KOTA BHARU, 12 Dis – Konsert khas wanita yang diadakan pada Nov lalu  
hanya membabitkan artis-artis wanita termasuk Aishah, lengkap 
bertudung. Begitu juga penonton, petugas urusetia dan wartawan 
perempuan sahaja dibenarkan masuk. Program seumpama itu dipercayai 
julung kali diadakan di negara ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan 
Negeri, Takiyuddin Hassan berkata, kehadiran pelancong ke negeri ini 
sempena musim cuti persekolahan sekarang semakin meningkat, lebih-
lebih lagi selepas MPKB-BRI diisytiharkan sebagai BRI. 

"Walaupun Pantai Timur sering dilanda banjir khususnya Kelantan, 
namun pelancong tidak pernah serik mengunjungi negeri ini," ujarnya. 

Tempat tumpuan utama tumpuan pelancong di negeri ini termasuk Pasar 
Besar Siti Khatijah di Kota Bharu, kawasan bebas cukai di Pengkalan 
Kubur dan Rantau Panjang serta Bukit Bunga di Tanah Merah. 

Takiyuddin mendakwa ada pihak tertentu cuba mencari kesalahan 
kerajaaan negeri ketika menganjurkan konsert khas untuk wanita di 
Putik, November lalu. 

Katanya, pihak terbabit dipercayai 'diupah' untuk membekalkan 
maklumat sekiranya ada penonton lelaki dibiarkan pihak urusetia 
berada di dalam dewan tempat konsert berlangsung. 

"Bagaimanapun tindakan itu yang sengaja mahu mencari kesalahan 
kerajaan negeri tidak berhasil kerana apa yang mereka harapkan tidak 
berlaku," katanya pada program jamuan kesyukuran Majlis Perbandaran 
Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB - BRI) sempena ulangtahun 
pertamanya, di sini baru-baru ini. 

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, 
Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato' Anuar Tan Abdullah, 
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Dato' Abdul Rahim 
Hassan, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato' Kamaruddin 
Mat Zain dan Yang Dipertua MPKB-BRI, Haji Abdul Aziz Abdul Rahman. 

Abdul Aziz berkata, kerajaan negeri melalui MPKB-BRI akan bekerjasama 
dengan Persatuan Pelancongan Kelantan (KTA) bagi menjayakan program 
Tahun Melawat Malaysia 2007. 

Menurutnya, bermula tahun hadapan MPKB-BRI bersama KTA serta agensi 
pelancongan lain akan menganjurkan program mega bersama untuk menarik 
kehadiran lebih ramai lagi pelancong.//Hrkh 
 


Kirim email ke