*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Waalaikumsalam,

Adakah hujah anda yang panjang lebar ini sebagai bukti anda mewajarkan apa yang 
diucapkan
oleh PM di UIA? Adakah anda setuju dengan ucapan tersebut? 

Seandainya anda percaya bahawa Islam itu Ad-deen dan menyeluruh, adakah anda setuju
dengan ayat : "Malaysia is behind developed nations because Muslims in the country are
advised to study religion to gain merit in the next world".

Adakah anda berpendapat kemajuan dan agama merupakan dua perkara yang bebeza?





--- Rizal <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamualaikum,
> 
> Izinkan saya untuk memberi pendapat saya mengenai tajuk di atas. Sebenarnya
> saya tidak layak untuk bercakap mengenainya jadi jika salah tolong maafkan
> dan tolong betulkan.
> 
> Maha Suci Tuhan sekelian alam yang telah menjadikan langit dan bumi dan isi
> di antaranya, Allah telah menjanjikan ganjaran kepada orang yang beriman,
> darjat yang tinggi kepada yang bertakwa, kemenangan kepada yang berjihad dan
> Allah menyuruh sampaikan berita gembira kepada orang-orang yang berpegang
> kepada jalan Allah dan Rasulnya, bagi mereka tiada rasa takut dan dukacita
> dan Allah bersama mereka.
> 
> Tetapi apakah Umat Islam pada seribu tahun yang lepas sehingga hari ini
> mendapat apa yang telah dijanjikan oleh Allah itu?
> Apakah Allah telah memungkiri janjinya atau Umat Islam yang telah
> menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar?
> 
> Semasa Umat Islam berada dipuncaknya bukan sahaja ia menguasai 1/3 dunia
> tetapi ia juga menguasai hampir semua bidang ilmu pengetahuan - astronomi,
> matematik, kedoktoran, pelayaran, ketenteraan ...........dan menjadi rujukan
> bagi bangsa-bangsa lain terutamanya Eropah.
> 
> Tetapi setelah timbulnya ulamak-ulamak Islam yang menjatuhkan hukum bahawa
> semua ilmu yang berkaitan dengan dunia adalah sekular dan haram, Umat Islam
> mula kehilangan penguasaan ilmu-ilmu 'sekular' ini. Pada waktu yang sama
> berlaku perbalahan, perpecahan dan peperangan diantara mazhab-mazhab. Malah
> di dalam 4 mazhab yang ada sesama Ahli Sunnah Wal-Jamaah (yang kita anggap
> satu-satunya  yang betul daripada 73 golongan) telah berlaku kafir mengkafir
> dan juga telah berperang sesama sendiri. Selepas daripada itu sejarah telah
> menunjukkan hampir semua negara Islam telah dijajah.
> 
> Persoalan - mengapakah boleh jadi begitu?
> 
> Kita juga tahu bagaimana ulamak-ulamak Islam telah mengharamkan pengunaan
> telefon dan basikal apabila ia mula-mula dicipta atas alasan ianya dari
> syaitan. Apabila angkasawan Amerika mendarat di bulan pada 1969, terdapat
> tok-tok guru di Malaysia yang menganggap ianya satu pembohongan, berdasarkan
> Ayat AlQuran yang mengikut tafsiran mereka bahawa manusia tidak boleh
> menembusi langit.(Malah semasa saya menuntut di Universiti pada tahun 80an
> terdapat kawan-kawan saya yang percaya bahawa Amerika sengaja membuat cerita
> tersebut untuk menyesatkan orang Islam atau jika betul pun mereka telah
> mendarat di satu tempat kepunyaan syaitan atau iblis dan bukannya bulan).
> Pada tahun 1975 sekumpulan ulamak (saya tak pasti samada dari Arab Saudi
> atau Mesir) telah mengeluarkan fatwa bahawa bumi adalah terhampar bukannya
> bulat dan matahari yang mengelilingi bumi.
> 
> Persoalan - mengapakah boleh jadi begitu?
> 
> Daripada kenyataan-kenyataan di atas apakah kita fikir kita berada di atas
> landasan Islam yang sebenar? Jika kita buka terjemahan AlQuran dan baca,
> kita akan berjumpa banyak ayat-ayat yang menerangkan mengenai ilmu alam,
> kimia, falak, haiwan, tumbuhan dan bumi (geology). (Di bahagian pendahuluan
> Tafsir ini,oleh Prof Dr.Mahmud Yunus, menyebut pada tahun 1922 umumnya ulama
> Islam mengatakan haram menterjemah AlQuran. Mengapa haram?)
> 
> Allah dengan jelas menyuruh kita berfikir mengkaji mengenai kejadian alam.
> Apakah kita telah mengikut perintah Allah ini?
> Tidak!!!  Yang berfikir ialah orang-orang barat, mengapa orang Islam tidak?
> Apakah kerana ia sekular?
> 
> Jika kita lihat di dalam mazhab kita tiada penekanan di dalam ilmu
> pengetahuan. Kita dengan jelas telah mengambil dan mengamalkan hanya suku
> dari apa yang ada di dalam AlQuran. Jika mengikut Amanat Hadi, hukumnya
> terkeluar (kafir) dari Islam. pakah kita Ahli Sunnah Wal Jamaah telah
> terkeluar dari Islam.
> 
> Antara kesan apabila orang-orang barat berfikir dan mengkaji kejadian alam
> dan bumi :-
> - Mereka dapat membuat satelit yang mengelilingi bumi hasil dari kajian
> mereka bagaimana bulan menggelilingi bumi.
> - Kapal terbang - dengan mengkaji burung.
> - Kapal laut dan kapal selam - dengan mengkaji ikan
> -
> 
> Apakah kelebihan yang Allah anugerahkan kepada mereka?
> - Kapal perang Amerika yang berada di laut telah melepaskan peluru berpandu
> ke atas kem Osama Bin Laden seorang pejuang 'Jihad Islam' yang berada di
> Afghanistan yang beribu kilometer jauhnya.
> - Pada tahun 1967, Israil memerlukan 6 hari sahaja untuk mengalahkan
> beberapa negara Islam Arab dan menawan sebahagian wilayah Arab (waktu itu
> Arab dibantu oleh Rusia  .....  sekarang?)
> - Fikirkan sendiri apa yang terjadi kepada nasib orang Islam di Patani,
> Filipina, Bosnia, Chechnya....................
> 
> Apakah yang boleh dibuat oleh orang Islam? Apakah yang ulamak buat dalam hal
> di atas? Marah dan mengutuk tindakan mereka dan menyeru kepada
> Jihad............itu sahaja?
> 
> Begitulah hinanya umat Islam disebabkan tidak mengikut perintah Allah.
> Dengan ilmu pengetahuan juga orang-orang Barat telah menjadi maju dari segi
> ekonomi dan mereka antara orang pertama memberi sumbagan kepada negara lain
> yang mengalami bencana atau malapetaka. Mengapa orang Islam tidak boleh buat
> begitu?
> 
> Dan yang paling sedih, baru-baru ini di Afghanistan apabila berlaku
> kebuluran dan ramai yang mati, setelah Pakistan tidak dapat membantu lagi
> dan tiada negara lain yang menghulur bantuan (mungkin sebab meruntuh patung
> Buddha), akhirnya Amerika yang dianggap Dajjal telah menghulur bantuan
> melalui Pakistan. Di mana orang Islam lain di mana ulamak-ulamak kita. Di
> mana orang Islam yang pandai bercakap?
> 
> Insyaallah, saya sedang menyiapkan mengenai pandangan saya, apa sebenarnya
> masaalah orang Melayu khususnya dan orang Islam amnya.Tetapi ia mengambil
> sedikit masa kerana ianya agak panjang.
> 
> Yang baik dari Allah, yang silap dari saya.
> 
> 
> ----- Original Message -----
> From: "guaqman" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Tuesday, April 17, 2001 7:42 PM
> Subject: H-Net* Allah Tunjukkan Lagi Kepada Kita!
> 
> 
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Assalamualaikum,
> >
> > Rakan2 Hizbi terutama yang masih mengagung-agungkan Mahathir. Sekiranya
> kamu mengaku
> > Muslim dan beriman kepada Allah, maka saksikan apa yang Allah telah
> tunjukkan, lagi dan
> > lagi kepada kita!
> >
> > Betapa pemimpin negara kita ini amat anti sekali dengan Islam, mengaitkan
> kemunduran kita
> > dengan kepercayaan Hari Akhirat, menuduh ibubapa yang menghantar anak2
> belajar agama
> > untuk kepentingan sendiri - bukan kerana Allah,  mendakwa kononnya
> golongan Professional
> > kesal kerana memilih bidang lain dan bukan bidang agama (ntah berapa ribu
> orang yang dia
> > survey!), mengherdik ibubapa yang mahu anak mereka menjadi Hafiz Al-Quran.
> >
> > Tak nampak lagikah kalian semua???
> >
> > Ya Allah, peliharalah kami rakyat Malaysia dari bala bencana.
> >
> > ALLHUAKBAR!
> > ALLHUAKBAR!
> > ALLHUAKBAR!
> >
> > ---------------------------------
> >
> > Tuesday April 17
> >
> > Religious priorities affecting progress: Dr M
> >
> > 4:21pm, Tue: Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said today Malaysia is
> behind developed
> > nations because Muslims in the country are advised "to study religion to
> gain merit in
> > the next world".
> >
> > "Indeed, parents are known to insist that their children study religion
> because they, the
> > parents, would gain merit for themselves also.
> >
> > "In Malaysia, professionals have been known to express regret that they
> had chosen to
> > study their professions instead of religion," said Mahathir when opening
> the
> > International Islamic University (IIU) in Gombak.
> >
> > "To expiate what they consider to be a sin, they send all their children
> to religious
> > schools to become hafiz (one who has memorised the Quran)," he added.
> >
> > At a press conference later, Mahathir said there is a need to curb
> Internet websites by
> > tightening the Printing Presses and Publications Act as there are postings
> on the Net
> > calling for his assassination.
> >
> >
> >
> >
> > __________________________________________________
> > Do You Yahoo!?
> > Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
> > http://auctions.yahoo.com/
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: guaqman <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: guaqman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke