*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum,
MasyaALLAH kesian ya, sampai ke pagi rupanya dia
menulis.Tapi keadaan sebegitu selalunya menjadi
kebiasaan bagi orang yang nak jadi penulis ni.Ada
beberapa orang sahabat saya yang turut juga berkeadaan
sebegini.Mungkin la kot mereka merasa ada kelainannya
bila menulis di kala orang lain semua sedang diulit
mimpi.Dan mungkin di waktu macam tu, takdak sapa nak
kacau dan ditambah pula dengan keheningan malam yang
menyepi membuatkan idea boleh datang mencurah-curah
gamaknya.Macam tu la kot lebih kurang.Tapi apa pun
hanya penulis itu sendiri yang tahu.

Okay, la ni mai kita terus perbincangan kita tentang
komen saudara mengenai komen saya kepada
saudara.Menurut kata saudara (siap dengan bab lagi),
bahawa manafaat atau tidak bilamana saudara
menunjukkan kelemahan yang ada pada umat Islam
sehingga 1000 tahun, sehingga kita dihina, dijajah,
ditindas, dihalau keluar dari negara sendiri, dibunuh,
dirogol, disiksa......walaupun kita telah
berJihad...ini disebabkan kita tidak menguasai ilmu
pengetahuan?

....1000 tahun?...Adakah maksud saudara 1000 tahun itu
1000 tahun selepas hijrah ka, ataupun 1000 tahun itu
dikira patah balik dari hari ini??...Kalau 1000 tahun
selepas hijrah saudara kata umat Islam lemah, saya
ingat fakta yang menjadi rujukan saudara itu mungkin
silap.Sebab menurut sejarah pemerintah kerajaan Islam,
selama 800 tahun mereka telah menguasai hampir 2/3
dunia daripada Andalusia ke utara Afrika sehinggalah
ke benua China di bawah pemerintahan para sahabat
r.a., kepimpinan Umaiyah, Abbasiyah, Fatimiyah,
Ayyubiyah dll. sehingga menyebabkan orang-orang bukan
Islam amat-amat tertarik dengan Islam, dan mereka
beramai-ramai memeluk ugama ALLAH SWT.

Dan kalau saudara kata 1000 tahun dikira dari hari
ini, pun saudara silap (dari segi calculation), sebab
umat Islam mula lemah bila diserang minda mereka
sekitar tahun 900 hijrah (masuk dalam lingkungan 1000
tahun kiraan saudara tu).Serangan pemikiran ini mula
dilancarkan oleh pihak kristian setelah mereka kalah
dalam siri peperangan salib yang berlaku diantara
tentera-tentera kristian dengan Salahudin al-Ayyubi
rahimallahu ta`ala.Tentera-tentera kristian ini telah
ditewaskan berpuluh-puluh kali sehingga akhirnya
gerakan zionisma bergabung dengan gerakan
kristianisasi mengambil jalan seperti yang terdapat di
dalam surat yang ditulis oleh Raja Louis VI (surat ini
masih lagi ada sehinggalah ke hari ini, dan boleh
dibaca di sebuah Univ. di Perancis). Apabila Raja
Louis VI ditewaskan oleh Salahudin al-Ayyubi, maka
beliau dipenjarakan di sebuah tempat di negara
Mesir.Lalu di dalam penjara itulah beliau telah
menulis sepucuk surat dan surat inilah yang telah
dihantar kepada seluruh panglima-panglima
yahudi/kristian.Dimana diantara isi kandung surat itu
beliau mengatakan bahwa: 
"Sesungguhnya peperangan yang akan kita hadapi dengan
umat Islam pada masa akan datang adalah bukan lagi 
peperangan bersenjata, kerana aku mendapati bahwa umat
Islam tidak takut untuk mati di medan
pertempuran.Mereka cintakan syahid kerana mereka
dijanjikan dengan syurga oleh ALLAH SWT.Mereka
diajarkan oleh Nabi Muhammad supaya mati
mempertahankan ugama Islam.Oleh sebab itulah aku
mendapati peperangan dengan senjata tidak akan
mendatangkan hasil kepada kita.Lalu kita mestilah
merancang satu bentuk peperangan, iaitulah peperangan
pemikiran (qhaswatul fikri), dengan kita tawan otak
orang-orang Islam.Namun begitu, kita jangan larang
mereka bersembahyang, kita jangan larang mereka
berpuasa, kita jangan ganggu mereka untuk pergi
menunaikan haji bahkan kita sediakan untuk mereka
kapal-kapal untuk membawa mereka menyeberangi Lautan
Merah sehingga sampai di Jeddah.Tetapi yang perlu kita
lakukan hanyalah dengan menyemai ke dalam jiwa mereka
satu faham yang dinamakan `al-`ilmaniyah iaitulah
sekularisma, yakni satu fahaman yang menganggap Islam
ini tidak ada kena mengena dengan pemerintahan, Islam
tidak ada kena mengena dengan hukum potong tangan,
Islam tidak ada kena mengena dengan judi; Islam
hanyalah sembahyang, Islam hanyalah puasa, Islam
hanyalah menunaikan haji ."   

...Jadi mana mungkin tulisan saudara boleh bawa
manafaat sekiranya fakta sejarah pun tak betul.Kerana
ini boleh mengelirukan masyarakat khususnya kepada
yang baru mula nak berjinak-jinak dengan Islam
ni.Sebenarnya umat Islam mula mengalami masa gelap
bukannya disebabkan lemah dalam menguasai ilmu, tetapi
umat Islam mula menjadi lemah ialah apabila teori Raja
Louis VI ini menjadi kenyataan.Suntikan sekularisma ke
dalam masyarakat Islam benar-benar memusnahkan sama
sekali moral serta daya juang umat Islam untuk
berjihad.Kesan sekular menular dengan begitu pantas
sepantas perbuatan bida`ah dikalangan umat Islam,
iaitu sepertimana amaran Nabi s.a.w. tentang perbuatan
bida`ah yang diriwayatkan oleh hadith Abu Dawud, kata
Nabi s.a.w. : "Dan sesungguhnya akan timbul dalam
kalangan umatku beberapa puak yang dijalari oleh
bahaya penyakit suka mengada-ngadakan bida`ah
sebagaimana menjalarnya bahaya penyakit anjing gila
kepada mangsanya - tidak ada suatu urat atau satu
sendi tubuhnya melainkan penyakit itu meresap masuk
menjalarinya."   ( Mastika Hadith-Muqaddimah:Hadith 6)

Kemudian bila saudara berbicara tentang "jihad",
dengan mempertikaikan kesyahidan al-Syahid Ibrahim
Libya yakni dengan menimbulkan persoalan seperti :
"Ibrahim Libya yang mati 'syahid', dengan apakah dia
berJihad? Sebab apa  ia kalah? Bukankah Allah telah
menjanjikan kemenangan kepada mereka yang berJihad
kepada jalan Allah?"

....Inilah dia salah satu contoh manusia berfahaman
"sekular".Dia hanya menafsir dengan apa yang dilihat
dengan mata kasarnya sahaja. Sebab orang sekular ni,
depa hanya nampak yang dekat dan zahir sahaja, depa
tak nampak dah akhirat. Bila dia lihat al-Syahid
Ibrahim Libya mati ditembak, maka dia kata al-Syahid
sudah tewas.Jadi kalau begitu, adakah Saiyyidul
Syuhada Hamzah bin Abdul Muthalib juga tewas apabila
ditikam curi di dalam Perang Uhud?...Adakah Zaid bin
Harithah, Ja`afar bin Abi Talib dan Abdullah bin
Rawahah juga kalah dalam perjuangan mereka kerana mati
di medan Muktah??...Adakah  Imamul Syahid Hassan
al-Bana rahimmallahu ta`ala, yang mati ditembak dengan
5 das tembakan di dada kirinya pada Februari 1949
sekitar jam 6:00 pm di hadapan pejabat Ikhwan di
tengah-tengah bandar Kaherah itu juga kalah dalam
ertikata sebenar???...Yang dimaksudkan dengan ALLAH
janjikan kemenangan kepada mereka yang berJihad kepada
jalan Allah ialah bilamana turun ayat 169 Surah Ali
Imran yang bermaksud,
"Dan janganlah engkau menyangka orang-orang yang
terbunuh mempertahankan Islam,yakni mati pada jalan
ALLAH, jangan kamu sangka mereka mati; bahkan mereka
itu hidup di sisi ALLAH, serta diberi rezeki."....Ayat
ini turun bersempena dengan permintaan Saiyyidina
Abdullah bin Amr (ayah kepada Saiyyidina Jabir bin
Abdullah), yang minta dia dihidupkan kembali (setelah
gugur syahid di medan Uhud) untuk menceritakan kepada
sahabat-sahabat di bumi termasuklah kita, betapa
indahnya mati mempertahankan Islam.Riwayat ini
dikisahkan apabila Nabi s.a.w. melihat keadaan Jabir
yang sedang menangis di tepi jenazah ayahnya itu, lalu
Nabi s.a.w. kata kepada Jabir, "Wahai Jabir, apa yang
kamu tangiskan?...Kamu tahu tak apa yang sedang ayah
kamu buat sekarang?...Ayahmu, Abdullah sekarang sedang
berada di dalam syurga.Dan ayahmu sedang
bercakap-cakap dengan ALLAH tanpa hijab."...Inilah
kelebihan orang mati syahid.Sebab itu, kita kena minta
kepada ALLAH supaya dimatikan sebagai
syuhadah.Sehinggakan Nabi s.a.w. menyebut dalam
hadithnya yang lain bahwa orang yang beriya-iya benar
nak mati syahid,tapi tiba-tiba ALLAH matikannya di
atas katil/ranjang, maka tetap dibayar pahala
syuhadah...Kata Nabi lagi kepada Jabir, "Kamu nak tahu
tak apa yang ayah kamu sedang bualkan?"...Jawab Jabir,
"Ya,wahai Rasulullah."...Lalu Nabi cerita kepada Jabir
secara live, "Bahwa sekarang ALLAH TA`ALA sedang tanya
ayahmu : Wahai Abdullah, apa lagi jenis makanan yang
kamu mahu? Mintalah apa yang kamu hendak lagi."...Lalu
berkatalah Saiyyidina Abdullah bin Amr, "Wahai ALLAH,
saya mengucapkan syukur diatas segala nikmat yang
ALLAH beri pada saya yakni nikmat masuk syurga.Cumanya
saya minta wahai ALLAH, hidupkanlah saya balik dan
hantarkan saya ke dunia.Kemudian biar musuh ALLAH
bunuh saya,lalu saya mati balik dan masuk balik dalam
syurga.Hidup balik,kemudian matikan saya balik, lalu
masuk dalam syurga.Sebab saya seronok sangat merasai
mati syahid ini."...Lalu kata ALLAH, "Kamu nak hidup?
Tapi tak boleh sekarang.Esok pada hari
kebangkitan,boleh la."...Lalu jawab Saiyyidina
Abdullah, "Kalau begitu, siapa yang nak cerita kepada
sahabat-sahabat saya, nikmatnya mati syahid.Kalau saya
duduk di syurga ni, jadi siapa yang nak cerita kepada
sahabat-sahabat saya yang masih hidup tu bahwa
sedapnya mati syahid ni? Siapa yang nak cerita kepada
pejuang-pejuang Islam, jama`ah-jama`ah Islam yang
berjuang menegakkan agama ALLAH, kalau saya masih di
syurga ni?"...Lalu jawab ALLAH, "Aku akan
beritahu."...Maka turunlah ayat dari Surah Ali Imran
:169 itu tadi.ALLAH turunkan ayat ini untuk beritahu
kita bahwa orang yang mati syahid sebenarnya tak mati,
sebaliknya dia hidup.Lalu ulama tafsir membahaskan
bahwa maksud "hidup" di sini, dia ada 2 makna : 
i) hidupnya "nama" mereka.Bila sebut syuhadah saja,
kita akan sebut Saiyyidina Hamzah, Abdullah bin
Rawahah, Imam al-Syahid Hassan al-Banna, al-Syahid
Sayyid Qutb dan lain-lain.Disebut nama-nama mereka di
seluruh pelusuk bumi orang Islam, ini menandakan
mereka hidup dalam setiap hati pejuang-pejuang
Islam.Walaupun kita tak pernah berjumpa dan bersalaman
dengan al-Syahid Hassan al-Bana maupun Sayyid Qutb,
tetapi nama mereka akan terus meniti dari bibir ke
bibir sampailah ke hari qiamat.

ii) Dan maksud "hidup" yang kedua ialah hidupnya
mereka di sisi ALLAH, yakni di dalam syurga ALLAH
SWT.Mereka diberi makan macam kita makan,malah lebih
enak daripada kita makan, sebab makanan mereka
daripada syurga.Dan Nabi pernah menyebut dalam hadith
lain bahwa setiap pagi dan petang,dibawa makanan oleh
bidadari kepada orang-orang yang mati syahid.Dan kata
Nabi lagi bahwa orang-orang yang mati syahid ini boleh
memberi syafaat kepada 70 ahli keluarganya yang
confirm akan masuk neraka.Sebab itu,kalau kita tengok
anak kita bersemangat untuk ke medan jihad, biar kat
dia, jangan larang.Benarkan dia berjuang di jalan
ALLAH dengan kita backing bagi semangat pada dia.Kalau
ditakdirkan anak kita itu syahid, maka kita boleh la
tumpang di bawah syafaat dia di hari qiamat kelak,

Okay apa lagi persoalan yang ditimbulkan oleh
saudara?....Oh ya, berkenaan dengan "Federal 
Constitution" yang saya bawa dalam komen saya sebelum
ini.Apabila saudara kata, "Ya, jika ianya syirik,...",
maka betullah apa yang dikomenkan saudara pisang
kelatkeling.Sebab benda yang terang-terang jelas
mensyirikkan ALLAH pun saudara tak boleh nak buat
clearance, apatah lagi isu-isu lain.Dari kenyataan
saya ni, bukan bermakna saya nak memenangkan sesiapa
pun.Bukankah Saiyyidina Umar al-Khatab r.a. pernah
menyebut, "Janganlah kita melihat siapa yang bercakap,
tapi hendaklah kita mendengar apa yang
dicakapnya."....Jadi bila saudara pisang kelatkeling
kata, "... benda straight forward macam ni pun susah
nak faham.  >Kekadang, orang tua ni tak boleh dipakai
bahasa lembut sangat sebab tempurung kepala dah keras
membatu - kena bagi tukul besi sekali sekala.", maka
inilah merupakan satu ketukan nasihat yang disampaikan
kepada saudara.Cumanya, cara penyampai saudara pisang
kelatkeling agak kasar sikit (sikit saja tu! ), tapi
ia menepati kaedah penyampaian dakwah yang diajar oleh
al-Quran.Saya tau sebab apa saudara Rizal jadi
terkeliru bila kenyataan sekeras ini kena pada
sauadara.Sama lah seperti orang-orang Melayu lain yang
tak mengaji, sebab orang Melayu hari ini anggap Islam
ni lembut, mereka anggap Islam ni hanyalah pujuk rayu
dan Islam ni hanya tau buat dengan cara yang
beransur-ansur.Tetapi mereka tak tahu yang Islam ni
juga ada masanya perlu bertegas dan menggunakan cara
"syaddid" yang pernah diajar oleh Nabi s.a.w. kepada
kita.Cara-cara sebeginilah yang banyak dikalangan
kita, meninggalkannya.Kebanyakan ahli-ahli agama (yang
dalam tv tu la) kita pada hari ini, bila bercakap
tentang Islam, mereka hanya tumpukan tentang aspek
kelembutan /toleransi; tetapi dari sudut ketegasan
/disiplin/ syaddid yang ada dalam ajaran Islam, mereka
tinggalkan.Kita perlu memperbagaikan kaedah menyeru
kepada Islam seperti yang diajar oleh ALLAH SWT supaya
kita boleh keluar daripada belenggu pemikiran umat
Islam yang ada pada hari ini, yakni yang tengok Islam
pada satu aspek sahaja.Sedangkan kita sebenarnya perlu
melihat kepada keseluruhan aspek yang ada dalam ajaran
Islam, supaya mendapat pandangan yang tepat mengenai
ajaran Islam.Maka barulah kita memperolehi hidayah
daripada ALLAH SWT.Dan barulah kita boleh membezakan
diantara kebenaran dengan kebathilan.  

Bila kita sebut kaedah berdakwah sepertimana yang
diajar oleh al-Quran, maka itulah sebenarnya mukjizat
al-Quran. Yang perlu kita faham tentang Kitabullah ini
ialah ia diturunkan di dalam bahasa Arab.Sebab itu,
kita disyorkan supaya belajar bahasa Arab untuk senang
memahami kaedah-kaedah lughatul Arabiyyah; terutamanya
bagi orang yang mengajar tafsir al-Quran.Kalau dia tak
dak bahasa Arab, boleh lingkup tafsirnya.Perkara macam
ni, jangan main-main sebab bahasa Arab ini adalah
bahasa al-Quran.Mengapa Quran diturunkan dalam bahasa
Arab?...Sebab Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah orang
Arab.Mai kita tengok, walaupun Abu Jahal itu orang
Arab juga dan al-Quran itu pun dalam bahasa Arab,
tetapi Abu Jahal tak boleh lawan mukjizat al-Quran
itu.Sebabnya bila kita belajar dan menggali ilmu
al-Quran melalui bahasa Arab, kita akan melihat
kehebatan bahasa al-Quran itu.Inilah yang telah
mengalahkan Abu Jahal/Abu Lahab dan kroni-kroni
mereka; walaupun al-Quran itu di dalam bahasa mereka
sendiri yakni bahasa Arab.Diantara indahnya mukjizat
al-Quran itu ialah cara ALLAH bercakap yakni yang kita
panggil sebagai balaghah, bayan, badi` dan sebagainya.
Jadi inilah kaedah yang mesti digunakan oleh para
pendakwah, iaitu mengambil kaedah ALLAH bercakap.Ada
yang berbentuk kiasan seperti dalam Surah at-Takwiir
ayat 18 yang bermaksud, "Demi waktu subuh, bila ia
mula bernafas (memancarkan cahayanya)."...Tengok,
betapa indahnya ayat kiasan daripada ALLAH SWT.Ayat
ini nak cerita kat kita bahwa apabila datang waktu
Subuh, maka menandakan munculnya hari yang baru atau
kehidupan yang baru.Maka ini bermakna selagi tak dak
Subuh, tidak akan ada hari yang baru.
Dan adakalanya pula, ALLAH SWT mengambil kaedah suruh
kita berfikir.Sepertimana firmanNya dalam ayat 6 Surah
Qaaf yang bermaksud, "Apakah mereka tidak melihat
langit yang berada di atas kepala mereka; bagaimana
Kami susun pembinaan langit yang kukuh itu? Dan Kami
hiaskannya dengan bintang-bintang dan cakerawala.Dan
kamu lihat tiada kecacatannya dengan langit
Aku."...Selain daripada disuruhNya kita berfikir
tentang alam sekeliling, disuruhNya juga kita berfikir
tentang ayat hukum sepertimana firman ALLAH dalam ayat
9 Surah Qaaf yang bermaksud, "Dan kamu tengoklah air
yang diturunkan Kami daripada langit, yang membawa
berkat."...
Kemudian ada juga ayat yang ALLAH tak suruh kita fikir
dah.Inilah kaedah "pancung" terus namanya;  seperti
saudara kena dengan saudara pisang kelatkeling. Contoh
ayat "pancung" yang disebut dalam al-Quran ialah
seperti dalam Surah al-Muthaffifiin ayat 1 yang
bermaksud, "Celakalah untuk orang-orang yang
menipu."...Kemudian ALLAH pancung sekali lagi dalam
ayat 10 Surah yang sama yang bermaksud, "Celakalah
pada hari ini untuk orang-orang yang mendustakan
agama."...Sebab itu, bila kita dengar kuliyyah ka atau
ceramah ka; adakala ustaz kata kasar sikit dan adakala
pula dia berlembut.Maka itulah kaedah yang betul, yang
diajar sendiri oleh ALLAH SWT.Semua kaedah yang ALLAH
ajar ini, perlulah kita adunkan secantik mungkin
sepertimana yang disebut oleh ustaz Fathi Yakan dalam
kitabnya "Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam". 
Kemudian ada juga ayat-ayat yang disebut sebagai
"Muhkamat", yakni ayat yang terang lagi jelas dan tak
perlu ditakwilkan lagi.Seperti ayat 2 Surah an-Nur
yang bermaksud, "Perempuan yang berzina dan lelaki
yang berzina, bila cukup syaratnya, maka sebatlah
mereka masing-masing seratus kali rotan sekiranya
belum berkahwin."
....Inilah contoh-contoh ayat yang diajar sendiri oleh
ALLAH SWT kepada kita kaedah macamana nak berdakwah
mengajak kepada Islam.Sebab itulah ramai yang pi
mengaji dapat membezakan antara yang haq dan yang
bathil.Dan daripada kesedaran beramai-ramai inilah,
maka ramailah orang Melayu Islam telah menukar angin
menyokong Pas.Inilah hakikat yang berlaku sekarang
sehingga memeningkan kepada Dr Mahathir dok pikiaq
strategi apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi
kembali hati orang Melayu. Lalu mula-mula sekali
diarahnya seluruh masjid membuat perlantikan baru
ajk-ajk masjid dengan membuang semua ajk yang nampak
lagu kuat mengaji. Dan sekarang ni strategi terbarunya
setelah di attacknya masjid, dia kacau pula Univ-univ
dan sekolah-sekolah.Kerana dia tahu ramai ahli-ahli
akademik cerdik pandai sudah tidak menyokongnya
lagi.Hanya tinggal segelintir sahaja yakni yang jenis
tak berapa cerdik ni saja yang masih setia angguk
depan dia. Dengan ini juga sekali gus menjawab kepada
persoalan yang saudara timbulkan tentang hal
pendidikan.Dimana kata saudara : "...semenjak dari
tahun 1970an sehingga sekarang berapa ramai anak-anak
Melayu yang dimasukkan ke dalam sekolah menengah
sains, sekolah berasrama penuh,
MRSM.............kemudian masuk pula U.....UTM,
USM,UKM, UM,ITM......dan ramai pula dihantar ke luar
negara atas biasiswa PETRONAS, TNB,...............dan
bagi yang kurang cemerlang ada pula Politeknik,
IKM,............ Di manakah mereka ini semua sekarang?
Apakah yang sedang mereka buat ?"
...Nah! inilah jawapannya, mereka-mereka sekarang
sudah menjadi cerdik pandai dan ahli-ahli professional
yang benar-benar pandai kerana mereka fikirkan hari
akhirat mereka lebih daripada segala-galanya.Inilah
dia apa yang dikatakan "perancangan ALLAH" sebab
walaupun kebanyakan daripada mereka adalah bekas
pelajar-pelajar dari U.S., U.K, Australia dsgnya,
tetapi apabila mereka balik, mereka telah berjaya
membuka minda masyarakat supaya nampak akan
kepincangan pemerintahan bercorak sekular yang selama
ini diamalkan oleh umno/BN. 
Dan keyakinan saya bertambah kuat bahwa kemenangan
Islam sudah hampir menjelang tiba apabila pada suatu
pagi saya terdengar sebuah rancangan di Radio 3 Kedah
mengenai galakan celik-IT dikalangan orang-orang
kampung di kawasan pendalaman.Lalu dalam hati
terdetik, "Hangpa bawa masuk komputer banyak-banyak
dalam kampung, lagi bagus.Dengan adanya komputer, dan
bilamana mereka sudah pandai surf internet, maka akan
tamatlah pengaruh utusan meloya dan berita hairan yang
selama ini mencengkam kuat minda orang-orang kampung."
         

Okay, sekarang kita bincangkan pula dalam bab
rujukan.Dimana saudara kata bahawa saya juga sama
seperti saudara, yakni memberi rujukan yang tidak
spesifik.Baik, mari kita tengok apa yang saya tulis: "
Maka para ulama mengatakan bahwa undang-undang
perlembagaan negara kita ini sifatnya syirik kepada
ALLAH SWT."...Dan kita compare dengan apa yang saudara
tulis: "...Tetapi setelah timbulnya ulamak-ulamak
Islam yang menjatuhkan hukum bahawa semua ilmu yang
berkaitan dengan dunia adalah sekular dan 
haram,..."...Di sini kita boleh lihat betapa tak
mengajinya saudara tentang status satu-satu ulama.Bila
ustaz-ustaz kata "para ulama" dalam membincangkan hal
aqidah, maka ini bermakna ia adalah pendapat daripada
"jumhur ulama" la yakni majoriti ulama`. Kalau kata
"para ulama" dalam membincangkan hal hukum Fekah, ini
bermaksud "ulama Fekah" la. Dan kalau disebut "para
ulama" dalam bab perbincangan hal ilmu tasawuf, ini
bermakna untuk "ulama tasawuf" la. Jadi bila kita
tengok daripada ayat yang saudara sebut, mungkin
maksud "ulamak-ulamak Islam" dalam kenyataan itu,
berkemungkinan adalah dikalangan ulama` sufi…..Faham
tak saudara setakat ni apa yang saya cuba nak
bagitau?...Kalau tak faham juga, lebih baik saudara
tidur saja.Itu lebih baik daripada dok bejege
tengah-tengah malam sebab nak tulis untuk nak bagitau
bahwa saudara lah champion dalam hal agama.

Okay, takpalah sampai setakat ni dulu.Kita jumpa lagi
dalam siri perbincangan yang lain, InsyaALLAH.
WALLAHU TA`ALA `ALAM.   

--- Rizal <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Assalamualaikum,
> 
> BAB 1
> Saudara Omar AlKhatab menulis :-
> > Jadi, bila kita berada dalam web perbincangan
> mengenai
> > Islam; pertama sekali yang perlu kita tanya pada
> diri
> > sendiri ialah "manafaat tak apa yang aku nak kata
> > dalam perbincangan ini?" atau pun "boleh tak apa
> yang
> > diperbincangkan nanti boleh menolong aku dalam
> kubur
> > kelak?".
> 
> Dari segi manafaat - Dalam tulisan saya yang
> pertama, mengenai kesan ke atas
> umat Islam secara umumnya apabila tidak menguasai
> ilmu pengetahuan (yang
> saya istilahkan 'ilmu sekuler'), ia bergantung
> kepada bagaimana seseorang itu
> melihat masalah tersebut. Bagi saya, ia menunjukkan
> kelemahan yang ada pada umat Islam sehingga 1000
> tahun, saya ulangi 1000 tahun, kita dihina, dijajah,
> ditindas, dihalau keluar dari negara sendiri,
> dibunuh, dirogol, disiksa......walaupun kita telah
> berJihad ........ (rujuk balik tulisan saya
> tersebut...cuma saya nak tambah....Ibrahim Libya
> yang mati 'syahid', dengan apakah dia berJihad?
> Sebab apa  ia kalah? Bukankah Allah telah
> menjanjikan kemenangan kepada mereka yang berJihad
> kepada jalan Allah? Mereka yang percaya apa yang
> dilakukan oleh Ibrahim Libya adalah Jihad, mengapa
> mereka tidak turut serta? Apakah cukup dengan
> bersimpati dan menziarahi kuburnya? Bukankah wajib
> bagi mereka yang mengaku beriman kepada Allah
> menyambut seruan Jihad dengan meninggalkan anak bini
> dan kampung halaman? Atau mereka ini belum sampai
> ketahap orang yang beriman?.......saya tak berani
> nak jawab......tanyalah mereka sendiri). Persoalan
> paling penting yang saya timbulkan dalam tulisan
> saya tersebut adalah :- 
> 
> Maha Suci Tuhan sekelian alam, yang telah menjadikan
> langit dan bumi dan isi
> di antaranya, Allah telah menjanjikan ganjaran
> kepada orang yang beriman,
> darjat yang tinggi kepada yang bertakwa, kemenangan
> kepada yang berjihad dan
> Allah menyuruh sampaikan berita gembira kepada
> orang-orang yang berpegang
> kepada jalan Allah dan Rasulnya, bagi mereka tiada
> rasa takut dan dukacita
> dan Allah bersama mereka.
> 
> Tetapi apakah Umat Islam pada seribu tahun yang
> lepas sehingga hari ini
> mendapat apa yang telah dijanjikan oleh Allah itu?
> Apakah Allah telah memungkiri janjinya atau Umat
> Islam yang telah
> menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar?
> 
> Apakah bagi saudara Omar Alkhatab ianya tiada
> manafaat?. Tujuan saya ialah supaya kita sama-sama
> berfikir di mana silapnya umat Islam hari ini supaya
> kita sama-sama dapat manafaat. Dalam kuburpun saya
> pasti akan ditanya amalan kita Mengapakah kita tidak
> mengikut ajaran AlQuran/Sunnah yang menyuruh kita
> menguasai ilmu pengetahuan dengan mengkaji
> ...............(apatah lagi kalau kita dengan gahnya
> kata jemaah kita ikut AlQuran/Sunnah dan orang lain
> tak reti, tak betul, anti Islam, sekular.....)
> 
> BAB 2
> 
> Saudara Omar AlKhatab menulis :-
> 
> > Maka para ulama mengatakan bahwa
> > undang-undang perlembagaan negara kita ini
> sifatnya
> > syirik kepada ALLAH SWT.........
> >
> > Siapakah yang mempertahankan "Federal
> > Constitution" itu???.Pas ataupun keADILan kah yang
> > mempertahankannya????..Siapa lagi kalau bukan
> > Umno/BN.Inilah perkara pokok yang perlu
> dibincangkan.
> > Malah banyak lagi kemungkaran-kemungkaran yang
> > berpunca daripada Umno/BN boleh kita bincangkan.
> 
> Ya, jika ianya syirik, memang wajib bagi kita
> mengubahnya. Tetapi bagaimana?
> Pada pendapat saya yang kurang arif ini :- 
> 1.BerJihad - Apakah kita ada kemampuan? Walaupun
> penyokong Pas/Keadilan ramai, tapi bila datang masa
> untuk angkat senjata, yang menyahut tak seberapa,
> seperti dalam kes Memali dan Black 14. (Kalau suruh
> pi ceramah ramai la.....Yang nampak terancang sikit
> ialah Al-Maunnah, sebab boleh pi curi senjata dan
> ada ilmu kebal......)
> 2.Melalui p/raya - kalau BA menangpun, bolehkah
> dapat 2/3 kerusi, kalau boleh, apakah DAP akan
> sokong? Apakah DSAI akan sokong?, sebab sewaktu
> dalam UMNO diapun menghentam PAS dalam kes hukum
> Hudud di Kelantan...yang lain-lain tu boleh tanya
> Mat Sabu dengan Lutfi Othman bab keIslaman DSAI .
> 3.Muhasabah diri kita, jemaah kita, berdakwah kepada
> saudara-saudara seIslam kita yang sudah menyeleweng
> secara berhikmah tanpa memaki hamun, mencerca, dan
> mencarut, bina kekuatan kita dengan ilmu
> pengetahuan, ekonomi dan akhlak yang mantap. Bukan
> sahaja jemaah kita tetapi saudara-saudara kita yang
> menyeleweng juga akan kembali berada di jalan Allah
> dan waktu itu kita akan lihat berduyun-duyun manusia
> akan masuk Islam.(Apakah kita mampu melakukannya
> dengan keadaan kita sekarang, sudahlah banyak diberi
> keistimewaan/subsidi tetapi masih ketinggalan dalam
> ilmu pengetahuan, ekonomi.....tapi bab ni orang lain
> tak boleh lawan......hisap dadah, bohsia, lumba
> haram, masalah disiplin dekat sekolah/tempat kerja,
> melepak, bercerai.......)
> 
> Bagi saudara pekara pokok yang patut dibincang ialah
> kemungkaran BN/UMNO tetapi bagi saya ialah kelemahan
> diri kita, jemaah kita dan umat Islam
> keseluruhannya. Sebab kita semuanya ada kelemahan
> yang berat tetapi tidak mahu mengkaji dan
> membetulkannya hanya ingin bercakap mengenai
> kelemahan orang lain.
> 
> BAB 3
> 
> Saudara Omar AlKhatab menulis :-
> 
> > Kemudian saudara tanya pula, "Ada tak hujah saya
> yang
> > salah?"...Bukan kata salah lagi, malah langsung
> tak
> > boleh pakai sebab tidak ada sumber rujukan yang
> > saudara sertakan untuk menguatkan hujjah saudara.
> > Misalnya sepertimana yang saudara tulis kepada
> saudara
> > quaqman, "...Tetapi setelah timbulnya
> ulamak-ulamak
> > Islam yang  menjatuhkan hukum bahawa semua ilmu
> yang
> > berkaitan dengan dunia adalah sekular dan
> > haram,..."....
> 
> Insyallah saya akan cuba mencari sumber tersebut
> sebab saya pasti dengannya. Tetapi saudarapun sama,
> cuba lihat ini :-
> > Maka para ulama mengatakan bahwa
> > undang-undang perlembagaan negara kita ini
> sifatnya
> > syirik kepada ALLAH SWT.........
> 
> Saudara hanya menulis 'para ulama' tanpa sumber
> rujukan, maka kalau ikut apa yang saudara sendiri
> tulis - hujah saudara 'salah malah langsung tak
> boleh pakai ' , apakah saudara setuju? Apakah
> saudara maksudkan semua ulama atau ulama PAS sahaja?
> Sebab setahu saya tidak ada satu negarapun yang
> menggunakan 100% undang-undang Islam.
> 
> BAB 4
> 
> Saudara Omar AlKhatab menulis :-
> 
> > menunjukkan yang saudara cuba merendah-rendahkan
> > institusi ulama`.Tak takutkah saudara dengan
> amaran
> > Nabi s.a.w., ( ucapan ustaz Halim Nasir di Masjid
> > Bayan Baru pada 3/9/99 ketika membahaskan tajuk
> > "Peranan ummah dalam mempertahankan institusi
> ulama`"
> > ) yakni seperti apa disabdanya kepada
> > sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu bahwa di Padang
> > Mahsyar kelak, ada segolongan manusia yang tak
> > semena-mena di masukkan ke neraka?"...Lalu tanya
> > sahabat, "Siapa mereka itu ya Rasulullah?"...Kata
> Nabi
> > s.a.w., "Mereka itu adalah golongan yang ada
> perasaan
> > benci kepada ulama` walaupun sebesar debu."...Ish!
> > takutnya saya. Siapakah kita nak compare dengan
> para
> > ulama`?...Kita mengaji macam depa ka, sampai
> berani
> > nak kata lebih kurang kat depa.Takut la sikit
> dengan
> > amaran daripada ALLAH/rasulNya ini.
> 
> 
> Tulisan saya lebih kepada untuk melihat
> kelemahan/kesilapan kita sebagai umat Islam dan
> ulama sebagai pemimpin Islam. Malah dalam
> kebanyakkan hal saya bertanya (tulisan saya banyak
> menggunakan '?') , supaya kalau saya silap ada yang
> lebih arif akan membetulnya. Apakah saudara anggap
> ini sebagai 'perasaan benci kepada ulama'?
> Tidak,'perasaan 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - buy the things you want at great prices
http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke