*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Fikir-fikir sekali, naik kesian kita kat Najib:

Masa dia jadi Menteri Pendidikan dulu, habis heboh satu negara kisah Mahasiswa/i lawan 
kerajaan dan cerita guru-guru menghasut anak murid supaya membenci kerajaan.

Sekarang, bila dia jadi Menteri Pertahanan, belum pun reda kes Abu Sayyaf membolosi 
sempadan, heboh pula kes rompakan senjata di kem tentera.

Rasa-rasanya Najib ini banyak suie lah; agak-agaknya kalau dia jadi PM, mungkin kita 
kena serang dengan Singapore agaknya....:-)

--------------------------------------------------------------


a_kasbi wrote:

Assalamualaikum,

Minggu ini minggu pertama bulan Julai 2000; mungkin minggu ini adalah minggu  yang 
paling bersejarah untuk negara kita bagi sepanjang tahun ini. Serbuan dan rompakan 
senjata ke atas 2 buah kem tentera di Gerik, Perak dan pertempuran  anti-klimaks di 
Sauk, akan menjadi suatu cerita yang akan diperbualkan 
 orang
 untuk beberapa ketika.

 Banyak yang sudah kita baca mengenai kejadian ini, baik di dada akhbar mau 
 pun
 di dalam internet. Saya pun tak ingin menambah banyak, cuma ingin memberi
 sedikit ulasan dari sudut yang agak berbeza.

 Sebelum itu, saya ingin memohon maaf jika ada sebarang pendapat dalam 
 tulisan
 saya ini yang bertentangan dengan pandangan atau pun pendapat 'jumhur' 
 sahabat
 dalam diskusi-diskusi net ini. Meneliti tulisan2 dan pandangan2 kebanyakan
 penulis-penulis di alam siber ini; kita dapat membuat kesimpulan bahawa
 majoritinya berpendapat bahawa kejadian di Sauk adalah tidak lebih dari
 lakunan atau pun mainan wayang kulit pihak tertentu semata-mata.

 Antara hujjah yang dikemukakan ialah jalan ceritanya terlalu bercelaru, 
 sat
 kata gini, sat kata gitu; tambah-tambah pula kejadian itu berlaku tak 
 beberapa
 hari selepas cerita Dr Mahathir menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa
 Pengarah BPR menutup kes rasuah melibatkan orang kuat beliau heboh
 diperkatakan orang - dari kamar mahkamah hinggalah ke pintu masjid. Dan,
 mungkin secara takdir atau kebetulan kes itu meletup selepas isu JAIS 
 dimarahi
 dan diherdik Pak Lah yg masih menjadi duri dalam daging kpd majoriti
 masyarakat Islam tak kira apa pegangan politik mereka. Dan, secara takdir 
 atau
 kebetulan juga, isu itu meletus di celah-celah keghairahan pihak2 tertentu
 untuk menghapuskan perkataan Islam dari mana2 parti politik atau pun
 pertubuhan. Maka dikatakan orang, cerita SAUK sengaja dikarang sebegitu 
 rupa
 untuk menutup semua isu di atas termasuklah menjustifikasikan usaha untuk
 memadam perkataan Islam dari mana2 parti politik atau pun pertubuhan.

 Persoalannya: Benarkah begitu?

 Saya, secara peribadi, tanpa mewakili pendapat mana-mana pertubuhan atau 
 pun
 organisasi, memohon maaf dan meminta jalan untuk memberi pendapat dari 
 sudut
 yang berbeda.

 Bagi saya, setelah membaca hampir kesemua akhbar2 utama dua tiga hari 
 lepas;
 Berita Harian, Utusan Malaysia, The STAR, The SUN dan bertanyakan kawan2 
 yg
 membaca akhbar Cina serta tidak lupa membaca berita2 mutakhir di laman2
 reformasi; saya membuat kesimpulan bahawa kisah di Sauk adalah benar2 
 berlaku
 seperti apa yang berlaku.

 Tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan tidak apa yang perlu 
 digusarkan.

 Kerajaan yang ada hari ini harus bertanggungjawab terhadap kecurian 
 senjata
 yang berlaku di Gerik sana, itu sudah pasti, tidak ada persoalan 
 mengenainya.

 CUMANYA HANGPA PILIHLAH SATU ANTARA DUA, NAJIB YG NAK KENA RESIGN ATAU PUN 
 PM
 YANG KENA BERHENTI!!

 Sementara rakyat jelata pula, khususnya mereka yang memandang remeh
 sensitiviti ummat Islam terhadap isu2 semasa (seperti isu JAIS dan isu
 Murtad), terutamanya kepada mereka yang bukan sama keturunan dengan kita;
 mulai hari ini, kamu semua harus sedar dan harus paham sepaham-pahamnya,
 bahawasanya jika sensitiviti ummat Islam terus-terusan dicabar, pasti akan
 bangkit dari kalangan kami, satu golongan yang sama ada hangpa suka atau
 tidak, memilih jalan untuk berjihad secara terang-terangan, tanpa
 selindung-selindung akan berkata :

 "MUKHLISIN NA LAHUDDIN WALAU KARIHAL KAFIRUN!!"

 Kerana itu, saya melihat kebangkitan sekumpulan kecil rakyat Malaysia 
 beragama
 Islam ini - walau pun akhirnya menyerah kalah, adalah satu petanda rasa
 ketidak puasan hati yang amat sangat terhadap tekanan demi tekanan, dan
 penghinaan demi penghinaan terhadap agama Islam yang mulia ini. Memetik 
 kata
 seorang sahabat karib saya:

 "Depa ini bukan macam kita; kita ini lainlah, hati kita berserabut, 
 bercampur
 dengan zat2 jahat dari segala jenis benda2 yg tak berjenis, jadi kalau 
 orang
 hina atau main2kan agama kita, kita tak rasa sensitif sangat, paling kuat 
 pun
 kita maki hamun, lepas itu habislah. Tapi, depa ini, hati depa ada zat 
 lain;
 depa ini jenis yang selalu ada Usrah, Qiyamullail, tiap2 malam sembahyang
 tahajud, wirid dan selawat tak pernah lekang dari mulut; pakaian depa 
 pulak
 serban dan jubah tanda usaha ikhlas nak mendekatkan diri dengan sunnah 
 Rasul;
 jadi kalau orang hina Islam, walau pun sikit saja, jadi Zat dalam hati 
 depa
 itu jadi cukup sensitif, mungkin sebab itulah depa meletup baru2 ini!!"

 Saya tak nak komen apa yang kawan saya katakan itu, sebab apa yang dia 
 katakan
 itu sebijik terkena batang hidung saya; ikhlas saya cakap kalaulah depa 
 ajak
 saya join depa nak balun sapa-sapa sebab dok hina Islam ini, memang banyak
 alasan yang akan saya bagi; anak demam la, bini sakit la, kereta nak kena 
 pi
 servis la, ada kenduri rumah pak menakan la dan lain-lain lagi. Sebab apa?
 sebab diri saya sendiri masih berserabut dengan segala jenis benda; lalu 
 macam
 mana nak berpura-pura ikhlas berjihad di jalanNya?

 Atas sebab kekurangan yang ada pada diri saya itu, yang menyebabkan saya 
 tak
 mampu sampai ke tahap macam yang depa capai ini, maka di sini dengan 
 ikhlas
 saya nak tulis kata:

 "Saya respect dan kagum dengan keberanian depa"

 Itu saja, kalau kata nak sokong, memang saya tak sokong, sebab dengan 
 segala
 kelemahan yang ada pada diri saya ini, saya cuma boleh bagi alasan kata:

 "Kita ada jemaah sendiri, yang memilih untuk menggunakan jalan demokrasi 
 bagi
 menegakkan sistem pemerintahan Islam di bumi Malaysia. Jadi, sementara 
 sistem
 yang ada masih membenarkan kita berjuang untuk menegakkan Islam, maka kita
 memilih sistem yang ada. Tapi, jika sekiranya sistem yang ada tidak
 membenarkan lagi kita berbuat demikian, maka kita tidak ada lain pilihan,
 melainkan terpaksa memilih lain 'cara'"

 Benarkah begitu?

 Saya sendiri tak pasti, cumanya kita berharap pihak-pihak berkenaan tidak 
 akan
 memaksa atau kata orang putih 'push us to the corner' dalam usaha mereka
 mengharamkan nama Islam dari mana-mana pertubuhan ini. Kita semua masih
 cintakan kedamaian dan keamanan yang sama-sama kita nikmati ini, dan 
 begitu
 juga majoriti rakyat Malaysia keseluruhannya, tak kira apa bangsa.

 Lantaran itu, kita ingin berpesan kepada pihak-pihak yang berkenaan; 
 cukuplah
 bermain api sekadar ini, kita risau kot kalau banyak lagi SAUK dan MEMALI 
 akan
 'terbakar' nanti.

 Wassalam,
 Ahmad Baharudin Kasbi

----------------------------------------------------------
Free email from http://www.yourmail.cc

==========================  New domains ==========================
@crazy-life.com  @crazy-guy.com  @crazy-girl.net  @yourhotdate.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "bazooka" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke