KETEREH, 7 Mac  -  Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, DatoÂ’ Seri Annuar Musa perlu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kelantan kerana bertanggungjawab menganjurkan 'pertabalan raja' di pekan Ketereh lebih 10 tahun lalu.

Naib Presiden Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kelantan (JP), DatoÂ’ Ahmad Rusli Ibrahim berkata, rakyat di sini tidak pernah lupa Adun Kok Lanas sekarang telah membuat dosa tersebut, yang begitu memalukan rakyat.
 
“Dosa itu belum lagi terpadam biar pun pada pilihan raya umum lalu dia menang di sini dengan bantuan undi pos oleh anggota tentera,” katanya pada ceramah di Kedai Ketereh malam tadi. Ribuan penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut. Hadir sama Yang Dipertua PAS Ketereh, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh.
 
Pada 29 April 1993, Annuar ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri menabal Tengku Ibrahim Petra di majlis pemasyhuran Anugerah Kecemerlangan Indera Petra.
 
Tengku Ibrahim pula disebutnya sebagai orang yang paling layak menduduki takhta kesultanan Kelantan disambut kira-kira 4,000 penyokong Umno di padang sebuah sekolah di Ketereh.
 
Akhir tahun lalu Dewan Undangan Negeri Kelantan juga mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat niat sebenar penganjuran program pertabalan raja di Ketereh oleh Annuar. Isu pertabalan raja di Ketereh menjadi hangat semula di persidangan DUN Kelantan selepas Annuar menang di DUN Kok Lanas.
 
Ahmad Rusli yang juga bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, ketua pembangkang di DUN Kelantan itu perlu memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat di Ketereh dan negeri ini kerana telah melukakan hati pihak istana.
Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa pula meminta anggota Parlimen  Ketereh, Che Alwi Che Ahmad membawa usul bagi memotong elaun anggota kabinet sebanyak 10 peratus sebagai tanda simpati terhadap rakyat ekoran harga minyak dinaikkan baru-baru ini. //Hrkh


Yahoo! Mail
Use Photomail to share photos without annoying attachments.

SPONSORED LINKS
Florist malaysia Malaysia hotel Kelantan


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke