*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


----------
From:   ainul fakariah abdul latif[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Sent:   Wednesday, April 04, 2001 11:08 AM
To:     '[EMAIL PROTECTED]'; '[EMAIL PROTECTED]';
'[EMAIL PROTECTED]'
Cc:     '[EMAIL PROTECTED]'
Subject:        RE: RE: H-Net* Hospital Swasta Kurang Etika Kemanusiaan


Maaf kerana mencelah...sebenarnya bagi saya apa-apapun Hospital Kerajaan/
Semi Kerajaan best. Bukannya apa kalau yang ada problem, dan nak buat
check-up dekat Hosp. Swasta, kebanyakkannya mereka akan syorkan kita
pergi ke Hospital Kerajaan. Macam saya, first time check-up saya pergi
dekat Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh. Saya ada penyakit lemah jantung.
Jadi, terus Doktor Pakar dekat situ syorkan saya pergi ke Hospital
Kerajaan.
Siapa kata Hospital Kerajaan suami tak boleh masuk. Dekat HKL / Hospital
Kelang, suami dapat bersama isteri sewaktu bersalin. Tak ada masalah pun.
Cuma dekat HKL, keadaan wad agak sesak sikit. Bagi saya, saya bersalin
di Hospital Universiti (semi kerajaan), PJ. Anak yang pertama, memang
suami tak boleh masuk, 
tapi doktor benarkan saya berjumpa suami sebelum saya induce. Kes saya
lagi teruk, dah lah induce, ada penyakit lemah jantung pulak tu. Dekat
UHKL, saya admitted dekat Wad Bersalin, doktor sentiasa monitor saya.
Dalam 5-7 minit sekali doktor datang tengok saya. Dia orang lebihkan
monitor pada jantung saya, suspect operation....tapi Alhamdulillah,
cara normal. Dan saya lagi ambil injection epidura (tahan sakit).
Kos rawatan : Charge Ward 7 hari. , semuanya RM786.00 sahaja.
Dekat UHKL, setiap ibu yang ada kes, sekurang-kurangnya mesti
admitted 5 hari....selepas besrsalin..
itulah pandangan saya, terpulang kepada individu masing-masing, mana yang
perlu/
dan berkemampuan

terima kasih

----------
From:   Hassan, Haslim[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Sent:   Wednesday, April 04, 2001 10:02 AM
To:     'Nan Cayang'; alGundu; [EMAIL PROTECTED]
Cc:     hizb
Subject:        RE: H-Net* Hospital Swasta Kurang Etika Kemanusiaan


 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperkara lagi, bersalin di hospital swasta, si suami dibenarkan bersama
ketika bersalin secara normal. Di hospital kerajaan, mintak maaf je lah...

Saya rasa amat penting bagi si suami berada disisi isteri ketika saat
bersalin. 
Saat genting antara hidup dan mati, juga ketika sang anak pertama kali
menjenguk dunia...
Dapat membantu memberi sokongan moral kepada si isteri. Boleh juga tolong
bacakan doa dan ayat yang sepatutnya...
Lagi pun takkan ketika seronok sahaja nak bersama isteri.

Walaubagaimanapun ada pernah terjadi pada seorang kenalan saya yang cuba
bersama isteri ketika isteri beliau nak bersalin anak pertama. Dalam wad
bersalin tu, si suami jatuh pengsan di saat-saat si isteri sedang
melahirkan, terkejut tengok bayi & darah yang keluar. Panik juga jururawat
&
doktor, sebab tengah sibuk menyambut bayi, kena pulak beri perhatian pada
si
suami yang jatuh pengsan...

Wassalam.

-----Original Message-----
From: Nan Cayang [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, April 04, 2001 9:38 AM
To: alGundu; [EMAIL PROTECTED]
Cc: hizb
Subject: RE: H-Net* Hospital Swasta Kurang Etika Kemanusiaan



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
bagi saya rasa nak berbangga kat mana bersalin tu tak adalah, tapi bila
dah 
banyak dengar cerita tentang hospital kerajaan kita naik gerun juga,
terutama 
jika cerita tu dari mangsa sendiri.  berapa ramai yang tahu mereka dah nak

bersalin, cakap pada nurse, tapi nurse buat tak tahu, tiba-tiba bila
kepala 
budak dah terkeluar, baru terkejar-kejar.

dah beberapa kali juga saya ke Hospital Besar KL, nampak ibu dengan baby
naik 
ambulan.... kawan kata itu yang baru lepas bersalin di Bilik bersalin,
mereka 
nak balik semula ke wadlah tu.......  mak datuk... bersalin kat lain, wad
kat 
lain.

Ini soal bersalin, orang kata soal antara hidup dengan mati.   Berapa
ramai 
yang mati ketika bersalin.  Bersalin tu sakit, bukan seronok.  Sesuatu
yang 
kita jangka akan terlalu sakit, kemudian kita boleh jangka pula tempat
yang 
kita nak bersalin tu tak akan melayan kita dengan baik, takkan kita nak
pergi.
 Ada duit lebih sikit, rasa macam mampu, pergilah ke tempat yang kita
jangka

kita tak akan menerima tekanan semasa menjalani satu pengalaman yang
dijangka 
mengerikan dalam hidup.

Macam kawan Al-Gundu tu, manalah nak jangka mereka akan menerima malang 
sebegitu.  Tapi saya rasa kawan algundu banyak take things for granted. 
Dia

belum bersedia untuk menjadi seorang bapa.  dia tidak cuba bertanya apa 
kemungkinan yang boleh terjadi semasa bersalin.  dia ingat semua orang
akan 
dapat bersalin normal.  tak tahu apa itu forcep, induce dan vacuum. 
mungkin

dia ingat hanya orang yang minta operation saja akan menjalani operation, 
sebenarnya tidak!  Ramai yang kena operation last minute.

kepada semua bakal bapa dalam hizbi net dan yang masih bujang juga, kalau 
isteri pergi check-up sertai isteri semasa masuk bilik doktor.  tanyalah 
soalan-soalan ni:

1.  berapa charge bersalin biasa
2.  selain dari bersalin biasa apa cara bersalin lain yang dikendalikan
oleh

hospital berkenaan
3.  ada pakar O&G atau tidak
4.  ada pakar kanak-kanak atau tidak
5.  apa masalah-masalah ketika besalin
6.  apa tanda-tanda isteri akan bersalin.
7.  berapa charge untuk kaedah bersalin yang lain
8.  kalau bercadang untuk bersalin biasa, tiba-tiba di saat akhir terpaksa

melalui cara lain, berapa pula bayaran dikenakan?  adakah sama dengan jika

kita terus memilih cara tersebut
9.  berapa bayaran dikenakan untuk malam tambahan
10. ada berapa bilik bersalin.
11. adakah makanan disediakan semasa dalam wad.
12. apa itu vacuum, apa kesannya kepada bayi dan ibu
13. apa itu forcep, apa kesannya kepada bayi dan ibu
14. apa itu induce, apa kesannya kepada bayi dan ibu
15. bagaimana menjaga ibu yang bersalin secara operation.

tapi janganlah tanya soalan tersbut pada hari yang sama.... sabarlah,
mungkin 
satu soalan pada satu sessi.




>===== Original Message From [EMAIL PROTECTED] =====
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>maaf ya..bukan niat nak kata pada sesiapa...tetapi manusia ni
>kadang-kadang tu ada yang
>nak berbangga...sebagai contoh......"eh....eh ..u bersalin kat
>mana....ooo kat hospital kerajaan
>hmmmm.....tak glamour u....tapi kalau dapat masuk hospital yang ada
>nama..alamak oiiiii
>terasa dalam diri tu bangga......
>
>
>
>alGundu wrote:
>>
>> Pada 1 April yang lepas isteri kepada rakan saya telah melahirkan
>> anak di salah sebuah pusat bersalin swasta di Johor Bahru melalui
>> kaedah ceasarian. Beliau memang tidak mempunyai sebarang rekod
>> kesihatan yang negatif dan sebelum ini anak beliau lahir secara
>> normal. Kandungan beliau pun tidak mengalami sebarang masalah dan
>> dijangkakan bersalin secara normal juga. Tetapi terdapat komplikasi
>> secara tiba-tiba di saat melahirkan yang menyebabkan ceasarian
>> terpaksa dilakukan.
>>
>> Bayi yang dilahirkan juga berada dalam keadaan kritikal iaitu telah
>> lemas dan memakan najis tetapi masih bernyawa. Padahal, tempoh
>> kelahiran tidak overdue dan kandungan didapati sihat. Di pusat
>> bersalin berkenaan, tiada pakar dan kelengkapan untuk bayi yang
>> kritikal  dan doktor telah mensarankan agar bayi di hantar ke sebuah
>> hospital swasta berdekatan. Disebabkan dalam keadaan panik dan buntu,
>> rakan saya tidak membantah keputusan doktor, asalkan anak beliau
>> selamat.
>>
>> Pada 2 April, pihak hospital menyatakan tiada sebarang improvement
>> pada bayi tersebut dan sekiranya ingin meneruskan rawatan, pihak
>> hospital memerlukan kos di antara RM15,000 hingga RM20,000. Itu pun
>> tiada jaminan bahawa bayi akan pulih. Beliau tidak mampu untuk
>> menanggung kos tersebut dan akhirnya bayi dipindahkan ke hospital
>> kerajaan. Tetapi yang sedihnya, pihak hospital swasta menggunakan
>> unsur ugutan agar beliau menjelaskan bil sebanyak RM3,500 untuk tempoh
>> tidak sampai sehari. Bayi tidak akan dilepaskan selagi bayaran tidak
>> dijelaskan. Ingatkan ia gurauan "April's fool' hospital memandangkan
>> anak beliau lahir pada 1 April tetapi sebenarnya tidak. Kelengkapan di
>> hospital swasta untuk kes sedemikian pun agak kurang. Tiada terapi
>> terhadap bayi berkenaan, hanya sambungan oksigen, air dan wire untuk
>> monitor denyutan jantung dan bagi pandangan layman dalam bidang
>> perubatan seperti saya, kos tersebut adalah amat keterlaluan.
>>
>> Di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, peralatan adalah lengkap dan
>> canggih. Namun keadaan bayi masih kritikal tetapi stabil. Mengikut
>> kata doktor, bayi mengalami brain damage disebabkan oksigen tidak
>> sampai ke otak dan masih koma sehingga hari ini.
>>
>> Di sini timbul persoalan berhubung etika kemanusiaan pusat perubatan
>> swasta. Dalam keadaan buntu dan tertekan, hospital pula menggunakan
>> ugutan untuk mengaut keuntungan. Apa salahnya maklumkan sahaja bil
>> yang perlu dibayar dan lepaskan bayi tersebut ke hospital kerajaan.
>> Bil boleh dijelaskan dalam tempoh seminggu misalnya.
>> Sekurang-kurangnya, redalah sikit kerungsingan. Lagi pun, peruntukan
>> undang-undang kan ada dan rakan saya pun tidak boleh lari ke mana.
>> Satu lagi persoalan ialah, mengapa, sama ada pusat bersalin atau
>> hospital swasta, tidak menasihati beliau berhubung elemen kos.
>> Walaupun nyawa bayi menjadi keutamaan, soal wang juga perlu
>> diambilkira. Janganlah cuba mengambil kesempatan di atas nasib malang,
>> kerungsingan dan kebuntuan orang lain. Sekiranya jujur, apa salahnya
>> maklumkan kos terlebih dahulu walaupun dalam keadaan panik dan cemas.
>> Adakah menjadi etika perubatan sekiranya dalam kecemasan, soal duit
>> jangan ditimbulkan? Dengan kata lain, hantar sahaja dulu, soal bayaran
>> fikir kemudian. Tetapi sebenarnya ia kelihatan seperti mahu menjerat
>> golongan yang naïve untuk situasi seperti ini. Jangan membuat andaian
>> semua orang berduit dan rela membayar apa sahaja walau pun
>> kadang-kadang kosnya tidak masuk akal. Kos perubatan isteri dan anak
>> beliau telah mencecah RM 7,000 tetapi peluang bayi untuk hidup masih
>> juga 50:50. Saya memang simpati tetapi apakan daya, saya pun golongan
>> yang kurang mampu dan hanya dapat memberikan kata perangsang sahaja.
>>
>> Daripada peristiwa ini, beberapa kesimpulan boleh dijadikan pengajaran
>> iaitu:-
>>
>> 1. Jangan under-estimate kelahiran bayi. Walaupun tiada masalah
>> sewaktu mengandung dan mempunyai rekod bersalin normal sebelum ini,
>> sebarang kemungkinan ceasarian tetap wujud.
>>
>> 2. Kaji segala kemungkinan untuk worse case scenario dan budget kita
>> untuk menghantar isteri ke pusat bersalin swasta perlu merangkumi kos
>> ceasarian dan rawatan lanjutan terhadap bayi sekiranya timbul
>> komplikasi. Pastikan peruntukan mencukupi kerana kos kelahiran biasa
>> iaitu RM 800 - RM 1,000 boleh menjangkau RM 20,000 - RM 30,000
>> sekiranya timbul masalah.
>>
>> 3. Kos rawatan hospital swasta adalah tidak masuk akal. Walaupun ini
>> bukan perkara baru bahawa motif utamanya adalah keuntungan, tetapi apa
>> salahnya wujudkan sedikit unsur kemanusiaan. Janganlah gunakan taktik
>> menekan, mengugut dan menjerat untuk mengaut keuntungan. Timbangkanlah
>> juga kesulitan dan kebuntuan orang lain.
>>
>> 4. Tidak kesemua hospital swasta mempunyai kepakaran dan kelengkapan
>> canggih. Dalam kes ini, hospital kerajaan mempunyai kemudahan yang
>> jauh lebih memuaskan.
>>
>> Dalam pada itu, saya juga mendapati layanan di hospital kerajaan juga
>> telah jauh berubah. Tiada lagi sikap jururawat yang garang dan kasar.
>> Mereka very friendly dan helpful. Bangunan wad baru juga telah dibina
>> di kebanyakan hospital dan kelengkapan dan suasana dalaman wad adalah
>> setanding dengan hospital swasta. Tetapi timbul kemusykilan kerana di
>> setiap hospital kerajaan, pasti ada pejabat urusan Pantai Medivest
>> yang kita semua maklum dimiliki oleh siapa. Melihat kepada bangunan
>> baru, suasana wad yang selesa, jururawat yang friendly dan kewujudan
>> Pantai Medivest, adakah ia langkah awal pengswastaan hospital
>> kerajaan? Sekiranya ini berlaku, nasib yang dialami oleh rakan saya
>> akan turut dialami oleh kita semua. Sekiranya tuan/puan mempunyai
>> pengalaman seperti yang dirasai oleh rakan saya atau ingin menambah
>> terhadap senarai 1 hingga 4 tadi, harap boleh kongsikan bersama
>> sebagai panduan/pengajaran bersama.
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: mad <[EMAIL PROTECTED]>

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nan Cayang <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ainul fakariah abdul latif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke