*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Fuh! banyak sungguh aih email pasal Siti dan Anugerah
Juara Lagu 2001 tu.

Hmm....hangpa nie free sungguh noh, ada masa boleh dok
lepak depan TV tengok Siti.

Malam-malam lepas balik kerja ka mana ka, tak terfikir
nak nak pi masjid ka, nak buat part time bisness ka
apa ka ka, selain daripada dok lepak tengok Siti nie?

La nie hangpa tau dak kata ekonomi makin mencengkam;
Cina MCA tu tak akan bergaduh kalau kek Ekonomi Negara
masih utuh macam dulu. Kalau hangpa nak tau, kek yg
dulunya besar dah makin kecik; sedangkan mulut yg nak
makan (kroni) dok ramai macam tu jugak. Sebab tulah
depa bergaduh.

Baru-baru ini, dalam usaha nak cari duit part-time
(aku miskin tak macam hangpa kaya dah, sebab tu boleh
lepak tengok TV); aku ditakdirkan bergebang dengan
seorang kontraktor UMNO pasal dia punya project
juta-juta punya. Aku meleleh ayaq liuq sajalah bila
dia dok sembang project juta-juta nie; kalau dapat
komisen sikit pun dah kira ratus-ratus ribu dah
(hangpa doakanlah aku dapat).

Sekali tu termasuk bab politik, dia kata dia lega
sungguh sebab Daim jatuh. Sebab apa? sebab isu kek di
atas itulah; bila Daim jatuh, orang lain boleh pakat
makan pulak. Begitulah suasana di luar sana.

So, bila hangpa pakat dok layan Siti, dok meleleh
tengok Siti yg gebu tu; depa-depa di sana dok sendawa
tak renti-renti makan kek yg sepatutnya kita sebagai
rakyat yg bayar cukai nie pun boleh tumpang sama.
Fikir-fikirkan lah.

Kita nie orang islam, Dunia mahu Akhirat pun mau, tapi
taklah sampai meleleh dok layan Siti kat depan TV tu.

Cakap pasal Siti nie; aku ingat cara terbaik nak
tolong hangpa daripada dok perabih masa, jamu mata
tengok Siti, elok kot kalau aku cuba masuk 
meminang dia

Agak-agak hangpalah:
Paling tinggi berapa hantaran aku kena sedia?






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send your FREE holiday greetings online!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to