*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa`alaikumussalam warahmatullah,
Alhamdulillah sekiranya benar apa yang saudara kata,
"Tujuan saya lebih kepada untuk kita sama-sama menegur
untuk kebaikan dan menegah kemungkaran."
...Okay apabila saudara kata sedemikian, bermakna
saudara mesti kotakan juga apa yang saudara katakan
itu, betoi tak?...Jadi tak kiralah belah mana yang
buat silap, perlulah sama-sama kita tegur untuk
kebaikan; bukan begitu saudara Rizal??…

Jadi, bila kita berada dalam web perbincangan mengenai
Islam; pertama sekali yang perlu kita tanya pada diri
sendiri ialah "manafaat tak apa yang aku nak kata
dalam perbincangan ini?" atau pun "boleh tak apa yang
diperbincangkan nanti boleh menolong aku dalam kubur
kelak?"…Macam tu mau tanya selalu pada diri
sendiri.Jadi bila dalam kepala kita ni sentiasa saja
ingat akan saham akhirat, maka semua perbincangan kita
akan pasti menjurus ke arah mencari keredhaan ALLAH
SWT semata-mata.Tidak akan ada tujuan lain selain
daripada tidak mahu dimurkai ALLAH; itu saja yang kita
mau; betoi dak saudara Rizal?….

Takut tak saudara dengan murka ALLAH?….Kalau
jawapannya 'takut', tanya balik kat diri sendiri;
apakah dosa yang ALLAH SWT paling dimurkaiNya
sehinggakan tidak akan dimaafkanNya di akhirat
kelak??….Itulah dia dosa syirik kepadaNya….Wa
nauzubillahi min zalik. 
Jadi bila bercakap tentang syirik (yakni menduakan
ALLAH termasuklah menidakkan hukum-hakamNya), tahukah
saudara apa yang ada di dalam 'Federal Constitution',
yakni undang-undang perlembagaan negara kita yang
selama ini diguna-pakai dalam mahkamah.Cuba saudara
tengok dan baca article (4) dalam undang-undang
perlembagaan negara, jelas dia kata, "This
constitution is the supreme law of the federation.And
any law past after Merdeka Day which is inconsistent
with this constitution; shall be void."…Maknanya,
undang-undang perlembagaan negara ini adalah
undang-undang yang teragong dalam negara ini.Mana-mana
undang-undang yang diluluskan selepas hari kemerdekaan
yang bertentangan dengan perlembagaan ini adalah
terbatal.Maka para ulama mengatakan bahwa
undang-undang perlembagaan negara kita ini sifatnya
syirik kepada ALLAH SWT, kerana ia bersifat menduakan
ALLAH serta mempersekutukan ALLAH.Kenapa ia dikatakan
menyekutukan ALLAH?…Sebab yang ada sifat hakimiyyah
hanyalah ALLAH yakni yang boleh buat undang-undang
hanyalah ALLAH.Kita ni hanyalah setakat buat
undang-undang mengikut undang-undang ALLAH.Tak
bolehlah kita pi buat undang-undang lain yang lawan
undang-undang ALLAH.Jadi, bila kita buat satu
undang-undang yang lawan undang-undang ALLAH SWT yakni
'man made law'; maknanya kita pi letak diri kita
bersama-sama dengan ALLAH.Inilah yang dikatakan
mensyirikkan ALLAH SWT kerana menduakanNya.Kalau
saudara tidak percaya dengan apa yang saya kata ni,
iaitu 'Federal Constitution'  itu syirik kepada ALLAH;
tolong buka sendiri 'Federal Constitution'; article
yang ke 4 dan sebagainya, yang mana jelas menunjukkan
bahwa ia menafikan hukuman daripada ALLAH SWT. Jadi
bukankah ia menjadi satu kemungkaran yang paling besar
di sisi ALLAH SWT?....
Apa macam saudara?...Ini bukan perkara main-main ni,
sebab ia membabitkan aqidah. Jadi untuk membuktikan
apa yang saudara kata iaitu "Tujuan saya lebih kepada
untuk kita sama-sama menegur untuk kebaikan dan
menegah kemungkaran."; maka perlu atau tak perlu untuk
ditegur puak-puak yang mempertahankan "Perlembagaan
Persekutuan" atau "Federal Constitution"
itu??…Siapakah yang mempertahankan "Federal
Constitution" itu???…Pas ataupun keADILan kah yang
mempertahankannya????….Siapa lagi kalau bukan
Umno/BN.Inilah perkara pokok yang perlu dibincangkan.
Malah banyak lagi kemungkaran-kemungkaran yang
berpunca daripada Umno/BN boleh kita bincangkan. 

Kemudian saudara tanya pula, "Ada tak hujah saya yang
salah?"...Bukan kata salah lagi, malah langsung tak
boleh pakai sebab tidak ada sumber rujukan yang
saudara sertakan untuk menguatkan hujjah saudara.
Misalnya sepertimana yang saudara tulis kepada saudara
quaqman, "...Tetapi setelah timbulnya ulamak-ulamak
Islam yang  menjatuhkan hukum bahawa semua ilmu yang
berkaitan dengan dunia adalah sekular dan
haram,..."....Ayat saudara tergantung macam tu saja
tanpa bagitau ulama` mana yang kata macam yang saudara
kata tu. Kalimah-kalimah tanpa dalil sebegini memang
cukup bahaya kepada masyarakat umum khususnya, kerana
ia boleh mengelirukan orang ramai.Sebab bila tidak ada
kenyataan tentang ulama` mana yang kata, maka orang
ramai akan tangkap borong semua sekali.Ini yang bahaya
ni sebab dari kenyataan saudara seperti di atas,
menunjukkan yang saudara cuba merendah-rendahkan
institusi ulama`.Tak takutkah saudara dengan amaran
Nabi s.a.w., ( ucapan ustaz Halim Nasir di Masjid
Bayan Baru pada 3/9/99 ketika membahaskan tajuk
"Peranan ummah dalam mempertahankan institusi ulama`"
) yakni seperti apa disabdanya kepada
sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu bahwa di Padang
Mahsyar kelak, ada segolongan manusia yang tak
semena-mena di masukkan ke neraka?"...Lalu tanya
sahabat, "Siapa mereka itu ya Rasulullah?"...Kata Nabi
s.a.w., "Mereka itu adalah golongan yang ada perasaan
benci kepada ulama` walaupun sebesar debu."...Ish!
takutnya saya. Siapakah kita nak compare dengan para
ulama`?...Kita mengaji macam depa ka, sampai berani
nak kata lebih kurang kat depa.Takut la sikit dengan
amaran daripada ALLAH/rasulNya ini.

Kemudian saudara mendedahkan kefahaman saudara yang
cetek dalam nak memahami apa itu sekular.Ilmu-ilmu
yang saudara mentioned tu sebenarnya adalah berasal
daripada ALLAH SWT turun kepada Nabi s.a.w..Memanglah
ilmu-ilmu seperti yang saudara katakan itu sekarang
ini dikuasai oleh orang bukan Islam.Tapi kalau menurut
Prof. Dr. Syed Naquib al-Attas sepertimana yang
dibincangkan oleh sahabat saya yakni saudara Ramlipa,
sebenarnya orang bukan Islam itu tidak memperolehi
apa-apa 'ilmu' pun.Yang mereka dapat sebenarnya itu
hanyalah 'pengetahuan' sahaja.Sebab apa saya kata lagu
tu?...Sebab 'ilmu' dan 'pengetahuan' adalah dua benda
yang berbeza.Perkara ini sedang diperjelaskan oleh
saudara Ramlipa dalam [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], dll.

Jadi fikir-fikirlah sebelum kita buat apa pun, sebab
kita sentiasa dalam pengawasan ALLAH SWT,

Wassalam.

--- Rizal <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
> 
> Terima kasih kerana komen anda. Untuk pengetahuan
> saudara walaupun saya
> telah melanggan Hizbi-net sejak 1997, ini adalah
> posting saya yang ke empat.
> Walaupun banyak pekara yang saya ingin tulis tetapi
> terhalang dengan masalah
> kesibukan dan masa. Mengenai  kafir mengkafir dan
> berperang antara mazhab
> ASWJ, saya pasti mengenainya walaupun saya sudah
> lupa sumbernya. Mungkin
> saudara anggap perkara tersebut sukar untuk
> diterima, tetapi bagi saya yang
> lebih sukar untuk diterima ialah peperangan Jamal
> (Gamal?) antara Saidatina
> Aishah isteri Nabi dan Saidina Ali yang saudara
> sendiri tahu siapa dia. Yang
> ini sumber dia dari Ustaz Shamsuri semasa
> pengajiannya di dalam kitab Bahrul
> Mazi.
> 
> Mengenai mukadimah saya yang lembut tetapi kemudian
> menghentam ulamak, saya
> cuma memulangkan paku buah keras ke atas mereka apa
> yang mereka kata, itupun
> masih lembut, tiada carutan. Kalau mahu dalam masa 6
> bulan saya boleh karang
> satu buku yang bertajuk '50 dalil kenapa
> ulamak-ulamak PAS adalah Kafir,
> Munafik dan Fasik' mengikut hukum yang mereka
> sendiri keluarkan ke atas
> orang lain. Tapi itu bukan tujuan saya. Tujuan saya
> lebih kepada untuk kita
> sama-sama menegur untuk kebaikan dan menegah
> kemungkaran. Adatak hujah saya
> yang salah? Nada saya yang agak keras disebabkan,
> dipendekkan cerita,
> apabila kita berhadapan dengan budak kecil, kita
> kena bercakap cara dia,
> apabila kita berhadapan dengan murid nakal, cara
> kita berbeza, baru
> berkesan.
> 
> Mengenai makna ilmu sekular, dalam posting saya,
> saya maksudkan ialah
> ilmu-ilmu mengenai keduniaan seperti, sains,fizik,
> ekonomi,..........Saya
> ingin ucapkan t/kaseh sebab saudara telah
> menjelaskan kepada saya maksud
> sekular mengikut Kamus Oxford yang sebelum ini saya
> tidak tahu.
> 
> Wallalhualam.
> 
> ----- Original Message -----
> From: "Omar AlKhatab" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: "Rizal" <[EMAIL PROTECTED]>; "guaqman"
> <[EMAIL PROTECTED]>
> Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Saturday, April 21, 2001 12:42 PM
> Subject: Re: H-Net* Allah Tunjukkan Lagi Kepada
> Kita!
> 
> 
> > Assalamu`alaikum para netters,
> > Benarlah sepertimana sebuah hadith sahih riwayat
> Imam
> > Ibnu Majjah. Hadith ini disampaikan oleh Abi
> Hurairah
> > r.a., sabda Nabi s.a.w., "Akan datang kepada kamu
> > tahun-tahun yang gersang dan tandus. Dimana pada
> > tahun-tahun itu akan  berlaku beberapa
> masalah.Yang
> > pertamanya ialah akan dibenarkan orang-orang yang
> > berdusta dan akan didustakan orang-orang yang
> > benar.Dan orang-orang yang amanah dituduh khianat
> dan
> > orang-orang yg khianat dituduh amanah."
> >
> > Ini hadith Nabi s.a.w. yg menyatakan bahwa manusia
> itu
> > sendiri akan menghadapi beberapa masalah di akhir
> > zaman. Dimana manusia akan  menghadapi satu
> cabaran yg
> > cukup getir, yang mana manusia berada  di zaman
> > gersangnya aqidah dan tandusnya iman. Dan juga
> > tandusnya kebenaran dan gersangnya amanah dan
> > sebagainya. Maka Nabi s.a.w. menyenaraikan,
> berlakunya
> > masalah orang yang khianat dikatakan amanah dan
> orang
> > yang amanah akan dikatakan khianat. Dan orang yang
> > tidak benar, akan dikatakan benar dan orang yang
> benar
> > akan dituduh tidak benar.
> >
> > Kata Nabi s.a.w. lagi, "Apabila berlaku keadaan
> macam
> > itu, akan muncul satu golongan manusia ini yang
> akan
> > menyuarakan untuk memperbetulkan keadaan.".Maka
> tanya
> > sahabat, "Siapakah golongan itu wahai
> > Rasulullah?".Lalu kata Nabi s.a.w., "Dia adalah
> > seorang manusia yang hina, yang tidak ada ilmu
> agama
> > tetapi dia akan bercakap mewakili semua manusia."
> >
> > Betoi ka tak betoi ka hadith ni tuan-tuan, bila
> > munculnya tulisan seperti Sheikh Rizal kita ni.
> > Cehhhh, muqaddimah dia nampak cantik aje, lembut
> saja
> > perkataannya.Tapi di tengah-tengah tu dihemtamnya
> para
> > ulama`. Yang kita tau perselisihan antara
> Imam-imam
> > Mazhab hanyalah berkisar dalam lingkungan tentang
> > perkara-perkara furu` sahaja. Mana ada sampai
> kafir
> > mengkafir atau perang disebabkan perselisihan
> > mazhab?.Kalau ada pun, daripada sumber mana sheikh
> ni
> > ambil maklumat-maklumat sedemikian?? ..Kita nak
> tau
> > juga daripada mana sumbernya.
> >
> > Kemudian ditimbulnya perkataan "sekular" pula.
> Ayat
> > yang digunakannya tentang "sekular", bunyi pun
> lebih
> > kurang sama saja nadanya dengan al-Fadhilatul
> Sheikh
> > Mahathir Mohamed al-Kutty. Yang dia dok kata
> > "sekular,sekular" ni; dia tau ka apa makna sekular
> > tu?.Atau pun pakai ambil dari kamus atau
> > pembendaharaan kata dari Sheikh Mahathir juga apa.
> > Penafsiran perkataan 'sekular' yang dirujuknya
> dari
> > Kamus Oxford itu ialah ia bermaksud ugama bukanlah
> > menjadi asas kepada akhlak dan pendidikan..Itu dia
> > yang dikatakan 'sekular' tu, sekarang faham tak
> > tuan-tuan apa itu 'sekular'?.Itu pun dari kamus
> Oxford
> > (terbitan puak sekular sendiri), belum lagi dari
> kitab
> > para ulama` muktabar.
> >
> > Wallahu`alam.
> >
> > --- Rizal <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > >
> > >
> > >
> >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> > > http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke: 
> [EMAIL PROTECTED]
> > >       }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> > > [EMAIL PROTECTED]     }
> > >
> > >
> >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG
> ADIL
> > >
> > >
> >
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Assalamualaikum,
> > >
> > > Izinkan saya untuk memberi pendapat saya
> mengenai
> > > tajuk di atas. Sebenarnya
> > > saya tidak layak untuk bercakap mengenainya jadi
> > > jika salah tolong maafkan
> > > dan tolong betulkan.
> > >
> > > Maha Suci Tuhan sekelian alam yang telah
> menjadikan
> > > langit dan bumi dan isi
> > > di antaranya, Allah telah menjanjikan ganjaran
> > > kepada orang yang beriman,
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke