Perniagaan apa ni !!
This is illegal business dan haram !!
Piramid ! Money game ! Surat berantai !
Janganlah menggunakan ugama untuk kepentingan nafsu peribadi!
 Islam menganjurkan jual beli barangan dan perkhidmatan yang ada nilai dengan wang pembeli. Netters sekalian jangan tertipu dengan muslihat sebegini !!!
 
----- Original Message -----
From: LIZA CUTE
Sent: Thursday, December 06, 2001 11:41 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* CARA MENINGKATKAN UKHWAH DAN EKONOMI ISLAM
 

umat Islam di Malaysia (khususnya) dan di Dunia (amnya) mengalami kelemahan dari segi ekonomi. Badan-badan dan pertubuhan yang diberi tanggungjawab untuk memajukan ekonomi umat islam telah tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Akibatnya umat Islam terpaksa meminjam daripada bank-bank dan institusi-institusi kewangan lain yang berunsurkan riba.

Tahukah anda bahawa riba itu haram? Saya yakin ramai yang tahu.....tetapi sedar tak sedar, hampir setiap satu daripada kita tidak dapat lepas daripada riba. Hutang rumah, kereta dan kadangkala pinjaman peribadi, semuanya dilaksanakan dengan berteraskan konsep riba. Mungkin inilah di antara sebabnya hati-hati kita lebih cenderung kepada kejahatan dan nafsu. Ada yang cuba untuk menutup kejahilan dengan pelbagai alasan yang dianggap munasabah. Al Quran dan Al Hadis sering dibaca tetapi jarang sekali dijadikan pedoman. Fatwa dikeluarkan berlandaskan kepada matlamat peribadi.

Di manakah kedudukan umat Islam sekarang? Islam ditindas, dihina dan diperangi .........oleh siapa? Yahudi dengan kerjasama umat Islam sendiri. Kita lalai dibuai kemewahan hasil daripada riba. Kita diikat oleh hutang yang berlandaskan kepada riba sehingga sibuk dan tidak sempat beribadat. Apa lagi hendak mengenang atau membantu umat islam yang lain.

Jelaslah!!! Betapa lemahnya ikatan ukhwah Islamiyah di kalangan umat islam sendiri. Di kala umat islam di Palestin, Afghanistan, Bosnia, Iraq dan lain-lain diancam oleh Kafir dan Yahudi, kita masih bersenang lenang dan sibuk mencari wang ringgit. Untuk apa?..... untuk menimbuskan hutang piutang dan bebanan akibat daripada riba. Akhirnya, ukhwah islamiyah tidak diambil peduli.

YA!!! Wang bukanlah segalanya. Tetapi di manakah kedudukan orang-orang miskin? Dihina, dibuli dan dianggap seperti sampah yang tiada berguna. Di mana pula kedudukan mereka yang berada? Mereka mampu melakukan apa sahaja hatta menguasai dunia. Adakah pihak yang berani membuli dan memperkecil-kecilkan golongan berada?

Memang ramai umat Islam yang ingin bergiat cergas dalam bidang perniagaan kerana ia merupakan 90% daripada punca pendapatan. Bagaimanapun, masalah kewangan merupakan punca paling utama yang menyebabkan niat untuk berniaga dan berdagang terpaksa dilupakan.

Oleh yang demikian, marilah kita bekerjasama dalam mempertingkatkan tahap kewangan dan ukhwah umat islam sejagat. Kunjungilah laman web ini untuk mengetahui bagaimana cara-caranya.

http://edana.topcities.com/118N_0003.html

 MUDAH-MUDAHAN KITA MEMPEROLEH KEJAYAAN



Get more from the Web. FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com

Kirim email ke