*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--- apa nama <[EMAIL PROTECTED]> wrote: <cut> > Kalau dapat pompuan yang manis dipandang mata > walaupun tak cantik macam ct, patuh pada cakap > suami, tak suka bantah2, suka duduk dirumah, > suka anak2 ramai, senyum manjang walaupun > kepenatan, bersyukur dengan apa yang, kena > pilih yg ini walaupun ada yg macam ct atau > janda2 glamor yg mengiurkan datang menyerah > diri. <cut> salam~ Hamba bersetuju penuh dengan tulisan sdra apanama di atas. Masalahnya sifat-sifat seorang wanita & isteri mithali yg digambarkan oleh sdra apanama di atas sudah semakin pupus. Amat jarang untuk kita temui mereka yg beperwatakan yang sedemikian. Aku sendiri kadang-kadang rasa tak puas hati sungguh tengok bini-bini orang yg jenis suka melawan cakap laki atau pun jenis suka control laki nie. Bukan kata kat orang lain, adik pompuan aku sorang tu pun jenis macam tu jugak; semua cakap dia nak kena laki ikut; nasib baik adik ipaq aku tu jenis-jenis aku jugak, baik, patuh dan mithali!! Bertuahlah sapa-sapa yg dapat laki macam aku dan adik ipaq aku tu....[sebab tulah aku nak offerkan diri aku kat SITI...:-)] Kadang-kadang aku terfikir, apa ke puncanya pasal apa pompuan-pompuan zaman nie banyak yg jenis keras kepala dan suka melawan cakap laki. Antara punca yg aku dapat kenai pasti ialah pengaruh majalah-majalah wanita yg berlambak-lambak kat pasaran tu; bukan kata majalah tu saja, kat Utusan Malaysia DCCK tu pun lebih kurang serupa juga. Bila baca kisah-kisah rumahtangga atau pun TIPS Kebahagiaan Rumahtangga tu, last sekali pengajaran dia ialah: "Jangan Percayakan LAKI Anda!!" Semuanya menjurus ke arah supaya kaum wanita/isteri jangan memberi 100% kepercayaan kpd suami sendiri; ada yg 'baik' sikit, dia akan kata: "Kalau nak bagi pun, bagi lah dalam 70% saja, yg 30% lagi simpan dalam beg anda.....orang lelaki nie bukan boleh percaya sangat!" Aku la, cukup bara sungguh bila baca artikel-artikel yg macam tu. Sekali tu bini aku beli majalah apa entah (Mingguan Wanita kot); dia tak sempat baca lagi, aku belek dulu. Sekali tu kat Cetusan Pendapat ka apa ka daripada Ketua Editor, ada ditulis tentang benda di atas tu, dia kata Jangan Percayakan Suami Anda 100% atau pun lebih kurang macam tu....siap dengan huraian terperinci sampai dekat satu m/surat. Memang convincing habis! Lepas tu hangpa tau apa aku buat? Aku koyak pelan-pelan page tu.....dan juga page yg bersambung dengan page tersebut kat belakang. Cantik saja....macam tak dak apa-apa, lepas tu aku letak balik dalam beg pompuan aku. Lega dia tak sempat baca!! Itu mungkin satu tindakan yg terlalu drastik, tapi nak buat macam mana lagi, aku bukan boleh control apa yg editor tu nak tulis, dan aku jugak tak boleh control bini aku nak beli majalah apa. Duit gaji dia, dia punyalah....lainlah kalau dia serah 100% duit gaji dia kat aku....bolehlah aku simpan sikit2, lama-lama bila dah jadi bukit, boleh la buat minang SITI!!! Berbalik kpd tajuk di atas, adalah dirasakan pengaruh persekitaran seperti wanita bekerja luar rumah, majalah dan media2 massa termasuk chat di internet menyebabkan sifat2 keibuan yg disebut oleh sdra apanama di atas semakin berkurangan. Tidak salah kalau kita katakan, golongan wanita idaman lelaki seperti yg digambarkan itu kini sudah pun termasuk ke dalam senarai species yang hilang....... -Temingat Di Belantara- __________________________________________________ Do You Yahoo!? Send your FREE holiday greetings online! http://greetings.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>