4.2 'Innama' - Umum atau Khusus

Kalimah hasyr ' Innama' ini menimbulkan perdebatan di kalangan ahli bahasa dan hukama'. Yang benar, Innama (hanya sanya) ini terkadang dimaksudkan sebagai pengecualian secara mutlak dan terkadang sbg pengecualian yg terbatas.

Mari kita lihat penggunaan 'Innama' dalam dalil-dalil berikut:

a. AQ 13: 07 terjemahnya:

" Engkau (Ya Muhammad) hanyalah seorang pemberi amaran."

Kalau kita lihat penggunaan 'Innama' itu ialah Tugas Nabi saw hanyalah memberi amaran , tidak ada lagi tugas lain. Namun yg benar , baginda menyampaikan juga berita gembira, mendirikan negara dan menguatkuasakan undang2..

b. AQ 47: 36 terjemah

" Kehidupan dunia itu hanyalah kesenangan dan permainan."

Kalau kita lihat penggunaan kalimah 'Innama' dalam ayat ini, apakah kehidupan ini hanyalah berkisar dari bersenang lenang dan bermain?

Tidak! Maka di sini penggunaan Innama itu adalah dalam maksud umum. maksudnya secara umumnya manusia di atas muka bumi ini memang hidup hanya mencari kemewahan dan bermain.

Maka berbalik kepada penggunaan Innama dalam matn Hadis Innamal 'a'malu biniyyat' "hanya sanya setiap amal itu dengan niat", maka terdapat dua pendapat yg masyhur:

a. Pendapat salaf (ulama' era klasik) menetapkan Innama dalam konteks hadis ini ialah bermaksud seluruh amal tanpa kecuali.

b. Pendapat khalaf (ulama' kemudian dan kontemporer) berkata Innama itu terbatas kepada segala macam amal yg diluluskan syara' atau amal ibadah spt wudhu', solat, zakat, puasa, haji, i'tikaf, dll. Manakala ibadah spt menghilangkan najis tidak perlu niat; bahkan wudhu' dan mandi tidak perlu niat, tetap sah. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah (Ibn Daqeeq al'Ieed, syarh alArba'een; Ibn Rajab alHanbali, Jami' alUlum wal Hikam)



"thtlv.2005" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>>>>>>>>>>>>4.2 Innama : umum atau khusus



Mohd Noah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'




Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke