*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--- apa nama <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
<cut> 
> Kalau dapat pompuan yang manis dipandang mata
> walaupun tak cantik macam ct, patuh pada cakap
> suami, tak suka bantah2, suka duduk dirumah,
> suka anak2 ramai, senyum manjang walaupun
> kepenatan, bersyukur dengan apa yang, kena
> pilih yg ini walaupun ada yg macam ct atau
> janda2 glamor yg mengiurkan datang menyerah
> diri.
<cut>

salam~

Hamba bersetuju penuh dengan tulisan sdra apanama di
atas.

Masalahnya sifat-sifat seorang wanita & isteri mithali
yg digambarkan oleh sdra apanama di atas sudah semakin
pupus. Amat jarang untuk kita temui mereka yg
beperwatakan yang sedemikian.

Aku sendiri kadang-kadang rasa tak puas hati sungguh
tengok bini-bini orang yg jenis suka melawan cakap
laki atau pun jenis suka control laki nie. Bukan kata
kat orang lain, adik pompuan aku sorang tu pun jenis
macam tu jugak; semua cakap dia nak kena laki ikut;
nasib baik adik ipaq aku tu jenis-jenis aku jugak,
baik, patuh dan mithali!!

Bertuahlah sapa-sapa yg dapat laki macam aku dan adik
ipaq aku tu....[sebab tulah aku nak offerkan diri aku
kat SITI...:-)]

Kadang-kadang aku terfikir, apa ke puncanya pasal apa
pompuan-pompuan zaman nie banyak yg jenis keras kepala
dan suka melawan cakap laki. Antara punca yg aku dapat
kenai pasti ialah pengaruh majalah-majalah wanita yg
berlambak-lambak kat pasaran tu; bukan kata majalah tu
saja, kat Utusan Malaysia DCCK tu pun lebih kurang
serupa juga.

Bila baca kisah-kisah rumahtangga atau pun TIPS
Kebahagiaan Rumahtangga tu, last sekali pengajaran dia
ialah:

"Jangan Percayakan LAKI Anda!!"

Semuanya menjurus ke arah supaya kaum wanita/isteri
jangan memberi 100% kepercayaan kpd suami sendiri; ada
yg 'baik' sikit, dia akan kata:

"Kalau nak bagi pun, bagi lah dalam 70% saja, yg 30%
lagi simpan dalam beg anda.....orang lelaki nie bukan
boleh percaya sangat!"

Aku la, cukup bara sungguh bila baca artikel-artikel
yg macam tu. Sekali tu bini aku beli majalah apa entah
(Mingguan Wanita kot); dia tak sempat baca lagi, aku
belek dulu. Sekali tu kat Cetusan Pendapat ka apa ka
daripada Ketua Editor, ada ditulis tentang benda di
atas tu, dia kata Jangan Percayakan Suami Anda 100%
atau pun lebih kurang macam tu....siap dengan huraian
terperinci sampai dekat satu m/surat. Memang
convincing habis!

Lepas tu hangpa tau apa aku buat?

Aku koyak pelan-pelan page tu.....dan juga page yg
bersambung dengan page tersebut kat belakang. Cantik
saja....macam tak dak apa-apa, lepas tu aku letak
balik dalam beg pompuan aku. Lega dia tak sempat
baca!!

Itu mungkin satu tindakan yg terlalu drastik, tapi nak
buat macam mana lagi, aku bukan boleh control apa yg
editor tu nak tulis, dan aku jugak tak boleh control
bini aku nak beli majalah apa. Duit gaji dia, dia
punyalah....lainlah kalau dia serah 100% duit gaji dia
kat aku....bolehlah aku simpan sikit2, lama-lama bila
dah jadi bukit, boleh la buat minang SITI!!!

Berbalik kpd tajuk di atas, adalah dirasakan pengaruh
persekitaran seperti wanita bekerja luar rumah,
majalah dan media2 massa termasuk chat di internet
menyebabkan sifat2 keibuan yg disebut oleh sdra
apanama di atas semakin berkurangan.

Tidak salah kalau kita katakan, golongan wanita idaman
lelaki seperti yg digambarkan itu kini sudah pun
termasuk ke dalam senarai species yang hilang.......

-Temingat Di Belantara-










__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send your FREE holiday greetings online!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke