*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Masuk minggu ini, dah tiga minggu dah WTC dan Pentagon kena bom; kita pulak 
dok tertunggu-tunggu bila Amerika nak serang Afghanistan. Tunggu punya tunggu 
tak dak apa pun lagi, anti-klimak sungguh; gempaq saja lebih!!

Dok tunggu-tunggu juga kot-kot ada demo besar-besaran kat Malaysia ini, 
bukannya apa, naik malu dah wei kat kawan-kawan kita kat Indonesia sana yg tak 
cukup dengan demo, siap pakat sign up nak pi berjihad di Afghanistan. Dalam 
Berita Harian hari ini (4/10/01) pula ditunjukkan demonstrasi di Bangkok, 
Thailand membantah tindakan Amerika dalam isu Afghan ini.

Saya pulak, memang dok tunggu kot-kot ada demo kat negara kita ini - tapi 
kalau saya pi demo tu, bukan nak tunjuk perasaan anti Amerika; saya dok ingat 
nak buat banner besaq-besaq tulih:

"AMERICA, GO AHEAD - ATTACK AFGHANISTAN IF YOU DARE!!!!"

Ha, agak-agak kalau saya buat banner macam tu, geng-geng yg pi demo minta 
Amerika jgn serang Afghanistan tu bara tak kat saya? Agak-agak FRU nak kata 
apa?

Sebenaqnya, itulah suara hati saya yg mungkin sedikit berbeda dengan 
tuan-tuan; saya nak sangat tengok Amerika serang Afghanistan; saya nak sangat 
tengok Gelanggang Jihad tempat ummat Islam dari seluruh dunia pi berlatih 
perang tu dibuka semula. Dulu, masa zaman Malaikat dok turun naik turun naik 
di bumi Afghan dok kutip Roh Syuhada bawa pi Syurga, rasa meriah sungguh zaman 
tu. Selepas Soviet cabut lari, macam dah terkatup dah "Gelanggang Silat" tu. , 
macam dah mati, macam dah basi rasanya.

Sebab tu, bila saya baca cerita pasal geng-geng KMM kat suratkhabar masa 
awal-awal depa kena cekup dulu, saya dapat rasa kemalapan arus jihad yg amat 
sangat dewasa ini; bukannya apa - s/khabar tulis kata depa tu rata-ratanya 
berumur dlm pertengahan 30an hingga lewat 30an, pernah bergiat dlm peperangan 
menentang Soviet Union dlm tahun 1980an dulu iaitu ketika mereka menuntut di 
sana. Makna kata, depa-depa yg umur sebaya depa tu sajalah yg berpeluang 
mewarisi ilmu jihad dari Gelanggang Silat di sana nu, tapi bagi generasi muda, 
sejak dah terkatup Gelanggang Silat tu, depa dah pakat hanyut dok ikut geng 
Black Metal dan yg seumpama dengannya. So, kalau sekarang ditakdirkan Tuhan 
Amerika serang Afghanistan, kira okeylah tu kerana dengan secara otomatik 
Gelanggang Silat Jihad yg dah lama tertutup itu akan terbuka semula; 
sekurang-kurangnya selepas ini akan ada dua generasi berbeza yg mewarisi ilmu 
Silat Jihad dari sana, satu daripada Perguruan Soviet dan satu lagi dari 
Perguruan Amerika.

KIRA OKEYLAH TU!!!!

Cakap pasal KMM ini, apa rah "depa" pi kelentong orang pi reka nama KMM jadi 
Kumpulan Militan Malaysia nie; kan elok kalau pi tukaq saja nama Kumpulan 
Mujahidin Malaysia (KMM) tu pi jadi KPM (Kumpulan Pengganas Malaysia); barulah 
"kaw" sikit, barulah nampak gerun dan mengancam; dan barulah masuk dengan 
perkataan PENGGANAS, TERRORIST dan yg seumpama dengannya tu!!!

Minggu lepas juga, dua tiga hari suratkhabar2 arus Perdana Menteri mengulas 
mengenai pelajar-pelajar kita yg ke Pakistan yg dikatakan terlibat dengan 
Taleban, dituduh sebagai pengganas, kononnya bila balik ke Malaysia boleh 
mengancam keselamatan negara; siap pula Interview dengan Duta Pakatan Utara 
(sebuah pakatan geng-geng Kominis  dan puak-puak Syiah) di Malaysia yg 
apanamanya tu Aziz Satar (atau lebih kurang macam tu bunyinya) yg menuduh itu 
dan ini kpd budak-budak kita yg tak bersalah apa-apa tu. Ada ka patut depa 
kata adik-adik kita kat sana tu pengganas, jadi Robot kpd Taliban etc; 
sedangkan di kala PM dan TPM dok tuduh itu ini kpd mereka, mereka di sana tak 
tidoq malam dok  menghafal Quran di madhad-madhad Tahfiz yg berlambak-lambak 
di Pakistan sana nu!!!

TAK PATUT SUNGGUH AIH!!

Kadang-kadang kita dok fikir, PM, TPM dan para pemimpin kita kat atas sana nu 
tak berapa pandai sangatlah kalau nak dibandingkan dengan average rakyat 
marhain macam kita kat bawah nie. Kadang-kadang kita dok pikiaq:

"Ish, depa nie tak baca Internet ka, tak baca majalah-majalah Politik luar 
negeri ka?. Depa tak tau ka kata yg dok jadi geng-geng Jihad kelas satu tu, 
kebanyakannya bukan belajaq di Pakistan pun. Depa tak tau ka kata kebanyakan 
yg hardcore-hardcore dlm bab-bab Jihad ini jenis-jenis educated bahagian 
Teknikal lulusan Universiti-Universiti belaka, tak lulus dari Pakistan pun!"

Tak percaya, cuba tengok Palestine; Mastermind mereka yg merekacipta berbagai 
jenis bom untuk geng-geng Jihad Islam di sana iaitu al-syahid Yahya Ayyash 
adalah seorang Engineer. Selepas beliau dibunuh melalui serangan bom thru 
handphone oleh ejen Yahudi, beliau diganti oleh Muhyideen Al-Shariff, juga 
seorang Engineer. Hari tu saya ada terbaca berita bahawa Jurutera Muhyideen 
ini juga turut terbunuh, tak tau lah pula Jurutera mana pulak yg pi ganti dia 
selepas itu.

Hangpa juga tentunya kenal Mohamad Atta yg famous dlm serangan bom di WTC tu, 
dia tu dengar katanya Engineer juga, lulusan dari sebuah Universiti di Hamburg 
Germany. Balik kat Malaysia nie pulak, salah seorang ahli KMM yg lumpuh dlm 
cubaan rompakan di Southern Bank, kemudian meninggal dunia, iaitu Adnan Bin 
Yaakob, saya terdengar ada sahabat bercerita kat ruang legar Masjid hari tu 
bahawa Allahyarham Adnan Bin Yaakob yg berasal dari Alor Setar, Kedah ini 
adalah bekas Penuntut MRSM Kulim, pelajar tajaan MARA berkelulusan dari sebuah 
Universiti di Amerika Syarikat; saya tak sure course apa yg dia ambik, tapi 
rata-rata budak-budak MARA yg pi US kebanyakannya ambik kursus Engineering. 
Dikatakan orang semasa menuntut di Amerika Syarikat dulu, pantang ada cuti 
semester, beliau akan terbang ke Afghanistan untuk berjihad menentang Soviet 
Union di sana. Begitu juga dengan seorang lagi ahli KMM yg saya lupa namanya 
tapi dlm Utusan Malaysia dua tiga bulan lepas menceritakan bahawa beliau 
adalah seorang Engineer, juga berkelulusan dari sebuah Universiti di Amerika 
Syarikat.

Dan, last but not least, our beloved Usamah anak Pak Laden, kalau hangpa nak 
tau adalah juga seorang Engineer, berkelulusan dalam Civil Engineering dari 
sebuah Universiti di Arab Saudi.

So, sapa kata hardcore-hardcore Jihad ini belajaq di Pakistan, depa tak pi 
Pakistan pun aih; otak-otak Engineer belaka cek oii!!!

Lalu, kita pun mungkin tertanya-tanya: Awat Engineer boleh jadi macam tu ha?

Sebabnya:  Engineer-Engineer ini dilatih dari tahun pertama lagi, kalau nak 
buat apa, nak make any decision or conclusion, everything must based on data, 
must based on facts [Setiap benda mesti berdasarkan fakta!!].

Kalau Fakta kata, la nie orang islam kena tindas di setiap penjuru alam, dari 
bumi al-syahid Raja Haji di Maluku hinggalah ke bumi Al-Quds di Palestine; 
maka kalau hang betoi betoi orang Islam, hang kenalah ambik peranan, tak boleh 
banyak,  sikit pun tak apa. Tak boleh pi tolong lastik orang Yahudi, tolong 
kutip derma bagi kat depa pun tak apa. Fakta depan mata kata orang islam kena 
bunuh, kena tindas, bukan reka-reka punya; la nie zaman Internet, boleh tengok 
dan baca live kat depan PC. So, kalau dah fakta kat depan mata kata macam tu, 
suka ka tak suka ka, hang sebagai seorang Islam, yang ada dua kalimah syahadah 
di dalam dada, nak tak nak hang kenalah berbuat sesuatu untuk membantu 
saudara-saudara satu syahadah dengan hang di sana nu. Mungkin itulah sebabnya 
engineer-engineer nie cukup sensitive dengan suasana nie yg menyebabkan mereka 
tanpa ragu-ragu lagi meninggalkan segala kemewahan yg ada untuk terjun 100% 
memperhambakan diri ke medan jihad!!!

Pasal buat bom pulak; opss!!! Yg ini kacang saja; kawan saya yg ambil kursus 
Engineering kata tahun pertama lagi depa dah belajaq asas-asas Chemistry; hat 
tu semua wajib belajaq tak kira hang ambik Mechanical Engineering ka, 
Electrical ka, Computer Engineering ka, Civil ka apa bala ka. Bagi yg ambik 
Electrical tu pulak, kalau setakat nak buat Timer tu kira kacang saja la - dia 
kata nak buat timer itu mudah saja aih, semudah membuat cucur kodok dalam 
belanga - itu member saya la yg kata, betoi ke tidak wallah hu aklam!!

BILA DENGAQ CERITA MACAM TU,  SAYA RASA ANAK SAYA YANG SORANG TU BILA SAMPAI 
MASANYA NANTI, DOK INGAT NAK HANTAQ DIA MASUK SEKOLAH ASRAMA PENUH, AMBIK 
ALIRAN SAINS, LEPAS TU MASUK UNIVERSITI AMBIK KURSUS ENGINEERING - KOT2 ADA 
REZEKI BOLEH LA KOT DIA PI GANTI PAK MENAKAN DIA,  OSAMA BIN LADEN TU!!

Tak payah pi Pakistan aih!!

[Harap-harap lepas baca email saya ini, kerajaan tak pulak pi haramkan kursus 
engineering kat Universiti tempatan!!!]

Cakap  pasal Afghanistan atau pun Pakistan nie, kadang-kadang kita nak 
tergelak dengan sikap beberapa buah negara Islam macam Malaysia dan juga jiran 
kita Indonesia nu.

Semalam 3/10/01, masa lunch kat sebuah Restoren, rasa macam nak cari kapas nak 
tutup lubang telinga bila berita utama Radio pukul 1.00 tgh tu semangat 
sungguh dengan berita utamanya Presiden Bush menalipon Dr Mahathir mengucapkan 
t/kasih atas sokongan Malaysia untuk menyerang orang Islam yg dituduh sebagai 
Pengganas di Afghanistan sana nu. Pot pet pot pet pembaca berita itu memuji Dr 
Mahathir - cara dia baca berita tu seolah-olahnya hanya Dr Mahathir sorang 
saja yg Bush talipon dalam dunia ini, walhalnya dlm keadaan terdesak nak dapat 
sokongan, seluruh dunia Bush talipon. Mungkin sampai tang giliran Dr Mahathir, 
dia tanya Timbalan dia Dick Cheney:

"Ish, orang tua nie kita nak call jugak ka, dia bukan boleh buat apa pun, buat 
perabih duit talipon kita saja ni"

Lepas tu, Dick Cheney kata:

"Talipon pi lah, dengaq kata dia pun macam kita jugak, anti sungguh dengan 
pergerakan2Islam nie. Hari tu duta kita habag kata dia dah cekup 10 orang 
pengikut Osama di Malaysia, kira okey lah tu, geng kitalah tu!!"

ITU YANG BUSH TALIPON TU!!!

Di Indonesia pulak satu hal lagi; apabila timbul berita kata beribu orang dah 
sign bagi nama nak pi berjihad di Afghanistan; tiba-tiba Ketua Pengarah 
Jabatan Imegresen Indonesia bawa keluar kenyataan kata sapa-sapa yg pi 
berjihad di sana akan ditarik balik kerakyatannya; bila orang tak kisah juga 
dia kata Jabatan Imegresen Indonesia tidak akan mengeluarkan permit/passport 
dokumen perjalanan untuk sapa-sapa yg nak ke sana!

CEH!! - MACAM LA ORANG TAK TAU KATA KAT MALAYSIA INI DOK ADA  BERATUS RIBU 
PENDATANG TANPA IZIN INDONESIA DOK MASUK KELUAR, TAK PAYAH PAKAI PASSPORT 
SEKEPING CABUK PUN!!!

Apa ra!!

Berita Harian hari ini (4/10/01) memuatkan kenyataan Collin Powell yg 
menyatakan bahawa Amerika ada bukti penglibatan Bin Laden dlm serangan di WTC 
dan di Pentagon tapi bukti yg ada tidak cukup untuk mendakwa beliau di 
mahkamah. Tu dia - sound very familiar; sebijik macam kes ISA di Malaysia!!

Kalaulah di Malaysia, kerajaan terpaksa menggunakan Internal Security Act 
(ISA) untuk menahan musuh-musuh politik UMNO kerana tak cukup bukti untuk 
mendakwa mereka di mahkamah; di Amerika pula, kerajaan mereka terpaksa 
menggunakan ISA juga iaitu International Security Act (ISA) untuk menyerang 
Bin Laden dan Al-Qaeda kerana seperti juga kerajaan Malaysia, kerajaan Amerika 
tidak mempunyai cukup bukti untuk mendakwa mereka di mahkamah!!

SAMA SAJA PERANGAI ADIK DENGAN ABANG;  3X4, 4X3!!!

Last sekali, on serious notes; seperti juga rata-rata ummat Islam seluruh 
dunia, saya sebagai seorang individu beragama Islam memang sedang mengikuti 
isu Amerika vs Afghanistan ini dengan penuh minat sekali; tambah-tambah pula 
apabila saya terbaca satu artikel dalam internet yang menyatakan bahawa salah 
satu daripada agenda Taliban, Bin Laden dan rakan-rakannya ialah hendak 
membebaskan bumi Palestine dan masjid al-Aqsa (rumah suci orang Islam yg kedua 
selepas Masjidil Haram di Mekah) daripada cengkaman Israel. Secara kebetulan 
pula saya terjumpa satu hadith Nabi yang bunyinya lebih kurang:

Daripada Abu Hurairah (RA), beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

"(Tentera-Tentera yang membawa) Panji-Panji Hitam akan muncul dari Khurasan. 
Tidak ada kuasa yang mampu menghalang mereka; dan mereka akhirnya akan sampai 
di Eela (Baitul Maqdis) di mana mereka akan menaikkan Panji-Panji mereka di 
sana"

Bila saya terlihat clip Video di  RTM/TV3 yg cuba memburuk2kan Taliban itu, 
saya terperasan bahawa puak-puak Taliban di Khurasan ini (Bumi Afghanistan dan 
rantau sekitarnya) rupa-rupanya membawa bendera/panji-panji berwarna hitam.

Lalu, terlintas di pemkiran saya yang tak berapa mahir dalam bab-bab agama 
ini; apakah mungkin merekalah yg digambarkan dlm hadith di atas? Allah hu 
aklam.


-Ru Antara-


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke