assalamualaikum ... sekadar nak berkonsi pengalaman.
pada 27.02.2001 yang lalu , isteri saya dah menunjukkan tanda tanda akan bersalin.masa tu kandungan isteri saya dah 9b 2m.tanpa berlengah lagi saya terus membawa isteri ke klinik pakar wanita -pusat bersalin & sakit puan yang agak terkenal ditempat saya tinggal (klang). macam biasalah doktor check dulu kandungan isteri saya dan memanggil saya untuk memberitahu keadaan isteri yang dia dah check itu.doktor itu kata isteri saya tak boleh bersalin lagi sekarang kerana baby saya itu kecil dan belum cukup matang (senang cerita belum cukup umur lee).kalau ia dilahirkan pada masa itu akan ada masalah pada baby tersebut-kena pasang wayar sana sini dan sebagainya.dan kata doktor tadi cara yang terbaik ialah menahan dulu proses kelahiran itu tunggu sehingga baby besar sedikit.untuk itu dia akan memasukkan ubat untuk menahan isteri saya dari bersalin pada masa itu. jadi terperanjat besar le saya.kenapa nak tahan tahan pulak.sedangkan baby yang dilahirkan 7bulan pun ada harapan nak hidup.inikan pulak 9b 2m.
 
saya bagitau sama itu doktor yang kandungan itu dah pun berusia 9b 2m.dan dalam usia kandungan begitu dah kira cukup umur dah untuk bersalin.doktor tu sanggah kata kata saya.katanya macamana saya tau yang kandungan itu berusia 9b 2m? saya bagitau la yang isteri  saya dok pegi check tiap tiap bulan kat klinik kerajaan & klinik kerajaan yang bagitau usia kandungan isteri saya sebanyak itu dan kandungan tu takde masalah,normal le-tak percaya dia.dia kata klinik kerajaan kira tarikh start mengandung tak berapa tepat.sebab tak scan. .saya memang tak setuju dengan doktor tu yang nak menahan dulu  isteri saya dari bersalin.saya takut ubat yang dimasukkan itu ada effect kat baby saya dan bermacam kebimbangan bermain dalam kepala saya,walaupun berkali kali doktor tsb bagitau yg ubat tu tak ada effect kat baby.Yelah siapa la saya nak berhujah benda benda macam tu.dalam tak setuju itu bimbang jugak takut sesuatu yang tidak diingini berlaku kat baby seandainya dilahirkan sekarang spt kata doktor tu.keliru betul saya-maklumlah itu baby pertama saya.
 
akhirnya setelah  mengambil kira risiko,saya pun memberi kebenaran kpd doktor itu.masalahnya isteri saya tetap dok sakit macam org nak bersalin.tak dapat bersalin lah kerana dah dimasukkan ubat oleh doktor tadi (untuk menahan dari bersalin).sebelum itu kata doktor bila masuk ubat tu isteri takan rasa sakit lagi.tapi keadaan yang sebaliknya pulak berlaku.saya bagitau kat doktor yang isteri saya sakit .dia datang kejap ntah apa dia check dia pergi.3 hari 3 malam dok camtu lah kat pusat bersalin tu.sampai saya boring dengan cara doktor tsb.balik-balik masuk ubat tahan bersalin.lagi pun saya kesian dengar isteri dok merintih kesakitan.last2 saya minta keluar dan terus bawa isteri balik kampung.bayaran utk 3 hari rm500.sepanjang perjalanan saya tak berhenti-henti berdoa padaNYA minta supaya selamat sampai.alhamdulillah sepanjang perjalanan dari klang ke kota bharu isteri tidak sakit sangat (dengan pertolongan dariNYA). saya terpaksa mengambil risiko isteri saya bersalin  ditengah perjalanan kerana nak tunggu kat swasta tu-ntah berapa lama kena tunggu-seminggu , sebulan saya tak pasti.doktor itu sendiri pun tak tau bila isteri saya akan bersalin.nak pergi hospital klang tak sanggup.semua org tau camano hospital klang.
 
sampai di k.b. saya terus menghantar isteri ke hospital kota bharu.setelah diperiksa oleh doktor didapati air mentuban telah kering dua hari lepas dan denyutan jantung baby saya semakin lama semakin lemah.sekali lagi terperanjat sakan saya.serta merta saya terbayangkan klinik swasta tsb.rasa marah,sedih dan kesal silih berganti dalam diri saya.kalau doktor swasta tu ada depan saya masa tu memang kena dia.mana tak marahnya sampai rupa tu baby saya jadinya.silap saya ialah membenarkan dia menahan isteri saya dari bersalin.tunggu punya tunggu tak bukak-bukak jalan untuk bersalin.isteri saya punya sakit memang teruk - siap gelupur.
akhirnya untuk menyelamatkan baby terpaksa lah buat pembedahan.
keluar keluar je baby saya dah kuning.kena tahan kat wad bayi 5 hari,kerana kuningnya amat tinggi -dekat 500 (bacaan utk kuning).selepas itu kuningnya beransur hilang dan sekarang baby saya dah sihat walafiat dan sangat aktif.alhamdulillah.terima kasih kepada hkb terutamanya nurse kat wad12 & wad2.
 
pesanan saya untuk semua-kalau ada doktor yang nak tahan isteri anda dari bersalin dengan sebab seperti yang saya alami baru baru ini tolonglah jangan setuju.biar dia bersalin seandaianya masa ia sudah tiba.
saya tak nak nyalah sesiapa. perkara ini berlaku mungkin berpunca dari kurangnya pengetahuan saya mengenai soal-soal bersalin ini.tetapi pandangan saya terhadap pusat perubatan swasta telah berubah sama sekali.terpulang kepada anda nak kerajaan ke swasta.semoga kita selamat di dunia dan akhirat.wassalam.
 
 
 
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, April 03, 2001 8:22 AM
Subject: Re: H-Net* Hospital Swasta Kurang Etika Kemanusiaan


 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam untuk alGundu (bagi akak nama semacam ni, tak standard langsung), ops!
sorry!

Salam juga untuk rakan-rakan...

Akak tak nak comment banyak-banyak, biar berpada dahlah! Dan akak juga tidak
mahu berpihak kepada mana-mana individu atau by group di dalam kes yang
dibawa oleh si alGundu ni.

Setahu akak lah, kita bebas untuk memilih mana-mana MEDICAL SERVICE untuk
menerima rawatan sama ada skit biasa atau yang critical. Bergantung kepada
KEMAMPUAN masing-masing.

Dari apa yang akak difahamkan, rakan si alGundu ni telah mendapatkan rawatan
di PRIVATE HOSPITAL. Dan sudah semestinya, sebelum bersalin wife tersebut
telah melalui rawatan rutin bulanan di PH tersebut. Ini normal lah bagi
setiap mereka yang menerima rawatan awal (esp. pragnant) di PH dan akan
berakhir (bersalin) juga di PH tersebut juga....

Jadilah... bagaimana pula kita hendak menyalahkan pihak PH tersebut dari
segi ETHIC??? Semua orang sedia maklum yang PH is professional di dalam
memberi service kepada KLIEN mereka. MONEY is very important for every
service yang mereka lakukan kepada klien. Ini adalah ethic professional job
by corporat sector service!

Soal KEMALANGAN yang berlaku adalah tidak dapat dielakkan, DR PAKAR bukan
TUHAN! He cannot do MIRACLE di dalam kepakaran mereka! Dan akak tidak mahu
menyentuh soal KECUAIAN yang boleh membawa kepada MAUT! Ini juga kita kena
tengok dari segi TAKDIR (Konsep Qadha' dan Qadhar).

PH juga ada law of rule yang berisiko tinggi (HIGH RISK), jika berlaku
sebarang kemungkinan baik yang melibatkan kemalangan (kematian, kecacatan,
etc) secara sengaja atau tidak sengaja! Ini akta yang mereka sedia ada! Dan
akta ini juga digunakan pada peringkat INTERNATIONAL!

Dengan sebab itu, jikalau kita lihat sesuatu kemalangan yang melibatkan
kematian atau kecacatan yang berlaku terhadap setiap KLIEN di PH akibat
daripada KECUAIAN atau KELALAIAN yang berpunca daripada MANUSIA, pihak DR /
STAFF NURSE akan DIBUANG/DITAMATKAN PERKHIDMATAN oleh majikan mereka. Ini
semua nak menjaga reputasi atau kredibeliti PH tersebut agar tidak tercemar
dengan BLACK LIST RECORD!

KLIEN juga boleh MENYAMAN berjuta-juta dolar pada PH tersebut. Ini HIGH RISK
yang mereka tanggung!

Jadi jangan hairanlah kalau PH lebih mengutamakan soal DUIT lebih dahulu.
Ini BUDAYA mereka! Tidak timbul soal elimen ugutan atau mengaut keuntungan
terhadap KLIEN. Yang penting, adalah klien tahu apa yang mereka telah
lakukan (mendapatkan medical service di PH).

Kata orang kota, "Berani buat beranilah tanggung"!

Kesimpulannya, mengapa peristiwa ini dah berlaku baharu kita akan menuding
jari antara satu dengan lain??? Mengapa baharu ketika itu juga kita akan
ingat yang HOSPITAL KERAJAAN lebih effisient???

Sebenarnya, cara kita berfikir itu tidak betul. HK sekarang adalah
perkhidmatannya lebih baik dari dahulu, malah setanding dengan PH. Cuma
gajinya sahaja yang TIDAK MENCABAR! Itu sebab ramai DR PAKAR lari ke
private! Ini satu hal juga.....

Seperkara lagi yang kita kena ingat, selalunya jikalau kes-kes kritikal yang
tidak dapat di settlekan oleh PH, ia akan MENOLAK kepada HK.... ini
selalunya last minute! Itu jam, MENGAMOK lah staff HK!

Jadi, nak salahkan siapa????

Cuma apa yang akak tak setuju dengan HK inilah.... jikalau ada kes-kes yang
melibatkan KECUAIAN DAN KELALAIAN akibat perbuatan manusia itu sendiri,
mereka akan BACKING staff tersebut, tidak DIBUANG/DITONGSAMPAHKAN!!!
Siasat-punya siasat, habis kuat staff tersebut DITUKARKAN ke bahagian
lain!!! Yang ini memang akak tak setuju langsung, yang ini akak marah!

Yang akhir sekali akak tak setuju ialah terhadap KERAJAAN MALAYSIA hari ini,
terutama di dalam hal-hal KEMUDAHAN PERUBATAN DAN RAWATAN kepada RAKYAT
JELATA. Langsung tidak perihatin!

KERAJAAN MALAYSIA lebih mengutamakan F1, BOT LAJU, TOUR DE LANGKAWI dan
macam-macam lagi PROJECT MEGA MENDUNG yang MUBAZZIRIIN!

Entahlah..... dah hangpa sokong dia!

Wallah a'lam...

Best Regards - Nurani



>From: "alGundu" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Hospital Swasta Kurang Etika Kemanusiaan
>Date: Tue, 3 Apr 2001 13:26:22 +0800
>
>Pada 1 April yang lepas isteri kepada rakan saya telah melahirkan anak di
>salah sebuah pusat bersalin swasta di Johor Bahru melalui kaedah ceasarian.
>Beliau memang tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan yang negatif dan
>sebelum ini anak beliau lahir secara normal. Kandungan beliau pun tidak
>mengalami sebarang masalah dan dijangkakan bersalin secara normal juga.
>Tetapi terdapat komplikasi secara tiba-tiba di saat melahirkan yang
>menyebabkan ceasarian terpaksa dilakukan.
>
>Bayi yang dilahirkan juga berada dalam keadaan kritikal iaitu telah lemas
>dan memakan najis tetapi masih bernyawa. Padahal, tempoh kelahiran tidak
>overdue dan kandungan didapati sihat. Di pusat bersalin berkenaan, tiada
>pakar dan kelengkapan untuk bayi yang kritikal  dan doktor telah
>mensarankan agar bayi di hantar ke sebuah hospital swasta berdekatan.
>Disebabkan dalam keadaan panik dan buntu, rakan saya tidak membantah
>keputusan doktor, asalkan anak beliau selamat.
>
>Pada 2 April, pihak hospital menyatakan tiada sebarang improvement pada
>bayi tersebut dan sekiranya ingin meneruskan rawatan, pihak hospital
>memerlukan kos di antara RM15,000 hingga RM20,000. Itu pun tiada jaminan
>bahawa bayi akan pulih. Beliau tidak mampu untuk menanggung kos tersebut
>dan akhirnya bayi dipindahkan ke hospital kerajaan. Tetapi yang sedihnya,
>pihak hospital swasta menggunakan unsur ugutan agar beliau menjelaskan bil
>sebanyak RM3,500 untuk tempoh tidak sampai sehari. Bayi tidak akan
>dilepaskan selagi bayaran tidak dijelaskan. Ingatkan ia gurauan "April's
>fool' hospital memandangkan anak beliau lahir pada 1 April tetapi
>sebenarnya tidak. Kelengkapan di hospital swasta untuk kes sedemikian pun
>agak kurang. Tiada terapi terhadap bayi berkenaan, hanya sambungan oksigen,
>air dan wire untuk monitor denyutan jantung dan bagi pandangan layman dalam
>bidang perubatan seperti saya, kos tersebut adalah amat keterlaluan.
>
>Di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, peralatan adalah lengkap dan
>canggih. Namun keadaan bayi masih kritikal tetapi stabil. Mengikut kata
>doktor, bayi mengalami brain damage disebabkan oksigen tidak sampai ke otak
>dan masih koma sehingga hari ini.
>
>Di sini timbul persoalan berhubung etika kemanusiaan pusat perubatan
>swasta. Dalam keadaan buntu dan tertekan, hospital pula menggunakan ugutan
>untuk mengaut keuntungan. Apa salahnya maklumkan sahaja bil yang perlu
>dibayar dan lepaskan bayi tersebut ke hospital kerajaan. Bil boleh
>dijelaskan dalam tempoh seminggu misalnya. Sekurang-kurangnya, redalah
>sikit kerungsingan. Lagi pun, peruntukan undang-undang kan ada dan rakan
>saya pun tidak boleh lari ke mana. Satu lagi persoalan ialah, mengapa, sama
>ada pusat bersalin atau hospital swasta, tidak menasihati beliau berhubung
>elemen kos. Walaupun nyawa bayi menjadi keutamaan, soal wang juga perlu
>diambilkira. Janganlah cuba mengambil kesempatan di atas nasib malang,
>kerungsingan dan kebuntuan orang lain. Sekiranya jujur, apa salahnya
>maklumkan kos terlebih dahulu walaupun dalam keadaan panik dan cemas.
>Adakah menjadi etika perubatan sekiranya dalam kecemasan, soal duit jangan
>ditimbulkan? Dengan kata lain, hantar sahaja dulu, soal bayaran fikir
>kemudian. Tetapi sebenarnya ia kelihatan seperti mahu menjerat golongan
>yang naïve untuk situasi seperti ini. Jangan membuat andaian semua orang
>berduit dan rela membayar apa sahaja walau pun kadang-kadang kosnya tidak
>masuk akal. Kos perubatan isteri dan anak beliau telah mencecah RM 7,000
>tetapi peluang bayi untuk hidup masih juga 50:50. Saya memang simpati
>tetapi apakan daya, saya pun golongan yang kurang mampu dan hanya dapat
>memberikan kata perangsang sahaja.
>
>Daripada peristiwa ini, beberapa kesimpulan boleh dijadikan pengajaran
>iaitu:-
>
>1. Jangan under-estimate kelahiran bayi. Walaupun tiada masalah sewaktu
>mengandung dan mempunyai rekod bersalin normal sebelum ini, sebarang
>kemungkinan ceasarian tetap wujud.
>
>2. Kaji segala kemungkinan untuk worse case scenario dan budget kita untuk
>menghantar isteri ke pusat bersalin swasta perlu merangkumi kos ceasarian
>dan rawatan lanjutan terhadap bayi sekiranya timbul komplikasi. Pastikan
>peruntukan mencukupi kerana kos kelahiran biasa iaitu RM 800 - RM 1,000
>boleh menjangkau RM 20,000 - RM 30,000 sekiranya timbul masalah.
>
>3. Kos rawatan hospital swasta adalah tidak masuk akal. Walaupun ini bukan
>perkara baru bahawa motif utamanya adalah keuntungan, tetapi apa salahnya
>wujudkan sedikit unsur kemanusiaan. Janganlah gunakan taktik menekan,
>mengugut dan menjerat untuk mengaut keuntungan. Timbangkanlah juga
>kesulitan dan kebuntuan orang lain.
>
>4. Tidak kesemua hospital swasta mempunyai kepakaran dan kelengkapan
>canggih. Dalam kes ini, hospital kerajaan mempunyai kemudahan yang jauh
>lebih memuaskan.
>
>Dalam pada itu, saya juga mendapati layanan di hospital kerajaan juga telah
>jauh berubah. Tiada lagi sikap jururawat yang garang dan kasar. Mereka very
>friendly dan helpful. Bangunan wad baru juga telah dibina di kebanyakan
>hospital dan kelengkapan dan suasana dalaman wad adalah setanding dengan
>hospital swasta. Tetapi timbul kemusykilan kerana di setiap hospital
>kerajaan, pasti ada pejabat urusan Pantai Medivest yang kita semua maklum
>dimiliki oleh siapa. Melihat kepada bangunan baru, suasana wad yang selesa,
>jururawat yang friendly dan kewujudan Pantai Medivest, adakah ia langkah
>awal pengswastaan hospital kerajaan? Sekiranya ini berlaku, nasib yang
>dialami oleh rakan saya akan turut dialami oleh kita semua. Sekiranya
>tuan/puan mempunyai pengalaman seperti yang dirasai oleh rakan saya atau
>ingin menambah terhadap senarai 1 hingga 4 tadi, harap boleh kongsikan
>bersama sebagai panduan/pengajaran bersama.
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Prof. Nurani" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke