*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
saya setuju dgn saranan en. harun sebab saya sendiri pernah experience benda
ni..
kita beriya-iya nak menolong orang kononya..
tapi bila kena orang bawah.. sorang pun tak ambik kisah..

> -----Original Message-----
> From: Harun Aminurrashid [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Sunday, December 09, 2001 2:31 a.m.
> To:   LIZA CUTE; Pengembara Keredhoan Allah; hizb NET
> Subject:      Re: H-Net* CARA MENINGKATKAN UKHWAH DAN EKONOMI ISLAM
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Apa itu sistem pyramid:
> sistem pyramid asal usulnya dari USA tapi kerajaan USA
> sendiri pun sudah haramkan sekim semacam ini sebab
> terlampau banyak keburukannya dari kebaikan. Keburukan
> system ini hinggakan mampu menjatuhkan sebuah
> kerajaan, contohnya tak lama dulu sebuah negara di
> Europe (Albania kalau tak silap) runtuh disebabkan
> begitu ramai rakyatnya yg terlibat dgn system pyramid.
> 
> 
> Definisi sistem pyramid: ia mempunyai sistem
> berangkai. contohnya saya kena cari sekurang-kurangnya
> 5 orang (lagi banyak lagi bagus) untuk contribute dlm
> bentuk wang ringgit. Yang 5 orang itu pulak kena cari
> lagi 5 orang untuk contribute dgn jumlah yg sama.
> Begitulah seterusnya. Kalau rantaian itu tidak
> terputus maka orang-orang yg terdahulu boleh dapat
> lebih banyak wang. Rantaian ini akan berterusan sampai
> semua orang dalam negeri itu semuanya masuk sekim
> tersebut. Yang malang ialah orang yg terkemudian (dan
> orang yg terkemudian inilah yg paling ramai). Orang yg
> mula-mula masuk paling untung sebab semua orang dah
> contribute utk dia. Orang yg last akan rugi sebab
> dapat sisa-sisa atau pun tak dapat apa-apa langsung
> (menangis tak berlagu). 
> 
> Tak lama dulu banyak berlaku di masjid-masjid bila
> lepas sembahyang jumaat kita jumpa risalah-risalah
> 'skim amal jariah' seumpama ini diletakkan
> dicermin-cermin kereta jemaah. Mengikut 'sekim amal
> jariah' ni kita kena bersedekah untuk setiap umat
> Islam dengan cara mengepos money order bernilai lima
> ringgit kepada nama-nama orang-orang yg sudah
> 'bersedekah' terlebih dulu. Kononnya dgn cara itu umat
> Islam saling bantu membantu untuk menjadi kaya.
> Hakikatnya yg kaya cuma orang yg mula-mula masuk. Yg
> terkemudian dapat hampas. 
> 
> Contoh mudah ialah katakan dlm negeri itu cuma ada 155
> orang (contoh bodoh tapi mudah nak paham). Katakan 5
> orang yg pertama memulakan 'sekim amal jariah' ni dgn
> contribution seorang RM100. So 5 orang ni akan cari
> seorang 5 orang lagi (total yg terlibat sekarang ialah
> 5+25). Kemudian yg 25 orang ini pulak kena cari lagi
> seorang 5 orang ahli lagi (total sekarang yg terlibat
> dah jadi 25+125 orang). So nampaknya semua orang dlm
> negeri tu dah masuk sekim tersebut. Masalahnya sapa
> pulak yg nak contribute utk orang-orang yg terakhir
> (yg seramai 125 orang tu). So yg 125 orang tu gigit
> jari sambil menyumpah-nyumpah sebab yg kaya cuma
> kawan-kawan terdahulu yg 5+25 itu saja. 
> 
> Pada masa ini ada macam-macam helah untuk menggerakkan
> sekim pyramid ni (atau sekim cepat kaya senang cakap).
> Ada yg berselindung disebalik jual barang dan ada yg
> langsung tak jual apa-apa, cuma perlu cari ahli baru
> saja (mudahkan ? cuma guna air liur saja). Ada yg guna
> helah kononnya perniagaan internet malah ada yg sanggup gunakan agama
> disebabkan kejahilan
> masing-masing. Ada yg guna nama menteri itu menteri
> ini macam sekim cepat kaya di Kulim Kedah dulu.
> Selalunya yg kena tipu ialah pak aji-pak aji, pakcik
> makcik yg tak tahu apa-apa tapi termakan dgn strategi
> marketing sipenipu-sipenipu (yg tak tahu mereka
> sendiri pun sebenarnya tertipu). 
> 
> Dipendekkan cerita mana ada dalam dunia ni nak kaya
> cara mudah. Bangsa lain bertungkus lumus siang malam
> nak dapatkan kekayaan. Kita senang-senang nak jadi
> kaya dgn menjual air liur ke sana sini. Saya dengan
> ini berharap semua netters di dalam Hizbi Net ni
> jangan mudah terpedaya dgn nafsu utk cepat kaya. Di
> Malaysia ni mudah sangat orang kita nak kena tipu. Ada
> yg kena tipu dgn orang Afrika yg kononnya nak
> transferkan duit masuk akaun kita. Ada yg kena tipu
> beli batu geliga. Ada yg kena tipu beli ibu duit. Ada
> yg kena tipu beli kereta murah. Ada yg kena tipu sebab
> nak dapatkan hadiah kereta yg ditawarkan oleh syarikat
> direct selling. Ada yg tertipu nak beli tanah murah.
> Pendek kata macam-macam jenis tipu orang kita dah
> kena, tapi tak pernah serik serik !! 
> 
> Sekian Wassalam. Mohon maaf kalau ada yang
> tersinggung.
> 
> 
> 
> 
> 
> --- LIZA CUTE <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > Pengembara....engkau ni reti baca ke tidak?
> > Pandai-pandai kata haram ni? Ada ke dalam tu
> > menyebut yang DHUM ni suatu perniagaan???? Dalam
> > perjanjian tu ada disebut bahawa RM50 yang awak
> > keluarkan itu adalah ikhlas sebagai hadiah (untuk
> > ukhwah) .... sesama islam kan? Bukankah kita semua
> > bersaudara? Islam menggalakkan hadiah menghadiahkan
> > antara sesama saudara seislam. Tetapi sedekah hanya
> > untuk orang-orang yang memerlukan. . Kalau salah
> > sorang antara kita jadi kaya pun, bukan orang lain,
> > saudara seislam kita jugak. Kalau awak nak terus
> > kaya dengan berhutang tu... suka hati awaklah, tapi
> > janganlah menghasut orang lain.Dasar taik idung
> > masin ..... RM 50 pun nak berkira.
> > 
> > Duit yang diraih tu, sudah disebut kegunaannya,
> > untuk perniagaan, pelajaran, dan lain-lain perkara
> > yang harus dalam islam. Tetapi tidak sesuai
> > digunakan untuk memuaskan hawa nafsu. Kalau awak tu
> > suka ikut hawa nafsu, jangan samakan dengan orang
> > lain.
> > 
> > DHUM tidak mengenakan cas yang perlu dibayar kepada
> > penganjur. Jadi, ini bermakna penganjur bekerja
> > secara ikhlas kerana allah. Dan jangan pandai-pandai
> > menjatuhkan hukuman kalau awak tu bodoh. Apa
> > kelayakan awak nak jatuhkan hukum? Alif, Ba, Ta pun
> > tak pas agaknya. 
> > 
> > UDAHLAH BODOH SOMBONG . DENGKI PULAK.
> > 
> > 
> > 
> > ----- Original Message ----- 
> >   From: Pengembara Keredhoan Allah 
> >   To: LIZA CUTE ; hizb NET 
> >   Sent: Saturday, December 08, 2001 5:09 AM
> >   Subject: Re: H-Net* CARA MENINGKATKAN UKHWAH DAN
> > EKONOMI ISLAM
> > 
> > 
> > 
> >   Perniagaan apa ni !!
> >   This is illegal business dan haram !!
> >   Piramid ! Money game ! Surat berantai !
> >   Janganlah menggunakan ugama untuk kepentingan
> > nafsu peribadi!
> >    Islam menganjurkan jual beli barangan dan
> > perkhidmatan yang ada nilai dengan wang pembeli.
> > Netters sekalian jangan tertipu dengan muslihat
> > sebegini !!!
> > 
> >     ----- Original Message -----
> >     From: LIZA CUTE
> >     Sent: Thursday, December 06, 2001 11:41 PM
> >     To: [EMAIL PROTECTED]
> >     Subject: H-Net* CARA MENINGKATKAN UKHWAH DAN
> > EKONOMI ISLAM
> > 
> >     umat Islam di Malaysia (khususnya) dan di Dunia
> > (amnya) mengalami kelemahan dari segi ekonomi.
> > Badan-badan dan pertubuhan yang diberi tanggungjawab
> > untuk memajukan ekonomi umat islam telah tidak
> > menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Akibatnya
> > umat Islam terpaksa meminjam daripada bank-bank dan
> > institusi-institusi kewangan lain yang berunsurkan
> > riba. 
> > 
> >     Tahukah anda bahawa riba itu haram? Saya yakin
> > ramai yang tahu.....tetapi sedar tak sedar, hampir
> > setiap satu daripada kita tidak dapat lepas daripada
> > riba. Hutang rumah, kereta dan kadangkala pinjaman
> > peribadi, semuanya dilaksanakan dengan berteraskan
> > konsep riba. Mungkin inilah di antara sebabnya
> > hati-hati kita lebih cenderung kepada kejahatan dan
> > nafsu. Ada yang cuba untuk menutup kejahilan dengan
> > pelbagai alasan yang dianggap munasabah. Al Quran
> > dan Al Hadis sering dibaca tetapi jarang sekali
> > dijadikan pedoman. Fatwa dikeluarkan berlandaskan
> > kepada matlamat peribadi. 
> > 
> >     Di manakah kedudukan umat Islam sekarang? Islam
> > ditindas, dihina dan diperangi .........oleh siapa?
> > Yahudi dengan kerjasama umat Islam sendiri. Kita
> > lalai dibuai kemewahan hasil daripada riba. Kita
> > diikat oleh hutang yang berlandaskan kepada riba
> > sehingga sibuk dan tidak sempat beribadat. Apa lagi
> > hendak mengenang atau membantu umat islam yang lain.
> > 
> > 
> >     Jelaslah!!! Betapa lemahnya ikatan ukhwah
> > Islamiyah di kalangan umat islam sendiri. Di kala
> > umat islam di Palestin, Afghanistan, Bosnia, Iraq
> > dan lain-lain diancam oleh Kafir dan Yahudi, kita
> > masih bersenang lenang dan sibuk mencari wang
> > ringgit. Untuk apa?..... untuk menimbuskan hutang
> > piutang dan bebanan akibat daripada riba. Akhirnya,
> > ukhwah islamiyah tidak diambil peduli. 
> > 
> >     YA!!! Wang bukanlah segalanya. Tetapi di manakah
> > kedudukan orang-orang miskin? Dihina, dibuli dan
> > dianggap seperti sampah yang tiada berguna. Di mana
> > pula kedudukan mereka yang berada? Mereka mampu
> > melakukan apa sahaja hatta menguasai dunia. Adakah
> > pihak yang berani membuli dan memperkecil-kecilkan
> > golongan berada? 
> > 
> >     Memang ramai umat Islam yang ingin bergiat
> > cergas dalam bidang perniagaan kerana ia merupakan
> > 90% daripada punca pendapatan. Bagaimanapun, masalah
> > kewangan merupakan punca paling utama yang
> > menyebabkan niat untuk berniaga dan berdagang
> > terpaksa dilupakan. 
> > 
> >     Oleh yang demikian, marilah kita bekerjasama
> > dalam mempertingkatkan tahap kewangan dan ukhwah
> > umat islam sejagat. Kunjungilah laman web ini untuk
> > mengetahui bagaimana cara-caranya. 
> > 
> >     http://edana.topcities.com/118N_0003.html 
> > 
> >      MUDAH-MUDAHAN KITA MEMPEROLEH KEJAYAAN 
> > 
> > 
> > 
> >
> --------------------------------------------------------------------------
> ----
> >   Get more from the Web. FREE MSN Explorer download
> > : http://explorer.msn.com
> > 
> > 
> > 
> 
> 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Send your FREE holiday greetings online!
> http://greetings.yahoo.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke