bersalin tu, si suami jatuh pengsan di saat-saat si isteri sedang
> melahirkan, terkejut tengok bayi & darah yang keluar. Panik juga jururawat &
> doktor, sebab tengah sibuk menyambut bayi, kena pulak beri perhatian pada si
> suami yang jatuh pengsan...
>
> Wassalam.
>
> -----Original Message-----
> From: Nan Cayang [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Wednesday, April 04, 2001 9:38 AM
> To: alGundu; [EMAIL PROTECTED]
> Cc: hizb
> Subject: RE: H-Net* Hospital Swasta Kurang Etika Kemanusiaan
>
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> bagi saya rasa nak berbangga kat mana bersalin tu tak adalah, tapi bila dah
> banyak dengar cerita tentang hospital kerajaan kita naik gerun juga,
> terutama
> jika cerita tu dari mangsa sendiri.  berapa ramai yang tahu mereka dah nak
> bersalin, cakap pada nurse, tapi nurse buat tak tahu, tiba-tiba bila kepala
> budak dah terkeluar, baru terkejar-kejar.
>
> dah beberapa kali juga saya ke Hospital Besar KL, nampak ibu dengan baby
> naik
> ambulan.... kawan kata itu yang baru lepas bersalin di Bilik bersalin,
> mereka
> nak balik semula ke wadlah tu.......  mak datuk... bersalin kat lain, wad
> kat
> lain.
>
> Ini soal bersalin, orang kata soal antara hidup dengan mati.   Berapa ramai
> yang mati ketika bersalin.  Bersalin tu sakit, bukan seronok.  Sesuatu yang
> kita jangka akan terlalu sakit, kemudian kita boleh jangka pula tempat yang
> kita nak bersalin tu tak akan melayan kita dengan baik, takkan kita nak
> pergi.
>  Ada duit lebih sikit, rasa macam mampu, pergilah ke tempat yang kita jangka
>
> kita tak akan menerima tekanan semasa menjalani satu pengalaman yang
> dijangka
> mengerikan dalam hidup.
>
> Macam kawan Al-Gundu tu, manalah nak jangka mereka akan menerima malang
> sebegitu.  Tapi saya rasa kawan algundu banyak take things for granted.  Dia
>
> belum bersedia untuk menjadi seorang bapa.  dia tidak cuba bertanya apa
> kemungkinan yang boleh terjadi semasa bersalin.  dia ingat semua orang akan
> dapat bersalin normal.  tak tahu apa itu forcep, induce dan vacuum.  mungkin
>
> dia ingat hanya orang yang minta operation saja akan menjalani operation,
> sebenarnya tidak!  Ramai yang kena operation last minute.
>
> kepada semua bakal bapa dalam hizbi net dan yang masih bujang juga, kalau
> isteri pergi check-up sertai isteri semasa masuk bilik doktor.  tanyalah
> soalan-soalan ni:
>
> 1.  berapa charge bersalin biasa
> 2.  selain dari bersalin biasa apa cara bersalin lain yang dikendalikan oleh
>
> hospital berkenaan
> 3.  ada pakar O&G atau tidak
> 4.  ada pakar kanak-kanak atau tidak
> 5.  apa masalah-masalah ketika besalin
> 6.  apa tanda-tanda isteri akan bersalin.
> 7.  berapa charge untuk kaedah bersalin yang lain
> 8.  kalau bercadang untuk bersalin biasa, tiba-tiba di saat akhir terpaksa
> melalui cara lain, berapa pula bayaran dikenakan?  adakah sama dengan jika
> kita terus memilih cara tersebut
> 9.  berapa bayaran dikenakan untuk malam tambahan
> 10. ada berapa bilik bersalin.
> 11. adakah makanan disediakan semasa dalam wad.
> 12. apa itu vacuum, apa kesannya kepada bayi dan ibu
> 13. apa itu forcep, apa kesannya kepada bayi dan ibu
> 14. apa itu induce, apa kesannya kepada bayi dan ibu
> 15. bagaimana menjaga ibu yang bersalin secara operation.
>
> tapi janganlah tanya soalan tersbut pada hari yang sama.... sabarlah,
> mungkin
> satu soalan pada satu sessi.
>
>
>
>
> >===== Original Message From [EMAIL PROTECTED] =====
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >maaf ya..bukan niat nak kata pada sesiapa...tetapi manusia ni
> >kadang-kadang tu ada yang
> >nak berbangga...sebagai contoh......"eh....eh ..u bersalin kat
> >mana....ooo kat hospital kerajaan
> >hmmmm.....tak glamour u....tapi kalau dapat masuk hospital yang ada
> >nama..alamak oiiiii
> >terasa dalam diri tu bangga......
> >
> >
> >
> >alGundu wrote:
> >>
> >> Pada 1 April yang lepas isteri kepada rakan saya telah melahirkan
> >> anak di salah sebuah pusat bersalin swasta di Johor Bahru melalui
> >> kaedah ceasarian. Beliau memang tidak mempunyai sebarang rekod
> >> kesihatan yang negatif dan sebelum ini anak beliau lahir secara
> >> normal. Kandungan beliau pun tidak mengalami sebarang masalah dan
> >> dijangkakan bersalin secara normal juga. Tetapi terdapat komplikasi
> >> secara tiba-tiba di saat melahirkan yang menyebabkan ceasarian
> >> terpaksa dilakukan.
> >>
> >> Bayi yang dilahirkan juga berada dalam keadaan kritikal iaitu telah
> >> lemas dan memakan najis tetapi masih bernyawa. Padahal, tempoh
> >> kelahiran tidak overdue dan kandungan didapati sihat. Di pusat
> >> bersalin berkenaan, tiada pakar dan kelengkapan untuk bayi yang
> >> kritikal  dan doktor telah mensarankan agar bayi di hantar ke sebuah
> >> hospital swasta berdekatan. Disebabkan dalam keadaan panik dan buntu,
> >> rakan saya tidak membantah keputusan doktor, asalkan anak beliau
> >> selamat.
> >>
> >> Pada 2 April, pihak hospital menyatakan tiada sebarang improvement
> >> pada bayi tersebut dan sekiranya ingin meneruskan rawatan, pihak
> >> hospital memerlukan kos di antara RM15,000 hingga RM20,000. Itu pun
> >> tiada jaminan bahawa bayi akan pulih. Beliau tidak mampu untuk
> >> menanggung kos tersebut dan akhirnya bayi dipindahkan ke hospital
> >> kerajaan. Tetapi yang sedihnya, pihak hospital swasta menggunakan
> >> unsur ugutan agar beliau menjelaskan bil sebanyak RM3,500 untuk tempoh
> >> tidak sampai sehari. Bayi tidak akan dilepaskan selagi bayaran tidak
> >> dijelaskan. Ingatkan ia gurauan "April's fool' hospital memandangkan
> >> anak beliau lahir pada 1 April tetapi sebenarnya tidak. Kelengkapan di
> >> hospital swasta untuk kes sedemikian pun agak kurang. Tiada terapi
> >> terhadap bayi berkenaan, hanya sambungan oksigen, air dan wire untuk
> >> monitor denyutan jantung dan bagi pandangan layman dalam bidang
> >> perubatan seperti saya, kos tersebut adalah amat keterlaluan.
> >>
> >> Di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, peralatan adalah lengkap dan
> >> canggih. Namun keadaan bayi masih kritikal tetapi stabil. Mengikut
> >> kata doktor, bayi mengalami brain damage disebabkan oksigen tidak
> >> sampai ke otak dan masih koma sehingga hari ini.
> >>
> >> Di sini timbul persoalan berhubung etika kemanusiaan pusat perubatan
> >> swasta. Dalam keadaan buntu dan tertekan, hospital pula menggunakan
> >> ugutan untuk mengaut keuntungan. Apa salahnya maklumkan sahaja bil
> >> yang perlu dibayar dan lepaskan bayi tersebut ke hospital kerajaan.
> >> Bil boleh dijelaskan dalam tempoh seminggu misalnya.
> >> Sekurang-kurangnya, redalah sikit kerungsingan. Lagi pun, peruntukan
> >> undang-undang kan ada dan rakan saya pun tidak boleh lari ke mana.
> >> Satu lagi persoalan ialah, mengapa, sama ada pusat bersalin atau
> >> hospital swasta, tidak menasihati beliau berhubung elemen kos.
> >> Walaupun nyawa bayi menjadi keutamaan, soal wang juga perlu
> >> diambilkira. Janganlah cuba mengambil kesempatan di atas nasib malang,
> >> kerungsingan dan kebuntuan orang lain. Sekiranya jujur, apa salahnya
> >> maklumkan kos terlebih dahulu walaupun dalam keadaan panik dan cemas.
> >> Adakah menjadi etika perubatan sekiranya dalam kecemasan, soal duit
> >> jangan ditimbulkan? Dengan kata lain, hantar sahaja dulu, soal bayaran
> >> fikir kemudian. Tetapi sebenarnya ia kelihatan seperti mahu menjerat
> >> golongan yang naïve untuk situasi seperti ini. Jangan membuat andaian
> >> semua orang berduit dan rela membayar apa sahaja walau pun
> >> kadang-kadang kosnya tidak masuk akal. Kos perubatan isteri dan anak
> >> beliau telah mencecah RM 7,000 tetapi peluang bayi untuk hidup masih
> >> juga 50:50. Saya memang simpati tetapi apakan daya, saya pun golongan
> >> yang kurang mampu dan hanya dapat memberikan kata perangsang sahaja.
> >>
> >> Daripada peristiwa ini, beberapa kesimpulan boleh dijadikan pengajaran
> >> iaitu:-
> >>
> >> 1. Jangan under-estimate kelahiran bayi. Walaupun tiada masalah
> >> sewaktu mengandung dan mempunyai rekod bersalin normal sebelum ini,
> >> sebarang kemungkinan ceasarian tetap wujud.
> >>
> >> 2. Kaji segala kemungkinan untuk worse case scenario dan budget kita
> >> untuk menghantar isteri ke pusat bersalin swasta perlu merangkumi kos
> >> ceasarian dan rawatan lanjutan terhadap bayi sekiranya timbul
> >> komplikasi. Pastikan peruntukan mencukupi kerana kos kelahiran biasa
> >> iaitu RM 800 - RM 1,000 boleh menjangkau RM 20,000 - RM 30,000
> >> sekiranya timbul masalah.
> >>
> >> 3. Kos rawatan hospital swasta adalah tidak masuk akal. Walaupun ini
> >> bukan perkara baru bahawa motif utamanya adalah keuntungan, tetapi apa
> >> salahnya wujudkan sedikit unsur kemanusiaan. Janganlah gunakan taktik
> >> menekan, mengugut dan menjerat untuk mengaut keuntungan. Timbangkanlah
> >> juga kesulitan dan kebuntuan orang lain.
> >>
> >> 4. Tidak kesemua hospital swasta mempunyai kepakaran dan kelengkapan
> >> canggih. Dalam kes ini, hospital kerajaan mempunyai kemudahan yang
> >> jauh lebih memuaskan.
> >>
> >> Dalam pada itu, saya juga mendapati layanan di hospital kerajaan juga
> >> telah jauh berubah. Tiada lagi sikap jururawat yang garang dan kasar.
> >> Mereka very friendly dan helpful. Bangunan wad baru juga telah dibina
> >> di kebanyakan hospital dan kelengkapan dan suasana dalaman wad adalah
> >> setanding dengan hospital swasta. Tetapi timbul kemusykilan kerana di
> >> setiap hospital kerajaan, pasti ada pejabat urusan Pantai Medivest
> >> yang kita semua maklum dimiliki oleh siapa. Melihat kepada bangunan
> >> baru, suasana wad yang selesa, jururawat yang friendly dan kewujudan
> >> Pantai Medivest, adakah ia langkah awal pengswastaan hospital
> >> kerajaan? Sekiranya ini berlaku, nasib yang dialami oleh rakan saya
> >> akan turut dialami oleh kita semua. Sekiranya tuan/puan mempunyai
> >> pengalaman seperti yang dirasai oleh rakan saya atau ingin menambah
> >> terhadap senarai 1 hingga 4 tadi, harap boleh kongsikan bersama
> >> sebagai panduan/pengajaran bersama.
> >
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: mad <[EMAIL PROTECTED]>
>
> ------------------------------------------------------------
>  Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
>                 http://MailAndNews.com
>
>  Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
>  POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
> ------------------------------------------------------------
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Nan Cayang <[EMAIL PROTECTED]>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke