*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana komen anda. Untuk pengetahuan saudara walaupun saya
telah melanggan Hizbi-net sejak 1997, ini adalah posting saya yang ke empat.
Walaupun banyak pekara yang saya ingin tulis tetapi terhalang dengan masalah
kesibukan dan masa. Mengenai  kafir mengkafir dan berperang antara mazhab
ASWJ, saya pasti mengenainya walaupun saya sudah lupa sumbernya. Mungkin
saudara anggap perkara tersebut sukar untuk diterima, tetapi bagi saya yang
lebih sukar untuk diterima ialah peperangan Jamal (Gamal?) antara Saidatina
Aishah isteri Nabi dan Saidina Ali yang saudara sendiri tahu siapa dia. Yang
ini sumber dia dari Ustaz Shamsuri semasa pengajiannya di dalam kitab Bahrul
Mazi.

Mengenai mukadimah saya yang lembut tetapi kemudian menghentam ulamak, saya
cuma memulangkan paku buah keras ke atas mereka apa yang mereka kata, itupun
masih lembut, tiada carutan. Kalau mahu dalam masa 6 bulan saya boleh karang
satu buku yang bertajuk '50 dalil kenapa ulamak-ulamak PAS adalah Kafir,
Munafik dan Fasik' mengikut hukum yang mereka sendiri keluarkan ke atas
orang lain. Tapi itu bukan tujuan saya. Tujuan saya lebih kepada untuk kita
sama-sama menegur untuk kebaikan dan menegah kemungkaran. Adatak hujah saya
yang salah? Nada saya yang agak keras disebabkan, dipendekkan cerita,
apabila kita berhadapan dengan budak kecil, kita kena bercakap cara dia,
apabila kita berhadapan dengan murid nakal, cara kita berbeza, baru
berkesan.

Mengenai makna ilmu sekular, dalam posting saya, saya maksudkan ialah
ilmu-ilmu mengenai keduniaan seperti, sains,fizik, ekonomi,..........Saya
ingin ucapkan t/kaseh sebab saudara telah menjelaskan kepada saya maksud
sekular mengikut Kamus Oxford yang sebelum ini saya tidak tahu.

Wallalhualam.

----- Original Message -----
From: "Omar AlKhatab" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Rizal" <[EMAIL PROTECTED]>; "guaqman" <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Saturday, April 21, 2001 12:42 PM
Subject: Re: H-Net* Allah Tunjukkan Lagi Kepada Kita!


> Assalamu`alaikum para netters,
> Benarlah sepertimana sebuah hadith sahih riwayat Imam
> Ibnu Majjah. Hadith ini disampaikan oleh Abi Hurairah
> r.a., sabda Nabi s.a.w., "Akan datang kepada kamu
> tahun-tahun yang gersang dan tandus. Dimana pada
> tahun-tahun itu akan  berlaku beberapa masalah.Yang
> pertamanya ialah akan dibenarkan orang-orang yang
> berdusta dan akan didustakan orang-orang yang
> benar.Dan orang-orang yang amanah dituduh khianat dan
> orang-orang yg khianat dituduh amanah."
>
> Ini hadith Nabi s.a.w. yg menyatakan bahwa manusia itu
> sendiri akan menghadapi beberapa masalah di akhir
> zaman. Dimana manusia akan  menghadapi satu cabaran yg
> cukup getir, yang mana manusia berada  di zaman
> gersangnya aqidah dan tandusnya iman. Dan juga
> tandusnya kebenaran dan gersangnya amanah dan
> sebagainya. Maka Nabi s.a.w. menyenaraikan, berlakunya
> masalah orang yang khianat dikatakan amanah dan orang
> yang amanah akan dikatakan khianat. Dan orang yang
> tidak benar, akan dikatakan benar dan orang yang benar
> akan dituduh tidak benar.
>
> Kata Nabi s.a.w. lagi, "Apabila berlaku keadaan macam
> itu, akan muncul satu golongan manusia ini yang akan
> menyuarakan untuk memperbetulkan keadaan.".Maka tanya
> sahabat, "Siapakah golongan itu wahai
> Rasulullah?".Lalu kata Nabi s.a.w., "Dia adalah
> seorang manusia yang hina, yang tidak ada ilmu agama
> tetapi dia akan bercakap mewakili semua manusia."
>
> Betoi ka tak betoi ka hadith ni tuan-tuan, bila
> munculnya tulisan seperti Sheikh Rizal kita ni.
> Cehhhh, muqaddimah dia nampak cantik aje, lembut saja
> perkataannya.Tapi di tengah-tengah tu dihemtamnya para
> ulama`. Yang kita tau perselisihan antara Imam-imam
> Mazhab hanyalah berkisar dalam lingkungan tentang
> perkara-perkara furu` sahaja. Mana ada sampai kafir
> mengkafir atau perang disebabkan perselisihan
> mazhab?.Kalau ada pun, daripada sumber mana sheikh ni
> ambil maklumat-maklumat sedemikian?? ..Kita nak tau
> juga daripada mana sumbernya.
>
> Kemudian ditimbulnya perkataan "sekular" pula. Ayat
> yang digunakannya tentang "sekular", bunyi pun lebih
> kurang sama saja nadanya dengan al-Fadhilatul Sheikh
> Mahathir Mohamed al-Kutty. Yang dia dok kata
> "sekular,sekular" ni; dia tau ka apa makna sekular
> tu?.Atau pun pakai ambil dari kamus atau
> pembendaharaan kata dari Sheikh Mahathir juga apa.
> Penafsiran perkataan 'sekular' yang dirujuknya dari
> Kamus Oxford itu ialah ia bermaksud ugama bukanlah
> menjadi asas kepada akhlak dan pendidikan..Itu dia
> yang dikatakan 'sekular' tu, sekarang faham tak
> tuan-tuan apa itu 'sekular'?.Itu pun dari kamus Oxford
> (terbitan puak sekular sendiri), belum lagi dari kitab
> para ulama` muktabar.
>
> Wallahu`alam.
>
> --- Rizal <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> >
> >
> >
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> > http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
> >       }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> > [EMAIL PROTECTED]     }
> >
> >
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >
> >
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum,
> >
> > Izinkan saya untuk memberi pendapat saya mengenai
> > tajuk di atas. Sebenarnya
> > saya tidak layak untuk bercakap mengenainya jadi
> > jika salah tolong maafkan
> > dan tolong betulkan.
> >
> > Maha Suci Tuhan sekelian alam yang telah menjadikan
> > langit dan bumi dan isi
> > di antaranya, Allah telah menjanjikan ganjaran
> > kepada orang yang beriman,
> > darjat yang tinggi kepada yang bertakwa, kemenangan
> > kepada yang berjihad dan
> > Allah menyuruh sampaikan berita gembira kepada
> > orang-orang yang berpegang
> > kepada jalan Allah dan Rasulnya, bagi mereka tiada
> > rasa takut dan dukacita
> > dan Allah bersama mereka.
> >
> > Tetapi apakah Umat Islam pada seribu tahun yang
> > lepas sehingga hari ini
> > mendapat apa yang telah dijanjikan oleh Allah itu?
> > Apakah Allah telah memungkiri janjinya atau Umat
> > Islam yang telah
> > menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar?
> >
> > Semasa Umat Islam berada dipuncaknya bukan sahaja ia
> > menguasai 1/3 dunia
> > tetapi ia juga menguasai hampir semua bidang ilmu
> > pengetahuan - astronomi,
> > matematik, kedoktoran, pelayaran, ketenteraan
> > ...........dan menjadi rujukan
> > bagi bangsa-bangsa lain terutamanya Eropah.
> >
> > Tetapi setelah timbulnya ulamak-ulamak Islam yang
> > menjatuhkan hukum bahawa
> > semua ilmu yang berkaitan dengan dunia adalah
> > sekular dan haram, Umat Islam
> > mula kehilangan penguasaan ilmu-ilmu 'sekular' ini.
> > Pada waktu yang sama
> > berlaku perbalahan, perpecahan dan peperangan
> > diantara mazhab-mazhab. Malah
> > di dalam 4 mazhab yang ada sesama Ahli Sunnah
> > Wal-Jamaah (yang kita anggap
> > satu-satunya  yang betul daripada 73 golongan) telah
> > berlaku kafir mengkafir
> > dan juga telah berperang sesama sendiri. Selepas
> > daripada itu sejarah telah
> > menunjukkan hampir semua negara Islam telah dijajah.
> >
> > Persoalan - mengapakah boleh jadi begitu?
> >
> > Kita juga tahu bagaimana ulamak-ulamak Islam telah
> > mengharamkan pengunaan
> > telefon dan basikal apabila ia mula-mula dicipta
> > atas alasan ianya dari
> > syaitan. Apabila angkasawan Amerika mendarat di
> > bulan pada 1969, terdapat
> > tok-tok guru di Malaysia yang menganggap ianya satu
> > pembohongan, berdasarkan
> > Ayat AlQuran yang mengikut tafsiran mereka bahawa
> > manusia tidak boleh
> > menembusi langit.(Malah semasa saya menuntut di
> > Universiti pada tahun 80an
> > terdapat kawan-kawan saya yang percaya bahawa
> > Amerika sengaja membuat cerita
> > tersebut untuk menyesatkan orang Islam atau jika
> > betul pun mereka telah
> > mendarat di satu tempat kepunyaan syaitan atau iblis
> > dan bukannya bulan).
> > Pada tahun 1975 sekumpulan ulamak (saya tak pasti
> > samada dari Arab Saudi
> > atau Mesir) telah mengeluarkan fatwa bahawa bumi
> > adalah terhampar bukannya
> > bulat dan matahari yang mengelilingi bumi.
> >
> > Persoalan - mengapakah boleh jadi begitu?
> >
> > Daripada kenyataan-kenyataan di atas apakah kita
> > fikir kita berada di atas
> > landasan Islam yang sebenar? Jika kita buka
> > terjemahan AlQuran dan baca,
> > kita akan berjumpa banyak ayat-ayat yang menerangkan
> > mengenai ilmu alam,
> > kimia, falak, haiwan, tumbuhan dan bumi (geology).
> > (Di bahagian pendahuluan
> > Tafsir ini,oleh Prof Dr.Mahmud Yunus, menyebut pada
> > tahun 1922 umumnya ulama
> > Islam mengatakan haram menterjemah AlQuran. Mengapa
> > haram?)
> >
> > Allah dengan jelas menyuruh kita berfikir mengkaji
> > mengenai kejadian alam.
> > Apakah kita telah mengikut perintah Allah ini?
> > Tidak!!!  Yang berfikir ialah orang-orang barat,
> > mengapa orang Islam tidak?
> > Apakah kerana ia sekular?
> >
> > Jika kita lihat di dalam mazhab kita tiada penekanan
> > di dalam ilmu
> > pengetahuan. Kita dengan jelas telah mengambil dan
> > mengamalkan hanya suku
> > dari apa yang ada di dalam AlQuran. Jika mengikut
> > Amanat Hadi, hukumnya
> > terkeluar (kafir) dari Islam. pakah kita Ahli Sunnah
> > Wal Jamaah telah
> > terkeluar dari Islam.
> >
> > Antara kesan apabila orang-orang barat berfikir dan
> > mengkaji kejadian alam
> > dan bumi :-
> > - Mereka dapat membuat satelit yang mengelilingi
> > bumi hasil dari kajian
> > mereka bagaimana bulan menggelilingi bumi.
> > - Kapal terbang - dengan mengkaji burung.
> > - Kapal laut dan kapal selam - dengan mengkaji ikan
> > -
> >
> > Apakah kelebihan yang Allah anugerahkan kepada
> > mereka?
> > - Kapal perang Amerika yang berada di laut telah
> > melepaskan peluru berpandu
> > ke atas kem Osama Bin Laden seorang pejuang 'Jihad
> > Islam' yang berada di
> > Afghanistan yang beribu kilometer jauhnya.
> > - Pada tahun 1967, Israil memerlukan 6 hari sahaja
> > untuk mengalahkan
> > beberapa negara Islam Arab dan menawan sebahagian
> > wilayah Arab (waktu itu
> > Arab dibantu oleh Rusia  .....  sekarang?)
> > - Fikirkan sendiri apa yang terjadi kepada nasib
> > orang Islam di Patani,
> > Filipina, Bosnia, Chechnya....................
> >
> > Apakah yang boleh dibuat oleh orang Islam? Apakah
> > yang ulamak buat dalam hal
> > di atas? Marah dan mengutuk tindakan mereka dan
> > menyeru kepada
> > Jihad............itu sahaja?
> >
> > Begitulah hinanya umat Islam disebabkan tidak
> > mengikut perintah Allah.
> > Dengan ilmu pengetahuan juga orang-orang Barat telah
> > menjadi maju dari segi
> > ekonomi dan mereka antara orang pertama memberi
> > sumbagan kepada negara lain
> > yang mengalami bencana atau malapetaka. Mengapa
> > orang Islam tidak boleh buat
> > begitu?
> >
> > Dan yang paling sedih, baru-baru ini di Afghanistan
> > apabila berlaku
> > kebuluran dan ramai yang mati, setelah Pakistan
> > tidak dapat membantu lagi
> > dan tiada negara lain yang menghulur bantuan
> > (mungkin sebab meruntuh patung
> > Buddha), akhirnya Amerika yang dianggap Dajjal telah
> > menghulur bantuan
> > melalui Pakistan. Di mana orang Islam lain di mana
> > ulamak-ulamak kita. Di
> > mana orang Islam yang pandai bercakap?
> >
> > Insyaallah, saya sedang menyiapkan mengenai
> > pandangan saya, apa sebenarnya
> > masaalah orang Melayu khususnya dan orang Islam
> > amnya.Tetapi ia mengambil
> > sedikit masa kerana ianya agak panjang.
> >
> > Yang baik dari Allah, yang silap dari saya.
> >
> >
> > ----- Original Message -----
> > From: "guaqman" <[EMAIL PROTECTED]>
> > To: <[EMAIL PROTECTED]>
> > Sent: Tuesday, April 17, 2001 7:42 PM
> > Subject: H-Net* Allah Tunjukkan Lagi Kepada Kita!
> >
> >
> > >
> > >
> >
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> > http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
> >         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> > [EMAIL PROTECTED]
> === message truncated ===
>
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
> http://auctions.yahoo.com/
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Rizal" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke