umat
Islam di Malaysia (khususnya) dan di Dunia (amnya) mengalami kelemahan
dari segi ekonomi. Badan-badan dan pertubuhan yang diberi tanggungjawab
untuk memajukan ekonomi umat islam telah tidak menjalankan tugas mereka
dengan sempurna. Akibatnya umat Islam terpaksa meminjam daripada bank-bank
dan institusi-institusi kewangan lain yang berunsurkan riba.
Tahukah anda bahawa riba itu
haram? Saya yakin ramai yang tahu.....tetapi sedar tak sedar, hampir setiap
satu daripada kita tidak dapat lepas daripada riba. Hutang rumah, kereta
dan kadangkala pinjaman peribadi, semuanya dilaksanakan dengan berteraskan
konsep riba. Mungkin inilah di antara sebabnya hati-hati kita lebih cenderung
kepada kejahatan dan nafsu. Ada yang cuba untuk menutup kejahilan dengan
pelbagai alasan yang dianggap munasabah. Al Quran dan Al Hadis sering dibaca
tetapi jarang sekali dijadikan pedoman. Fatwa dikeluarkan berlandaskan
kepada matlamat peribadi.
Di manakah kedudukan umat
Islam sekarang? Islam ditindas, dihina dan diperangi .........oleh siapa?
Yahudi dengan kerjasama umat Islam sendiri. Kita lalai dibuai kemewahan
hasil daripada riba. Kita diikat oleh hutang yang berlandaskan kepada riba
sehingga sibuk dan tidak sempat beribadat. Apa lagi hendak mengenang atau
membantu umat islam yang lain.
Jelaslah!!! Betapa lemahnya
ikatan ukhwah Islamiyah di kalangan umat islam sendiri. Di kala umat islam
di Palestin, Afghanistan, Bosnia, Iraq dan lain-lain diancam oleh Kafir
dan Yahudi, kita masih bersenang lenang dan sibuk mencari wang ringgit.
Untuk apa?..... untuk menimbuskan hutang piutang dan bebanan akibat daripada
riba. Akhirnya, ukhwah islamiyah tidak diambil peduli.
YA!!! Wang bukanlah segalanya.
Tetapi di manakah kedudukan orang-orang miskin? Dihina, dibuli dan dianggap
seperti sampah yang tiada berguna. Di mana pula kedudukan mereka yang berada?
Mereka mampu melakukan apa sahaja hatta menguasai dunia. Adakah pihak yang
berani membuli dan memperkecil-kecilkan golongan berada?
Memang ramai umat Islam yang
ingin bergiat cergas dalam bidang perniagaan kerana ia merupakan 90% daripada
punca pendapatan. Bagaimanapun, masalah kewangan merupakan punca paling
utama yang menyebabkan niat untuk berniaga dan berdagang terpaksa dilupakan.
Oleh yang demikian, marilah
kita bekerjasama dalam mempertingkatkan tahap kewangan dan ukhwah umat
islam sejagat. Kunjungilah laman web ini untuk mengetahui bagaimana cara-caranya.
http://edana.topcities.com/118N_0003.html
MUDAH-MUDAHAN KITA MEMPEROLEH
KEJAYAAN