*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaamu'alaykum. Saya nampak sdra Sidi Shariff sudah pun menjawab
pertanyaan di bawah. Bagaimanapun, saya ingin tanya: apakah bukti
yang kita perlukan? Bukti sepatutnya diberi oleh mereka yang
mendakwa sesuatu itu haram, bukan sebaliknya.

Daripada kita tanya bukti halalnya menyambut malam Nisfu Syaaban,
lebih baik kita teliti dan nilaikan dakwaan Bin Baz. Maka kita boleh
nampak yang Bin Baz tidak beri satu pun bukti kukuh yang khusus
mengatakan bahawa menyambut malam Nisfu Syaaban itu haram!

Apa yang dikatakan oleh Bin Baz ialah sambutan itu suatu "bid'ah",
dan beliau mengelirukan kita dengan cara beliau membuat anggapan
(generalisation) semua bid'ah itu haram. Inilah pandangan Wahabi
yang sangat sempit! Sebenarnya, bid'ah yang haram dalam konteks
agama hanyalah perkara-perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan
Hadis. Selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan Hadis,
ulamak-ulamak boleh mengeluarkan fatwa berasaskan ijmak dan kias.
Maknanya, hukum menyambut malam Nisfu Syaaban, kalau benarpun tidak
dinyatakan dengan jelas dalam al Quran dan Hadis, mestilah dirujuk
pula kepada ijmak ulamak dan juga kias. Tak boleh terus dihukum
haram seperti yang telah dibuat oleh Bin Baz.

Rukun Islam hanya lima. Tidak ada rukun ke-enam yang mengatakan kita
perlu hadkan ibadah kita kepada apa yang hanya telah dilakukan oleh
Rasulullah s.a.w. Malah Allah berfirman, manusia dan jin dijadikan
hanya untuk beribadat kepada Nya. Dan menyambut malam Nisfu Syaaban
adalah satu peluang bagi umat Islam menambahkan ibadah. Jadi kita
tanya, apakah jenis orang yang mahu mengharamkan sambutan satu malam
yang manambahkan ibadat kepada Allah?

Jangan begitu senang terpedaya dengan fikrah (pemikiran) Wahabi.
Merekalah yang membuat-buat berbagai peraturan baru (bid'ah) dalam
agama!

Osman Mia
http://dimashq.hypermart.net/go.pl/osman


----- Original Message -----
From: "Mohd Yaakub Mohd Yunus" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Osman" <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, October 26, 2001 9:12 AM
Subject: Re: H-Net* UPACARA PERINGATAN MALAM NISFU SYA'BAN - Syaikh
Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz


> Assalaamu'alaykum
>
> Ya Akhi Osman, jika halal berilah buktinya. Akhi, jika anta nak
sambut
> silakan, Tapi jangan berbohong dengan hadith-hadth Bathil dan
Mawdhu'.
> Jangat kaitkan Rasulullah SAW dengan amalam yang tak pernah
baginda
> lakukan. Kerana ada amaran dari hadeeth yg sahih tentang sesiapa
yg
> berbohong atas nama Rasulullah SAW (yg memberi hadeeth bathil dan
palsu)
> maka dia telah menyediakan tempat untuknya di neraka.
> Na'uzubuLLahiminzalik. Di bawah ini disertakan komen yg telah
diberikan
> oleh netters di Fikrah@yahoogroups akhi THTL seorang Ahli Fiqh
dari Ahkam
> Net.
>
> "Setelah saya semak dalam kitab alImam Ibn Qayyim rh dalam kitab
kritik
> Hadisnya, al Manar alMuneef, alImam Ibn Qayyim rh menyebut
bahawa,"
> pelbagai
> amalan atau solat atau do'a yg diamalkan oleh masyarakat pada
malam nisfu
>
> sya'ban tidak memiliki dasar baik dalam alQur'an alkarim,
asSunnnah
> Nabawiyah asysyareef ataupun dalam kehidupan salaf assoleh (para
> sahabat).
> alImam Ibn Qayyim kemudian menyenaraikan beberapa hadis yg masyhur
yg
> beredar di kalangan masyarakat dan hadis-hadis itu ada di
antarannya yg
> dikutip dari alIhya' karya agung Imam alGhazali yg kemudian Imam
Ibn
> Qayyim
> mengesahkan hadis-hadis itu samada  batil, atau maudhu'.
> Jika saudara ada catatan hadis mengenai nisfu sya'ban ni sila
kemukakan
> supaya saya padankan dgn hadis yg disenaraikan oleh Imam Ibn
Qayyim rh.
> sekian, Allah lebih mengetahui dalam urusan yg diperselisihkan.
WSM
> thtl"
>
> Sekian Wassalaam
>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Osman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke