*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sungguh pelik, keturunan nik aziz apa perlu dipertikaikan?
cuba semak susurgalur awak sendiri?
sikap awak ni akan juga mempersoalkan keturunan sahabat-sahabat Rasullah
saw..
saya rasa awak ni mengaji sekerat sekarat..
pilih hak sedap dengan demo.

you are sick man, VERY!


PUTERA KAJANG wrote:

> BIOGRAFI – TUAN GURU DATO’ HAJI NIK AZIZ, SEORANG
> ULAMA SERTA AHLI POLITIK MALAYSIA ABAD KE 20
>
> Buku ini merakamkan kerjaya Dato’ Nik Aziz Nik Mat
> sebagai seorang ahli politik dari 30 tahun. Walaupun
> tujuan penulisnya untuk mengampu Nik Aziz, biografi
> ini membawa banyak maklumat yang memberi gambaran
> lebit tepat mengenai Menteri Besar Kelantan itu.
>
> Dalam carta salasilah Nik Aziz yang dipaparkan pada
> permulaan buku ini ada tersebut nama seperti Brahma,
> Raja Sakranta dan juga Kangkong. Mungkin disebabkan
> buku ini tidak begitu tebal (157 muka sahaja) tidak
> ada penjelasan yang lengkap mengenai kesahihan
> salasilah ini.
>
> Mengikut susur galur keluarga Nik Aziz (muka 6) dalam
> salasilah ini terdapat seorang Puteri bernama Puteri
> Sadong yang telah membunuh suaminya bernama raja
> Abdullah. Seorang lagi ahli Salasilah ini yang bernama
> Raja Abdul Rahim telah mengganti Raja Abdullah. Raja
> Abdul Rahim seorang pemerintah yang “zalim sehingga
> membawa implikasi kepada pembunuhan baginda sendiri.”
> Keadaan juga “ malap ketika pemerintahan Long
> Sulaiman. Beliau terbunuh dalam satu perselisihan
> faham dan ditikam oleh mentuanya sendiri.”
>
> Demikianlah antara isi penjelasan salasilah Nik Aziz.
> Pembunuhan, komplot dan perselisihan faham juga
> mengambil tempat dalam warisan sejarah ini.
>
> Seiring dengan salasilah yang tidak jelas
> kesahihannya, penulis buku ini juga berkata, asal usul
> kampung halaman Nik Aziz iaitu Pulau Melaka "mempunyai
> mitos dan sejarahnya tersendiri", dan terdapat
> "variasi fakta yang berbeza berhubung asal usul
> kewujudan nama pulau tersebut."
>
> Mitos dan misteri seperti ini berlanjutan. Misalnva
> biografi ini tidak mempunyai sebarang gambar yang
> menunjukkan Nik Aziz sebagai seorang pemuda ataua
> pelajar. Semua gambar dalam buku ini menunjukkan Nik
> Aziz dalam peranannya sebagai tuan guru, siap dengan
> serban dan janggut kambingnya. Mungkin gambar zaman
> muda dielakkan supaya tidaka menjejaskan imej serban
> dan janggut.
> Salasilah Nik Aziz juga mengatakan bahawa “keturunan
> raja Jembal dilarang makan rebung buluh betung…”
> Mengikut mitos ini pula sesiapa keturunan Raja Jembal
> yang makan rebung buluh betung akan diserang “kudis
> besar di seluruh badan”. Disini letaknya satu jalan
> untuk Nik Aziz membuktikan kesahihan salasilahnya.
> Mungkin Dewan Ulama Pas perlu fatwakan dulu peraduan
> makan rebung buluh betung.
>
> Nik Aziz dikatakan melanjutkan pelajaran ke “
> Universiti Deobond, India” pada 1952. Sebenarnya tidak
> pernah wujud sebuah “Universiti Deobond” di India.
> Deoband di utara Uttar Prodesh memang masyhur dengan
> Madrasah Darul Ulum Deoband yang melatih pelajar India
> menjadi ‘ulama’. Selain dari Deoband, madrasah Darul
> Ulum juga terdapat di Lucknow, Hyderabad, Mumbai dan
> tempat lain di India. Walaupun masyhur, madrasah ini
> tidak bertaraf universiti (jamiah).
>
> Mengikut ceritabta, sesudah habis belajar Nik Aziz
> kembali ke kampung “dengan berpakaian kemas, bertali
> leher dan berkasut kilat..” Hampir seminggu beliau
> tidak dapat mandia pabila melihatkan air perigi yang
> begitu keroh. Sudah tentu Nik Aziz boleh menahan diri
> daripada mandi hampir seminggu sebab dia tidak memakai
> serban dan jubah tuan guru pada masa itu.
> Ketika permulaan kerjayanya sebagai seorang guru
> agama, Nik Aziz memberi penekanan bahawa guru adalah
> ‘bapa rohani’ (spiritual father) bagi pelajar. Malang
> sekali tidak semua anak buah Nik Aziz hari ini yang
> prihatin akan seruan itu. Pada hari ada segelintir
> guru agama di Kelantan yang boleh memukul pelajat
> sehingga berdarah di kepala. Mungkin “segelintir
> manusia ini sanggup menanam bibit kebencian didalam
> sanubari berikutan suatu keistimewaan dan kelebihan
> didalam segelintir masyarakat” yang bergelar guru
> agama.
>
> Mengikut penulis biografi ini, Nik Aziz tidak
> mengharapkan sebarang ganjaran untuk berceramah di
> kampung. Tetapi ini bukannya selalu kerana Nik Aziz
> pernah mengambil upah RM15 sebulan untuk
> menggendalikan kuliah agama di Masjid Muhammadi. Dan
> pada hari ini pula, Pas sudah mula menjual kupon RMIO
> atau RM6 untuk jamuan makan bersama pemimpin Pas.
> Budaya menjual kupon dalam akhbar Harakah pemah
> mencatat harga RM65 seorang untuk jamuan makan bersama
> pemimpin Pas di sebuah hotel di Kajang. Walaupun harga
> ini setanding dengan hotel lima bintang di Kuala
> Lumpur, Kajang belum mempunyai hotel lima bintang.
>
> Mungkin Nik Aziz malap fahamannya mengenai ajaran
> Allah dan Rasul-Nya yang berikut: "Dan aku
> sekali-sekaii tidak minta upah kepadamu atas usahaku,
> upahku tidak lain hanyalah daripada Tuhan semesta
> alam" (Surah 26:109).
>
> Menjual kupon, mengambil upah dan sebagainya, atas
> nama agama perbuatan yang melanggar ajaran Allah dan
> RasulNya.
> Untuk merangkumi kurikulum pendidikan Pas, Nik Aziz
> menegaskan akidah, syariah, tassawuf dan politik (muka
> 45). Tetapi fahaman Nik Aziz mengenai prioriti iman
> dan Islam berlainan dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya.
>
> Nik Aziz berkata "Akidah adalah satu manifestasi atau
> konsekwensi daripada, iman" dan juga bahawa "rentetan
> daripada iman itu akan melahirkan suatu penyerahan
> diri kepada Allah secara total. " Maksudnya, seseorang
> perlu beriman dulu sebelum dia boleh menyerah diri
> (Islam) kepada Allah.
>
> Sebaliknya, ajaran Allah dan Rasul-Nya pula berbunyi
> demikian: "Orang Arab berkata, kami sudah beriman
> (aamanna). Katakanlah, kamu belum beriman tetapi
> katakanlah kami sudah menyerah diri (aslamna) kerana
> iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu
> taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan
> mengurangi sedikitpun amalanmu, sesungguhnya Allah
> Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang" (Surah 49:14).
>
> Mengikut ajaran Allah dan Rasul-Nya seseorang itu
> mesti menyerahkan diri (Islam) dan rela mengerjakan
> amalan baik dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya dulu.
> Konsekwensi daripada penyerahan diri ini (aslamna)
> akan mengukuhkan diri sebagai orang yang beriman
> (aamanna).
>
> Perbezaan antara fahaman Nik Aziz dan ajaran Allah dan
> Rasul-Nya mempunyai implikasi yang besar. Kalau ikut
> fahaman Nik Aziz, orang yang mengerjakan amalan yang
> tidak baik (misalnya upah kupon RMIO atas nama AIlah
> atau mencederakan pelajar sekolah) akan terasa selamat
> juga kerana mereka percaya iman lebih terdahulu
> daripada amalan (atau ketiadaannya).
>
> Begitu juga berhubung masalah kemiskinan di Kelantan,
> Nik Aziz berkata, kemiskinan tidak boleh dibasmi dan
> istilah 'membasmi kemisk'man' adalah khayalan (muka
> 135). Mengikut Nik Aziz ini ialah kerana kemiskinan
> "adalah ciptaan Tuhan yang mesti diterima oleh
> manusia". Bukan saja ini satu fahaman yang daif dan
> dangkal ia juga mendustakan ajaran Allah. Allah dan
> Rasul-Nya mengajar kita bahawa: "Syaitan menjanjikan
> kamu kemiskinan (asyaitaanu ya'idukumul faqra) dan
> menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah
> menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya dan
> Allah Merangkumi, Mengetahui" (Surah 2: 268).
>
> Jelas di sini, kekarutan Nik Aziz yang menjanjikan
> kemiskinan untuk orang sebenarnya adalah janji
> syaitan. Dan memang pun Nik Aziz telah mengaku bahawa
> dia sedia bekerjasama dengan syaitan.
> Allah dan Rasul-Nya juga mengajar kita: "Apa saja baik
> menimpa kamu adalah daripada Allah, apa saja
> keburukkan yang menimpa kamu adalah daripada diri kamu
> sendiri..." (Surah 4: 79).
>
> Jelas bahawa bencana kemiskinan yang menimpa penduduk
> Kelantan terhasil daripada kedaifan dan salah faham
> piinpinan mereka terutama sekali Menteri Besar, Nik
> Aziz yang rela mendusta ayat Allah supaya lebih mudah
> membohongi orang mengenai kemiskinan. Apakah ini yang
> dimaksudkan dengan ungkapan 'Ulama Penipu' yang kerap
> tertera dalam akhbar Harakah baru-baru ini?
>
> Dalam bab pilihan raya, Nik Aziz merakamkan
> keseronokan yang begitu memuncak apabila Pas menangi
> negeri Kelantan pada 1990. Dia menyifatkan kemenangan
> itu berakibat daripada "kerjasama antara malaikat di
> langit dengan para pengundi di bumi. " Jika
> ditelitikan, dalam 25 tahun kebelakangan ini, Pas
> hanya berjaya di Kelantan apabila terjalin kerjasama
> dengan Umno atau bekas ahli Umno. Pada 1974 Pas
> berjaya menawan Kelantan meIalui "berkongsi dacing
> dengan Barisan Nasional." Kemudian selepas Pas dipecat
> daripada Barisan Nasional, Pas kalah pada Pilihan Raya
> 1978, 1982 dan 1986. Kemenangan kembali kepada Pas
> dalam pilihan raya 1990 dan 1995 dengan pertolongan
> Tengku Razaleigh dan lebih daripada'250,000 ahli Umno
> yang menyokong Tengku Razaleigh pada masa itu. Jadi
> malaikat Pas sebenarnya ialah ahli Umno dan bekas ahli
> Umno. Dan sekarang pula malaikat iiu sudah kembali ke
> pangkuan Umno.
>
> Dalam usaha mencari malaikat baru, Pas sekarang sudah
> menjadi begitu intim dengan DAP dan telah
> melangsungkan kahwin mutaah dengan parti itu. Tetapi
> biografl Nik Aziz pula mengatakan "Islam dan sistem
> politiknya tidak perlu bersandar atau bersaing dengan
> sebarang fahaman, ideologi atau isme-isme rekaan
> manusia." Ini satu lagi kes cakap tak serupa bikin
> oleh Pas sebab agama sosialisme anutan DAP sekarang
> bersuara dengan begitu lantang bahawa Pas tidak akan
> dibenarkan bertanding lebih daripada satu pertiga
> kerusi Parlimen supaya Pas tidak berpeluang menubuhkan
> kerajaan Islam.
>
> Rupanya hubungan Pas dengan DAP bukan setakat tempat
> bersandar saja. Malaikat DAP dan anutan sosialisme
> mereka berupaya memberi telunjuk kepada pewaris nabi.
>
> Demikianlah antara kandungan biografl Nik Aziz yang
> ditulis oleh seorang tukang bodek yang mungkin tidak
> peka apa yang ditulis sebenarnya boleh memalukan Nik
> Aziz juga. Dengan tiada segan silu penulis buku ini
> mengaku dalam prakata biografl ini,
>
> "Pengalaman dan dasawarsa masa tidak dapat membohongi
> diri saya bahawa beliau (Nik Aziz) sememangnya seorang
> personaliti yang menjadi idola setiap lapisan
> masyarakat... " Tujuannya ialah untuk menaikkan Nik
> Aziz menjadi 'idola' atau berhala pemberi panduan bagi
> pengikut yang daif. Memandang kepada tahap keilmuan
> Pas, sudah tentu biografi ini akan diletakkan di suatu
> tempat yang tinggi, mungkin sama taraf dengan Shit
> yang juga mencerminkan keilmuan Pas dengan paling
> tepat sekali.
> Banyak kali dan berkali-kali apa yang dikatakan oleh
> Pas tidak sama dengan apa yang dibuat oleh Pas. Juga
> ajaran Allah dan Rasul-Nya yang perlu ditaati sering
> ditinggalkan oleh Pas. Pas perlu awasi ayat yang
> berikut dengan cermat: "Syaitan menguasai mereka dan
> menjadikan mereka melupakan peringatan AIlah. Mereka
> itu golongan syaitan (hizbul syaitan), sesungguhnya
> hizbul syaitan, merekalah orang yang rugi" (Surah 58:
> 19).
>
> Parti yang melupakan peringatan Allah akan bertukar
> menjadi parti ajaran syaitan
> --- Ahmad Chukari <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > assalamu'alaikum wbt.
> >
> > cara sdr PUTER KAJANG (pk) menujukan emailnya hanya
> > kpd ambo
> > berkemungkinan untuk mengukur
> > tahap ilmu ambo dan cuba mencari modal untuk
> > berhujah. ambo nak
> > beritahulah kpd pk dan semua sahabat
> > dihizbi bahawa ambo ni bukanlah dari kalangan yang
> > berilmu. cuba
> > fikirkan perbandingan ilmu Allah dengan ilmu
> > yang Dia anugerahkan kpd manusia (air laut dengan
> > titisan air yang
> > melekat pada jari). jika orang-orang berilmu
> > memiliki sebanyak titisan air di jari maka ilmu ambo
> > tiadalah sampai
> > kesitu...apa yang ada pada ambo hanyalah
> > sebanyak mana yang telah Allah anugerahkan kpd ambo,
> > alhamdulillah!
> >
> > jadi sebab ambo ni tak berapa ada ilmu tak payahlah
> > pk susah-susah nak
> > cari modal dari ambo.....
> >
> > ambo nak beritahu ke pk. "amanat"-"amanat" ni bukan
> > ciptaan kami. pk
> > orang cerdik tahu ciptaan siapa dan untuk
> > apa. 20 tahun boleh timbul lagi. kalu nak kira
> > setiap ucapan hj hadi di
> > ceramah-ceramah sebagai "amanat", banyak
> > benor laa. dan mengambil kaedah cara pemikiran pk
> > ni, pemimpin sanjungan
> > pk sendiri barapa banyak amanatnya?
> > sebagai orang cerdik bandingkan "amanat" haji hadi
> > dengan "amanat"
> > pemimpin pk. yang mana berasa ada
> > confident untuk jadi bekalan di akhirat nanti?
> > (jangan cop ni fatwa
> > pulak....)
> >
> > PUTERA KAJANG wrote:
> >
> > > Diantara fatwa-fatwa Hadi Awang:
> > >
> > > Pertama, berkelahi dengan penyokong BN adalah
> > > diharuskan. Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam
> > > ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983
> > di
> > > Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia
> > berhujah
> > > dengan ayat 2:251. “Dan mereka mengalahkan mereka,
> > > dengan izin Allah, dan Daud membunuh Jalut; dan
> > Allah
> > > memberinya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia
> > > mengajarnya apa yang Dia mengkehendaki. Sekiranya
> > > Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka
> > dengan
> > > sebahagian yang lain, tentu rosaklah bumi, tetapi
> > > Allah mempunyai pemberian kepada semua alam”.
> > >
> > > Kedua, dalam “Amanat Hadi”, membawa kepada
> > peristiwa
> > > berdarah di Memali, Baling, Kedah pada 19 November
> > > 1985, seramai 18 orang termasuk Ibrahim Libya
> > telah
> > > terkorban kerana terpengaruh dengan Amanat Hadi
> > Awang
> > > yang mengkafirkan UMNO. Amanat Hadi Awang telah
> > > melahirkan golongan pelampau agama yang
> > berperwatakan
> > > seperti taksub kepada pemimpin mereka, keras
> > kepala,
> > > keras hati, degil, bertindak keras tidak
> > bertempat,
> > > bersikap kasar dan agressif terhadap orang lain,
> > jahat
> > > sangka terhadap orang lain, gemar menabur fitnah
> > dan
> > > mengkafir sesama Islam”.
> > >
> > > Ketiga, Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7
> > April
> > > 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah
> > > menegaskan: " Kita tidak payah menukar agama. Kita
> > > menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama
> > > suku."
> > >
> > > Keempat, sandiwara hudud PAS ialah kenyataan Abdul
> > > Hadi Awang sebagaimana dilaporkan dalam Utusan
> > > Malaysia 7 Mac 2000 iaitu "hukum hudud adalah
> > salah
> > > satu aspek daripada 0.0001 hukum Allah".
> > Mengapakah
> > > sebelum Abdul Hadi memerintah Terengganu, UMNO
> > dihukum
> > > tidak Islamik atau kafir kerana tidak melaksanakan
> > > hudud yang dianggap begitu besar ? Sekarang
> > apabila
> > > sudah mendapat kuasa, hudud yang dianggap begitu
> > besar
> > > dahulu telah berubah menjadi begitu kecil untuk
> > PAS
> > > sehingga nilainya 1/10,000 (satu persepuluh ribu)
> > > daripada hukum Islam ?”.
> > >
> > > Jadi, Amanat Haji Hadi Awang “Saudara-saudara
> > > sekelian, percayalah! Kita menetang UMNO bukan
> > kerana
> > > nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana
> > nama
> > > BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan
> > > perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan
> > kafir,
> > > mengekalkan peraturan jahiliyyah. Oleh kerana
> > itulah
> > > kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita
> > > berjuang melawan mereka.
> > >
> > > Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah
> > > jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah
> > > jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak
> > ini,
> > > kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita
> > adalah
> > > mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
> > >
> > > Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah
> > masuk
> > > Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak
> > > payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir
> > dengan
> > > mengatakan politik suku agama suku”.
> > >
> > > Sebenarnya ada banyak ulamak PAS yang suka buat
> > fatwa
> > > seperti, sesiapa yang menentang PAS dia menentang
> > > Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.
> > Fatwa
> > > ini bermula dari risalah kecil tulisan Almarhum
> > > Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang
> > pilihanraya
> > > umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan
> > sebara
> > > berterusan. Kempen-kempen setiap kali menjelang
> > > pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa
> > > parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Fatwa
> > ini
> > > secara sedara atau tidak sedar telah menguasai
> > > pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di
> > > pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan
> > kerajaan.
> > > Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS,
> > dan
> > > fatwa-fatwa sampingan seperti tidak sah sembahyang
> > > berimamkan orang UMNO, diharamkan makan daging
> > > binatang ternakan yang disembelih orang UMNO,
> > tidak
> > > boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari
> > > guru-guru dan ustaz UMNO dan tidak sah akad nikah
> > > dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama
> > dibawah
> > > kerajaan UMNO”.
> > >
> > > Tulisan ini semua ada tarikh, tempat dan masa.
> > Kalau
> > > nak bangkang juga, bangkanglah. Jangan jadi buta
> > hadi
> > > sudahlah
> > >
> > > --- Ahmad Chukari <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > > > Golongan Yang Selamat
> > > > Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah
> > saw
> > > > bersabda; "Umat
> > > > Yahudi telah berpecahbelah
> > > > menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya
> > satu
> > > > golongan sahaja yang
> > > > masuk syurga dan
> > > > yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat
> > > > Nasrani telah
> > > > berpecahbelah menjadi tujuh puluh
> > > > dua golongan, maka tujuh puluh satugolongan
> > masuk
> > > > neraka dan hanya satu
> > > > sahaja yang masuk
> > > > syurga. Demi Tuhanyang diri ku dalam
> > kekuasaanNya,
> > > > umatku akan berpecah
> > > > belah menjadi tujuh
> > > > puluh tiga golongan, hanya satu golongan masuk
> > > > syurga dan tujuh puluh
> > > > dua lagi akan masuk
> > > > neraka. Sahabat bertanya,"Golongan mana yang
> > > > selamat?". Nabi saw
> > > > menjawab, "Mereka adalah
> > > > jemaah: (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
> > Hadis
> > > > riwayat Ibnu Majah
> > > >
> > > > Golongan Anti Hadis
> >
> === message truncated ===
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
> http://auctions.yahoo.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Chukari <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke