*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Jangan lah ditiru penyakit puak2 Gah yg benci sangat
dengan ulama.  Orang yg benci ulama ni tak kemana.
Nampak sangat betapa angkuh dan sombongnya puak2
yg seperti ini. Tengok aje ketua dia, bukan aje ulama
dia perlekeh, Nabi pun dia perlekeh. Tak heranlah
pengikut2nya pun ikut sama peel sebegini.

--- Ahmad Chukari <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
~~~~
> sungguh pelik, keturunan nik aziz apa perlu
> dipertikaikan? cuba semak susurgalur awak sendiri?
> sikap awak ni akan juga mempersoalkan keturunan
> sahabat-sahabat Rasullah
> saw.. saya rasa awak ni mengaji sekerat sekarat..
> pilih hak sedap dengan demo.
> 
> you are sick man, VERY!
> 
> 
> PUTERA KAJANG wrote:
> 
> > BIOGRAFI – TUAN GURU DATO’ HAJI NIK AZIZ, SEORANG
> > ULAMA SERTA AHLI POLITIK MALAYSIA ABAD KE 20
> >
> > Buku ini merakamkan kerjaya Dato’ Nik Aziz Nik Mat
> > sebagai seorang ahli politik dari 30 tahun.
> Walaupun
> > tujuan penulisnya untuk mengampu Nik Aziz,
> biografi
> > ini membawa banyak maklumat yang memberi gambaran
> > lebit tepat mengenai Menteri Besar Kelantan itu.
> >
> > Dalam carta salasilah Nik Aziz yang dipaparkan
> pada
> > permulaan buku ini ada tersebut nama seperti
> Brahma,
> > Raja Sakranta dan juga Kangkong. Mungkin
> disebabkan
> > buku ini tidak begitu tebal (157 muka sahaja)
> tidak
> > ada penjelasan yang lengkap mengenai kesahihan
> > salasilah ini.
> >
> > Mengikut susur galur keluarga Nik Aziz (muka 6)
> dalam
> > salasilah ini terdapat seorang Puteri bernama
> Puteri
> > Sadong yang telah membunuh suaminya bernama raja
> > Abdullah. Seorang lagi ahli Salasilah ini yang
> bernama
> > Raja Abdul Rahim telah mengganti Raja Abdullah.
> Raja
> > Abdul Rahim seorang pemerintah yang “zalim
> sehingga
> > membawa implikasi kepada pembunuhan baginda
> sendiri.”
> > Keadaan juga “ malap ketika pemerintahan Long
> > Sulaiman. Beliau terbunuh dalam satu perselisihan
> > faham dan ditikam oleh mentuanya sendiri.”
> >
> > Demikianlah antara isi penjelasan salasilah Nik
> Aziz.
> > Pembunuhan, komplot dan perselisihan faham juga
> > mengambil tempat dalam warisan sejarah ini.
> >
> > Seiring dengan salasilah yang tidak jelas
> > kesahihannya, penulis buku ini juga berkata, asal
> usul
> > kampung halaman Nik Aziz iaitu Pulau Melaka
> "mempunyai
> > mitos dan sejarahnya tersendiri", dan terdapat
> > "variasi fakta yang berbeza berhubung asal usul
> > kewujudan nama pulau tersebut."
> >
> > Mitos dan misteri seperti ini berlanjutan.
> Misalnva
> > biografi ini tidak mempunyai sebarang gambar yang
> > menunjukkan Nik Aziz sebagai seorang pemuda ataua
> > pelajar. Semua gambar dalam buku ini menunjukkan
> Nik
> > Aziz dalam peranannya sebagai tuan guru, siap
> dengan
> > serban dan janggut kambingnya. Mungkin gambar
> zaman
> > muda dielakkan supaya tidaka menjejaskan imej
> serban
> > dan janggut.
> > Salasilah Nik Aziz juga mengatakan bahawa
> “keturunan
> > raja Jembal dilarang makan rebung buluh betung…”
> > Mengikut mitos ini pula sesiapa keturunan Raja
> Jembal
> > yang makan rebung buluh betung akan diserang
> “kudis
> > besar di seluruh badan”. Disini letaknya satu
> jalan
> > untuk Nik Aziz membuktikan kesahihan salasilahnya.
> > Mungkin Dewan Ulama Pas perlu fatwakan dulu
> peraduan
> > makan rebung buluh betung.
> >
> > Nik Aziz dikatakan melanjutkan pelajaran ke “
> > Universiti Deobond, India” pada 1952. Sebenarnya
> tidak
> > pernah wujud sebuah “Universiti Deobond” di India.
> > Deoband di utara Uttar Prodesh memang masyhur
> dengan
> > Madrasah Darul Ulum Deoband yang melatih pelajar
> India
> > menjadi ‘ulama’. Selain dari Deoband, madrasah
> Darul
> > Ulum juga terdapat di Lucknow, Hyderabad, Mumbai
> dan
> > tempat lain di India. Walaupun masyhur, madrasah
> ini
> > tidak bertaraf universiti (jamiah).
> >
> > Mengikut ceritabta, sesudah habis belajar Nik Aziz
> > kembali ke kampung “dengan berpakaian kemas,
> bertali
> > leher dan berkasut kilat..” Hampir seminggu beliau
> > tidak dapat mandia pabila melihatkan air perigi
> yang
> > begitu keroh. Sudah tentu Nik Aziz boleh menahan
> diri
> > daripada mandi hampir seminggu sebab dia tidak
> memakai
> > serban dan jubah tuan guru pada masa itu.
> > Ketika permulaan kerjayanya sebagai seorang guru
> > agama, Nik Aziz memberi penekanan bahawa guru
> adalah
> > ‘bapa rohani’ (spiritual father) bagi pelajar.
> Malang
> > sekali tidak semua anak buah Nik Aziz hari ini
> yang
> > prihatin akan seruan itu. Pada hari ada segelintir
> > guru agama di Kelantan yang boleh memukul pelajat
> > sehingga berdarah di kepala. Mungkin “segelintir
> > manusia ini sanggup menanam bibit kebencian
> didalam
> > sanubari berikutan suatu keistimewaan dan
> kelebihan
> > didalam segelintir masyarakat” yang bergelar guru
> > agama.
> >
> > Mengikut penulis biografi ini, Nik Aziz tidak
> > mengharapkan sebarang ganjaran untuk berceramah di
> > kampung. Tetapi ini bukannya selalu kerana Nik
> Aziz
> > pernah mengambil upah RM15 sebulan untuk
> > menggendalikan kuliah agama di Masjid Muhammadi.
> Dan
> > pada hari ini pula, Pas sudah mula menjual kupon
> RMIO
> > atau RM6 untuk jamuan makan bersama pemimpin Pas.
> > Budaya menjual kupon dalam akhbar Harakah pemah
> > mencatat harga RM65 seorang untuk jamuan makan
> bersama
> > pemimpin Pas di sebuah hotel di Kajang. Walaupun
> harga
> > ini setanding dengan hotel lima bintang di Kuala
> > Lumpur, Kajang belum mempunyai hotel lima bintang.
> >
> > Mungkin Nik Aziz malap fahamannya mengenai ajaran
> > Allah dan Rasul-Nya yang berikut: "Dan aku
> > sekali-sekaii tidak minta upah kepadamu atas
> usahaku,
> > upahku tidak lain hanyalah daripada Tuhan semesta
> > alam" (Surah 26:109).
> >
> > Menjual kupon, mengambil upah dan sebagainya, atas
> > nama agama perbuatan yang melanggar ajaran Allah
> dan
> > RasulNya.
> > Untuk merangkumi kurikulum pendidikan Pas, Nik
> Aziz
> > menegaskan akidah, syariah, tassawuf dan politik
> (muka
> > 45). Tetapi fahaman Nik Aziz mengenai prioriti
> iman
> > dan Islam berlainan dengan ajaran Allah dan
> Rasul-Nya.
> >
> > Nik Aziz berkata "Akidah adalah satu manifestasi
> atau
> > konsekwensi daripada, iman" dan juga bahawa
> "rentetan
> > daripada iman itu akan melahirkan suatu penyerahan
> > diri kepada Allah secara total. " Maksudnya,
> seseorang
> > perlu beriman dulu sebelum dia boleh menyerah diri
> > (Islam) kepada Allah.
> >
> > Sebaliknya, ajaran Allah dan Rasul-Nya pula
> berbunyi
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: leman seman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke