*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut adalah kenyataan penuh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri
Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan beliau terhadap
tuduhan menyalahgunakan kuasa dan hukuman penjara enam tahun.
Mantau ketua saudara, sekurang-kurangnya tidak berpura-pura gagah
menyembunyi hakikat bahawa beliau bertindak di bawah telunjuk Dr Mahathir
[Mohamad]. Saudara di sebaliknya mempamerkan sandiwara badan kehakiman yang
bebas dengan pernyataan hasrat untuk memulihkan keyakinan terhadap badan
kehakiman.
Kalangan yang menaruh harapan bahawa badan kehakiman akan bebas dan mantap
sebagai cetusan hasrat rakyat kini kecewa. Malang sekali, lantaran sikap
bacul segelintir, maka hasrat rakyat terbanyak hampa dan dikhianati.
Penghakiman hari ini merupakan hukuman ke atas mahkamah tertinggi negara.
Para hakim telah mendera diri dengan cara aib sekali di depan khalayak
dunia.
Sesungguhnya, rayuan ini bukan mutlak isu perundangan, malah permasalahan
kekuatan moral. Penghakiman ini merupakan pengkhianatan terbuka terhadap
amanah rakyat dan jelas merupakan pencabulan hukum.
Persoalan pokok yang kami ketengahkan ialah bahawa Hakim S Augustine Paul
tidak mengetuai perbicaraan tetapi salah bicara; dengan melanggar kaedah
perundangan, menafikan hak asasi saya membela diri menurut proses
perbicaraan yang sah.
Bukti sahih yang dikemukakan, menunjukkan gelagat pendakwa merekaya
keterangan terhadap saya. Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah mencela
tindakan tersebut dan mempertikai sikap hakim berkenaan.
Keputusan menolak rayuan ini jelas melanggar prinsip keadilan dan menghina
badan kehakiman. Ketua Hakim Negara bertindak liar menghumbankan dirinya dan
institusi mulia ini ke lembah kegelapan.
Konspirasi peringkat tertinggi kini lengkap sudah, dengan mencakup mahkamah
dan badan kehakiman. Mereka diperangkap dan dengan rela menjadi perkakas
yang tunduk kepada perintah Dr M. Saya ucapkan selamat kepada Dr M yang
kononnya akan bersara. Tidak ada lagi institusi baki yang boleh dimusnahkan.
Keadilan menuntut keberanian, kegigihan berdasarkan keyakinan. Insya-Allah,
keadilan akan dapat ditegakkan juga olehnya. Saya menyeru rakan-rakan
pejuang keadilan supaya teguh dan tabah.
Kita akan bersihkan sampah-sarap rasuah, kezaliman dan penindasan hasil
peninggalan Dr M dan kita akan bangunkan Malaysia yang demokratik dan adil.
----- Original Message -----
From: "aduka aduka" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "ku6ku6 ku6ku6" <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, July 10, 2002 9:38 AM
Subject: H-Net* Re: Ikhlas


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> terima kasih di atas peringatan tuan.
>
>  --- ku6ku6 ku6ku6 <[EMAIL PROTECTED]> wrote: >
> Ikhlas adalah sifat kelakuan hati yang
> > terpuji.Ikhlas dalam pengertian
> > bahasa adalah bersih,suci.sesuatu bekas yang
> > bersih,suci juga disebut
> > ikhlas(dalam pergertian bahasa).Ikhlas dalam ibadat
> > dan amal ibadat
> > semata-mata kerana Allah taala dalam bentuk perintah
> > atau larangannya,dan tidak ada tujuan selain dari
> > itu.Bukan
> > kerana harta benda pangkat atau pujian
> > manusia.Segala amalan
> > tidak diterima sekiranya tidak ikhlas."Akhir zaman
> > ramai yang berpuasa
> > tetapi dapat lapar dan dahaga sahaja.Tidak ada syrik
> > dengan
> > Allah taala,seperti ada yang sembah Tuhan,dan dalam
> > masa yang sama,
> > sembah patung,sembah manusia,sembah harta,inilah dia
> > penyesekutuan
> > kepada Allah Taala atau mengambil hukum selain
> > daripada hukum
> > Allah taala.Atau melakukan ibadat mau
> > sanjungan,pujian (syirik)
> > yang merosakkan segala amal ibadat.Firman Allah
> > Taala yang bermaksud
> > "Tidak disuruh akan mereka itu melainkan menyembah
> > merika akan Allah Taala
> > pada ketika membersihkan merika baginya aakan Ugama
> > daripada
> > syirik kecil atau syrik besar".
> >
> >   Segala amalan kita bergantung kepada niat,dan akan
> > diberi "uhuhuh"
> > (pahla).Barang siapa berpindah ia dari negeri kafir
> > kepada negeri
> > Islam dengan niat yang ikhlas kerana menjunjung
> > perintah Allah
> > dan Rasul nya maka perpindahan itu mulia dan
> > diterima dan diberi pahla.
> > Barang siapa yang berpindah kerana dunia,dapatlah
> > dunia dan berpindah
> > kerana perempuan dapatlah dia bergantung pada barang
> > berpindah dan
> > padanya amat keji.Terengganu,Kelantan daripada
> > sistem Kafir kepada Islam
> > adakah kita nak tukar pulak kepada sistem
> > kafir?.Tergantung
> > pada niat masing-masing dan perpindahan tersebut
> > adalah haram dan
> > amat keji sekali.Bagitu juga pindah duit dari
> > Bank-Bank Islam keBank
> > Swiss,keNegeri Kafir sesungguhnya perpindahan
> > tersebut tidak
> > kepada Allah dan Rasul.Merika ini bukan jahil tetapi
> > jahat.
> > Marilah kita melakukan perpindahan dari hukum
> > manusia kepada
> > hukum Allah dan Rasul.
> >    Marilah kita sama-sama berjuang dengan
> > mengiklaskan diri semata-mata
> > kerana Allah dan Rasul bukan kerana wang ringgit
> > pangkat atau
> > harta.Ikhlas itu adalah rashia daripada rashia Allah
> > Taala,dan
> > Allah muliakan Dato Fadhir Nor kerana keikhlasannya
> > dalam perjuangan
> > menegakkan Islam dibumi Malaysia.Marilah kita
> > sama-sama berdoa
> > semuga perjuangan kita semua diterima olih Allah
> > Taala.
> > Insyaallah kalau saya tiada halangan dan panjang
> > umor kita bertemu di
> > Anak Bukit,Insyallah........
> >
> >
> >
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Sign up for SBC Yahoo! Dial - First Month Free
> http://sbc.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: =?iso-8859-1?q?aduka=20aduka?= <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: adz tm net <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke