ada button Like x? saya setuju point#2 utk rebranding mana-mana linux distro
utk jadi nama LinuxMalaysia :)

tuan haris dah trademark ke perkataan LinuxMalaysia tu? hehheheh :)

regards,
azmi

2011/3/13 Harisfazillah Jamel <linuxmalay...@gmail.com>

> Assalamualaikum dan salam sejahtera,
>
> Sebentar tadi baru saya terfikir, sedang kita minta mana-mana Distros
> untuk release source codes mereka, kita sebenarnya meminta yang
> sememang telah disebarkan oleh setiap projek dan perisian OSS yang
> dalam Distros.
>
> Sebagai contoh :-
>
> 1) Apabila sesebuah Distros mengatakan mereka base on Linux, maka
> dengan sendirinya kita boleh dapatkan source codes Kernel Linux dan
> apa jua yang digunakan oleh Distro tersebut terus daripada projek
> websites. Kita hanya perlu tahu apa yang mereka gunakan dan thats it.
> Source codes sememang ada dimana.
>
> Soalan saya, kepada pengguna Linux Distro seperti Debian, Ubuntu,
> OpenSuse dan Fedora, siapa yang config repos atau yum atau apt untuk
> download source codes RPM atau DEB.
>
> Saya pun tak mahu sebab terlalu besar....
>
> 2) Jika ada customization atau sebarang trademark dimasukkan dalam
> hasil Distro maka ia adalah hak punya pembuatnya dan pemilik
> trademark.
>
> Sebagai contoh, jika kita ambil CD ubuntu dan keluarkan semua dalam CD
> tersebut apa jua trademark Ubuntu, dan sebarkan semula sebagai CD
> Linux, maka kita tidak salah.. Sebab isi perut CD adalah perisian OSS.
> Kita telah keluarkan perkara yang Canonical akan marah, perkataan dan
> logo Ubuntu.
>
> Begitu juga dalam kes Centos. Semua trademark dan copyright dan apa
> jua software bukan OSS telah dikeluarkan dan disebarkan semula sebagai
> Centos. Red Hat tidak bising pun... Malah secara tidak rasmi membantu
> pihak komuniti Centos untuk kenal pasti mana Red Hat yang punya dan
> diminta dikeluarkan.
>
> Jadi soalan saya, jika saya ambil asal dulu CD ubuntu yang dah jadi CD
> Linux kemudian saya customize dan masukkan logo dan apa jua nama saya
> dan namakan Distro LinuxMalaysia, adakah saya salah?
>
> 3) Apa juga perisian yang dibuat sendiri pembangun adalah hak mereka.
> Sekiranya mereka putuskan apa yang mereka tulis dan compile adalah
> copyright mereka dan source codes hak mereka, maka itu hak mereka.
> Jika mereka sebarkan dalam CD Linux distros pun, kita masih tiada hak
> untuk menuntut  mereka perlu tunjukkan source codes. Perisian tertutup
> yang dijalankan atas Linux yang sumber terbuka tiada kaitan apa pun
> dari segi lesen. Lesen anda adalah lesen anda dan lesen saya adalah
> lesen saya.
>
> Yang terdekat adalah Googlebuntu.
>
> Banyak lagi saya nak tulis tapi sudah jauh malam dan mengantuk, saya
> biarkan ini dulu untuk perbincangan.
>
> Wassalam.
>
> Harisfazillah Jamel
>
> --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> MOSC2011 http://fb.me/mosc2011
>
> MOSC Survey 2011 Awareness Of OSS Certification
> http://survey.mosc.my/mosc-survey-2011-awareness-oss-cert
>



-- 
*** Together Protecting The Future Environment **
Please consider reading this email on-screen rather than printing.
Should situation unavoidable, use recycled-paper. Plant More Trees.

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

Kirim email ke