*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
February 19 , 2002 21:12PM

Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana
 
MELAKA, 19 Feb (Bernama) -- Jerman melihat Malaysia dan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai negara dan pemimpin Islam yang
sederhana, serta kagum dengan pembangunan negara ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kenyataan itu disuarakan
oleh Duta Jerman ke Malaysia Juergen AR Staks yang membuat kunjungan hormat
kepada beliau di Seri Negeri, Air Keroh Selasa. 

Ketika bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Isu-isu Semasa
Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM), Mohd Ali berkata duta Jerman itu juga
menyatakan persefahaman serta perpaduan rakyat di negara ini turut dikagumi
oleh para pemimpin negaranya.

"Malaysia mencapai persefahaman yang erat dan baik bukan sahaja di kalangan
negara Islam, bahkan juga dengan negara-negara maju lain dan juga negara
bukan Islam," katanya.

Beliau berkata kesederhanaan yang diamalkan oleh pemimpin negara ini
menyebabkan semakin ramai pelancong dari Eropah terutamanya Jerman mengenali
Malaysia sebagai sebuah negara aman, maju dan cantik.

Mohd Ali berkata beliau akan menyertai rombongan Perdana Menteri ke Jerman
pada bulan hadapan dan akan menemui pusat kanser di Munich dan sebuah pusat
K-Ekonomi di universiti negara itu untuk meninjau peluang kerjasama antara
Melaka dengan Jerman.
-- BERNAMA

>>>>

Artikel dalam Berita Harian 1-Okt-2001 yang bertajuk "Universiti Oxford
iktiraf Malaysia negara Islam: Kerk ":

KUALA LUMPUR, Ahad - Universiti Oxford di United Kingdom mentakrifkan
Malaysia sebagai negara Islam yang progresif dan moden, kata timbalan
presiden Parti Gerakan, Datuk Kerk Choo Ting.

Beliau berkata bab mengenai Islam Kontemporari dalam Oxford Encyclopedia
jilid khas memberi setinggi pujian kepada Malaysia dan menyifatkannya
sebagai negara Islam contoh yang mengamalkan tadbir urus yang baik.

>>>

Dalam Utusan bertarikh 4-Feb-2002, mengenai petikan ucapan Mahathir:

"Berucap pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini hari ini, beliau
mengingatkan, jika Islam tidak lagi kelihatan sebagai sebuah agama SEDERHANA
yang menyeru kepada keamanan, ini adalah kerana penyelewengan serta tafsiran
tidak betul ulama-ulama politik itu."

>>>>

Dalam perutusan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sempena tahun baru 2002 ada
mengatakan:

"Kita boleh berbangga kerana bukan sahaja negara bukan Islam tetapi
kebanyakan negara Islam juga menganggap Malaysia sebagai negara Islam contoh
yang mereka idamkan."

KOMEN:

Adakah ini agaknya negara "Islam" yang PM inginkan, negara "Islam sederhana"
yang secocok dengan dan diredhai/diidamkan oleh orang kafir, negara bukan
Islam?

SEDERHANA yang macammana-kah yang dituntut oleh Islam yang sebenar?

Adakah Islam SEDERHANA sehingga tidak perlu melaksanakan hukum-hukum Allah
seperti ucapan Mahathir yg dipetik dari Utusan bertarikh 13-Jan-2001:

''Kerajaan sekarang dianggap bukan kerajaan Islam kerana tidak melaksanakan
hukum hudud sedangkan tidak ada satu pun dari 56 anggota OIC (Pertubuhan
Negara-Negara Islam) yang menerapkan hukum hudud dalam pemerintahan mereka."

Dalam Utusan 2-Jul-2001, antara petikan mengenai ucapan Mahathir:

"Katanya, kerajaan akan melaksanakan hukum Islam setakat yang termampu
dengan mengambil kira 40 peratus rakyat bukan Islam di negara ini."

>>>>>

Al-Baqarah ayat 120:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah
(ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)
pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh
dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada
mu. 

Al-Ahzaab ayat 48:
Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang
munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta
berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi
Pelindung (yang menyelamatkanmu). 

Muhammad ayat 9:
Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang
diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang
diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. 

Al-Jaathiyah ayat 18:
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau)
menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka
turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui (perkara yang benar). 

Al-Furqaan ayat 30 & 52:

[25.30] Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah
menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".


[25.52] Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak
orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi
mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke