Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kutipan sebenar ahli hanya boleh dibuat selepas Koperasi wujud dengan
jualan saham dalam koperasi dan yuran bulanan/tahunan ahli. Bahawa
diingatkan pelaburan dalam koperasi untungnya bukan sepenuhnya dalam
bentuk duit. Ia untung berdasarkan kemudahan-kemudahan yang boleh kita
sediakan hasil perkongsian duit dan tidak bermakna kita dapat free...

Contohnya jika kita sediakan makmal hasil daripada kita kumpulkan
duit, maka penggunaan kita gunakan dalam harga diskaun.

Tujuan koperasi adalah untuk mewujudkan kerjasama dalam bentuk
pengumpulan kewangan. Jika kita seorang mungkin tidak mampu untuk
mengadakan makmal, tapi dengan kita sama-sama kumpulkan duit dan
sama-sama setuju untuk mengadakan makmal dan sama-sama membayar
penggunaannya.

Tolong jangan andaikan semuanya akan jadi percuma. Ini bukan MLM atau
perniagaan. Koperasi adalah pengkongsian sumber untuk mendapatkan satu
perkara bersama.

Dan konsep Koperasi dan Open Source hampir sama. Sama-sama berkongsi
ilmu dan masa untuk membina satu perisian dan dalam koperasi sama-sama
berkongsi wang untuk menyediakan perkhidmatan.

Semangat gotong royong dan saling menolong perlu ada dalam koperasi.

Saya harap semua faham semangat koperasi kerana tanpa memahaminya
koperasi akan gagal.

Berbalik kepada RM20... Bagi saya untuk permulaan, ianya hanya
sumbangan kepada Jawatan kuasa penaja untuk menyediakan pelbagai
dokumen yang diperlukan dalam penubuhan koperasi.. Kalau 50 orang
dengan RM100 jumlah besar macam tidak cukup aje rasanya urusan ini.

Dalam perkara persediaan ke arah koperasi, Lutfi akan lead dan saya
dan rakan-rakan yang lain akan membantu. Oleh kerana kita semua ada
kerja masing-masing maka jangka masa penubuhan akan panjang. Jadi kita
bina asas dulu dengan menyediakan objektif dan perlembangaan.

Wassalam.

: )

2010/10/15 lutfi raffi <lutfira...@gmail.com>:
> Kutipan duit belum dijalankan lagi... sekarang masih lagi di dalam proses
> mengumpul sekurang-kurangnya 50 ahli.. sebrang kutipan nanti akan
> dibincangkan sesama ahli dan semua pelabur akan membuat keputusan bersama..
> ini kerana koperasi ini adalah perniagaan bersama
>
> 2010/10/15 ApOgEE <jerung...@gmail.com>
>>
>> sudah submit nama, phone & email... bila boleh submit duit?
>>
>> keep up the good work!

-- 
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to osdcmy-list@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to
osdcmy-list+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

Kirim email ke