*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > Adakah anda akan berjaya menarik minat orang > bukan Islam (kafir) masuk Islam jika > menggunakan cara melampau? bukankah dengan > cara yang sederhana ini dapat menarik minat > mereka untuk mendekati dan seterusnya > menganuti Islam?
Mungkin definasi sederhana tu, macam malaysia sekarang lah. Apa pula definasi melampau. Caution: Hati2 membuat definasi, takut bertentangan dengan apa yang Allah sebut. From: <[EMAIL PROTECTED]> To: <[EMAIL PROTECTED]> Sent: Thursday, February 21, 2002 3:39 PM Subject: H-Net* Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana > > Sila rujuk kenyataan ini :- > > Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana > > MELAKA, 19 Feb (Bernama) -- Jerman melihat Malaysia dan Perdana Menteri > Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai negara dan pemimpin Islam yang > sederhana, serta kagum dengan pembangunan negara ini. > > Kaitannya : Jerman (sebuah negara bukan Islam, majoriti beragama Kristian) > boleh menerima cara negara ini ditadbir melalui Islam sederhana (menurut > mereka). > > Adakah anda akan berjaya menarik minat orang bukan Islam (kafir) masuk Islam > jika menggunakan cara melampau? bukankah dengan cara yang sederhana ini dapat > menarik minat mereka untuk mendekati dan seterusnya menganuti Islam? > > Saya rasa saudara sendiri pun tahu...bahawa tiada manusia yang 100% yang > sempurna dalam dunia ini, setiap insan ada kelebihan dan kekurangan > masing-masing. Dalam hal ini mungkin ilmu agama saudara mengenai agama lebih > daripada pemimpin negara ini. Maka dengan itu insan-insan seperti saudaralah > yang kita perlukan untuk menyebarkan syiar Islam yang sebenarnya pada mereka. > Tetapi perlu diingat, perkara ini tak mungkin akan berlaku jika ianya tidak > dimulakan dengan satu langkah yang kecil (menarik minat / membuatkan mereka > (kafir) kagum akan cara Islam yang sederhana ini). > > Sekurang-kurangnya ada juga sumbangan pemimpin negara ini dalam menarik orang > kafir berminat akan Islam walaupun pengetahuan beliau tentang Islam tidak > setinggi mana. Diharapkan, selepas adanya orang kafir ini berminat dan masuk > Islam, maka selepas itu barulah ianya perlu digilap dengan Islam yang > sebenar-benarnya....dan mungkin saudara adalah antara insan-insan yang mampu > untuk menjayakannya (jika itu kelebihan saudara). > > Sesuatu yang besar itu tentulah bermula dari sesuatu yang kecil (maaf jika > ayat saya tidak berapa betul, tapi saya rasa saudara faham maksud saya). > Diharapkan saudara tidak tersinggung dengan pertanyaan saya tadi. Wasalam. > > Ikhlas, > Pemuda Islam > > -----Original Message----- > From: HaslimH [SMTP:[EMAIL PROTECTED]] > Sent: Thursday, February 21, 2002 2:30 PM > To: Mokhtar, Maharis; hizb > Cc: HaslimH > Subject: RE: H-Net* Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana > > >> Secara peribadi...berapa ramaikah orang kafir yang telah saudara > >>Islamkan???.... > > Pertanyaan: Apakah kaitan persoalan sdr dgn topik ini? > > Komen/persoalan yang ditimbulkan ialah Islam (sederhana) yang bagaimana. > > Adakah Islam yang ramai umpama buih dilautan? > Sehingga peringatan-peringatan dari ayat-ayat yang disertakan sebelum ini > (did you overlooked?) tidak memberi makna? > > Saya setuju dgn pendapat sdr agar seluruh dunia dapat menerima Islam as the > WAY OF LIFE! > Semoga sebutan "way of life" tidak hanya tinggal sebutan; > malangnya hukum-hukum hudud Allah masih tertinggal tidak menjadi sebahagian > daripada Islam (Way of Life)! > Bukan setakat tertinggal dalam perlaksanaan, malah tampaknya "way of life" > ini tertinggal dalam minda/fikrah mereka sehingga menyokong ketidaklaksanaan > hukum Allah dan menyokong mereka-mereka yang enggan/engkar melaksanakannya! > > Kalau sekadar "kesederhanaan" dapat mengajak orang kafir menganuti Islam, > kejadian Sep 11 juga berjaya menyebabkan ramai orang kafir menganuti Islam! > Tak gitu? > > -----Original Message----- > From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]] > Sent: Thursday, February 21, 2002 1:52 PM > To: [EMAIL PROTECTED] > Subject: H-Net* Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana > Alhamdulillah... > > Bersyukurlah dengan pencapaian yang telah kita capai selama ini...ini baru > permulaan, perjalanan kita dalam menyebarkan syiar Islam masih panjang. > Semoga > dengan apa yang telah kita capai maka dunia dapat menerima Islam sebagai > satu > cara hidup (Islam is the way of life!). > > Dan...diharapkan adalah antara mereka yang bukan Islam (kafir) berdetik > hati > mereka untuk menerima lantas memeluk Islam dan dengan ini secara tak > langsung > dapat menambahkan lagi umat Islam dimuka bumi ini. > > Secara peribadi...berapa ramaikah orang kafir yang telah saudara > Islamkan???.... > > Ikhlas, > > Pemuda Islam > > > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > February 19 , 2002 21:12PM > > Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana > > MELAKA, 19 Feb (Bernama) -- Jerman melihat Malaysia dan Perdana Menteri > Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai negara dan pemimpin Islam yang > sederhana, serta kagum dengan pembangunan negara ini. > > Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kenyataan itu disuarakan > oleh Duta Jerman ke Malaysia Juergen AR Staks yang membuat kunjungan hormat > kepada beliau di Seri Negeri, Air Keroh Selasa. > > Ketika bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Isu-isu Semasa > Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM), Mohd Ali berkata duta Jerman itu juga > menyatakan persefahaman serta perpaduan rakyat di negara ini turut dikagumi > oleh para pemimpin negaranya. > > "Malaysia mencapai persefahaman yang erat dan baik bukan sahaja di kalangan > negara Islam, bahkan juga dengan negara-negara maju lain dan juga negara > bukan Islam," katanya. > > Beliau berkata kesederhanaan yang diamalkan oleh pemimpin negara ini > menyebabkan semakin ramai pelancong dari Eropah terutamanya Jerman mengenali > Malaysia sebagai sebuah negara aman, maju dan cantik. > > Mohd Ali berkata beliau akan menyertai rombongan Perdana Menteri ke Jerman > pada bulan hadapan dan akan menemui pusat kanser di Munich dan sebuah pusat > K-Ekonomi di universiti negara itu untuk meninjau peluang kerjasama antara > Melaka dengan Jerman. > -- BERNAMA > > >>>> > > Artikel dalam Berita Harian 1-Okt-2001 yang bertajuk "Universiti Oxford > iktiraf Malaysia negara Islam: Kerk ": > > KUALA LUMPUR, Ahad - Universiti Oxford di United Kingdom mentakrifkan > Malaysia sebagai negara Islam yang progresif dan moden, kata timbalan > presiden Parti Gerakan, Datuk Kerk Choo Ting. > > Beliau berkata bab mengenai Islam Kontemporari dalam Oxford Encyclopedia > jilid khas memberi setinggi pujian kepada Malaysia dan menyifatkannya > sebagai negara Islam contoh yang mengamalkan tadbir urus yang baik. > > >>> > > Dalam Utusan bertarikh 4-Feb-2002, mengenai petikan ucapan Mahathir: > > "Berucap pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini hari ini, beliau > mengingatkan, jika Islam tidak lagi kelihatan sebagai sebuah agama SEDERHANA > yang menyeru kepada keamanan, ini adalah kerana penyelewengan serta tafsiran > tidak betul ulama-ulama politik itu." > > >>>> > > Dalam perutusan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sempena tahun baru 2002 ada > mengatakan: > > "Kita boleh berbangga kerana bukan sahaja negara bukan Islam tetapi > kebanyakan negara Islam juga menganggap Malaysia sebagai negara Islam contoh > yang mereka idamkan." > > KOMEN: > > Adakah ini agaknya negara "Islam" yang PM inginkan, negara "Islam sederhana" > yang secocok dengan dan diredhai/diidamkan oleh orang kafir, negara bukan > Islam? > > SEDERHANA yang macammana-kah yang dituntut oleh Islam yang sebenar? > > Adakah Islam SEDERHANA sehingga tidak perlu melaksanakan hukum-hukum Allah > seperti ucapan Mahathir yg dipetik dari Utusan bertarikh 13-Jan-2001: > > ''Kerajaan sekarang dianggap bukan kerajaan Islam kerana tidak melaksanakan > hukum hudud sedangkan tidak ada satu pun dari 56 anggota OIC (Pertubuhan > Negara-Negara Islam) yang menerapkan hukum hudud dalam pemerintahan mereka." > > Dalam Utusan 2-Jul-2001, antara petikan mengenai ucapan Mahathir: > > "Katanya, kerajaan akan melaksanakan hukum Islam setakat yang termampu > dengan mengambil kira 40 peratus rakyat bukan Islam di negara ini." > > >>>>> > > Al-Baqarah ayat 120: > Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka > kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah > terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah > (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau > menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) > pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh > dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada > mu. > > Al-Ahzaab ayat 48: > Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang > munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta > berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi > Pelindung (yang menyelamatkanmu). > > Muhammad ayat 9: > Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang > diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang > diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. > > Al-Jaathiyah ayat 18: > Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) > menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka > turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang > yang tidak mengetahui (perkara yang benar). > > Al-Furqaan ayat 30 & 52: > > [25.30] Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah > menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". > > > [25.52] Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak > orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi > mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. > > > Pengirim: [EMAIL PROTECTED] > -- _______________________________________________ Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com http://www.mail.com/?sr=signup Win a ski trip! http://www.nowcode.com/register.asp?affiliate=1net2phone3a ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>