2010/10/15 lutfi raffi <lutfira...@gmail.com>:
> update terbaru: setakat ni sudah ada 33 orang yang setuju dan mendaftar...
>
Sekadar mengingatkan, cabaran pertama dan sebenar dalam penubuhan
koperasi adalah mesyuarat agung pertama utk pemilihan ALP dan juga
pembentukan undang2 kecil koperasi. Mungkin ada yang belum perasan
tapi pertama sekali anda perlu HADIR pada hari tersebut. Korum tak
cukup atau sebarang masalah berlaku pada hari pemilihan tersebut,
penubuhan tak dapat diteruskan. Saya pernah terlibat dalam 2 penubuhan
koperasi sebelum ini. Koperasi pertama berjaya ditubuhkan tanpa
sebarang masalah kerana dari segi ahli kami telah bersedia dengan
sekali ganda daripada jumlah korum minima. Jadi walaupun ramai yang
bagi nama tak hadir pada hari mesyuarat pertama, ia masih dapat
diteruskan. Dari segi pemilihan ALP juga berlansung tanpa sebarang
masalah.

Biasanya dalam pembentukan ALP, jawatankuasa penganjur dah ada
nama-nama yang mereka ingin cadangkan memegang jawatan tersebut dan
mesyuarat cuma utk 'endorse' nama-nama tersebut. Tapi dalam penubuhan
koperasi kedua, jawatankuasa penganjur mungkin tak terangkan dengan
jelas kepada bakal-bakal ahli, mungkin sekadar jemput mereka hadir
mesyuarat tanpa bagitahu apa tujuan sebenarnya. Kecoh pada hari
mesyuarat apabila pemilihan dijalankan, ada yang hadir mempersoalkan
kenapa nama-nama yang dicadangkan sebagai ALP mereka tidak kenal dan
langsung tidak tahu menahu.

Pada masa itu, sebelum rombakan kabinet dan masih lagi Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, ramai yang teruja nak tubuhkan
koperasi utk dapatkan dana khas koperasi yang dikatakan berjumlah
sehingga RM1 juta.

-- 
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to osdcmy-list@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to
osdcmy-list+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

Kirim email ke