I am not even sure that the Government themselves understand the whole idea
of IP. What I am afraid of is that they mixed up Copyright with patents
(specifically Software Patents, as put up by Kage/Izhar).

Sad to say even with the whole MSC exercise, the gomen has shown little clue
as to what to do with it.

Eric

2009/6/23 aziman noor <azi...@gmail.com>

> Saya rasa "IP" penting dalam agenda OSDC.my. Kebanyakan masyarakat kita
> termasuk saya sendiri kurang ambil tahu pasal IP, jadi dengan itu kita takut
> untuk "expose" sesuatu hasil ciptaan/rekabentuk atau aplikasi hebat,
> sementelah untuk dikongsi ramai-ramai. Satu lagi, budaya 'programmer' susah
> untuk diterap diMalaysia kerana masing2 fokus pada membuat program atau
> coding untuk syarikat tempat kerja masing2. Tujuan saya 'highlight' kat
> sini pasal IP, sebab dulu proses IP ni memakan masa, kalo tak silap saya
> boleh cecah 3 tahun, dan bayarannya RM2,000. Kalo tak silap saya la.
> Jadi, kalo MOSTI ambil alih lepas ni, boleh lagi cepat ker? pst : aku pun
> masih kurang jelas pasal IP nih.
>
> ------------------------------------------------------------------
>
>
> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm
> MOSTI tadbir harta intelek
>
> PUTRAJAYA 22 Jun - Kerajaan bersetuju melantik Kementerian Sains, Teknologi
> dan Inovasi (MOSTI) untuk mentadbir dan menguruskan harta intelek milik
> kerajaan hingga ke peringkat pengkomersialan, kata Menterinya, Datuk Maximus
> Johnity Ongkili.
>
> Menurutnya, ia bagi memastikan usaha memupuk dan membantu pengkomersialan
> harta intelek yang dihasilkan daripada projek penyelidikan dan pembangunan
> (R&D) dibiayai kerajaan dapat dicapai dengan berkesan.
>
> ''Ia diterima pakai mulai 1 Jun lalu dan bagi memastikan ia dilaksanakan
> dengan berkesan, MOSTI telah menghasilkan satu panduan iaitu Panduan
> Pengkomersialan Harta Intelek sebagai rujukan.
>
> ''Kita juga berharap sasaran kadar pengkomersialan R&D sebanyak 10 peratus
> sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dapat dicapai,"
> katanya.
>
> Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Dasar
> Pengkomersialan Harta Intelek Bagi R&D Yang Dibiayai Oleh Kerajaan Malaysia
> di sini hari ini.
>
> Maximus memberitahu, kejayaan pelaksanaan dasar itu bukan faktor mutlak
> yang menyumbang kepada pengkomersialan harta intelek projek R&D.
>
> Ini kerana, kata beliau, ia perlu dilengkapi atau ditambah dengan program
> sokongan lain seperti pemadanan perniagaan.
>
> ''MOSTI amat peka terhadap masalah pemadanan perniagaan yang dihadapi para
> penyelidik dan sebab itulah kita memperbanyakkan program itu di antara
> penyelidik atau pereka dengan pihak industri.
>
> ''Tahun ini MOSTI telah mengadakan tiga sesi program berkenaan dan akan
> mengadakan empat lagi pada Ogos dan November ini," katanya.
>
>
> --
> Contender Asia Season II @Malaysia
> http://muaythaitigers.blogspot.com/
>
> Osysnet Sdn Bhd
> http://www.osysnet.com.my
>
>
> >
>

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/pages/Open-Source-Developers-Club-Malaysia/80292283545

You received this message because you are subscribed to the Google
Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to osdcmy-list@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to
osdcmy-list+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke