*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tapi kita juga wajib ingat dalam kesederhanaan kita , kita wajib halang 
keruntuhan moral dan juga kejadian murtad dikalangan orang Islam. Cuba anda 
selidik berapa banyak orang islam yang murtad dan runtuh moral di Malaysia. Saya 
jamin anda pasti terkejut dgn statistik tersebut.Walaupun kita mengamal konsep 
kesederhanaan (kononnya , ALLAH sahaja yang maha mengetahui) kita tidak harus 
memperjudikan akidah dan cara hidup umat islam dalam menarik perhatian orang 
bukan Islam. Contoh dgn merendahkan usaha mengajak umat Islam sendiri bertudung . 
Saya pernah dikatakan sebagai anjing yang menyalak kerana menyeru rakan muslim 
saya bertudung kononnya mereka rasa tindakan saya menakutkan orang bukan islam 
terhadap Islam.(walhal bertudung adalah wajib dan tiada kompromi). 

In article <H0001f810ed70503@MHS>,  wrote:
> From: [EMAIL PROTECTED]
> Date: Thu, 21 Feb 2002 15:39:54 +0800
> Subject: H-Net* Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana
> TO: [EMAIL PROTECTED]
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Sila rujuk kenyataan ini :-
> 
> Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana
>  
> MELAKA, 19 Feb (Bernama) -- Jerman melihat Malaysia dan Perdana Menteri
> Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai negara dan pemimpin Islam yang
> sederhana, serta kagum dengan pembangunan negara ini.
> 
> Kaitannya : Jerman (sebuah negara bukan Islam, majoriti beragama Kristian) 
> boleh menerima cara negara ini ditadbir melalui Islam sederhana (menurut 
> mereka).
> 
> Adakah anda akan berjaya menarik minat orang bukan Islam (kafir) masuk Islam 
> jika menggunakan cara melampau? bukankah dengan cara yang sederhana ini dapat 
> menarik minat mereka untuk mendekati dan seterusnya menganuti Islam? 
> 
> Saya rasa saudara sendiri pun tahu...bahawa tiada manusia yang 100% yang 
> sempurna dalam dunia ini, setiap insan ada kelebihan dan kekurangan 
> masing-masing. Dalam hal ini mungkin ilmu agama saudara mengenai agama lebih 
> daripada pemimpin negara ini. Maka dengan itu insan-insan seperti saudaralah 
> yang kita perlukan untuk menyebarkan syiar Islam yang sebenarnya pada mereka. 
> Tetapi perlu diingat, perkara ini tak mungkin akan berlaku jika ianya tidak 
> dimulakan dengan satu langkah yang kecil (menarik minat / membuatkan mereka 
> (kafir) kagum akan cara Islam yang sederhana ini).
> 
>  Sekurang-kurangnya ada juga sumbangan pemimpin negara ini dalam menarik orang 
> kafir berminat akan Islam walaupun pengetahuan beliau tentang Islam tidak 
> setinggi mana. Diharapkan, selepas adanya orang kafir ini berminat dan masuk 
> Islam, maka selepas itu barulah ianya perlu digilap dengan Islam yang 
> sebenar-benarnya....dan mungkin saudara adalah antara insan-insan yang mampu 
> untuk menjayakannya (jika itu kelebihan saudara).
> 
>  Sesuatu yang besar itu tentulah bermula dari sesuatu yang kecil (maaf jika 
> ayat saya tidak berapa betul, tapi saya rasa saudara faham maksud saya). 
> Diharapkan saudara tidak tersinggung dengan pertanyaan saya tadi. Wasalam.
> 
> Ikhlas,
> Pemuda Islam
> 
> -----Original Message-----
> From: HaslimH [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Thursday, February 21, 2002 2:30 PM
> To: Mokhtar, Maharis; hizb
> Cc: HaslimH
> Subject: RE: H-Net* Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana
> 
> >> Secara peribadi...berapa ramaikah orang kafir yang telah saudara 
> >>Islamkan???....
> 
> Pertanyaan: Apakah kaitan persoalan sdr dgn topik ini?
> 
> Komen/persoalan yang ditimbulkan ialah Islam (sederhana) yang bagaimana.
> 
> Adakah Islam yang ramai umpama buih dilautan? 
> Sehingga peringatan-peringatan dari ayat-ayat yang disertakan sebelum ini
> (did you overlooked?) tidak memberi makna?
> 
> Saya setuju dgn pendapat sdr agar seluruh dunia dapat menerima Islam as the
> WAY OF LIFE! 
> Semoga sebutan "way of life" tidak hanya tinggal sebutan; 
> malangnya hukum-hukum hudud Allah masih tertinggal tidak menjadi sebahagian
> daripada Islam (Way of Life)!
> Bukan setakat tertinggal dalam perlaksanaan, malah tampaknya "way of life"
> ini tertinggal dalam minda/fikrah mereka sehingga menyokong ketidaklaksanaan
> hukum Allah dan menyokong mereka-mereka yang enggan/engkar melaksanakannya!
> 
> Kalau sekadar "kesederhanaan" dapat mengajak orang kafir menganuti Islam,
> kejadian Sep 11 juga berjaya menyebabkan ramai orang kafir menganuti Islam!
> Tak gitu?
> 
> -----Original Message-----
> From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Thursday, February 21, 2002 1:52 PM
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Alhamdulillah...
> 
>  Bersyukurlah dengan pencapaian yang telah kita capai selama ini...ini baru 
> permulaan, perjalanan kita dalam menyebarkan syiar Islam masih panjang.
> Semoga 
> dengan apa yang telah kita capai maka dunia dapat menerima Islam sebagai
> satu 
> cara hidup (Islam is the way of life!).
> 
>  Dan...diharapkan adalah antara mereka yang bukan Islam (kafir) berdetik
> hati 
> mereka untuk menerima lantas memeluk Islam dan dengan ini secara tak
> langsung 
> dapat menambahkan lagi umat Islam dimuka bumi ini.
> 
>  Secara peribadi...berapa ramaikah orang kafir yang telah saudara 
> Islamkan???....
> 
> Ikhlas,
> 
> Pemuda Islam
>  
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> February 19 , 2002 21:12PM
> 
> Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana
>  
> MELAKA, 19 Feb (Bernama) -- Jerman melihat Malaysia dan Perdana Menteri
> Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai negara dan pemimpin Islam yang
> sederhana, serta kagum dengan pembangunan negara ini.
> 
> Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kenyataan itu disuarakan
> oleh Duta Jerman ke Malaysia Juergen AR Staks yang membuat kunjungan hormat
> kepada beliau di Seri Negeri, Air Keroh Selasa. 
> 
> Ketika bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Isu-isu Semasa
> Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM), Mohd Ali berkata duta Jerman itu juga
> menyatakan persefahaman serta perpaduan rakyat di negara ini turut dikagumi
> oleh para pemimpin negaranya.
> 
> "Malaysia mencapai persefahaman yang erat dan baik bukan sahaja di kalangan
> negara Islam, bahkan juga dengan negara-negara maju lain dan juga negara
> bukan Islam," katanya.
> 
> Beliau berkata kesederhanaan yang diamalkan oleh pemimpin negara ini
> menyebabkan semakin ramai pelancong dari Eropah terutamanya Jerman mengenali
> Malaysia sebagai sebuah negara aman, maju dan cantik.
> 
> Mohd Ali berkata beliau akan menyertai rombongan Perdana Menteri ke Jerman
> pada bulan hadapan dan akan menemui pusat kanser di Munich dan sebuah pusat
> K-Ekonomi di universiti negara itu untuk meninjau peluang kerjasama antara
> Melaka dengan Jerman.
> -- BERNAMA
> 
> >>>>
> 
> Artikel dalam Berita Harian 1-Okt-2001 yang bertajuk "Universiti Oxford
> iktiraf Malaysia negara Islam: Kerk ":
> 
> KUALA LUMPUR, Ahad - Universiti Oxford di United Kingdom mentakrifkan
> Malaysia sebagai negara Islam yang progresif dan moden, kata timbalan
> presiden Parti Gerakan, Datuk Kerk Choo Ting.
> 
> Beliau berkata bab mengenai Islam Kontemporari dalam Oxford Encyclopedia
> jilid khas memberi setinggi pujian kepada Malaysia dan menyifatkannya
> sebagai negara Islam contoh yang mengamalkan tadbir urus yang baik.
> 
> >>>
> 
> Dalam Utusan bertarikh 4-Feb-2002, mengenai petikan ucapan Mahathir:
> 
> "Berucap pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini hari ini, beliau
> mengingatkan, jika Islam tidak lagi kelihatan sebagai sebuah agama SEDERHANA
> yang menyeru kepada keamanan, ini adalah kerana penyelewengan serta tafsiran
> tidak betul ulama-ulama politik itu."
> 
> >>>>
> 
> Dalam perutusan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sempena tahun baru 2002 ada
> mengatakan:
> 
> "Kita boleh berbangga kerana bukan sahaja negara bukan Islam tetapi
> kebanyakan negara Islam juga menganggap Malaysia sebagai negara Islam contoh
> yang mereka idamkan."
> 
> KOMEN:
> 
> Adakah ini agaknya negara "Islam" yang PM inginkan, negara "Islam sederhana"
> yang secocok dengan dan diredhai/diidamkan oleh orang kafir, negara bukan
> Islam?
> 
> SEDERHANA yang macammana-kah yang dituntut oleh Islam yang sebenar?
> 
> Adakah Islam SEDERHANA sehingga tidak perlu melaksanakan hukum-hukum Allah
> seperti ucapan Mahathir yg dipetik dari Utusan bertarikh 13-Jan-2001:
> 
> ''Kerajaan sekarang dianggap bukan kerajaan Islam kerana tidak melaksanakan
> hukum hudud sedangkan tidak ada satu pun dari 56 anggota OIC (Pertubuhan
> Negara-Negara Islam) yang menerapkan hukum hudud dalam pemerintahan mereka."
> 
> Dalam Utusan 2-Jul-2001, antara petikan mengenai ucapan Mahathir:
> 
> "Katanya, kerajaan akan melaksanakan hukum Islam setakat yang termampu
> dengan mengambil kira 40 peratus rakyat bukan Islam di negara ini."
> 
> >>>>>
> 
> Al-Baqarah ayat 120:
> Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
> kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah
> terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah
> (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau
> menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)
> pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh
> dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada
> mu. 
> 
> Al-Ahzaab ayat 48:
> Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang
> munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta
> berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi
> Pelindung (yang menyelamatkanmu). 
> 
> Muhammad ayat 9:
> Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang
> diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang
> diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. 
> 
> Al-Jaathiyah ayat 18:
> Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau)
> menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka
> turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang
> yang tidak mengetahui (perkara yang benar). 
> 
> Al-Furqaan ayat 30 & 52:
> 
> [25.30] Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah
> menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
> 
> [25.52] Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak
> orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi
> mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.
>



Sent using Virtual Access 5.51 - download your freeware copy now
http://www.atlantic-coast.com/downloads/vasetup.exe




_________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ilsam_group <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke